Wednesday, March 30, 2011

which one?


Nak merendah diri ke atau nak brag?

Cakap macam nak merendah diri. Tapi aku perasan macam motif utama ialah nak brag je kekdahnya. Ke ko memang tak perasan yang sebenarnya ko itu amat annoying? Hmmm..

Cakap pasal anak. Ko nak cerita yang ko tu syukur dapat anak pandai. Tapi dalam masa yang sama bunyinya macam ko perlekehkan anak orang pulak yang tak pandai?

Cakap pasal laki. Ko nak cerita yang ko tu syukur dapat laki baik. Tapi dalam masa yang sama bunyinya macam menghina laki orang yang tak baik macam laki ko?

Cerita pasal kerja. Ko nak cerita yang ko syukur dapat kerja bagus hebat canggih anggun. Tapi dalam masa yang sama ko perlekeh kerja orang yang tak hebat dimata ko?

Cerita pasal ilmu. Ko nak cerita yang ko syukur berpelajaran. Tapi dalam masa yang sama ko kutuk2 pulak orang yang hanya ada SPM dan tak boleh berfikir cerdik macam ko?

Bla..

Bla..

Bla..

So apa motif ko sebenarnya? Nak bersyukur ke nak show off? Think. And choose either one. Pasal syukur dengan show off tidak datang sekali. They do not come together. Sebab aku confuse nak menterjemah maksud disebalik cakap2 ko tu. Kalau nak berlagak, aku tak kisah lansung. Lantak ko la. Tapi please lah jangan selang-selikan dengan frasa-frasa islamik yang buat aku rasa nak lepuk aje muka ko tu.

Tak sesuai, ok?

Sekian. Selamat bersyukur. Atau berlagak. Either one will do.

23 comments:

Fid said...

knv
hang ngata aku ka??tiba2 je rasa macam terasa apakah???sat nak semak balik...adakah aku berbuat kekejian itu??

pssstt...aku ada masalah la skrg ni masalah aku...la ni aku TAKUT nak bercakap terus terang sbb zaman la org mudah sentap then dah sentap mula laaa....pinjam ruang komen hang luahkan perasaan naaa....

knv said...

kahkahkahkah! yang hang sentappss pasaipa? kahkahkahakah!

knv said...

takpa.. takpa.. ruang komen aku terbuka luasssssss. aku tak caj pun sebarang luahan perasaan hahahhaah!

Fid said...

aku bkn sentap..muhasabah muhasabah kihkih

Fid said...

thank you nooo.......

knv said...

kalau muhasabah baguih la tuu..!

eh cikazyan pahabaq? kirim salam dia wokeh?

Fid said...

knv
dia dah jawap salam dah....rindu kat hang katanya..eleh mcm la dia dok jumpa hang selalu ceh....aku kutuk depan dia nih....

rumah korang jarak sekankang kera ja wehhh pakat la masak2 aku p makan

knv said...

jom jom jom. kita bikin pot luck nak tak? umah aku kecik tapi buleh la blasah je lah. nanti aku carik tarikh yang sesuaiiiiiiiiiii

Fid said...

haaa bley bley aku setuju...tapi jgn akhir bln na sbb akhir bln aku ada SGM hahahahahahahhaah
weh BBQ weh....lama umah hang!

knv said...

manada bbq set. atas kuali buleh la hahahahah! nanti la cari sabtu yang aku tak kerja. buat hi tea pun best gak.

Fid said...

okkkk

=sz= said...

sibbaik saya citer pasal bibik ngokngek hari ni ..
maka saya tak terasa ngan entri kak non ni..muahahahaha

sayahappyslalu said...

senang, jangan layan.. hehe

m-i-o said...

sy sebenarnya teringin sangat nak bragging - tapi takde benda yg boleh diriakkan.

sy kesian kat diri sendiri. sungguh pathetic.

woha! :P

knv said...

suzie, tak ngater korang punnnnnnnnnnnnnnnnn :P

cikhappy, memang tak layan, tapi ai geram jerrrr :P

woha, lagi bagus gitu. focus kat diri sendiri jek lagi bagus. :P

madamoiselleczar said...

hahahahah.......mana link? bley lah kitorang pakat ramai2 serbu pi baca :p

p/s: eh! cik azyan ittew adakah cik yan nyah? kalu betui..tlg ckp kat dia..aku rindu giler kat dia..aku da ilang no tepon dia lah! huhuhu

Dilla said...

pastinya bukan akukan? sebab aku memang rendah.. huhuhu...

Dilla said...

apalah yg nak di berlagakkan pun ana oiiit.. Apa2 yg ada pada kita ni, tak kiralah ilmu ke, aset kecantikan vogueh ke, kalau tereksiden, berlakunya gegaran otak, muka terseret kan jalan tar, hilang jugak kaaannnnnn

knv said...

madam, cecepatttt jerrr ko nak link ek? nak tumpang keji lettewwwww kahkahkahkahakah! goodness!


dilla, ko ingat sapa? muahahahahha! itulah pasal. tak ada pebenda yang boleh nak berlagak pun. ish tapi aku siyes tak kisah orang nak berlagak, tapi berlagak sorang2 cukup la kan. tak payah nak heret semua orang masuk cerita dia pulak hahahahha!

anyway, petty je semua ni. entah apsal aku emo pun tak tawww hahahah!

Anonymous said...

setuju 200%.. whatever it is.... i chose to be a humble person. forever!

-marisa-

TopsyTurvyMum said...

hang kann..cer bagi nama orang tu sekali...senang.aku ni kuat sentap gak wakakaka

nak buat makan2 roger aku sama, aku nak balik minggu depang hahaha..

Liyana said...

hehe, kak non, org nak brag biaq jerla..
kalau depa kawen, mesti depa cari yg the best utk depa
kalau depa ada anak, mesti depa didik/jaga dgn cara the best depa
tak semestinya the best depa adalah the best kita..
bila depa cerita apa2, mesti yg the best buat depa, tak semestinya kita suka, tp depa rasa best.
jadi kita layanz jer la, dan terima perbezaan kita, kan.

apa dlm hati dorang masa dorang tulis kita taktau
tapi kita boleh tentukan macam mana nak terima tulisan tu
ini cara the best utk saya, maybe bukan utk akak.haha, tumpang meraban, jgn marah2, tau akak tgh bengang skrg

knv said...

hahahahha liyana. tak marah dah. dah sejuk :P

sorry la dik. this is something yang mengganggu jiwaku.

ayat2 yang ala2 noble dan suci tapi disebalik itu ada maksud2 tersirat yang malu untuk diperkatakan depan2. contoh, sebenarnya kita nak kutuk orang tapi tak berani kutuk depan2 jadi kita create ayat warna warni yang nampak macam suci tapi dalam debu. you dig?

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger