Wednesday, April 27, 2011

apsal ai dah tak sempat tengok tv!


Aku biasanya punched-out around 5.30pm (kalau tak outstation dan takdak appointment ngan client). lepas tu terus berdesup masuk highway NKVE to bukit raja. By 6pm, biasanya aku dah sampai depan tasik seksyen 7. By hook or by crook aku akan memaksa(kan) diri jalan satu round tasik besau tu. Aku jalan slow2 jek, so makan dalam 15-20 minit la jugak. Aku bantai je pakai baju kerja, just tukar walking shoes. Bawak handbag lagi muahahahhah! Belasahlah. Aku tak sempat la nak pi tukar track suit semua. Yang penting dapat jalan situ dalam satu round. Cukuplah bagi aku activity for the day.

Done with that, maka aku terus balik rumah. Rumah aku ngan tasik tu around 5 minit je, so biasanya dalam 6.30pm dah sampai rumah. Masa ni kecoh la mandi solat asar semua. Pastu pi hambat anak2 mandi pulak. Aku cuba pastikan kami dinner sebelum maghrib, so that lepas solat maghrib boleh terus proceed with the kids homework.

Dalam pukul 8pm, dah ready to start with their homeworks. Inilah masa2 yang mencemaskan. Inilah jugak masanya aku ngan laki aku bertukar2 profession jadi cikgu maths, cikgu bm, cikgu bi, cikgu pendidikan seni, bahasa arab, tauhid, fekah, khat dan yang seumpama dengannya. Akmal would have double homework since his kumon class started few months ago. Untuk aisyah, I can depend on her to tend to her works. Really independent, that girl. So biasanya aku akan focus banyak pada Akmal dan Aimie. Aimie ni jenis malas nak berusaha lebih. Malas nak susah payah. Dia main buat je ikut pandai dia. So memang nak kena check kerja dia satu2. Kalau tak check kang dia banyak merapu meraban, especially tang BM ngan jawi semua tu. Akmal pulak, Alhamdulillah getting better. Cuma part karangan2 tu memang nak kena tengok jugak jugak. Buat ayat semua tu masih lemah. But improving each day so far. Arina pulak can be independent and annoying simultaneously. Dia suka buat kerja yang bukan kerja dia, pastu dok suruh aku ajar benda yang susah2 yang kakak ngan abang dia buat. Kalau aku free aku layan la, kalau aku tak free memang sia2 la kena halau muahahahah!

Sebenarnya pukul 8-10pm on weekdays ni betul2 men-draining kan tenaga. Kalau laki aku balik awal, aku pass the baton to him. So aisyah dengan aimie would be under his care. Aku concentrate akmal dengan arina je. Kalau laki aku takdak, outstation ke apa ke, memang letihhhhhhh weh! Deal dengan budak2 biasa la kan. Memang nak kena sabar banyak banyak banyak banyak. Aku ni dahlah takleh tolerate kalau depa slow2 buat kerja. Haruslah nak menengking je kerjanya. Kesian lak kata anak2. Sekarang ni memang aku cuba sangat2 untuk tak cepat2 marah. Istighfar banyak2. Aku dok ingat aku letih, yang bebudak tu pun lagi letih aku tak tau. Kesian kat depa.

Ok so buat homework ni can go on until 10pm. Kalau terbabas pun aimie je selalunya sampai 10.30 gitu. Si aimie ni agak happy go lucky. Selamba je. Buat kerja ikut phase dia sendiri a.k.a terhegeh hegeh muahahhaha! :P

Dan adalah kelegaan paling besarrr bila the kids dah siap2 kemas buku for tomorrow class. Kalau depa habis awal, aku allow depa tengok tv sampai pukul sepuluh. Tapi selalunya memang tak sempat. So memang terus naik atas to solat and get ready for bed.

Solat maghrib dan isyak juga selalunya berjemaah. Maghrib aku jadik imam, isyak laki aku jadi imam. Solat ni pun amik masa lama jugak pasal nak tunggu masing2 amik wuduk, pakai telekong etc. ya allah memang menguji kesabaran sungguh. Part2 tunggu nak solat Jemaah ni memang laki aku amat sabarrrrrrr sekali. So I pass this particular baton to him mostly.

Dan by 11pm, seriously mata aku takleh nak bukak dah. Total shut down. Kalau aku minum kopi lebih sikit hari tu, sempat jugak lah aku nak baca buku sikit sebelum tidur. Itu pun dok menguap2 patpuloh kali seminit kot hahahahha.

Dan disini perlu aku nyatakan yang aku bersyukur pasal aku tak perlu nak fikir pasal nak masak2, nak kemas2, sapu2, lap2 semua. Disinilah aku rasa ada pembantu rumah, ada mak ayah tinggal sekali, amat berbaloi2. Kalau semua benda aku nak kena buat, harus aku naik hantu tiap2 hari. dan kepada ibu2 yang harus buat semua itu, aku memang doakan yang terbaik untuk korang semua. Sabar banyak2, dan redha dengan apa yang Allah peruntukan untuk kita. Honestly, I CAN’T be a mommy, wifey, worker and housewife all at the same time. I just refused to do that.

Jadi inilah kisah weekday aku. So bila weekends, akulah manusia paling happy sekali. finally boleh bernafas sikit. Yes yes the kids too. :D

So, what’s your story? :)

19 comments:

niza said...

aku kerja rumah kena bagi 2 dengan laki aku...kadang2 laki aku yang lebih. bila dia buat kerja banyak...dia akan sebut " yang abang basuh pinggan"...aku dengan selambanya jawab...."untung ja kahwin dengan abang"..hi..hi..hi...mana yang aku mampu buat aku buat..kalau tak mampu aku tutup sebelah mata...kalau tak larat sangat...aku tutup dua belah mata...tido....

mast@work said...

akak,

ala, walaupun bab2 ngemas tak dapat sempurna semua, kira akak masih boleh memegang gelaran jenab with few trades.. hehehe.. mana la kak zufa ni.. tunggu dia komen..

masa saya tengok tv hanya masa makan.. kdg2 curi masa lepas anak2 dah tidur.. berdua dgn cik abang tgk movie atau tv series kat internet.. tu pun kalau ada masa la.. most of the time by 10pm tu dah ke laut..

ngeri kak.. lagi2 bila tgh study ni banyak benda nak kena catch up.. i still try my best to do everything.. walaupun tak perfect.. OCD saya pas baton lg sekali kat kak zufa.. hahahahhaa

KS said...

oh kakak.. mmg weekdays adalah memenatkan. tambah2 saya yg takde pembantu ni. mmg naik hantu le sebab kepenatan...

part buat homework tu jangan citerlah... saya yg anak sorang je baru skolah ni pon selalu je menaga so takleh bayang akak yg 4 orang tu.. maybe akak lebih sabar dari saya..

apa yang penting, kerjasama... hehe

Ummu Auni said...

kak non, sebiji la macam ai..ahaha. TV tu tak sempat nak tengok pun. ingatkan dah tak baca blog ai, komen pun idak, kehkeh. bak mai e-mail add. ibuauniafif [at] gmail.com

Liyana said...

you are more super than me. :)
saya bleh jadi mak+housewife, tapi kejap je. dalam 3 minggu kot, pastu totally depleted, for around 2 weeks. time ni, kalau cik Hubby tak tolong, mmg akan mood swing pemarah datang. (datang bersama bendera merah).

seb baik Encik Hubby amat rajin. hehe..

saya tengok TV tang cerita yang saya suka aje. hari2 tertentu, hari lain pukul 9, abis berita dah naik..tengok Asyraf baca buku sampai tidur

knv said...

alhamdulillah niza ada gak laki boleh tolong. ada lelaki tu tak rajin nak nulong bini. hahahha.. tido jgn tak tido. power nap tuh! :D


mas, ngko lagi gigih dik. ngan housework lagik, laki lagik, anak2 lagi, study lagik! subhanallah kalau kena gaya boleh mati syahid nanti :D. ish akak bukan jenab, mak akak jenab. sebab nama dia memang jenab muahahahah! mio dah mia sekarang. entah mana dia pi berpoya poya tu muahahahha! :P


ks, kalau tak sabar kang ngan aku2 sekalik nangis kang hahahahha! bila empat2 anak dah sekolah ni memang official la akak kena sabar banyak2. semoga lepas habis sekolah rendah ni depa dah pandai la uruskan keja masing2. ya allah confirm aku dah tua hahahahah! :D


aini, mengada tau? :P ana_miraa@yahoo.com akak tak komen tapi masih baca. ai kan penyegan nak komen tak tentu hala ni hahahah! akak tengok dvd je la ni. :D

cik puan daun said...

Kak,

Saya anak baru satu. kecik lagi so takde keje rumah ke hapa.

But masa pregnant ni, mmg suami banyak buat kerja. Sebab saya tak larat (mengada-ngada). Basuh baju basuh pinggan semua dia.

Sekarang ni baru boleh start masak-masak semula. Dengan menutup hidung.

Kalau ada anak 4-5 dan tgh sekolah. Tak terbayang penatnya. Salute lah!!

Min Aina Ila Aina said...

Huhu...bila baca cerita akak rasa memang tepat sgtlah keputusan saya sambung belajar sementara anak tengah sorang ni.

Anak saya baru sorang kak, sekolah pun belum tupun dah penat sangat rasanya, TV memang layan hujung minggu je.Weekdays dengar (sebab di dapur) berita je la.

Semoga akak akan terus menjadi motivator buat ibu-ibu seangkatan dengan saya untuk tambah anak.hehe.

knv said...

liyana, takdak mana yang supernya dik oi. gigihkan jugak sementara anak2 nak besar2 ni. ustaz2 pesan ibu bapa yang penat masa anak2 masih kecil insyaallah akan senang bila anak2 dah besar2 sok. itulah yang jadi motivasi akak ni hah! :D


cikdaun, pasal tulah kena selit2kan jugak aktiviti2 yang boleh menceriakan kita hahaha. kalau idak memang tak bersemangat rasanya nak menempuh senin sampai jemahat tu hahahah. takpe takpe. sikit2 lama2 expert la hahah! :D


maia, betul. rebutlah lapang sebelum sibuk. nanti kang tak cukup kaki tangan kang hahah! sekarang ni akak kira dah acceptance mode dah. dulu2 tu memang parah rasanya tak boleh nak cope dengan routine hectic camtu. stress habis. ngan kerja opis yang demanding lagik. hoh rasa nak pegi apply keje receptionist je hahahha. anyway kena pandai cari ruang untuk ceria2kan hati. :D

Crazee Choc's said...

kak ana... wadus... padatnya jadual

saya pulak. by 6.30 - 6.45 sampai rumah.... kalut ke dapur rendam segala botol susu, breastpump.... pas tu masukkan baju dlm mesin....
saya terus nyusukan baby.. hubby jadi chef sediakn dinner.... pas tu saya mandi.. siapkan budak2 yg kadang nak abah depa siapkan dah jd masalah....
pas mkn.... basuh segala pinggan, botol, breastpump.... sidai kain... lipat kain dah dkt 9.30..
hubby naik ke atas dgn budak2... anak sulung baru 6 thn... dapat la ajar dia membaca 2-3 mukasurat dah cukup bgs..

saya pun tak tau macamana nak organize masa bg lg efficient.... tgh runsing mikir thn depan hakimi dah darjah 1

-marisa-

NadiahKhair said...

cerita bab anak2 dan time management nih sampai besok tak habis.

setakat nih ai masih lagi superwoman (bibik, emak, isteri, anak, pelajar dan pekerja) sbb laki ai masih lagi nak jadi superman kat rumah (nak pakai spender lari2 dalam rumah)T_____T"

makan ati Allah aje yg tahu. Tapi nasib baik encik suami masih rajin nak tolong. Kalau die tak tolong, memang aku melolong.

tapi masih nak komplen, penatnyeee haihhhhhhhhhhhh.

Nin said...

Productive! Very good! =)

madamoiselleczar said...

kak non,
*ish nyibuk gak aku nak komen walaupon dah istihar cuti blogging :p * kahkahkah..
beb..aku respek tang hang boleh make time nak eksesais round satu taman tasik tuh beb ...pergh..serius tak tercapai dek akal dan minda haku nyah...
now aku tahu reason kenapa aku selalu naik hantu...kahkahkah..
sebab aku jenab of all trades..kahkahkah
bila aku pikior2 kan semula laaa..aku rasa aku ni sebenarnyer gila hagaknyer...sebab dalam dok demam ni aku boleh layan mop lantai bagai (serius aku mop everyday hokeh!)..tapi semalam bila laki haku tgk aku mop lantai cara suster ngesot (kahkahkah) dia istigfar seyh...kahkahkahkah....
aku tak larat sebenarnyer, tapi aku tabley lelap sebab ati aku sakit ngenangkan lantai aku berdebu, so aku pi amek kain basah...aku mop pakai tangan sambil merangkak-rangkak satu umah buleh??!
aku serius tatau kenapa aku begitu OCD....ke sebenarnyer bukan OCD..tapi saiko??! kahkahkahkah..adoiiii laaaaa.....

knv said...

marisa, insyaallah bila sampai masa dan ketikanya, pandai la nak diadjust mana2 yang patut. practise makes perfect. yang penting kita cuba buat habis baik! :D


nad, seksi siot pakei spender dalam umah muahahahhahaha! anyway, ngko memang harus dapat pingat. gigih sungguh! akak doakan ko sukses dunia akhirat. semoga redha sokmo ok? take care sis!


nin, insyaallah productive. hihihihihi! :D


madam, astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! ko kena pegi berubat nyah. pegi amik air darul shifa' tu. :D

awat yang ngko OCD bangattt? adakah ko happy jadi ocd? atau adakah ko rasa ala2 nak mereng gitu? ke atau ko memang mereng dah pun? hahahah!

ish daripada ko pegi mop lantai pun, baik ko solat sunat duduk aje. aman damai lagi dari mengengsot atas lantai tu hahahahhaah!

learn to let go beb. learn to let go. :D

madamoiselleczar said...

kak non,
ya..ya..aku tau it doesnt make sense at all! tapi aku tatau kenapa aku macam tuh..sapa yang tanak rehat beb...tapi serius aku memang gila hagaknyer...
aku tatau aku buat tu happy ke tak..tapi yg pasti kalu aku tak buat memang aku tau aku tak happy!
ye la..aku kena pi berubat lah beb :(
keroje kat opis pon serupa..i just have to learn to let go lah! serious i do

Anonymous said...

perluke aku share cerita haku? hehehe aku anak empat (age 8,7,6 and 2), maidless and married to anak tunggal (read:yang late mother buat semua for him), sila imagine...

scary si*t baca routine kau, gila structured hidup kau (kau pun ada ala2 OCD ni), sempat exercise lagi. And the homework part, i don't think i can do that.. tabik spring..!! Cakap Nuor, you deserve a gelang emas baruuuuuu....!!

tinidewi said...

ye ke ko jalan-jalan kat tasik jam 6? tak pernah jumpa pun selama ini :-p sampai hari ni aku masih pelik kenapa anak-anak ko ada homework sedangkan anak aku sebutir pun takde. adakah ko yang belikan buku revision untuk diorang dan suruh mereka belajar di malam hari?

Dilla said...

Salute dgn ko yg mengimamkan anak2 solat & didik mereka solat berjemaah. Nak jumpa parents soh anak solat-mudah. Tapi nak jumpa yang satu family solat berjemaah-payah.

knv said...

mek, weekdays memang takleh lari. not so much of OCD, tapi kalau tak buat masa wiken semuanya piled up. lagi aku tak koserrrrrrrrrr! memang letih woiii! tu pasal aku kena selitkan excitement in between. homework tu kalau aku penat aku pass kat nuar. dia sabar layan bebudak. aku kan cengih haha! eh tapi personally i think it's working la kalau kita dok ngadap bebudak ni. macam akmal, BM dia dah very much improved tang karangan tu. apa tidaknya, aku dok satu2 ajar dia buat ayat. errr.. ko tak amik helper baru ke?


tini, my routine on weekday except rabu sebab bebudak ko-ko kan. kalau ko nampak sorang pompuan gojes pakai baju opis bawak henbeg tu, akak la tu muahahahahah! usuallu 6-6.30pm gitu. kena buat jugak. horror kat msia ni kurang berjalan. makin banyak lemak bertapa kat badan nih. :P entah tak tau apsal ada aje homework bebudak ni. jarang sgt la takde homework bawak balik. tapi kadang2 depa dapat siapkan kat sekolah. tak kowser ahh beli buku aktiviti extra pulak hahah. ko ingat akak ni kiasu kah? :P


dilla, sebenarnya itu antara part yang amat mencabar kesabaran. bukan senang nak ngumpul bebudak ni. kenkadang tu nak bersiap amik wuduk pakai telekung semua more than 30mins. kengkadang kalau aku tak larat nak tunggu, aku suruh si akmal je jadi imam adik2 dia. aku dok tepi monitor depa je. penat toksah cakap la weh. kata tak berhenti kerja dari 5.30pagi lagik. motivasi aku buat semua ni, bila ingatkan yang anak2 ini investment terbesar aku dunia akhirat. itu yang gigihkan juga fizikal dan mental. tu lah. sapa soh beranak ramai ramai :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger