Friday, April 15, 2011

bible berbahasa melayu?


orang melayu ni suka kecoh hal2 remeh kan? :P tsk tsk tsk! ada pulak yang tembak aku kang pas ni. aphal lak kaknon? berani ko kata bible berbahasa melayu ni hal remeh temeh? berani kao???? ini soal akidah kaknon! ini soal tauhid!

:P

berani tak berani tu belakang cerita ah. aku cuma menyatakan pendapat. kadang2 elok jugak berlaga pendapat ni. so that in the end kita boleh sama2 agree to disagree. :D

ya, aku rasa kerisauan umat2 melayu tentang bible2 yang dicetak dalam bahasa melayu ini agak remeh. sesuatu yang tidak perlu diperpanjang2kan. tak perlu diperdebat2kan. tak perlu dipertelagahkan. pegi la fokus buat benda lain yang lagi pekdah.

pasal apa? pasal dah sah2 terang dan nyata membuktikan yang kita ni takut dengan bayang2 sendiri. ni aku nak bagi satu soalan simple. gamaknya orang islam macamana yang ada hati nak baca bible ni? orang islam macam mana? macam aku? macam kamu? macam ustaz? macam mat rempit? pelajar pelajar sekolah? penjawat2 awam? serious, gamaknya orang macam mana sebenarnya yang akan berminat nak baca buku2 agama ni? ehh? bible buku agama? very much so!

aku dok fikir2 balik. kita ni, kalau setakat al-quran tu pun pun malas nak baca (dok berabuk kat atas para tu dari zaman akad nikah lagi sampai ke sudah ni), apa kejadahnya nak baca bible pulak? it just doesn't make sense. you tell me, kalau jenis nak mengaji pun tak de hati, nak ke masjid pun berat kaki, nak pegi kuliah pun setahun sekali, ada hati ke kita nak tambah bahan bacaan berupa bible dalam bahasa melayu pulak? ada hati ke?

tepuk dada tanya tetek! :P

i don't know why, but we malays tend to focus on the wrong issue.

isunya yang sebenar disini ialah, bagaimana nak suruh orang read 'enough' al-quran. bagaimana nak memperdengarkan tentang islam kepada orang, bagaimana nak kukuhkan akidah dan tauhid kita ni dulu sebagai muslim. bagaimana nak tingkatkan dakwah kepada muslim baik non-muslim. itu yang patut kita fokuskan sebenarnya.

bila kristian sibuk berdakwah dalam bahasa melayu, bila lagi kita nak berdakwah guna bahasa mereka pulak? itu yang patut kita fikirkan. bila 'musuh' kita dah guna senjata laser dalam peperangan, takkan kita nak marah dia pulak sebab kita masih gunakan parang? yang kita ni, tak terasa ke nak upgrate pakai laser pulak? gitu lah analoginya. teknologi tidak boleh disekat2. begitu jugak dakwah puak kristian ni. takkan kita nak marah depa selama2nya sebab cuba nak mempelbagaikan marketing strategi depa? apa usaha kita pulak untuk dakwah kita? apa usaha kita untuk pulak untuk menarik orang islam ke arah islam?

that's the real issue!

ok, salam jumaat.

9 comments:

DeeYa said...

yang patut kita risau adalah yang sama-sama pakai jubahserban tapi mengajar konsep akidha yang salah. tuu lagi bahaya tau.

knv said...

ya betullllllllll! itu adalah lagi horror!! ini lagi satu penyakit melayu, suka sangat belajar agama kaedah spesel2 nih. konon tak nak koman. lempang kang!

~ As ~ said...

sebenarnya, org islam yg marah sbb bibble bahasa melayu tu sbb politik...ahahaha. jgn masuk politik, semua benda nak gaduh.

aida said...

i ok je... lagipun kalau baca bible tu bukan murtad pun

sama la cam orang bukan islam, dok baca quran buat kajian.. kita bangga kemain

tapi bila nak suruh baca bible melatah pulok, padahal untuk kajian. bolehh???

Unknown said...

kat jepun pun ada bible versi indon.. dah siap depa hulur kat kami lagi.. ketuk pintu ajak masuk kristian.. tu lagi horror..

betul la kak ana, bab remeh temeh suka citer besar2.. poco2 la.. bior lantak le deme.. sampai macammana la sangat nak dibataskan semua benda.. sikit2 sama macam agama lain.. duh diam kaku bawah tempurung aje le kut yang ok..

eh, tetiba emo.. jangan mara.. ni pendapat saya aje

makcikrehan KJB said...

kalau i buat tesis tajuk ni, i dah quote entry u ni masuk tesis i kakak. sentap tak bertempat org kita ni...

Ms Lola said...

YA!!!!! tak paham betul... inferior complex kot

oh, btw, tak boleh ke baca bible? tak boleh ke belajar pasal agama lain?

knv said...

as, rasanya tak politik pun gitu gayanyerrrr :P


aida, hahahhaha! bukan takut pasal baca tu, tapi takut kalo2 yang baca tu jadik sesat. :D


mast, ko memang emo. akak tak campur. :P


makcikKJB (mafia group ke hapa nih?), tak cukup haul dan nisab nak masukkan dalam thesis. :P


lola, bukan masalah takleh baca, tapi masalah takut sesat bila baca. sesat? hahahah camno nak sesat kalau islam diri sendiri pun masih tak betul lagik?

hanis said...

apasal aku tak tau...hahaha..ni lagik horor nih..

anyway ai stuju ngan kaknon.Sibuk nak kecoh pasal bible...baik kecoh pasal Quran.

Semua pakat2x mengaji kat opis ke..kat skolah ke..dalam kete ke(ishh bahaya pulok kang...psg kaset quranlaa) esettra..essetraaa

kan ke lebih baguih :)

(tringat quran berabuk atas gobok tuh...huhuhu..nak pi lap sat..pastu nak baca sat)

tq kaknon.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger