Tuesday, April 5, 2011

i resigned to the fact that


it is still VERY MUCH the car you drive!

selama ni aku cuba bersangka baik. bahawa rakyat jelata malaysia ni semuanya humble2 belaka. orang kaya tak pandang rendah pada orang tak kaya. rakyat2 jelata boleh accept yang ada orang pakai kancil dan ada orang pakai merc. so what la kan kalau ko pakai kapalterbang sekalipun? ada aku kesah?

tapi aku sebenarnya silap besarrrrrrrrrrr disitu. rata2 malaysians masih materialistik. cakap aje dibibir yang tak kisah pakai kereta apa pun tapi hakikatnya orang akan lebih hormat kalau kita meluncur bawak kereta mewah dari bawak kereta cokia cap ayam. sah lagik sahih! jangan ada sesapa yang tak ngaku!

ceritanya gini.

aku orang sales. sebelum ni aku pakai family van untuk pergi kerja (iyerrrrr.. v.a.n.). apsal pakai van? dahhhhhhh... anak2 aku kan ramai. kena la beli van. kang tak muat kang sapa yang susah? ok ok pastu dijadikan cerita, boss aku kata 'ana tak payahlah bawak van tu, you guna aje kereta company yang spare tu. baru sesuai. van tu nampak macam nak balik kampung lah.' apa2 ajelah labu.

maka aku pun start pakai kereta company. waja sepuluh tahun lepas. yang dulunya dibawak ke segala ceruk site bagai, yang kemik kiri kanan depan belakang, yang dua pintu tak boleh nak bukak dari luar, yang window screen sangkut2 nak turun naik dan mengeluarkan bunyi yang sungguh horror sekali setiap kali aku wind down screen masa nak bayar toll, yang penuh patches berlainan kaler disana sini, yang setiap kali aku on aircond akan berbunyi aircond belt screeching macam nak rak sebatu lagi orang dah dengar, dan ada dua tiga benda istimewa lagi. WOW!!!!! aku terkesima. dan conpused jugak. adakah boss aku begitu buta dan menganggap bahawa kereta spare ini SESUAI untuk bawak ke hulu ke hilir untuk buat sales? hmmmmmm... lama aku termenung. mungkin ye. sebab katalah client nampak aku bawak waja semput ini, dah tentu2 depa kesian nakmampus kat aku dan tanpa ditanya terus depa issue order untuk tong sampah tong sampah aku. ohhhhh gituuuuuuuuu. maka bersyukurlah aku sebab dapat boss yang begitu memahami tektik2 perniagaan ulung dunia. aku rasa macam nak nangis keharuan.

berbalik kepada kisah kereta semput aku, yerrrr. sejak berwaja semput itu, barulah aku faham betapa superficialnya khalayak malaysians. banyak sungguh episod2 sadis yang aku alami semata2 kerana waja semput ku dipandang sebelah mata oleh orang kiri kanan depan belakang. pernah sekali aku pegi hotel nak jumpa client. since dah lambat aku terus ke valet parking. boleh depa tak layan aku? bolehhhhhhh????? oiiiii! kalau takat valet charge 20 hengget tu tak herannya aku. dan pernah sekali aku berwaja semput nak lunch di Saloma, KL. boleh pak guard tu suruh aku parking jauh nak mampus bawah bukit sanun sedangkan terang dan nyata kat depan2 tu ada parking? wadefak sungguh la kan. hanginnnnn aku satu badan. mentang2 la keter aku berwarna warni ngko ingat aku takdak duit???

so gitulah kawan2. gitulah sikap kita sebenarnya. jangan tak ngaku. aku sepuk kang. tapi sungguh. dengan layanan2 dari orang sekeliling yang begitu bila aku berwaja semput, aku terasa lebih kyusuk dan tawaduk, lebih hamble, lebih rasa nak lempang dan maki orang2 yang hanya tengok luaran sahaja. dan akhirnya, aku terpaksa mengaku yang riches and fames masih no. 1 di hati2 kita. termasuk aku.

shitttttttttttttt!

15 comments:

mak encik | SZ said...

kak nonnnnn..
saya pun berwaja..
tapi tak semfuuuttt...kuikui
terasa ai ni...

tp mmg gitu lah lumrahnya...
orang akan pandang ko besarrr mata bila datang ngan kereta cap H, cap T, cap A, cap M, cap B...
padahal orang tu tak tahu pun ko abiskan duit bayo installment bulanan besar2 tp masih menyewa rumah, ikat perut dll ...
(isykkk tumpang emoooo)

knv said...

hahahaha! sapa suh terasa hahahaah! tapi kan, kesiannnnn kat mereke2 yang berwaja semput cam akak. sekarang akak dah faham perasaanya mreke2 ittewww :P

Ummu Auni said...

la? kang ai bawa mercedes, orang terkejut pula :P

DeeYa said...

mintaklah kat bos duit maintenance lps sale meletup beb...

cc said...

itulah sebabnya kampeni em-el-em bagi kete mewah pd 'agent2' mereka? ngahahah

m-i-o said...

tak tau apasal tapi sesapa jugak yg sebut pasal apasaja benda cap ayam buat ai sentap.

tewasaaa tawww :P

anyway, ai tak kesah.

ai selalu jek parking kereta kecik ai tu sebelah kereta2 import bos sekalian yg berkilat2. lepas parking, dari kejauhan ai akan merenung dan berkata dalam hati -

"ya Allah, sapa punya kereta la yg comot lagi kerdil itu - dahlah datang lambat, pegi parking pulak kat kereta2 gergasi. sungguh berjiwa besar kereta itu"

pastu kan, nak dijadikan cite, satu hari bos kecik cakap kat ai -

"bos besar kata, you jgn simpan air botol mineral dalam kereta. not good for your health"

*tepuk dahi*

ya Allah, sampai ke dalam kereta haku pon ko skodeng bos?!

Fid said...

kereta kami kecik ja weii dah biasalah tak dipandang langsung
weh VAN sungguh la VAN ko tu ya kak non!

Mommy Ja said...

akakkk!! saya sgt setuju!! i'm a local car driver..both my cars are locally made.. bukan takat kawan, sedara mara pon tak caya tinggi mana pon pangkat kita just because i do not own a Honda,at least..wekkkk! orang private sector mana bleh dapat "loan confirm lulus, gaji RM500 layak memohon,nama blacklist confirm lepas beli keta,gaji biro angkasa confirm lepas loan"... wateverrrr!

Rizza said...

begitu la macam kami ni.. hanya ber"wira" yg dah umur 10 thn ... memang aku tau ramai pelekeh kami.. belakang mesti verita kaw2nye...
memang org pandang tak bermata ... sinis je...
ade kami pedulik??? hehhe...
yg pasti kete kami tak hutang.. dah selesai ... dan walaupun tak berkereta "import" tapi kami dah merasa dok obesi hehhe merantau jauh.... hahhahha
aku lihat di msia ni.. di momok kan dengan kereta ..kemewahan tu satu kejayaan.. sebenarnya tu semua adelah topeng kegagalan.... kenapa? sebab mereka mampu berhutang lebih kerana nak menunjuk kelemahan diri... entah2 makan pun berhutang kot... hehhehhe
aku bersyukur le.. walaupun kami tak hutang byk2 kete mahal2.. tapi masih ade duit nak makan macam... bukan catu makanan kerana nak bayo kete mahal... hehhe.. sorry ke beb.. saje merapu pepagi buta..
begitu juga bab aku buka bisnes ni.. byk yg pandang serong... hanya kerana aku nak jual kek.. tak nak jadik engineer.... bagi mereka... pembuat kek tak leh pergi jauh... tak boleh jadik professional...then kalau buat kek kat rumah lagik le... umpama tak keje.. aku boleh nampak bagaimana reaksi oorg bila aku kata aku ade kedai (sewa kedai)walaupun bukan bakery.. tetap tak leh terima dek org... so what!

tinidewi said...

van pasar malam ke van yang rege macam apartment? :-p

kitorang pun pakai wira je, dan alhamdulillah takdok hutang. tapi, memang stress kalau ada agenda family sebab masing2 kereta besau-besau. ada abang tu, siap baru beli porche you :-p

knv said...

aini, tu yang malas bawak. kang lawan tokey dowhhhh :P


mardiah, maintenance takdak hal. cuma muka luaran tu yang horrorrrrrrrrrrrrrrrrr beyond repair :P


cc, yang sekeng heng tu kah? muahahahahahahha! tak selera aiii! :P


mio, nasib baik hang ocd. mesti dalam keter kemas licinggggg. takpelah bos skodeng tu. macam akak memang akak park jauhhhhhhhhhhhhh sayupppppppppppp mata memandang hahahahaha. pasal kalau orang tengok dalam keter haku yang macam kapal karam, baik tak payah hahahahah! btw, hang memang berjiwa besar deknon! :P


fid, actually hampeh kan. kereta ni kecik ke besar ke it should not matter sebenarnya. masa ni lah aku rindu sangat nak pi dok UK balik. kat sana takdak sapa heran hatta jalan kaki usung anak2 kulu kilir pun. aku sedih dengan rakyat msia termasuk aku sekali. kita ni memang materialistik!


ja, hahahahahha gitu yerr? i tell you memang dahsat perception orang2 kita ni. malas je nak tunjuk slip gaji EA kwsp zakat semua hahahahahha! ahhhh persetankan mereka ittewwwww!


za, kalau depa gebang lebih2 depan ko, bagi middle finger sebijik muahahahhahaah! hanginnnn betul kalau dok ngater orang tak tentu hala ni. macam la kita mintak duit depa pun kan? takpe beb, we only compete with a real competitor. bukan picisan2 macam tu. all the best to you beb! :D


tini, emmm, bergantung the location of apartment hahahahahahah! eh ko bila nak mai umah akak haaaaaaaaaaaaaa??? nak tunggu hang pelawa datang umah, berjanggut sampai! :P apaa????? abang ko pakai pocherrrrrrrr? melamfauuuu! yang author itu kah? :D

Anonymous said...

hahahha alah, kereta je. Buat dunno je la..paling penting LTIP kita banyak, ASB maximum and sempat buat haji muda2 (and handba dan kasut cantik) hahahah. Lepas tu baru nganga semua orang2 jahat itu.. mulala semua nak beli kereta waja with patches. AKu naik kereta bangsa apa pun aku park jek @ valet with attitude. Peduli apa, paling penting anak2 aku tak panas dan tak basah dek hujan, and aku tak kena rogol pergi cari kereta kat basement.. hehehhe

K Non - kuatkan diri, ingat pesanan kita sebelum kepulangan mu, DISCONNECT..!!!

knv said...

kahakhkahkahakah beb! you made my day!!!

tang handbag dan kasut cantik tu nak kena susun strategi molek2 sikit hahahahaha! yes, kat sana lain makcik. kat sini aku rasa terhena sangat2. nak2 bila pak guard tu buat muka macam tak percaya bila aku kata aku ada hal dengan big boss hahahahahah! memang saja nak kena maki la tu kan?

disconnect? hahahha.. boleh kot, kalau aku humban laptop ni masuk longkang hahahahah!

Fid said...

knv
paling lawak laki akula weh sbb diakan park kereta area menejer..and senior menejer....
kereta kecik kami diapit oleh alphard dan BMW youuu...tapi depa patut ucapkan terima aksih sbb kereta kami kecil kalau idak takleh keluar kereta la depa
kereta besaq parking lot semut halus punya saiz...
namun laki aku gigih beranan nak beli kereta besaq sikit katanya tapi cap malaysia punya dah laaaa..
kereta saiz besar ya bukan besar tang ak kena bayaq hahahahahaa.

Min Aina Ila Aina said...

Memang pandangan masyarakat macam tu. Suami saya keje kilang je tapi memilih kereta tu macam pilih bini, maka dia pakai la kereta hat yang cap luar negara. Tensen tau kadang-kadang sebab bila orang tengok kereta deme ingat kami ni kaya melana. Ada yang siap mintak sponsor untuk persatuan perumahan. hahaha..tak sedarnya kereta tu bank punya.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger