Monday, April 4, 2011

please don't


working attitude yang hampeh:

1. suka amik MC and/or EL pada hari Isnin dan Jumaat (semata2 sebab nak panjangkan cuti tanpa sebab musabab). pleaselah toksah dok buat perangai lagu ni. setahun sekali ok la beb. tapi bila saban bulan dok buat lagi dan lagi dan lagi; sendiri mau ingatlah. first, you are actually putting your credibility at risk. people (especially the management) will start to question your honesty and reliability. untuk aku, orang2 macam ni memamg menyusahkan. nak2 bila ada kerja2 yang masih belum disiapkan sepenuhnya. kalau kerja tu urgent, terpaksa ada orang lain pulak yang terpaksa cover untuk engkau. adilkah begitu? kalau tak suka orang buat macam tu kat kita, so please jangan buat macam tu kat orang. kalau betul2 nak cuti than please apply leave properly, through the right channel. bukannya melalui MC atau EL.

2. tak suka nak buat kerja lebih dari scope kerja. oh come on. ramai betul orang2 yang silap perception kat sini. kau ingat ko buat kerja lebih itu untuk company kah? WRONG! you are doing it only for YOU! kau buat lebih. kau yang dapat lebih. company sikitpun tak luak. duit? oh berkira pasal duit ye? ok. ok. mengikut pengalaman aku, tang duit tu memanglah kita tak dapat there and then. but the knowledge will! kan aku dah cakap, hanya dengan knowledge kita akan dapat duit lebih. knowledge first, duit second. money is to be earned. to earn it you need to prove that you are worthy of it. ko ingat company ni suka2 je bagi duit kat pekerja gitu? not a chance. just fikir gini, lagi banyak yang kita willing to do, lagi banyak yang kita belajar, dan lagi 'berharga' kita jadi. semua ilmu2 yang kita dapat tu, nobody is able to take that away from us. mana2 kita pergi tu, ilmu itu akan mengekor kita, maka kita akan survive kat mana2 tempat pun later in life.

ok dua ni dulu.

aku memang tak pernah kerja company melayu. kat company aku melayu memang kurang. tapi yang aku sedih perangai2 kat atas ni memang melayulah yang rajin dok amalkan. honestly, buat malu islam aje.

13 comments:

Anonymous said...

kak non,
mmg aku tabley blah dgn working attitude org yg cenggitu..sebab aku pon dulu makan gaji gak dulu...tapi i really served my company with full resposibilities tanpa berkira tenaga dan duit...
so, bila ada staff haku yg peel hampeh macam yg hang tulih tu (which is so trueee)..gila mmg rasa nak campak masuk dalam mesin basuh hokkay??!
*tetiba hemo

knv said...

madam, sungguh kan? aku bukan nak campak masuk mesin basuh je, tapi nak campak dalam mesin bancuh simen tu hahahahahah!

sabar je haku tau! sungguh incompetent!

rafiza said...

mujurlah anda tidak berkerja di public sector..hmm, hari2 pun ada, utk isnin jumaat tu setiap minggu ada..sukahati mak bapak dia je..

Fid said...

aku la ni dewa punya episyen...dan sebenarnya aku tgh hangin seluruh tubuh badan...menejer buat plan tak inform staff then buat plan inform last minit then dia hilang
janji nak habiskan appraisal staff tapi haram tak start2 pun....so.....aku sungguh rasa geram ...hahahahhahaha

depa suka buat kerja lembab2 supaya nampak macam KOMITED pala hotak..sapa on schedule mcm aku TAK KOMITED....gheja nak balik on time ja....hampassss

Anonymous said...

yang heran tu, orang yang sama adalah beragama Islam. Bukan setakat EL dan MC aje, kekadang dalam 8 jam sejam dua aje kat ofis. Atau pun kekadang tak bother to call and then no show.

Macam mana kita justify sumber rezeki kita yang kita beri anak isteri makan? Halal kah?

knv said...

rafiza,
actually takyah tunggu public sector. saya dah 12 tahun kerja private, jumpa jugak mereka-mereka ini. kalau dah hampeh tu mana2 pergi pun harus hampeh! :D


fid, hang patut apply kerja tempat aku. takde istilah stay back muahahhahahah. pukul 6pm dah gelap opis. :D


cikanon,
spot on. if you ask me, memang takleh justify la kan? :P being a muslim can't really help them, sebab depa tak faham pun the essence of islam to begin with. kalau faham pun, tak amal. so there.

m-i-o said...

ahahaha. kilang kicap sy pun takde istilah stay back. pukul 6 semua orang dah kemas barang. sy lagi best - tepat pukul 6 dah punch out. ahahaha.

sy cakap kat bos - why waste the electrity?! - we can reduce cost, boss! - ahahaha.

kata kuncinya ialah, keje mesti siap - pastu keluar kejap pi beli cendol pun takpe (dengan syarat belikan sekali utk bos) - ini bukan mengampu la - it's more like we work as a team - tapi kalo boss pi kedai kepala itik gantung, ai takmo ikut okey?

DeeYa said...

Tang buat kerja lebih scope tu saya rasa ramai yang tak suka buat bila dpt bos jenis kaki buli. kalau bos baik, tolong byk mana pun sanggup.

MS said...

kak, saya bagi warning letter jek org macam ni. memang hanginlah esp org yang suka sambung cuti. rasa nak kerja, kerja. malas nak kerja, EL. tak fikir kerja dia akan bg kesan kat teamgroup. ngek!

knv said...

mio, ye yang penting scope of work boleh deliver. boleh nak stay back tapi tengok keperluan la. kalau betul2 urgent 9-10 malam pun no hal. :D


mardiah, tengok apa benda yang boss suruh buat tu jugak. kalau boleh tambah ilmu buat jerrr ;D


MS, ye betul. betul. kena keluar memo gitu hahaha. yang paling tak best kalau orang lain yang kena buat kerja dia.

nana said...

saya setuju kalau kerja yg boleh tambah ilmu, buat jer.. esp kalau yg baru je start keje..

but... ada manager yg akan download sume keje2 pd org2 yg rajin ni (and org malas, akan tetap malas lah).. sampai satu tahap, org yg rajin akan burnt out and resent extra work.. gaji mmg tak bertambah, tapi keikhlasan buat extra work tu dh kurang..

*real story in my office*

knv said...

nana, itu namanya manajer yang bongok. sila hantar memo kat dia pulak. i understand where you are coming from, but i actually referring to those people yang ada 'no' attitude. tak boleh nak buat kerja lebih sikit.

seldom break said...

i was keje tidak berkira.tp ini ada sesetgh co plak, suka perah sampai kita 'kering kontang' ...lepas tu hold cuti dgn alasan 'keje byk' padahal pic sbnrnya pegi entertain customer lain.

i can give more, but pls return me respect...for now aku dh stop buat charity kat co ni.tunggu lah jiwa aku baek..hahaha..serve them well.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger