Wednesday, August 3, 2011

maksiat bersyarat


Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk lakukan maksiat, lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:

"Kamu boleh lakukan maksiat dengan syarat:

1) JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2) JANGAN KAU TINGGAL DI BUMI ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya.

3) BUATLAH MAKSIAT ditempat yang Allah tidak nampak akan kamu.

4) SEKIRANYA MALAIKAT MAUT DATANG hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat lakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk membuat maksiat.

5) SEKIRANYA MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA DATANG hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat lakukan demikian, maka, dipersilakan untuk melakukan maksiat."

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerna dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk lakukan maksiat kepada-Nya.

3 comments:

Hana Soffelia said...

Tq sis for sharing this. ^_^

Anaasuria said...

Dalam pada takde ruang tu pun, manusia berleluasa buat maksiat...

thank you for sharing..

Lovely us said...

salam...Mohon di copy boleh ya buk? mahu letak dalam blog sendiri. Muhasabah yang berguna...plis buk :)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger