Sunday, September 18, 2011

Saya patut menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana.....


(saya refer tentang MIO ini)

...kerana inilah peluang MIO untuk dapat saham akhirat berganda-ganda sampai ke padang mahsyar nanti. :D

Gini. Anak2 saya ramai. Keluarga saya keluarga extended. Setiap hari tidak kurang ada 9 orang dirumah kecil kami. Hari2 tertentu pulak, mungkin boleh jadi lebih dari 10 orang dalam satu satu masa.

Dengan adanya Quran digital ini, maka ramailah manusia dirumah saya yang akan dapat manfaat daripadanya. Emak saya sudah tentu excited dengan kehadiran quran ini. Sementelahan lagi dia memang seorang pelajar kelas al-quran dimana saya akan menghantarnya ke kelas tersebut setiap pagi sabtu. Maka dengan adanya quran digital ini, sudah tentulah lebih mudah untuk emak saya menyemak bacaan2nya diwaktu senggang dirumah. Dan dah tentu2 mak saya bakal jadi pelajar terbaik dihujung pengajian beliau. :D

Dan juga; saya, suami dan anak2 masih bertadarus walaupun bulan ramadhan dah habis (pasal orang lain tadarus satu juzuk satu hari tapi kami pula satu muka surat satu hari. wahhhh gitu sungguh hebat! :P). Jadi dengan adanya quran digital ini maka kami tak akan ragu2 lagi untuk membetulkan bacaan masing2 nak2 part yang penuh hukum tajwid seperti idgham, ihfaq, iqlab dan sebagainya itu. hidup sudah tentu jadi lebih indah dan meriah dan makin bersemangat untuk katam tadarus kira2 di penghujung tahun 2012 nanti. :D

Dan jangan lupa, anak2 saya yang ramai itu, sudah tentulah akan berkembang biak dengan zuriat keturunan masing. Dan dengan izin Allah juga quran digital itu akan diturunkan dari satu generasi ke generasi (sehinggalah datang pula quran digital lagi canggih kebabom yang boleh di-imprint terus dikepala, berkat perkembangan teknologi :P). Bukankah ini bagus dan kebaikan yang tidak putus-putus?

Dan ke manakah semua pahala2 generasi2 ini akan mengalir pergi? Tidak lain tidak bukan, haruslah kepada kakak MIO yang cantik rupawan dan baik budiman. :D

Jadi MIO, jadilah tamak dengan saham akhirat dan wakafkan sahaja quran digital itu kepada kaknon sekeluarga. Kompem tak sia-sia!

Sekian wabillahitaufikwalhidayahwarahmatullahiwabarokatuhh!

WOHA! :P

(Total patah perkataan: 307)

1 comments:

m-i-o said...

karangan yg menarik dengan fakta2 yg hampir-hampir menepati tujuan utama giveaway :P

gudluck! markah anda telah direkodkan. hehe :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger