Thursday, December 1, 2011

mohonlah pada yang satu


hanya Allah!

mohonlah pada Allah apa sahaja yang kita inginkan dalam hidup ini. sebaik baik doa bermaksud:

"ya Allah, kurniakan kami kebahagian hidup didunia dan diakhirat. dan jauhkan kami dari api neraka"

besarlah rahmat pada sesiapa yang dimakbulkan doa ini kepada mereka. apalagi yang perlu? bahagia dunia dan bahagia akhirat. alangkah indahnya kehidupan!

Allah adalah punca segala bahagia, ketenangan, kekayaan, kemahsyuran dan kemakmuran. kenapa masih tidak percaya dan mencari pada yang selain dari Allah? kepada tidak yakin untuk tunduk menadah tangan merendah diri meminta pada Allah?

percayalah, walau seribu permintaan kita, ia hanyalah hal remeh untuk Allah yang MAHA segala-galanya.

"Mintalah padaKu, Aku akan makbulkan"

jadi kenapa masih mahu mencari kepada selain dari Allah?

mahu anak2 pandai? minta pada Allah.
mahu naik gaji? minta pada Allah.
mahu tingkatkan iman dan taqwa? minta pada Allah.
mahu rezeki melimpah ruah? minta pada Allah.
mahu rumah besar? minta pada Allah.
mahu rajin beribadat? minta pada Allah.

dan bersedia untuk berkerja ke arah itu.

sujud. sujud. dan sujud.

mintalah dengan hati yang paling rendah dan hina. jangan mengeluh kalau kita tidak dapat apa yang diidamkan. tapi tanyalah diri lagi dan lagi;

adakah sudah cukup aku meminta?

2 comments:

Unknown said...

Doa, usaha dan tawakal..

Bersyukur pada nikmat yang diberi...

Anaasuria said...

"Ud`uni astajib lakum"...

mintalah apa sahaja...

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger