Friday, December 2, 2011

untuk kawan yang penat


Wahai kawan,

Aku tau kau sudah penat. Letih. Lesu. Malas. Tak Kuasa.

Tapi hidup ini, beginilah. Kita hanya akan berhenti bila roh sudah dikerongkong. Menanti dicabut oleh izrael. Dengan amal dan taqwa, kita akan berehat dikubur. Mari kita sediakan kubur kita menjadi salah satu dari taman syurga. Di hujung jalan, semua manusia akan ke sana jua. Hanya pengakhiran itu yang bermakna. Bukan harta benda. Bukan anak-anak. Bukan suami. Bukan isteri. Bukan dunia.

Manakan sama kubur orang yang solat dengan yang tidak.
Manakan sama kubur orang yang patuh dengan yang ingkar.
Manakan sama kubur orang yang letih berusaha dengan yang malas.
Manakan sama kubur orang yang sabar dengan yang tidak.
Manakan sama kubur orang yang taat dan takut dengan yang lalai.
Manakan sama kubur orang yang baik dengan orang yang jahat.

Bukankah Allah itu Maha Adil?

Maka bangkitlah untuk hidup. Banyak perkara yang harus kita selesaikan dimuka bumi ini. Selagi masih ada nafas, selagi masih ada kudrat, masih banyak perkara yang perlu kita selesaian. Percayalah, di padang mahsyar nanti, segala sesuatu akan ditanya oleh Allah. apa yang kamu lakukan dengan umurmu, dengan hartamu, dengan anak2mu, dengan masa lapangmu. Dan bukan mulut yang akan menjawabnya. Tapi amalan. ketaqwaan. Keimanan.

Teruskan usahamu didunia ini tanpa jemu. Berpaksikan dengan iman. Bahawa pertemuan dengan Allah itu benar. Hari kebangkitan itu benar. Padang mahsyar itu benar. Dan diakhir segala-galanya hanyalah syurga dan neraka.

Semat dalam hati, yang kepenatan ini hanya sementara. Dugaan akan sentiasa datang dan pergi. Sabar dan solat. Sabar dan solat. Sabar dan solat. Itulah kuncinya. Ayuh, kita teruskan perjalanan ini. Sesungguhnya kita sedang membina satu taman indah dikubur. One step at a time. Semoga dihujung nyawa, akan terlerai segala kekusutan, kelelahan, kepenatan dan kelesuan.

Demi Allah, aku sayang kamu!

4 comments:

Lovely us said...

salam kn...

saya sayang akak.. di saat saya penat dan ke laut... akak beri saya nasihat yang sgt berguna.. saya sayang akak.. nasihat2 akak byk sedarkan saya. terima kasih ye kak

knv said...

thanks for reading dik. akak sayang kamu juga! *hugs*

Anaasuria said...

knv

ye, manakan sama..
sedangkan didunia juga berbeza mereka yang berusaha dengan yang tidak berusaha..

manakan sama..

knv said...

k.anaa,
betul tu. cuma kita ni yang kadangkala kalah dengan perasaan. tak sabar dengan dugaan Allah. padahal kalau kita sabar dan syukur ganjarannya amatlah besar. :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger