Friday, January 20, 2012

tazkirah pendek

salam sejahtera! thanks to a friend yang kongsikan ini difesbuk. salam jumaat sahabat2 tersayang. semoga kita semua diampunkan Allah.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."


8 comments:

Anaasuria said...

adehh... sentap akak.. terasa dik non..

knv said...

kak, tak terkata..

simpletostyle said...

kak,nk copy bleh?

tq

Mrs Z said...

Kak... gud entry ^_^ nak share iye. Saya credit kat blog saya

knv said...

simpletosyle/mrsZ,
please do so. thanks for reading! :D

Amalul Solehah said...

tajuk nya pa,kak?

Amalul Solehah said...

tajuk ape kak??

knv said...

tajuk apa dik? tak paham.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger