Friday, February 17, 2012

inevitable


kak su passed away yesterday, leaving behind 8 kids. the youngest being around 2-3yo. adorable cheeky little girl. when i heard the news from mom yesterday, my heart turned cold, and heavy like lead.

arwah adalah jiran aku di seksyen 7 dulu. kami tetiba agak rapat sebab mereka pun pernah tinggal di birmingham sebelum kami dulu. sama2 pulak di Selly Oak. anak2 dia pun ada yang satu sekolah dengan anak2 aku di shah alam. petang2 main badminton, main basikal sama-sama.

god! aku masih terbayang2 anak2 dia dok berlari2 dengan anak2 aku kat depan rumah. dua tiga hari sebelum pindah rumah sek7 tu, sempat pergi makan kenduri anak dia. that was the last time we talked to each other.

bila dengar berita kematian dia semalam, aku tergamam. the kids cried. akmal keep saying,

"Yusof dah takde emak. Yusof anak yatim!"

and aisyah cried some more before bed. the fact that their friends no longer has a mother was really really disturbing. subhanallah.

untuk kak su, aku doakan semoga arwah dicucuri rahmat Allah. aku amat sedih untuk anak2nya yang masih kecil itu. kalau ada depan aku harus aku peluk2 bebudak tu. losing a mother at that age? how devastating! i wonder how the little girl is surviving now. ya Allah, kau berilah kekuatan kepada keluarga Kak Su. please ease their pain and sorrow. innalillahiwainnailaihirojiun. kepada Mu kami kembali ya Allah.

5 comments:

sisdee said...

sedih memang..saya juga dikejutkan dgn kematian adik kepada jiran sebelah last week. Anak yg kecil baru setahun. Suami bkerja di sarawak. Anak2 yang 4 orang tu tpksa dibagi2 kan sbb suami mmg tak boleh nak jaga kat sarawak.

Semua tu ujian yang Allah kasi..nasib kita wallahualam!!

alfatihah buat arwah dan semua muslimin yang sudah mninggal

Khairani Bahaudin said...

Sedihnya... saya tak tahu macam nak hadapi kalau kehilangan org yg dekat dgn saya apatah lagi org tersayang...:(

transformed housewife said...

Innalillahiwainnahirajiun. Masa arwah mak sy meninggal, adik bongsu berumur 14 thn. Dekat 6 bln dia jd murung. Kami kakak2 & abg2 yg dah dewasa ni yg cuba tenangkan dia semula. Skrg dah 3 thn lebih pun masih terasa kehilangan tu.

lailasani said...

sedihnye kak baca...
moga kehidupan anak2 arwah kaksu dipermudahkan ALLAH...

**arwah ayah saya tiada masa adik bongsu umur 1 tahun lebih... :(
bonda adalah ibu dan ayah kami..

Anaa said...

kita ibu2 ni memang sungguh sedih kan bila memikirkan nasib anak2 yang masih kecil yang kehilangan ibu tatkala masih dahaga amat akan kasih seorang ibu..kadang2 bila terbayang diri sendiri dijemput Ilahi, rasa ngilu sangat fikirkan anak2.. patut ngilu fikir bekal tak cukup..

apa pun, pasti Allah ada rencana yang sangat baik untuk anak kecil itu.. semoga kelurga dan anak2 aruah sentiasa berada didalam peliharaan Allah.. amiin..

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger