Tuesday, June 30, 2009

aku

lama gile rasanya aku tak merempit kat blog vogue aku nih! ke, aku dah hilang vogue? hahahahahaha... sila jangan bagi jawapan yang aku takmo dengar. aku lempang kang!

anyway,
berbalik kepada hidup aku yang agak huru hara semenjak dua menjak nih, mehlah aku buat summary sikit akan aktiviti kehidupanku itu:-


1) aku ibu tunggal sekarang
haip! tolong jangan spekulat..eh speculate. ibu tunggal masa weekdays je la... weekend suamiku akan kembali ke pangkal jalan. kahkahkah! disini saya ingin mengeji sekeji-kejinya akan J*R mangkuk hayun yang memang bods yang mengarahkan laki aku ditukar ke branch negeri sembilan sedangkan dia akan cuti belajar start bulan 8 nih! so kiranya dia bertugas kat tempat baru tu lebih kurang 3 bulan aje. memang hampeh la ko orang gomen yang bertanggungjawab buat penukaran tu. apakah bangang? tak baloi nak pindah randah ulang alik untuk sekadar 3 bulan aje. itu la, kalau orang kata gomen tak reti buat kerja, korang marah. tapi apakah jenis kerja bijak yang korang buat kat laki aku nih? aku memang la hangin pasal aku sorang yang stress mengepung anak2 masa weekdays! lotih den tau!


2) aku sekarang kat opis tengah serve notis 3 bulan. sebelum mengundur diri secara terhormat sebagai kuli kelas atasan by end august nih. pasal apa tiga bulan? oh, "barangan yang baik tidak perlukan kata2 indah" <-- ingat lagi tak ni iklan pensonic dulu. pasal aku kan vogue. kalau notis sebulan takut majikan aku terkangkang2 nak carik replacement aku hahahahah! screw you majikan! hahahahah.. eh eh eh.. jgn salah paham. majikan aku memang tip top. cuma aku yang tak suka kerja aku dan amat berbesar hati dapat melepaskan jawatan aku. mana aku nak pi? haaaaa... yang ni agak bedebah sebab aku pun tak sure nak pi mana la weh! hahahahaha..! bengong kan? yes! introducing me the queen of bengs! by bulan 9 ni. akan terjadi salah satu antara yang berikut:-

a) aku ngan anak2 tengah menghirup udara segar UK
b) aku kembali bekerja di malaysia dengan gaji yang sikit tapi perks yang lebih. yea. aku rela nyah.


3) aku pi reunion ngan budak2 sekolah lama
the first reunion yang aku pi last 2 weeks, dengan budak2 masa aku form 1. 20 tahun tak jumpa wehhhhh!!!!! tapi aku still vogue! bukan aku cakap yea tapi aku quote bebudak tu cakap. ada tu kata aku langsung tak nampak berumur pun! hahahahahah! mak sukeeee! nanti mak belanja ko eskrem ye deknon. korang tau apa rahsianya aku nampak anggun setelah 20 tahun? apa? demi moore? oh tidakkk! senang aje rahsianya. kan dulu masa kecik aku kata aku ni yang jenis gemuk dan hitam legam. so begitulah orang kenal aku sejak dari zaman batu lagik. so sekarang ni kira dah putih sikit la kan. (aku serius tak tau apsal aku terputih sekarang ni. padahal takde la pi buat body bleaching ke hapa kan? tapi idaklah putih bebenor punngggg... cuma dulu tu memang HITAM LEGAM! hahahahaha... suka hati la labu. yang penting aku tetap vogue! eh tapi tang gemuk tu MASIH lagi laa... hahahahahhaha tak dapek den nak nulong haa..!


waaahhh... letih gile aku nak sambung nih. cukuplah tu recapping sikit kehidupan aku yang ala2 tak keruan nih!

take care peeps!

aku rindu nak beramas-ramas ngan korang!

bila nak geder2 lagik? kang aku ke UK kang tak dapek korang nak amik otograph aku yang tersohor nih!

:P

21 comments:

Fid said...

lama hang menyepi
letih aku menjawap hahahaaaaa

so???raya UK lah nooo

Diver Mom said...

oh.. gi UK ikut hubby sambung blaja la kiranya ya..? wah.. bestnya... :D

NeroEcha said...

Ape ke lembap ler pi hantar keje gtu kan..takde otak btl..jom ler gather2 kang ko pi UK lama lg dpt jumpa

Ms Lola said...

Jom jom, tgk wayang kat CIneleisure tuh. Cuti lah on Friday end of JUne

knv said...

lola,
ni kan dah july? i assume end july? buleh.. buleh.. akan kupertimbangkan.

tapi cite apa yang best2 coming soon? mak memang sukak berpoya2!


fid,
sapa pulak yang bertanya tu weh? patutlah aku banyak tersedak-sedak!
:P (poyo!)


Z,
mungkin ikut, mungkin tak. segalanya mungkin! :P

Nero,
alaaa... sama je pi UK ke tak. masih buleh berjumpa di alam maya ini!

:P

MS said...

kahkahkah...

ko memang vogue lah knv..dalam menyumpah masih leh berlawak tue. i loikeeee!!!

Unknown said...

KNV gemok ke? isk. abih saya ni apa? huhu.

knv said...

MS,
terlanjur dah loikeee tu apa kata belikan eskrem barang sepotong?

:P




ZZ,
gemuk la tu deknon, pasal dulu pernah kurus cantik jelita anggun menawan.

sekarang pun cantik jelita anggun menawan gak cumanya GEMUK!

kahkahkahkah! tak nak kalah tuuu...

:P

mamaDhea said...

patutlaa lama menyepikan diri dr dunia blogging.. biziiiiiiiii ghupenyer.. :P

haa, amacam bestkan jd wiken wife? :P

pas balik dari UK nanti kaknon jd PTD laa ek? :D

Erna said...

knv! jangan lupa jumpa before berangkat!! nnt nak amik otograp hang..(nnt aku beli buku otograp cam zaman sekolah2 dulu :P)
eii..aku pun jaman sekolah 'bulat&hitam legam' jugak!! ngeeee!!!

knv said...

MD,
bulehhh laaaa.... selamat la sikit masa week days tu... hahahahah!
:P


BE,
harusssssssssss tuuu! bila lagik mak nak pau air yang hang orderkan tu? hahahahah! :P

i.s.z.a.n said...

tang nak 'beramas-ramas' tu, tegak bulu roma ngan bulu ketiak aku, boley?

knv said...

ehhh... bulu ketiak buleh tegak ke? bukan ikut graviti ke?

kahkahkahkah! lupa nak cakap. aku dye bulu ketiak kaler pepel. tak caya tanya lola!

hahahaha... apa salahnya ramas. imagine aje macam ramas santan tuh!! hahahahah!!

cysev3n said...

ni mesti tulis blog lepas meroyan mengepung anak2 ni.. kekeke..

selamat la beramas mesra ye? mak cuti tak banyak nak cuti2 malaysia macam dolu2..

Crazee Choc's said...

wah... bakal SAHM la ni ye.... dok UK lagi...wah2.... boleh la buat kerja baking2 nanti...

knv said...

yan,
hang harus belanja akak onion ring satu kat SR.. hahahaha... tak kiralah cuti ke idak!


marisa,
oh oh oh ngak tau lagik buk! akak ini adalah amat tidak boleh dipercayai!

:P

mirah said...

kihkih ketawa saya baca entry k ana kali ni.. Means lama lah k ana tak menulis sesuatu yg boleh buat saya gelak..haha..

btw, bestnya nak pi uk tu. Nak jeles boleh?hihi..

MN said...

kak non!!!
lama tak baca celoteh kak non nih!! :D

Anonymous said...

KNV, bak kata mamadhea, bestkan kembali menjalinkan perkahwinan jarak jauh.... mmg gomen sentiasa mgalakkan pegawai2nya supaya mengamalkan PJJ. anggaplah dugaan sblm J*A bagi KNV fly bersama suami terchenta....

Cik Puan Kamil said...

Oii kat UK kang ambik rumah besar sket sebab aku, campur laki campur anak 2... Keh keh

knv said...

myra, awat hang tak serik2 lagi ka dok UK tuh?

ish rumah cantik sek 3 tu nak letak mana? meh bagi kat kitaorang hahahahahah!

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger