Remaja wanita jangan terjebak sexting elak dimalukan
KANGAR 1 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan golongan remaja terutama kaum wanita tidak terjebak dalam kegiatan merakamkan aksi terlampau sehingga boleh menjejaskan masa depan diri sendiri.
Baginda bertitah, kegiatan sexting yang banyak dirakam melalui telefon yang mempunyai kamera video hanya merugikan mereka terutama apabila disebarkan oleh teman lelaki atau bekas teman lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Titah baginda, terdapat kes aksi yang tidak sepatutnya dirakam itu dijadikan bahan ugutan oleh bekas teman lelaki sehingga membawa kepada kesan buruk dan mengaibkan wanita itu sendiri.
''Saya menyeru agar golongan remaja terutama wanita berfikir sedalam-dalamnya bagi mengelak perkara sebegini terjadi.
''Banyak kes yang didapati apabila keterlanjuran itu akhirnya menjerat diri mereka sendiri apabila bekas teman lelaki mengambil kesempatan dengan menyebarkan gambar yang tidak sepatutnya itu ke dalam Internet yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja,'' titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Kejohanan Lumba Basikal Wanita Terbuka Perlis di sini hari ini. Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berangkat.
Kejohanan yang pertama kali itu diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-66.
Ia turut mendapat penyertaan pasukan dari Vietnam, Laos, Thailand, Kazakhstan dan 13 pasukan dari negeri-negeri seluruh Malaysia.
Raja Muda Perlis bertitah, golongan lelaki yang melakukan perbuatan tersebut termasuk jenayah rogol dan ragut seharusnya tidak menjadikan golongan wanita sebagai mangsa.
''Bagi golongan lelaki, fikirlah dengan matang apakah akan terjadi sekiranya perkara yang sama berlaku kepada emak, adik perempuan, kakak atau saudara perempuan kita sendiri.
''Apakah perasaan kita sekiranya orang yang rapat dengan kita sendiri menjadi mangsa keganasan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini,'' titah baginda.

6 comments:
haha.. mmg kebetulan btol ek kak.. apekata print & tampal kat tempat yg dia boleh baca..
takpon, letak je atas meja dia masa dia takde pastu cabut.. hihi
knv...musim kot frequency mengena..so that semua org 'kebetulan'
ntah apa nk jadi pada golongan muda skrg ni..baru kenal da boleh kuar sesuka hati dgn jantan. tu yang jadi mangsa tuh...
bila tak bg kuar nanti, cakap mak bapak kongkong..pdhal kita risaukan psl sefety dia..
nauzubillah...mintaklaa dijauhkan Allah!
Hai kak non...i'm back..baru je sbln tak msk blog hang dah btukar rupanya yer..bbalik entry ko tu..budak2 skrg kan dah takde keje lain kot...nasib kita dulu blm tercipta semua tu..
aku pernah tertengok, perempuan tak malu, email kat opis mate aku(jantan), hanto guna email opis lak tu,
bukan email personal opis mate aku.
dia amik gambo dia bogel nyah, B B B aku rasa, tak faham aku
erkk... kalau orang lain sebarkan kira maaf gak laa... sebar sendiri tu apa kes yer?
Post a Comment