Thursday, October 8, 2009

sahm

Dulu sebelum datang sini, aku agak panik dengan kenyataan bahawa aku akan start kerja dirumah 24jam sehari. Menjaga anak2 tanpa pertolongan pembantu rumah, tanpa parents aku. Seriously, aku memang baran. Tak sabar nak mengadap kerenah anak2. Aku dok congak2. Habislah budak2 ni kena dera ngan aku sok. Camanalah aku nak mengadap depa, nak masak, kemas rumah, buat laundry, tengok kerja sekolah depa, etc.. etc.. oh listnya amatlah panjaaaannnnggggggggggggggg… Honestly, aku memang tak ready langsung!!

Sampai2 aje kat rumah birm, aku terpegun tengok rumah yang besaq sikit dari kangkang kera! What the ?? Oh aku sungguh sedih tatkala itu. And I hate the weather too! Awatlah sejuk niiii???? Aku benci! Aku benci! Aku nak balik Malaysiaaaaaaaaaaaa!! Yea.. budak2 tak over. Aku lak yang lebih. Tapi sungguh la weh. First impression. Aku tak suka dok sini. Tak suka! Tak suka!

Anyway, ada sapa heran ngan ketidaksukaan aku? Hah hah! Dah tentu tidak. I’m here for a mission. I can whine and whine and make my days a series of disastrous event, or I can chose to make the best of it while I’m here. Yea, aku harus syukur. Berapa ramai pompuan2 kat luar sana yang mengidam nak cuti dok umah jaga anak, kat oversea lak tu! Itu ayat standard nak sedapkan hati. Tapi tang dok umah jaga anak tu memang cuak sikit hahahahahah!

Well, as time goes by, cewahh cam lama bebenau bunyiknya! Padahal tak sampai pun sebulan lagi aku jejak bumi birm ni. (Bak kata aimie, “mama kat bumi ni ada ice-cream tak?” hahahah!) Tapi rasa macam dah lama weh! Btw, I think I kinda underestimated the whole ‘house-wife’ thingy. Ini personal opinion aku la yea. Sila jgn generalized!

Aku berpendapat pompuan memang dicipta untuk jadik housewife hahahahah! Sebab knowing aku yang kononnya career-oriented individual, I thought I’m going to hate being a SAHM. But I guess I was wrong. Aku agak suka actually kehidupan rutin aku sekarang. Memang ada jugak stress sana sini, tapi takde apa yang tak boleh dikompromi. Aku discover yang aku enjoy kemas rumah, masak untuk family aku, tunggu laki aku balik uni, hantar ambik anak2 sekolah.. hahahahah.. aku memang musykil kenapa aku boleh suka benda2 camni. Maybe pasal aku dah tak payah nak bertanggungjawab atas perkara2 ‘besar’ lain yang melibatkan manusia2 lain kat opis tu kot. Oh memang heaven la tang tu! Dan aku tak leh nak imagine sangat camana aku nak balik jadik engineer by the end of a year nanti.

Adakah aku akan bosan nanti? Yep, mungkin jugak. Tapi aku lebih rela kot bosan jadik SAHM dari bosan kerja kat opis. Hahahahaha.. keji betul. Oh yea last week school depa ada One World day. Aku buat roti jala ngan kari kentang. Fuhhh! Berpeluh mat salleh makan. Ni gambar sorang budak ni dok timba kari aku letak dalam cawan. Pastu dia selamba minum gitu aje dari cawan. Ko ingat ni sup ke nak oi?? Kalau tersedak mak tak tolong la yea hahahahah!



Ok peeps. Happy living!!




Lots of lovessss,
Posted by Picasa

17 comments:

Salwa said...

well said!
happy SAHM-ing :)
welcome to the club :)

Diver Mom said...

hehe.. sup kari!! :)

oh ya, mesti best jadi SAHM kan..? macam-macam boleh buat.. mungkin kak non je yg x explore lagi je tu.. :)

Liyana said...

Usually SAHM yg dok oversea terrer masak, buat cake, buat handicrafts, online business.. etc. By one year nanti, mesti dah expert in certain areas ;)

Crazee Choc's said...

owh! sungguh kuteringin.... tp hubby sik kata je.. tak best dok negara org... melancong best la... saya kata la... mmg la teringin nak asa yg tak best tu la.. hehehe... sungguh poyo.

p/s: kelakar tgk gelagat anak mat salleh letak kari dlm cawan

kaezrin said...

i nk jadi SAHM jugak tp nak duduk UK jugak..vley tak>?

kat sini kalau ak amik antar anak pun kdg2 padan duduk dlm jam aja..camno tuh???

ayat2 tak bersyukur dan ampeh dis itu..:P

Ummu Auni said...

wah wah siap menjala tu :D

Unknown said...

syoknya jadi SAHM.

SMM said...

knv has discovered the domestic goddess in her, woohoo! :)

Fid said...

knv
sbb tu aku nak jadi SAHM!!

Cik Puan Kamil said...

Aku mmg teringin jadi housewife sebab setahun aku kat Leicester I was that.... Ko balik kang kerja kat tempat lama ke ?

Btw, apa e-mail hang ? E-mail aku kat myraam@gmail.com. Boleh sembang panjang sket

eZa said...

tapi kan kak non, saye rs kalau jadi sahm kat sane berkali ganda cool dari jd sahm kat mesia to be specific in kl. hectic kak non! kalau kat sane rase mcm xde stress pon, xde hurries nak dikejar. tenang je eh?

hehehe tp tu rase ms kat wales, x tau la same ke x kat birm.

tp pe pun sahm tetap menjadi idaman job ku walau di mana berada. ehehehe ;)

liadevega said...

hang baru tau ana? hang ingat aku soooka pi kerja? aku pernah jadi sahm (not really sahm la, i was studying at that time) for 6 months..w'pun sebok, penat dan miskin...tapi ku baahaagia..(sila nyanyi macam melly goeslow).

tapi kerja skrg pun it's the nearest to sahm that i can get...alhamdulillah!

Mamaboyz said...

knv, mmg rasa demotivated masa mula2 tgk rumah kat sini, lunjur kaki dah penuh bilik, mmg terasa rumah mesia luas

i agree with u, mmg apa pun career pompuan tu, dia akan 'feel at home' at home :)

rezeki anak kaknon...

knv said...

meh nak komen sikit :P

salwa, club ni temporary membership jek. setahun je valid hahahahaha!

zu, kalo macam2 tu tak kira housewife dah. lotih la nak buat macam2. buat keje2 housewife aje udah! :P

liyana, betoi la tu. antara bersungguh ngan tidak je. tapi akak malas lagi banyak kot hahahahah!

marisa, akak dok kejap je. jadi takdan kot nak rasa tak best tu hahahaha! again, ini ayat standard nak sedapkan hati! :P

kaezrin, lai lai lai! i don't know how they do it, tapi tgk depa kat sini memang sungguh relax la. tak langsung terkejar2 macam kita kat malaysia. nanti i blog lagi about this.

aini, kata banyak masa terluang hahahahaha!

zety, yang paling syok tak payah keluar pi kerja :P

mynie, domestic je. goddess belum lagik! cam hampeh je hahahahaha!

fid, aku paham bebenar keinginan hang. aku tetap doa sampai la ni, okeh? :P

mrskamil? sapa kamil? hahahahaha! aku ana_miraa@yahoo.com. oh dulu hang leicester yea? aku dapat cuti tanpa gaji. depa kesian kat muka seposen aku hahahaha! tapi kalo dapat kerja lain aku redho aje :P

eza, cool ke cold? hahahahaha! pasai tak hectic tu memang sungguh. akak suka hidup kat sini relax je. ada sorang member tu buat master sambil jaga anak 5 orang. dia pun kata relax aje dia kat sini. sama la kot kat uk memang lagu ni. semoga impian jadi kenyataan la yea?

lia, nanti buat phd hang apply la mai sini. bawak family semua sekali. kat sini ada gak 2-3 orang dari tempat hang datang buat phd. syok je aku tengok depa. jadikanlah jeket potato sebagai motivation buleh gitu? :P eh tapi sungguh mai la buat phd sini. aku dok tumpang laki aku je la. harap aku memang haram la. kata penyegan hahahahahah!

doc, oh i actually cried when first arrived. macam tak sanggup tengok living room besar stor aje hahahha. kat situlah makan, kat situlah lipat baju. kat situlah buat semak. kat situlah buat homework, kat situlah tgk tv. oh! memang tensen mak ok?

i.s.z.a.n said...

ya betol, aku pun jatuh chenta dgn kerjaya SAHM ni sampai malas cr keje, adoiiiiiiiiiii

HUda said...

Aku dari 10thn lepas malaaasss keje ok? hahahaha ..makanya aku sokong sgt la ....

knv said...

iszan, scary untuk aku okeh. balik malaysia sok everything is duit duit duit. tak mampu laki aku keje sorang. scaryyyyyyyy...

ude, sila sokong! hang tak buleh tak sokong! :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger