Monday, October 12, 2009

i don't know how they do it

okeh sudah sampai masanya aku menyampaikan kemusykilan aku yang musykil ini. kalau ada antara para pembaca berlatarbelakangkan economics, mungkin boleh terangkan bagaimana situasi ini berlaku. income per capita, buying power, inflation, etc. aku tak reti nak kupas dengan jargon2 yang sesuai. jadik silalah bagi pendapat anda memasing.

aku musykil kenapa barang2 KEPERLUAN kat sini murah. groceries. pakaian. kereta. (rumah aku tak sempat belek lagi. tapi rumah kami 4 bilik sewa dalam GBP550). Suka untuk aku comparekan apple to apple. maknanya sila jangan convert currency. aku belek2 dalam internet. untuk seorang engineer yang middle range (tak junior tak senior) gaji macam kat malaysia jugak la. starting dalam GBP2500 to GBP3000.


dan contoh groceries yang aku pernah beli dihypermarket ala Tesco:-
lunch rolls (8 p.pkt) - 0.99
pisang sejambak - 0.83
cookies (ala chipsmore peket tu) - 0.99
hanger baju (dalam 10-12 p.pkt) - 0.97
ice cream - 2.00
kentang (pkt) - 1.24
white bread - 0.47
bath mat - 4.00
burger bun -
plastic jug (medium) - 0.35
cili sos - 0.98
orang juice kotak 1 liter - 2.90
fresh milk - 1.53
kellog's cocoa pops - 2.49
body shampoo - 1.71
duvet king size - 12.00
duvet queen - 10.00
duvet single - 7.00


untuk baju budak2 lak masa depa nak start sekolah:-
baju - 3.00 to 5.00 each
kasut - 5.00 to 10.00 each pair
seluar - 3.00 to 5.00 each
baju pakai hari2 pun murah. less than 10 pound. bukan branded la tapi memang high quality clothing.

untuk kereta baru aku tak sure sgt, tapinya untuk kereta secondhand, harganya amat murah. kami pakai estima lama yang berharga gbp650. consider masih amat elok keadaannya. kalau convert pun, dalam RM4000 lebih kurang. boleh bayang kalau kereta rm4000 kat malaysia?




sekolah anak2 pulak percuma (public schools). no fees whatsoever. yang kena bayar kalau depa nak pegi field trips atau kena attend course apa2 ke. apa2pun kalau tak boleh bayar sangat2 still boleh bincang dengan sekolah. depa tak panggil fees, tapi 'contribution'. actually tidaklah jatuh wajib kalau tak dapat bayar pun.

(sekolah pulak, satu session. aku rasa depa dapat praktikkan ni sebab ada banyak sekolah. selang dua tiga road ada sekolah, especially primary and nursery school. sistem sekolah amatlah 'parents friendly'. selagi tak nampak muka mak bapak, cikgu2 takkan lepas budak2 keluar. pagi2 masa perhimpunan, mak pak beratur sekali ngan anak2. masa ni lah kalau parents nak jumpa cikgu2 untuk tanya pasal anak2, atau untuk cikgu2 report pasal anak2. untuk primary school memang wajib parents ambik kot)

jadi aku congak2 untuk seorang engineer yang bergaji GBP2500, setakat nak hidup selesa (bukan mewah la) memang buleh sangat la.

actually aku harap sangat kalo kat malaysia boleh jadik macam ni. Satu pound kat sini memang berharga untuk aku sebab memang agak significant berbanding RM1 di malaysia. Kalau ada sepuluh pound tu purata beli groceries buleh dapat sepuluh item ruji macam roti, susu, telor, etc.

aku rasa kalau malaysia boleh dapat macam ni, harus takde rakyat miskin tegar kat malaysia. so, i really don't know how they do it. buying power tinggi. aku suka. tapi aku tak suka nak tinggal sini lama. jadik tolonglah malaysia jadik camni jugak. so takdelah pompuan2 kat malaysia terpaksa stress out kerja berhempas pulas nak tambah pendapatan yang macam tak cukup-cukup. hehehehehehehehe.. ni mengata diri sendiri la ni.

okeh, see you later peeps!




lots of love!

22 comments:

CY3.5 said...

sini, aiskrim mcD pun dah 1.05.. kekeke..

betul la kan.. dah sekolah pun FREE.. beranak 7-8 orang pun tak serik..

~Yu.Es~ said...

Wah..menarik tuh...kalau kat Japan pon kereta murah2...awatnya Mesia ajer kereta mahal bebeno..Tax terlalu tinggi kah...wah kalau kita pakai estima second hand camtuh kat Mesia, orang kampung dah kata KERETA BESAU tuh..kekeke...

Salwa said...

most probably sbb diorg tu negara pengeluar produk, i mean they produce and use all the necessities. lain mcm kita yg merupakan negara pengguna.
kalu semak semula di malaysia ni pun ada juga barang buatan malaysia yg murah berbanding barangan buatan import tetapi sebab atitud citizens yg prefer to the well-known brand(eg: shampoo cap serai wangi vs shampoo pantene, kasut gombak vs kasut clarks)therefore permintaan terhadap product luar lebih tggi, kos mendapatkan/membawa brg2/dan marketing pun tggi, sbb tu barangnya mahal.kalu barng buatan tempatan insyaALLAH lebih murah.sbbtu kerajaan nak switch kan mind set citizen utk yakin dan guna local product.sbb bila byk beli brg imported, duit lebih byk mengalir keluar.tp kalu beli local made, aliran duit masuk ke rakyat sendiri juga.
cuma kita maybe jauh lg nak sampai mcm depa sbb depa sampai raw materials to produce food pun diorg harvest sendiri eg wheat, milet, etc

sekolah free sebab gomen depa mmg allocate byk kat education.

tu pendapat sy je la...sy bukan economic background...huhuhu

Ealyie said...

kak non,
tercopong kejap mulut mak baca entry akak ni hah.. sambil2 buat calculations.. mak ni nama jegh belajo economics dulu tapi haremmm..
tapi apa pun, mmg syiok jugak ek kak non dok soping2 groceries murah2 gitu.. huhuhuh.. betul la kata CY3.5 tu, eskrem McD kat sini pun da singgit.. iskk..

Liyana said...

Tu la, murah kan? Especially barang2 yang cap hypermarker sendiri mcm Tesco, Asda, Safeway etc mmg murah giler kat UK. I think ikut tempat jugak kot. Ada tempat yang harga barang kita rasa ok, tapi sebenarnya golongan org2 tertentu je yg pergi (low income or immigrants and students). Kalau locals yang ada certain groups of income, diorang shopping groceries pun kat Marks & Spencer dan sewaktu dgnnya. But so true as what you said, brg2 murah pun, quality OK sgt.

Harga rumah ikut location. Kalau 'black area/immigrants' or jauh from city centre/university murah sikit. But sad to say, kat mana2 European countries, Muslim community areas are usually quite deprived areas.

Kalau kat Stockholm ni mmg mahal. Other Europeans yg dtg sini pun dok sibuk compare harga. Mcm I tak kisah pun beli kat mana. Ada tempat yg I selalu beli groceries ni, bila tgk demographic, ramai immigrants (refugees), yg dpt duit welfare and low income group (after a few observations, it's quite distinct).

Welfare & public transport are excellent. Tapi income tax diorang byr byk.

Hmm, dah pjg lebar, tetap takde jawapan utk soalan economy tu, just nak share my opinion. I was in UK dulu, 4 thn :)

Fid said...

KNV
hujan emas le hang la ni nooooo
kahkahakhakha
tapi dok teringat hujan batu juga???
pada pandangan saya .....
memang menarik
yup
kalau compare apple to apple..hatta jepun pun gaji depa ala-ala malaysia juga cuma..tu la depa ada bnyk itu ini kerajaan tolong tanpa mengunkit...ni takat 3 kupang pun dok kecoh..ceh....

bilalah gamaknya aku bleh pi dok barang 3-4 tahun.....
hahahahhahh

Zety Zin said...

macam yg liyana cakap, diorang punya income tax tinggi. so duit yang kerajaan dapat semula adalah banyak. bolehlah nak allocate duit yang banyak kat education. kita ni, yang tak bayar income tax pun ramai. ngee... (saya bayar zakat so tak kena tax :D)

and as for kereta, malaysia ni caj duti tinggi bebeno. thats why harga kereta kat malaysia sangat sangat mahal.

tapi tulah kan... barang2 kat sana sangat murah. teringat masa SIL bawa balik baju2 untuk anak2 saya. satu pound aje selai. cantik2 la tuh.

~saya yang beri pendapat ikut logik tanpa pengetahuan ekonomi yang bagus :P~

rizza said...

ana,

aku tak pakar ekonomi tapi aku leh bagi pendapat/ilmu yg aku tau je

negara depa..negara maju dah beratus/beribu tahun dan dah establish sistem semua
negara kita negara baru membangun

income per capita negara kita berbeza dgn depa.... [ni aku pernah terangkan kat blog aku dulu.. apasal kete kat obesi murah kete kat msia mahal] dan satu lagi...

cuba tgk sapa yg mempelopori bisnes kat msia???? ni semua britsh punya pasal... membawa masuk pendatang yg makin lama beerlagak macam tanah sendiri dan ade nye org2 melayu tak sedar diri... kita negara baru membangun tapi lagak macaam negara maju gile.... sedangkan mentaliti masih 50 tahun ke belakang... sampai berkurun baru leh maju....

yup seperti komen yg lain... mereka pengeluar keta2 tu dah bertahun lama... jgn la dok banding kete kat obesi murah tapi kete kat msia mahal.. yg ini sila convert ye... sama ka nilai nye...

dan tgk la cara jepun bekerjaa ,....nak mampus kan...
dan negara2 obesi org putih yg lain... produktiviti mereka bagus... negara kita??? pi keje tapi tak buat keje sungguh2 ...macam mana nak maju.. diri sendiri tak dee usaha utk maju kan negara.. nak salah kan kerajaan ke????

selamat le ko disana... berhujan emas le ye.. hehhehe

apa2 pun aku lebih gembira beradaa di alam nyata negara sendiri... setelah bertahun di negara org yg tak de kepaastian nye...

take care!!!

rizza said...

zety... caj duti kette import ke???

memang patut kene tinggi....

sedangkan kat korea..jgn harap le kete import leh masuk....

kereta msia tak le teruk/buruk sgt pun
tapi mentaliti kita org msia yg ramai mengagungkan dan memuja barangan barangan barat berlebihan...

ade brg import yg bagus ade juga yg tidak... kita kene menjadi pembeli yg bijak.. bukan pembeli yg hanya memandang hasil luar negara semata semua hebat....

berbangga la menjadi rakyat msia.. dan beruasahalah membangun kan ekonomi negaara kita... dan kurang le membeli dgn ca ya nun alif melainkan tiada pilihan atau emergency aje..

sekian dari saya yg merapu..

Zety Zin said...

rizza,

kalau tak silaplah.

~ampun kalo tersilap ye~~~

Marisa said...

lagi satu kan... inflasi.... kat sana inflasi dia rendah.... RM50 boleh beli byk barang... kite kalau bawak RM50 pi pasaraya. cuba cakap sket apa yg boleh dapat? Dapat pempers anak sepeket je kot. Mmg lepas kak non balik malaysia terasa la mahalnya brg kat sini.

Mrs Kamil said...

Aku duduk sana 7 tahun and actually everything tak lah murah sangat especially when u get your utility bills. Kita org dulu gas bills dapat quaterly so bila mai menggigil lah nak bayaq. Pastu ngan tv license lagi ..

Food is cheaper and some stuffs are cheap tapi sebab hang tak yah bayaq tax which if I am not mistaken is almost 40% ikut income bracket.

There are pros and cons. Pros nya ialah tak yah beli kereta as dulu kami duduk dekat ngan town so we walked everywhere and public vehicles are efficient.

Cons, well... please pray that none of u will need medical care when u r there. Dont know if the medical inefficencies tertakluk kat Notts n Leicester aje.

UmmuAhmads said...

Salam anamiraa (still suka panggil u with this beautiful name :)),

Saya sekali sekala jengah jugak blog ni, usually blog hopping from mynie's... cuma rasanya tak pernah tinggal komen...hehehe...

Memang macam tu lah kat sana.... tapi, one of my friends yg ada economics & politics background, juga PR kat sana once told us... sebenarnya kalau benda macam kat supermarket tu, memanglah mostly sebab dia produce sendiri, so murah. Di kala krisis ekonomi berlaku, para supplier akan menanggung kerugian, manakala buyers kurang merasa beban. Supermarket besar macam tesco atau sainsbury's akan paksa supplier tetap jual pd mereka pd harga murah, utk elakkan harga barang naik. Tapi, ada setengah barang yang memang tak boleh dielak utk naik. Lagipun i guess economy dah makin pulih kat sana.... Kami pernah menempuh zaman ekonomi meleset, yg mana harga minyak naik mendadak, harga beras naik double dlm masa 2 minggu. Barang2 macam baju, kasut, etc pulak, ada sesetengah outlet, guna tenaga buruh di negara yg murah macam china, atau guna tenaga buruh murah di negara UK sendiri. Tapi kesedaran yg tinggi dlm masyarakat maju mereka dah mula suarakan benda ni. Contohnya kalau kita pegi supermarket, kita boleh nampak ada benda tulis "fair trade"... maksudnya kalau itu 'fair trade' banana...ia dah menjamin bahawa semua petani & supplier dpt harga yg berpatutan dgn harga jual pd buyer. Mereka yg berkesedaran tinggi, tak kan beli barangan yg murah, contohnya banana murah tapi bukan 'fair trade' kerana tak adil kpd para petani.... hmmm.... macam tu lah masyarakat maju, fikiran maju, bukan materials saje yg maju....

Tentang kereta pulak, walaupun murah, tapi ada MOT dan insurance yg sgt tinggi, melebihi harga kereta. Sebenarnya, kalau tinggal as student, life sgt best.... tapi, kalau kerja sana as professional biasa-biasa, sakit jugak... tax sana sini, gaji akhirnya tinggal cukup2 makan jer. That's what most of my friends yg duk sana cakap.

Tapi tentang sekolah tu.... memanglah itu adalah satu2nya benda yg saya sgt miss dan kecewa, sebab malaysia masih jauh ketinggalan drp segi sistem mahupun facilities. Let's hope one day kita akan dpt sekolah macam tu kat msia...hehehe...

Mynie said...

kak ana,
sbb tu saya balik2 sini 6 years ago rasa sedikit 'sedih'. masa student, dpt scholarship ciput tapi high buying power. balik sini kerja, earn income sendiri, tp low buying power.

tp betul juga mcm ummuahmads cakap tu, the economics for a student vs a professional would be different la bila dah tolak tax etc..

i think (think only, sy tak reti economics gak) some of the reasons why barang diorg murah sbb:
1) duit diorg 'besar' (ni berkait dgn kuasa ekonomi diorg la), so bila import brg dr china or other countries, brg akan jadi 'murah'
2) diorg punya teknologi pembuatan advanced. a lot of automation using machines in the factories, so kurg human labour cost
3) diorg beri penekanan kpd industri makanan (agriculture, penternakan etc), so adalah dia punya strategi on how to keep cost down, develop new technology etc

barang murah, tapi labour, services and tanah (inc lease, space etc) mahal..

mommysarah said...

kak non, salah satu sebabnya yang prof saya pernah cakap, diorang tu pengeluar product, kita ni pengimport jek. selain tu, tax yang pengeluar caj kan kepada pengguna pun dah satu hal. barang2 yang kita2 ni beli, dah margin sekali ngan tax. senang citer, kita yang bayar tax on behalf si penjual.

knv said...

oh thanks kengkawan yang bagi pendapat.

yea aku terfikir gak akan tax yang depa imposed pada employees. yang datang as students harus tak terasa bahana tax. rasanya sama macam australia jugak kot, tax kena sampai 40%?

dan aku jugak setuju bahawa sistem kat sini memang dah matured. pasal tu efficient memang takleh nak cakap la kan. so far kat sini kalau ada phone line, ada internet, memang most benda takyah nak buat kat luar rumah.

contoh masa datang dulu takde kereta, so beli groceries semua on line. siap buleh pilih slot delivery yang kita suka. hopefully satu hari tesco n giant buleh buat gini. takyah habis duit kat minyak keta.

nak sambung line telephone, electricity, air, gas semua guna online aje. alamat rumah pun dah siap2 depa defaultkan dalam internet based on the postcode of our area.

myra, ko maksudnya medical adults ke? budak2 kat sini depa cover. kami register kat GP sini. tapi kalo adults kena bayaq sendiri. tapi mungkin jugak depa bagi free meds untuk certain2 condition aje kot. yet to be experienced.

ummuahmad/rizza, betul la tentang mentality maju tu. yang ni memang saya tak boleh nak sangkal. kat sini saya suka tengok orang2 yang bekerja. tak kira la ko cikgu sekolah ke, tukang buat rumah ke, professional ke, tukang kebun ke, pak guard ke, tukang lintas budak sekolah ke, saya tengok mereka2 ni memang proud dengan apa yang depa buat dan akan buat kerja sebaik yang mungkin. they seemed to enjoy what they do and they WANT to be useful to other people. yang ni saya memang amatlah kagum. no matter what they do, they want to be respected as much as they respect other people. adakah ini dari sistem persekolahan yang baik?
perhaps.

yang penting, malaysia adalah tanah airku.

m-i-o said...

hmm...seronoknya harga hanger tak sampai singgit. heeee :P

oleh itu, klo sy dapat gi sana benda pertama yg akan sy borong ialah HANGER! *terkenangkan betapa seronoknya hanger berlambak, takyah lipat2 woooo*

kahkahkah!

lagi satu, klo duk mesia ni smpai ke tua la tak merasa nak pakai estima. errr, nak pesan estima 2nd hand 3 bijik buleh tak?

maaf, tidak membantu menjawab soalan. sy sibuk kira berapa byk hanger bleh bli :P

Ms Lola said...

Oh, banyaknya gue belajar....

MN said...

diorg tu negara pengeluar. itu sahaja pendapat saya.

drwati said...

knv, really useful answers from your frens..

mmg terasa kena bayar tax, when i worked, tax cut 22% (40% only for income more than 36k kot), w/pun gaji seribu lebih tapi potong 200 lebih

so if u work gaji yg 3.5k tu berapa je yg take home

if u look at your council tax pun seribu lebih kan (exempted for students)

pastu saving account pun kena tax kan

the medical care is free except medicine- £7 each medicine on the prescription, but i'm not sure about procedures/ surgery

why your cookies n orange juice so expensive? 2.90 tu kitorang boleh dapat 4 kotak

knv said...

doc, yes harus banyak pi kat tax tu. so kesimpulannya student life paling best la kalo dok sini. boleh kerja part time lagik. cookies tu dalam dia pack kecik2 untuk budak2 lunch box. orang juice tu yang beli kat asda. yang fresh sejuk tu. tak tau la apsal mahai. tapi jarang beli pun. kat sini dok minum nescafe panas je. air sejuk langsung tak pandang. sekali sekali ajelah. tapi nescafe tu memang harus bergelen2. sampai hyperactive dah ni haa..

kaezrin said...

mmg la...kalau 10pound boleh idup seminggu kat UK..kalau rm10 setengah hari dah abis..nak gibalik klcc dah abis rm4..hina tak???

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger