Thursday, October 1, 2009

re-cap



Terasa nak re-cap pengalaman aku menghandle kanak2 ribena bertiga masa kat airport 12 dan 13 September yang lepas. Honestly, aku cuak gila sebelum fly tu. Dengan fikir nak handle luggage lagi. Bebudak lagi. Awal2 tu kiranya nak bawak sebanyak beg yang buleh. Konon nak maximizekan 25kg x 4 orang. Tak ke 100kg total tu? Berangan sungguh. Aku lupa walaupun 4 orang tapi yang nak menolak trolley tu dah sahlah aku sorang.

Pastu pulak ngan laki aku call dari Birm cakap memang leceh nak clear immigration. Dahlah aku turun London nanti. Laki aku cakap lugage depa suruh bukak satu-satu. Dengar cerita member2 yang dah berpengalaman kalau boleh elakkan dari turun London, sebab memang banyak songeh la custom depa tu. Tapi dah sah2lah tiket semua dah confirm kan? Dua tiga hari sebelum pi tu, aku dok sakan la doa semoga Allah permudahkan perjalanan aku ngan anak2. Horrornya aku takleh imagine la. Anak2 aku memanglah amat handful sekali. Ada2 aje benda yang buleh depa adakan dari tiada.

So konon nak bawak 5 beg. Potong jadik 3 beg yang medium size tu. Pastu aku bawak satu beg pack aje as hand luggage. Parents aku hantar sampai KLIA. Kat sana aku rehearsal la konon nak tolak trolley ngan tiga2 beg tu. Hahahahahahahah! Lupakan ajelah labu! Trolley pun tak muat! Aku control macho la kan walau terhoyong hayang nak mengawal beg2 tu nak bawak check in. Peluh ketiak weh! Pasal dok fikir camana aku nak kawal beg2 tu ngan anak2 aku masa kat London nanti. Buatnya Arina bual hal tak mo jalan suruh aku dukung ke? Fuhhh! Mak gelabah deknon! Apalagi berbuih mulut dok baca ayat seribu dinar! Hahahahahhahaha! Keji gile ok? Masa tenat baru nak ingat Allah banyak2? Insaflah wahai kaknon!

The first obstacle yang agak mengharukan, ialah masa dalam KLIA lagi. Dahlah boarding gate hujung dunia. Lenguh aku kejap2 dukung arina. Sampai2 aje …. Aik? Takdak orang pun? Aku tunggu la jugak dalam sepuluh minit. Tunggu punya tunggu last2 baru aku terperasan kat display monitor tu tulis depa dah ubah pi gate lain. DANNNNNNN! Gate baru tu totally opposite gate yang asal tu! Aku punya sumpah seranah masa tu… tu diaaaaaaaa…….. hilang dah ayat seribu dinar masa tu hahahahah! Bodoh betullah! Kesian kat anak2 aku kena heret berlari2 anak nak ke gate baru tu. Kuruih anak2 aku tak pasal je.

Pastu kalut punya pasai aku buleh tertinggal snack yang parents aku bekalkan untuk makan dalam plane. Kesiannyaaaa anak2 aku pasai semua tu favorite snack depa. Memang bahlol. Aku terasa macam nak maki diri sendiri tapi aphal lak kan? Baik aku maki KLIA je muahahahahhahahah!

Okeh, dalam plane, Alhamdulillah dapat la satu row berempat yang tengah2 tu kan. Excited the girls takleh cerita la. Aku dok cemas je kot2 tak dapat kawal depa. Dapat pulak seat row depan tu mat salleh mana tah. Siap pusing belakang lagi sound pasal anak2 aku dok tendang2 seat depa. Sabau ajelah. 15 jam punya flight ni. Silalah behave anak2 aku. Nasib baik lah in-flight entertainment ok. Tapi aku memang busy la memanjang. Kejap aisyah nak air. Kejap aimie nak kencing. Kejap arina gatal kaki. Nak susu. Aisyah muntah. Kesian dia pening kot. Tapi dia muntah atas sweater aku maka aku korbankan aje sweater tu bagi kat MAS je la hahahah tak koser nak bungkus2 masuk bag pack. Ada dua tiga kali jugak masa aku bawak aimie n aisyah gi toilet arina melalak tak hengat punya. Masa tu dia tido so aku tinggallah sekejap. Rupa2nya aku pi aje dia terjaga mau tak meraung tengok mak ngan kakak2 dia hilang. Fuhhhhh! Teringat lak cite flight plan si Jodie Foster tu. Nasib baik Boeing MAS tu kocik je nak banding ngan flight plan punya jet tu kan? Hahahahhaah! Sempat gi buat lawak!

Anyway macam2 hal la 12 jam tu kan. Aku sabarrrrrrrrrrr ajelah. Serious aku rasa orang kiri kanan aku pun kesian kot tengok aku asyik2 dok bangun asyik2 dok bangun. Aku mintak banyak gak selimut extra dan dapat dengan jayanya hahahahha. Iyelah dengan muntah lagi. Buat bungkus baju kotor lagi. Hish macam bukak kedai dobi kat row aku tu weh hahahahah!

Hmm.. thinking about it. Memang WAJIB aku dapat award masa tu.

Okeh nanti sambung. Tak koser mak nak tulis lagi dah. Dah masuk magrib pun dah haa…!
Apa? Dah mandi ke lum? Mandi tu apa? Oh lupa aku kan dah jadi mat salleh tak mandi? Hahahhaha! Hampeh!





Posted by Picasa

17 comments:

n.i. said...

cayalah kak non... wa saspek la sama lu

Erna said...

citer la lagi! nak baca lagi..lagi..lagi!!
Wah!! memang mencabar sunggoh tu! Syabbaasss!!

Topsy-Turvy Mum said...

Bravo Kak Non..!!

Kalau mak cenggitu..ma terjun jer...ekekeke

Marisa said...

mmg teror la... kalau saya... ntah la.... saya nak pi supermarket nak bawak budak berdua tu.... kalau tak dak hubby.... tak pegi pun tak pe...

MommyCT said...

whoaaa..supermom kaknon oii...sambung le lagi..
Eh..ada bau la ...hehe

Ummu Auni Afif said...

wakakaka. hari tu masa bawa dua orang tu pun dah rasa pening kepala. tu baru gi ho chi minh. kah kah

Nur said...

uiks, mmg mencabar sungguh!kalu noni laaa, ntah2 noni yg nangis dulu!

zailamohamad said...

Zaila tabik spring kat Kak Non..toing toing..huh i wish i can be like you..mak tak boleh non..

Myra Abdul Mutalib said...

He he... aku memang bagi award kat ko... Tahniah Kak Non... (walaupun aky baru belajar guna kak/dek non ni... harap pengunaannya adalah betui... makasih)

Zety Zin said...

mencabar sungguh aaa knv. kalau saya tak tau la macamana. agaknya dengan saya sekali muntah2 jugak. haha.

mirah said...

saya boleh imagine kekalutan itu, terbayang pula aisyah berlari dalam parkson tempoh hari. Seriau kita, tak peduli org dah sambil kelek khadijah pergi kejar dia. Lagi dia nampak kita kejar, lagi dia lari.. huhu

Btw, kenapa muka anak k ana tu monyok je yg sorang tu? eh tak tahu aisyah ke aimie..

m-i-o said...

hadoi. dari awal perenggan sambil habis sy rasa macam tak bernapas langsung baca entry ni. hahaha! sungguh menghayati skrip :P

tahniah knv:) klo sy, tak taulah. anak sy baru sorang, tak sampai 2 tahun. nk drive sorang bawak dia sampai kl pun rasa macam nak pengsan. dengan keta jadik macam tong sampahnya lagi. hahaha! klo bawak smpi london - lagila. azab sengsara la kot.

rasa nak ulang lagi tak saat tu? hahaha :P

liadevega said...

weih...
hang buat aku cuak weii..aku nak pi aussie bulan depan ni anak-beranak...flight 8 jam tu. abih la anak teruna aku tu membuaskan diri...dah la naik AA, takdak entertainment. aci dak kalau aku bg dia makan ubat batuk..hehe

julia said...

cubaan dan dugaan besar if travel dgn anak2 aja tanpa the other half, memg kena byk sabar dan kuat smngt...tp biasa org kat aipot x usik if tgk mak dgn anak2 y berderet..if depa usik gak meamng sngaja nak cari pasal laa....

Ealyie said...

kak.. sesungguhnya aku menginspirasikan semangat mu yg sungguh jitu menghandle anak2 berduyun2 dlm penerbangan selama 12 jam!!!!! wahhhhh... ;P

knv said...

weh korang. actually kalo korang berada kat tempat aku pun, aku rasa korang akan buat yang sama gak.

entahlah weh. i think it's merely surviving.

orang lain ada yang lagi susah kot hahahahah!

knv said...

tapi aku still nak award tu. hahahahahahaha! ada sesapa nak bagi? cash pun aku terima. kredit card pun ok.

kahkahkahakhakhkahakh!

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger