Thursday, March 25, 2010

chicken in tomato soup

hadoih letih dok cakap pasal orang kan? hihihihi.. takleh diamalkan selalu. kang pendek umur... :P

anyway meh aku ajar satu lagi resipe mudah untuk anak2. kalau anak2nya tak suka, maka makpaknya bolehlah makan jugak gitu :D

haa.. ini ropenya tomato soup tu. aku tak sure kat malaysia mahal ke murah. tapi kat sini memang jual 4 tin tu sepeket.


aku memang dah banyak kali buat resipe ni. anak2 memang suka alhamdulillah. senang pun senang.

meh tengok resipe:-

Ayam (half kg)
Bawang merah (blend)
Bawang putih (blend)
Halia (blend)
Cili kering (blend-sikit je nak buat pedas sikit)
Serai (titik)
Tomato soup - 1 can (400-450ml)

1. Mula2 tumis bahan2 blend kat minyak panas
2. Masukkan serai. Tumis sampai garing dan naik minyak
3. Bila dah garing masukkan ayam yang dipotong kecil2. Balik2kan sikit untuk ratakan bahan tumis kat ayam.
4. Masukkan tomato soup 400-450ml. Kecilkan api dan renih lama2 sampai ayam lembut dan naik minyak.
5. Seasonkan with gula, garam, ajinomoto (ikut rasa memasing)

Note:
1. Takyah tambah air. Tomato soup tu dah cukup untuk kuah. Biar likat sikit.
2. Makan dengan roti pun sedap.
3. Ni kiranya basic resipe la. Kalau nak tambah kentang, tomato buah, carrot, etc tu silalah ikut budi bicara masing2. Yang basic ni khas untuk orang2 M macam aku hahahha!

Selamat mencuba!



12 comments:

DNNA said...

Mengancammmmmm kak !!
*sambil menyeka air liur yang dah merembes sampai kat dagu*

kaknon, wah, ada bawang merah ek?? ni bekalan stok dari sini ke beli kat sana?? ;D

masa students dulu bukan main paaaaaaaaaayah lagi nk carik bawang merah ... makanya, kami substitute dengan bawang besar. Rasa manis2 gitu ... hahahaha

knv said...

cover2 sikit air liur tu weh kahkahkahkah!

ada jugak bawang merah kat sini. tapi memang mahal dari bawang besar tu. kengkadang je beli. selalu memang pakai bawang besar la. senang pun senang nak kopek kan? hahahha.. dasar pemalas.

apa laie? pi la buat cecepat. :))

IntanSham said...

sedappp...sedapppppp.... boleh try nihh kakkk... *lap air liur*

Fid said...

aku akan cuba

knv said...

intan, lap jgn tak lap. kang tumpah dalam lauk gitu hahahahaha! buat la. senang je pun. :D

fid, sila-sila. kalo akif suka vege boleh la ko masukkan carrot kentang semua. jadik macam stew la gitu lebih. kurang. depa ngap aku pun ngap jugak hahahah!

Ms Lola said...

chicken in tomato soup? sure ke sedapp? *aku mencabar kredibiliti seorang DG*. Muahahahaha

knv said...

kahkahkah takdak kredibiliti pun to begin with. :P

cubo dulu yo? tak sodap, sedokah kek orang! :P

Ms Lola said...

nak cuba lah balik ni kang.. resepi mudah harus mak cuba.

Share lagik yg lain!

knv said...

pembetulan. yang tomato soup tu setin dalam 400ml. bukan 250ml.

250ml tu sikit bebenorrrrr.. :P

anyway, happy cooking!

:D

Ms Lola said...

ha, tu lah tu. nasib baik td tak beli cap campbell yg kecik tu. mak amik cap kimball - besar sket tin dia. campbell, kimball.. kah kah kah. adakah ini kebetulan?

knv said...

eh eh macam tounge twist la pulak hahahha...

sedap kan? nak2 kalo buat dengan boneless chicken. potong kecik2. pastu panas2 makan ngan french bread tu. fuhhh!

MS said...

ku heran betul,bukan blog ni tengok makanan yg di hidangkan mesti telan air liur

sungguh menyelerakan

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger