Wednesday, March 24, 2010

honestly..

bila korang terbaca paragraph yang macam dibawah nih, honestly what first come to your mind?:-

"hairan betul kenapa anak dia tu tak pandai baca lagi ek? mak bapak dia nampak macam tak ambil berat aje. takkan tak tengok lansung development anak sendiri? hairan betullah. saya pun takde la dok ngadap anak2 aje 24 jam tapi alhamdulillah anak2 saya semuanya boleh baca buku masa umur 2 tahun. nasib saya baik kot dapat anak2 mudah diajar. alhamdulillah syukur pada Allah. itulah saya memang pelik kalau tengok anak2 orang umur 4-5 tahun tapi kenal huruf pun belum lagi. kenapa ek? susah sangat ke nak ajar anak kenal ABC? hairannya!"

komen yang menepati citarasaku akan dapat hadiah best!! :D

45 comments:

Zety Zin said...

isk. apa yang nak dihairankan? anak saya pun tak reti baca lagi!

hehehe. boleh dak cakap gitu. bior dia terasa.

Ms Lola said...

I tewasa taww... Anak i 4 thn tak pandai baca lagi. Tp I terima hakikat tu sbb dulu pun I start tau baca dlm umur 5-6 thn. Dan sbnrnya kitorg pun takde lah nak nak suh sofea tu ngadap buku tiap2 hari after seharian dok kat tadika+daycare.

To me senang aje, kalau anak tu tak pandai benda ni, dia mesti pandai benda lain regardless lah umur brp pun. Tuhan mmg dah jadikan manusia sebaik2nya.

Kalau pandai baca pun, tp tak pandai cakap (mcm anak gue, ada unsur2 riak di sini), org pun question/ngata jugak...

knv said...

komen yang menepati citarasaku akan dapat hadiah best!! :-D

Ms Lola said...

Sign up la Twitter, best tawwwww

DNNA said...

Honestly kak,

Symptom yang saya alami setelah baca paragraph di atas :

1.Saya rasa senak dan pedih ulu hati.


Adakah keupayaan anak membaca pada umur 3,4 tahun berkadar terus dengan keprihatinan ibu bapa kepada anak2?

(Haaa, ni teknik menjawab soalan dengan soalan ni ... kah kah kah)

norma said...

Sengal....

TopsyTurvy Mum said...

Komen aku ni Kak Non...

Hek elehhhhh!!...anak kau anak kau la..anak aku anak aku laa..

meh bagi adiah tu kat aku :D

wakakaka..

cam tipu je umur 2 tahun dah reti baca...melebih2 jer minah ni!

knv said...

korang, anak2 mak purata umur 6 tahun baru buleh baca. buleh? muahahahah!

lola, twitter? worait! sebelum subuh ku sign up hahahha!

linahilmin said...

salam...
aduhai... riak sgt tu bunyi nya! development setiap anak2 tu kan berbeza.. syukur lah kita dpt anak yg sempurna walaupun 4/5 thn pun belum pandai baca.. Insyaallah, when the time come dia pandai la!
ps- my son 3yrs+ & alhamdulillah dah boleh baca sket2... tp most of it, dia belajar sendiri tru tv / comp.. sebab dia jenis yg x suka org ajar! means, anak pandai / tidak bkn sebab ibubapa ambil / tidak ambil kisah!

saudah said...

hello kak, lain budak lain development dia. takkan tu pun tatau.

hah, best tak?

Nur said...

ish..berlagaknya minah ni!nk bgtau satu kampung anak dia pandailerr tu..

sisdee said...

bole tak saya kata : "apa nk heran budak kan lain2..

apa kata aku anto anak aku kat ko..tgk le pndai tak pandai dia baca..."

err bole tak saya kata camtu kat dia :p

Along said...

hairan yer...saya pun hairan ngan declaration cik pn yg anak2 cik pn bleh membaca time umur 2 tahun. Macam ajaib je...awat tak masuk suratkhabar? Tu dah tahap genius gaban dah tu...tahniah!! Bagi la tips..anak2 saya umur 5 tahun baru tau mengeja..

yer yer je...cukup sinis x jawapan di atas...hehehehe..

Fid said...

kandaku yang vogue

hang nak tau apa perasaan aku baca?
Pirrah mabuk!!
ada aku kisah??
anak aku dah nak 5 tahun takleh baca lagi pun tapi bleh baca yang amna dia dah kenal..hafal la tu
tapi aku tak heran sebab aku percaya setiap manusia hebat dan unik
tambahan plak anak aku memang genius yang jenis tak nak tunjuk hebat kang mak dia riak
hambik hambik

ada hukum alam kata anak kena tau baca umoq 2 tahun??tak dak kan???

jangan riak weiiii kalau DIA nak ambik balik la la tu dia ragut balik..dont play2 n hairan2\\ada budak dia tau semua tapi dia jenis simpan sampai ranum sekali tunjuk yg membaca diusia 2 tahun pun pitam...

Sayang.Ibu said...

"owhhhh anak u 2 tahun baru boleh baca?? lambat tuuuu... anak ai, mula bercakap jer umo dalam sethn 3 bln terus pandai baca.... apsal anak u umo dua thn baru pandai?? herannyaa.. susah sgt ke nak ajar anak baca??? kesiannya anak u.anak ai masa dlm perut lg ai dah ajo ABC, tu yg cepat dia pandai baca tu sbb dah kenal ABC sejak dlm perut lagik... "
boleh bagi balik macam nihhhh kat cik kak yg riak abesss tuu??? kahkahkahhhh

knv said...

tsk tsk tsk rupanya bukan aku sorang la yang meluat.

aku memang hanginnn sangat2 kalau terjumpa orang2 camni. riak. berlagak. show off. itu yang datang kat kepala hotak aku.

sorry to say la tapi aku rasa orang2 camni amatlah takbur dengan pemberian allah. orang2 yang jenis bila dapat rahmat tak reti nak fikir yang rahmat tu dari Allah semata. bukan sebab ko yang terer sebagai manusia. tak paham dengan konsep rezeki. lagi nak hairan dan pelik kenapa ada orang rezeki sikit ada orang rezeki banyak. bodoh piang!

betullah tu. sekali allah nak tarik sesaat pun buleh jadi.

kepada MANUSIA itu, sedarlah yang ko tu sebenarnya tengah bragging. konon down to earth! boleh blah!

it's not only about the kids; it can be your husband, family, etc. apa yang ko ada tu, kalau baik, datang dari allah. janganlah ingat segalanya usaha ko sendiri. kalau dapat anak pandai, syukurlah. takyah pelik kenapa anak orang lain tak pandai. kalau dapat suami baik. syukurlah. tak payah pelik kenapa suami orang tak baik. people don't want to hear you ridiculing them.

grow up ok? this is not your first brag.
**********************

hihihihihi! puas hati aku!

thanks for the reply korang. sesapa yang menang nanti tuntut hadiah kat aku ek?

:D

TopsyTurvy Mum said...

kak...haku nak tambah satu lagi boleh tak?? takde adiah pun xper..haku hanginn!!

utk yg tulih tu laa, bukan hang

"2 tahun konon dah boleh baca...mesti made in library!!"

keji tak kak non komen aku ni??

MommyCT said...

ni komen ihklas yg salunya dlm hati jek i ckp...tak terkeluar le bila depan2 sbb tak suka camna pun i mentennnnn:
"macam hareemmmmmm . berlagak nak mam***.... ingat umur 2 taun boleh baca sampai ke besor sok anak ko teror laaaa... silap haribulan ko yg menangis tak berlagu sbb 'keteroran' dia menyusahkan ko" ..

hehe...=P

Masa orang tu ckp ngan u, ada rasa2 nak lempang tak?

eZa said...

semua orang capabilities tak same. budak² tak leh nak push sgt tang study² nih. nak² yg umur 2 tahun. kalau dia mmg minat alhamdulillah. tp kalau ikotkan umur² camtuh mmg main je keje nye. exploring here and there, learning process gak lah tuh. playtime at the same time is their learning time.

sy agree ngn ML, saye dulu pun pandai bace umur 5-6 tahun. dpt jugak degree. hehehe (unsur takbur disitu :P). tp sy rase mmg environment sekarang lah. parents semua berlumba² nak bagi anak pandai. nak advance before the time. kesian tau tgk ade tuh baru tadika dah kene pi tuition. alahai...

semua parents nak yang terbaik utk anak². tapi x fair lah kalau ade org sesuke hati nk judge capabilities anak org lain. Allah ciptakan semua org sebaik²nya dah ;)

org buat statement tuh x sayang mulot betul eh kak non? :P

Mynie said...

my first thought: betul ke ada org cakap mcm ni? mcm extreme je minah ni punya komen. ke knv karang sendiri ni? hehe... ( <--- kes tak bergaul dgn byk jenis manusia)

mirah said...

saya rasa org tu tak patut ckp mcm tu, kalau dia percaya yg tiap anak tu ada potential masing2, she wont say that. She considered lucky ada anak mudah diajar, tp she shouldnt blame or pandang negatif pd org lain. At age of 2, rasanya parents wont give pressure/ attention lebih suh anak pandai membaca, lainlah kalau dah darjah 1 masih tak reti.

Hihi..

UmmuAhmads said...

Honestly, saya agak biasa dengar atau baca komen sebegini atau maksudnyanya lebih kurang sama macam yg ni (bergantung kpd umur anak yang dia nak komen). Oleh itu, tidaklah saya terkejut walaupun dulu agak terkena kejutan budaya jugak bila dengar benda macam ni kat malaysia, tanahairku ini. Komen sebegini akan berterusan mengikut peringkat umur anak. Bila sekolah pulak, nanti ada aje yg akan cakap tentang pencapaian exam anak-anak pulak! Membandingkan anak dgn anak org lain, seterusnya bandingkan parents budak tu dgn diri sendiri...wah, sungguh biadap mereka yg bercakap sebegini. Bagi saya, hanya mereka yang tiada keyakinan diri, suka membanding-bandingkan diri & anak dgn org lain & anak org lain.

flowerella said...

KNV (saya nak comment emo ni..)

sapa yg tulis tu ek? Cam puaka je ngata anak org. Grand sangat la kan anak dia umur 2 thn baca. Tapi tak yah la nak jatuh kan anak org lain. Macam ni punya mak bapak la yg induce unhealthy competition.. and suka suki dia tuduh mak bapak budak tu tak ade effort la ngajar anak dia. Kita tak tau masalah dalaman org tu, so jangan pepandai nak buat assumption.. and what if the parents want to take it easy, tak nak pressure anak tak tentu psl..

Mulut cam cabul ngata anak org. Itu rezeki Allah bagi ade masa nak ngajar anak and anak pun cepat pick up, tapi jangan la nak riak. Nanti Allah tarik balik, mrasa...

Ok PEACE!!

Mama Adib said...

kepandaian bukan hanya d nilai pada pandai membaca

IQ EQ perlu seimbang
pandai membaca cam burung tiung tak guna.

chop burung tiung kaa yg pandai cakap tu hehe

m-i-o said...

hmmm. macam pernah kudengar ayat ini. tapi di mana ya?

eh. bukan ke sy yang cakap gini kat blog dulu? kahkahkah!

nanti. sy tulis kat blog. tetiba dapat idea nak buat hantaran servis bertukar tangan. kahkahkah!

Ummu Auni Afif said...

saya bersyukur anak saya sempurna anggota, tidak buta, tidak cacat, tidak pekak, tidak capik. saya bersyukur anak saya tidak menghidap penyakit bahaya. saya bersyukur kami tidak kesusahan sehingga saya perlu kasi pagi makan pagi, kais petang, makan petang. saya bersyukur, despite the things that i'd gone through, saya ada keluarga yang memahami. saya bersyukur anak saya tidak terganggu emosinya dengan apa yang terjadi.

boleh ke kak non :)?

Ealyie said...

uik! :D

p/s: ni je termampu ku taip kak..:(

Ms Lola said...

"sedarlah yang ko tu sebenarnya tengah bragging. konon down to earth!"

Mmg itu juga yg saya terpikir. Org2 cam ni kan,.. kadang2 saya kesian. Bukan apa, mungkin hidup dia (atau mungkin diri dia sendiri) selama ni unnoticeable. Mungkin hampir kpd org-tak-pernah-tau-dia-ni-wujud. Jadi, dia mahukan sesuatu yg 'WOW' yg lebih dr org lain (secara tiba-tiba).

Atau, selama ni apa yg dia buat tak pernah ada org acknowledge esp immediate family (tak mau la mention lebih2, nanti Tuhan tarik pulak nikmat/rezeki yang dah diberi) - mungkin lebih teruk, kena condemn sokmo.

Betapa kuatnya pengaruh insitusi keluarga dlm pembentukan insan yg sihat... Dan juga, betapa panjang lagi perjalanan hidup seseorang sebelum menjadi insan yg telah terbentuk dgn sempurna (umur brp agak2?)

Semoga anak2 kita nanti membesar dgn sihat mental & fizikal. Amin.

m-i-o said...

pergh. adakah itu benar2 Ms Lola? macam tak percaya! bukankah Ms Lola itu orangnya sgt tak peduli, lantaklah engko, aku tak kisah - tetapi tiba2 begitu beremosi dan penuh pengertian?

ecewah.

blog tak semestinya mencerminkan penulisnya. hmmm.

harap maaf. komen ini off-topic. hihihi :P

Ms Lola said...

Ewah, aku sepak jugak ko ni kang, MIO.

(Hari ini hari emo gua)

knv said...

hahaha!

sorry ye aku tak dapat nak komen satu2. pasal kang tak habis2 aku ngumpat kang hahahahah!

anyway, aku stimulate scenario ini from real life event. cewahhhh! :P

actually lagi, aku rasa kita semua pun tak kisah kalo keje ko hanya nak masuk bakul angkat sendiri. tapi silalah jgn nak bring other people down pulak. i think that's the whole issue.

yang paling nyampah tang 'buat2' pelik tu. kenapa ek? kenapa ek? kenapa ek? sebenarnya tak pelik pun, tapi saja je nak tanya gitu so that secara tak langsung bagitau kat orang betapa hebatnya aku berbanding engkau. ish tang tu serius rasa nak lempang aje.

takpun aku sumpah aje ko jadik toilet! keji gile ok?

knv said...

lupa,

u can be very surprised how this kind of mentality actually come from a degree holder. maknanya intellectual la tu kan?

what a disgrace to the community. malu akak tau! :P

Maya said...

eh? tak heran pun..
saya dulu jah 1 baru start nak belajar baca buku..

UmmuAhmads said...

anamiraa,... setakat yang saya pernah tengok, memang biasanya yang bercakap sedemikian adalah golongan educated, kerana golongan ibu educated masa kini yg memang 'concern' dgn perihal education anak, maka mungkin dia 'pelik' kenapa org lain tidak se'concern' dia...hehehe....

Ms Lola said...

a phd holder sekalipun, tak semestinya org tu sihat serba-serbi.

mungkin mmg dah keturunan dok asyik menelaah je kot..

i wont be surprised kalau "anak-2-thn" yg diperkatakan itu nanti menjadi seorang professor whom may be really good in academic but not in other things

(kan gua dah ckp hari ni hari emo gua..)

knv said...

sukacita dimaklumkan, kepada pengomen2 (bukan peromen yea kahkahkah) entry ini seperti yang diatas, dengan sukacitanya saya akan bagi pree sekeping poskad birmingham untuk anda.

apa? tak best pun? banyak la ko punya tak best! aku nak bagi ni sila cakap terima kasih aje yea? *jegil mata*

kalo nak suruh aku pos sila bayau duit setem :)) kalu idak sila tuntut masa aku balik satgi.

lap u all bebeh!

:D

Sayang.Ibu said...

terima kasih ahkak... :D

Fid said...

pencapaian akedemik yg mantap tidak menjamin kekuatan minda
hahahahahhaa

gua tetap tarak setuju apa jua keadaan

unik unik

isz_3707 said...

aku menyampah bab mengata anak orang ni (harap2 aku tak termasuk dalam golongan tu). bebudak kan milestone nye berbeza-beza. 2 tahun dah pandai baca aku xde jumpa lagi. tapi anak aku memang 2 tahun da pandai abc..z sebab aku ngn laki aku memang jenis suka membaca so dia ikut skali and 1 lg pengaruh tv & dvd. tp aku tak suka budak kecik ko nak paksa2 belajar kerah otak macam budak tu dah beso. lgpun tang abc tu sibuk sangat tp yang dah skolah x reti baca alif ba ta xde plak nak kecoh, meluat mak!

Anonymous said...

alamakk terlepass bot laa..

hishh...

dia kata anak saya ke ni?? sebab arituh baru jek tulis entry anak saya yg 6 tahun tu baru terkedek2 belajar membaca..

sentapplah ni..

takpe takpe.. kita tunggu lagi 20 tahun ya.. tgk anak masing2 kat mana...

hahaha emoo emooo...

-KS-

rizza said...

bukan aku cakap kan?

hehhe kalau aku cakap gitu sila tukul aku.. hehe

tapi kan.. kalau aku jumpa org tu.. aku cakap gini boleh tak...
"ala.. baru 2 thn tau baca .. anak aku lahir2 dah pandai baca buku...."

hehhe

p/s: lama tak jenguk blog2 ni...

ana poskad aku mana? nak le jugak...

:: vErde+hAzizi :: said...

topic best tapi lambat nk join the bandwagon sal bru balik cuti kan ;p hehehhe

me too feel the way most of u ladies felt :)
in way that person nk imply kan anak die bagus sangat tp nk jugak coverline dgn mengincludekan unsur2 keislaman skets supaya nampak tak overly bragging sangat...

i experienced the same concept but mine is more towards rezeki anak...some tue even "kesian and hairan" kat i sebab i takde anak lg...pastu nak cover cakap takpe la i byk lg rezeki lain....1st thing i pk, she just loves to drag me down n makes me feel bad about myself...but hell no! not worth to dwell myself with this type of person :)

knv said...

si, sama-sama :D

fid, itu namanya orang cerdik yang tak cerdik! :P

zan, hatta anak dia pandai baca keluar2 dari perut pun, aku still nak kata dia berlagak gak. yang paling aku tak tahan part yang rendahkan orang lain tu. actually kalau dia hanya cakap pasal anak dia aje aku pun nak tumpang happy dan bangga. tapi silaplah bila tetiba dok ngata orang. pirahh!

ks, idak kot? hang kan kunci blog? hahahah.. bila nak invite akak? :P

rizza, bukan ko. kalau ko dah sah aku tak kawan ngan ko. kawan2 aku semuanya voks belaka hahahah! poskad tunggu aku balik naa..

verde, owh u've explained it well. nak2 part unsur2 keislaman tu. hahaha.. memang nak tergelak la. konon down to earth, tapi sebenarnya nak brag hahaha! kesian sungguh orang camni. ish i memang hangin bila start ada perkataan 'hairan dan pelik' tu. ko apa kes nak heran? piang sungguh! :P

Fid said...

cerdik sekolah tak bermakna cerdik hidup
ini fakta

Ibu to AqiF n ImraN said...

satu jer yg i nak cakap...."ingatlah sesungguhnya perjalanan anak itu masih panjang yg mana kita sendiri belum tentu tahu akan di mana penghujungnya..."
wahhhh ala2 bermukadimah gitu komen i...hihihi boleh???

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger