Monday, March 22, 2010

morning routine

haaa... meh akak nak cerita sikit rutin harian seorang SAHM dibumi penjajah ni! muahahahaha! :))

since sekarang ni udah masuk spring, maka subuh amatlah awal. esok subuh pukul 4.24 pagi. pukul 6 tu kiranya dah cerah la jugak. aku biasa terjaga dalam pukul 5 ujung2 tu hihihihi.. gajah sungguh! anyway lepas sembahyang semua, maka haruslah chargas ke dapur untuk siapkan bekal anak2 ke sekolah. lepas settle bab lunch pack, kena buat breakfast pulak.

so far, kalau aku start pukul 6 pagi tu, memang cun2 ajelah by 7 lebih tu dah siap la semua. tinggal nak hamput anak2 aku gi mandi dan siap2 nak gi sekolah dalam pukul 8.30 pagi. biasanya budak2 ni bangun awal. dulu aku biasa kejut depa pukul 7 pagi. sekarang ni bila tgk aku pukul 6 dah bangun maka semuanya sibuk bangun awal gak. pastu berebut nak tgk tv pepagi buta. hangin tul aku kalau depa start berebut nak tukar channel tu. sabau ajelah!

breakfast can consist of anything yang tekak depa teringin nak makan on that particular day. contoh macam nasi goreng, maggie goreng, maggie sup, roti jala, sosej n scramble egg, cereals, pancakes, waffles, spaghetti, roti canai (frozen), garlic bread n sup. lunch pack pulak memang sama aje for each. aimie always roti with nutella n sausage n oranges; aisyah pulak tuna sandwich with apples and a piece of chocolate for snacking; akmal always sausage n scramble eggs sandwiches. arina aje yang aku kena varietykan everyday. si kecik ni memang fussy ya amat bab makan. dulu dia langsung tak nak carbohydrate (nasi, roti, pasta, etc). sakit jiwa betul aku tak tau nak bagi dia makan apa. sekarang ni bolehlah jugak jamah roti sepotong dua. favorite terkini dia adalah roti with butter n sugar. so aku biasa bekalkan tu dengan chicken nugget or fish fingers; with fruits n yoghurt. yoghurt memang dia suka. so kengkadang aku bekalkan dua tub sekali. tub yang kecik tu la yea. kat sini kat memang murah la yoghurt2 nih.

yang aku suka kat sini, bab susu fresh depa. oh kami kat sini tak pasal2 addicted to the milk. baik akmal faris yang dulu langsung taknak minum susu. kat sini memang takdak la condensed milk manis tu. kami buat milo, nescafe, teh tarik; semua pakai fresh milk. memula tu memang janggal kat tekak. dah lama2 ni aku pulak yang risau. kang balik msia kang mana pulak nak dapat susu fresh tu everyday? kopak pulak poket kang hahahaha! kat sekolah depa pun memang latih budak2 minum fresh milk. everyday memang minum sekotak masa lunch kat sekolah.

lepas habis berkuntau bab makan minum dan mandi, haruslah berkuntau bab pakai baju sikat rambut segala mak nenek pulak. aisyah awal2 aku kerat rambut dia bagi pendek so takyah la aku nak ngadap ikat rambut dia pulak. akmal ok la dah besar buat benda semua sendiri. yang lelain tu selagi aku tak hadap selagi tuuuuu laaaa dok terhegeh2 nak pakai baju. almaklumlah berlapis2. sekarang dah masuk spring ni okay la jugak. dulu tu ngan glove jacket tebal segala mak nenek; sabor ajelah. kalau hujan kat luar nak kena sarung rain coat pulak. mana tak macam penguin budak2 nih?

pukul 8.30 memang dah siap la selalunya. tinggal sarung kasut nak keluar rumah. kalau hujan memang agak horror. harus aku berkepong depa weh. perjalanan dari rumah ke school dekat je. dalam 5 minit jalan kaki kot. so far, aku enjoy the walking. sekarang dah ada sunlight sikit2; so kalau pagi yang bertuah tu memang best la. masa ni memang kerja dok kepung bebudak la hahahha! kengkadang arina nak lari kedepan, main kejar2. main sorok2. sabau ajelah aku. tapi all in all bearable la jugak. jgn hujan sudah. kesian kat depa jalan dalam hujan. aku memang takleh nak bawak payung pasal tak cukup tangan nak pegang arina lagi; depa punya lunch bag lagi. memang agak sarat la.

bila masuk aje kawasan sekolah; ahhhh... bliss sungguh rasanya. depa pun harus lari lintang pukang carik kawan memasing. memang tak heran la kat aku. masa ni lah aku pegi carik geng nak borak. ramai jugak malaysian yang hantar anak2 kat situ. loceng bunyi 8.50. masa tu assembly sekejap sambil tunggu cikgu masing2 nak bawak masuk kelas. bila dah assembly tu aku bawak arina last sekali pergi nursery dia (for budak 4yrs). tinggalkan dia pulak kat situ.

lepas tu.. ahhhhhh... bermulalah hari aman aku hahahahah :P

perjalanan balik ke rumah adalah yang paling best sekali. barulah aku dapat menikmati keindahan alam kiri kanan. barulah boleh berhenti tengok sampah sarap yang bertaburan atas jalan hahahha (nak2 hari isnin hari kutip sampah). masa ni memang masa reflection aku akan kehidupan. a meaningful 5 minutes everyday.

sampai2 aje rumah laki aku pun dah balik dari kerja (yea kengkawan. laki aku kerja everyday 6-8am). aahhh lagi satu bliss. balik2 dia akan siapkan sarapan. tunggu aku balik nak makan sama. ini jugak aku looking forward everyday. dapat makan dengan penuh aman damai (tanpa gangguan dari anak2) bersama laki tersayang. masa ni aku rest pasai dia yang buatkan semua untuk aku muahahhaah! i lap u very strong laling! :D

jadi, gitulah rutin pagi aku. ingatkan nak tulis rutin harian tapi kang berjela2 la pulak entry aku ni hahaha.. rutin lain2 tu aku sambung next time ajelah ek?

so sesapa yang bakal jadi SAHM kat over the sea tu maka bulehlah jadikan panduan akan pengalaman aku ni :P kalau naik stress sila jangan salahkan aku yea hahahah!


16 comments:

rohaadam said...

sis,

bila baca , feeling ni jd aman damai jer rasanya....:-P

sisdee said...

hehehe yelah kan..anak2 dah g skolah time tu le nk feeling cantik depan hubby ek :D

rasa cam bes jek dok kat oversea ek sbb rasa nikmat dan kindahan alam ciptaan Tuhan cuma yelah nk ssuaikan diri tu susah le gak kan..tp rasa ca bes le kan..(oh mgkin dh bosan ngan msia ek sisdee) muahahhahh

i tau fresh milk tu..dulu my friend pernah kata tak pnah dpt minum susu sefresh itu (ceh ayat aku):P

Ms Lola said...

Mak yg anak sirg ni pun rasa nak tercabut pinggang bersiap tiap2 pagi. Itupun, bfast Milo ngan biskut kering je (time mewah, dptlah stoberi jam sandwich)

mirah said...

bestnya rutin k ana tu.
Kalau lah saya ada peluang mcm tu.. hihi

TopsyTurvyMum said...

haku plak..breakfast depa sumer lain2...sedaapp mulut je mengoder nak makan apa...tapi biasa breakfast simple2 jahh..budak2 cereal, kadang hash brown..bapaknya roti telur..paling 5 bintang, aku buat cekodok cicah sardin...huahuahua!

lunch yilek...masak utk dinner jer :)

DNNA said...

Betul betul betul ...

Susu fresh sana adalah the best la!!!

Masa belajar dulu, bila balik semula ke sana lepas summer hols kat sini, benda pertama saya cari kat airport sana adalah satu carton fresh milk !! Itu adalah addiction tahap dewa namanya .. kah kah kah kah

Margarine / butter spread depa pun best!! Bole dimakan begitu saja ... Lepas tu fenin kepala kira balik kolesterol yg dah selamat masuk dalam perut ... ha ha ha ha ha ha ha ...

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

sangat betul on that milk! sangat fresh n cheap kannnnn! tp i gune gak condense milk babe...for cicah ngan strawberry...ehhehehe...n notice tak condense milk die tak manis gule :)

Crazee Choc's said...

ish... tak merasa lg buatkan bekal utk anak pi sekolah.... mampukah saya nak buat semua tu nanti.... dgn terkejar2 nak pi keje lg..

cysev3n said...

heavennya k ana.. ni mak gedik nak buat "sehari dalam idup SAHM" ni.. ahahaha..

bib said...

bestnyer..romantics gittew..bekpes sama2..

IntanSham said...

ahkak... apsal ku baca mcm heaven jer jadik SAHM kat obersea nunnnn???? tetibe siap bley berangan diri sendirik jadik SAHM kat obersea... hahahhaaaa

knv said...

roha, yes, now memang dah aman damai. i kind of used to the havoc in the morning. pasal lepas tu memang heaven hihihi :P

sis, kalau my hubby takdak kelas kengkadang kami pi tengok wayang. pi lepak2 minum kopi, etc. oh memang syok la tang tu hihihih :)

lola, actually tang sakit pinggang tu sama je. anak sorang pun sakit pinggang, anak ramai pun sakit pinggang hahahah! kalu ikut mak harus je bagi roti kering ngan milo tiap2 hari. tapinya depa balik lambat ngat pukul 3.30 baru sampai rumah.kesian lak budak2 lapar. memang keji la mak kalo bagi biskut kering je hahahah!

mirah, alhamdulillah ni rezeki dik. tapi tak lama lagi pun. nanti2 wal asal balik hasil :P

TTM, cekodok cicah sardin? best tu weh. harus ku cobak esok lusa! :P

DNNA, dulu hang study mana? tang butter tu memang. arina dok ratah cam tu aje. ish tak lalu den tengok haa :P kat msia harus takdak fresh milk tu kan? ke hotel lima bintang dah borong semua?

verde, i tak pernah cuba condensed milk sini. tak tau kat section mana pun kat supermarket. berapa setin gamaknya? lagi murah fresh milk definitely.

marisa, definately buleh deknon. kita kan superman? :P

yan, sila gedik. nanti hang buat la entry hang pulak hahahah :P

bib, ish idaklah romantik. cuma best je hahahah :D

SI, meh la buat master sini. kat sini ada sorang cikgu tu buat master - comparative teaching/learning. tgk best je dia ngan anak2 semua. dia kata lepas ni dia buleh pilih nak terus ngajar ke nak masuk kementerian. sponsor dia KPT.

IntanSham said...

kalo KPM nak sponsor buat master kat obersea, blh gak dipertimbangkan.. tp kalo dlm negara, kompem mak malas.. kahkahkahhhh... eh ahkak, nak tanya.. akk ingat lg x cara2 setting nak wat emoticons kat blog? ada org tanya saya, tapi saya lupaa laa kak....

knv said...

intan ada kat entry akak yang lepas2. nanti akak godek ek?

knv said...

hah jumpo pun. cuba suruh dia pi sini. tak sure aktif ke tidak lagi:-


http://mltan100.blogspot.com/2008/02/use-emoticon-on-blogger-blog.html

Rizza said...

waa.. aku rindu nak minum 'fresh milk chocolate" kat obesi.. sedap... 3 liter aku leh minum sekali hadap... le ni.. aku nak muntah kalau minum susu kat sini...

makin kurus aku.. heheh

pos kan le susu coklat obesi tu....

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger