alangkah remuk redam hati bila suami mula menjauh diri. mula tawar hati. mula hilang sayang. mula hilang cinta. nak-nak bila sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. nak menangis, macam tak ada air mata yang nak keluar.
menggigil satu badan bila tahu suami sehidup semati mula ada affair dengan perempuan lain. kalau tengah berdiri, harus terduduk. bila tengok anak2, rasa nak peluk mereka kuat-kuat. rasa nak menjerit kuat2 biar satu alam dengar. rasa seperti batu besar tertimpa dibahu. kalau selama ini superwoman, kini rasa jiwa selembik lembiknya. rasa macam kain buruk.
dan bila tanya suami bertalu2, dia pulak tidak mengaku. padahal kita ada bukti kukuh sekukuhnya. sudahlah menipu, menipu lagi. hanya allah yang tau betapa hancurnya hati seorang isteri. terbayang dimata segala pengorbanan dari masa susah sehingga senang. ingatkan suami jujur, rupa2nya ditipu hidup2. dan yang paling sedih, suami sudah tidak kisah.
sudah hilang sayang. sudah hilang cinta. sudah hilang.
sadis.
jadi memang aku bagi 2 thumbs up kat cerita Chloe ni. bagi aku cerita ni begitu berjaya menggarap emosi seorang perempuan helpless yang mengesyaki suaminya ada hubungan dengan perempuan lain. suami yang nampaknya macam penyayang, tapi seakan tawar hati dengan isteri sendiri. aku sedih sangat tengok Julianne Moore yang penuh emosi membawakan watak isteri itu. memang terkesan dihati aku. banyak kali aku terdetik dalam hati "beginilah agaknya kalau suami sudah hilang sayang dan kasih". entah kenapalah aku sedih sangat tengok watak dia tu. sungguh helpless sekali!
but she is one strong woman. yang horror sikit cerita ni bila dia sanggup upah seorang pelacur untuk goda suami dia. yang tu memang haru la kan. tapi ending cerita ini amatlah twisted sekali. memang tidak dijangka2! aku rasa cerita ni tak lepas masuk malaysia kot, pasal memang banyak scene2 nudity yang extra. tapi actually aku rasa without semua scene2 tu pun, the plot itself is enough to make the story very interesting.
jadi kepada yang inginkan kelainan dalam koleksi dvd
18 comments:
oooooo sgt saspen la kak non..igtkan badai taufan mana melanda ni...huhuhuu
bila suami dah tak sayang....
haku bogel hari2...
alamak..baca hang punya review..mak tak tahan nak tengokk!!
Hahahahaha kaknonnn ...
Donlod dari internet ye?? Donlod edisi Belanda kah??? kah kah kah
Ceitzzz, wat dag dig dug jer kak non nih ... ;P
uiishhh suspen baca part yg atas tu.. nasib baik bukan yg bermain dipikiran ku.. tipah tertipu rupanya..hahaa... mcm best aje cieta nie.. harus pi terjah nnt.. :)
ish tak tau nk ckp pe kan klu jadi camtu kat kita...
tapi hidup kena teruskan....
mgkin cari ikhtiar tuk kembalikan syg tu :(
baca awal2 tadi cam rasa ni mesti psl cite or novel or apa2 le..tak mgkin psl cite u hehhehhee..
alhamdulillah tekaan tu betul!! :p
Kak non u make my heart stop beating bila baca intro tawww!!!
kak non sayang, sila bg link untuk download... mak nak download hari nih jugakkkk sbb rasanya xde jumpe citer nih kat kedai DVD haram favourite mak...
errr... TTM kalo suami dah tak sayang, apakah dgn bogel hari2 blh dia jadik sayang balik?? muakakakaaa... kalo mak, bila suami dah x sayang, errr... apa nak buat nihhh??? BLANK!!!!!!!!
psst.. aku kirim kak dvd original ngan ko, vlehhh??? ;)
i lap u kak.. muah..muah.. ;p
buat suspen je ko nih ana..baru lepas motivate nak jadi bini solehah!..nak cari lah citer nih..tak sabau nak tgk..kekekeke
hisy. sy pun tiba2 jantung terhenti seketika. apa kes kan, dah penat2 buat lunch packed - inikah balasanmu wahai mamat C?
ekekekeke :P
tak sanggup tengok filem ni. ai masih suci, you! (tetibe) :P
oh mmg saspen!! adohai kak non....
MSS
saspen yea? :P
ttm
bogel hari2 tu namanya gila! baik ko bogelkan laki ko je hahahahha! :P takpun nanti ko pulak masuk ward hahahha!
dian
akak tak donlod pun. tgk direct je dari internet. tak koser nak tunggu berejam2 donlod tu. ha'ah cerita ni multi languange. tapi indon ngan melayu takdak la hahahaha!
ayu
jangan percaya sangat apa yang anda baca. hahahahah...! tak tau ada juak ke idak kat kedai dvd msia.
sisdee
live moves on. apa2 jadi pun. takpe. pertolongan allah sentiasa dekat untuk hamba2 yang teraniaya. :D
intan
jangan tak percaya sangat dengan apa yang anda baca hahahahahha! TTM lagi porno dari cerita CHloe ni aku rasa hahahah!
ely
banyak cantik muka aku? aku pun donlod pree je tau. hang nak suruh belikan dvd lak. ori pulak tu! hahahahha.. sungguh la tak sesuwei! :P
bib
cuba carik kalao jumpa. abaikan yang porno2 tu hahahah!
mio
itulah pasai selalu lupa nak tempek packed lunch laki ku kah kah kahkah! adakah hintnya disitu? :P
ena
jangan percaya sangat apa yang anda baca. hahahha.. sekian pesanan khidmat masyarakat knv. :P
saya suka kalau org buat review movie sbb lepas tu saya tau nak donlod citer spe.. uppss..
maya
samalah kita. release stress gak tengok movie ni memalam bila bebudak dah tido. :D
haku cuma memberi jawapan sealiran dgn movie porno di dalam entry ini hahahaha!
beb
sorry dah lama x comment on ur post. been quite bizzy.aku dah dload citer nih...isyyy!!!geli geleman aku nengok chloe ngan dr tue.....!!!!
hahhahha...!!!
ttm
ko memang porn! hahahha!
bent
hahahha.. dahsyat kan? pelik betul motif budak tu. kesian sungguh kat laki dia tak pasai aje! tapi aku sukalah plot dia.
dah tengok jugak.. isk! tak terkata.. giler pun iye.. tapi suke lelaki tu kat citer taken..
chloe kuar bulan 8 ni kat cinema malaysia.. haha!
Post a Comment