Monday, April 5, 2010

karangan bergambar

walaupun tinggal birmingham, kami ni tak pernah pun pergi jalan2 kat london as tourist. actually tidaklah dekat sgt pun birmingham dengan london. kalau driving dalam 2.5 hrs gitu. so sementelahan budak2 cuti easter ni, maka kami spend sabtu dan ahad kat rumah kawan aku kat Grays, Greater London. hari ahad sakan la pi jalan2 kat hot spots london. ramai sungguh manusia toksah cakap la kan. masing2 dok pegang camera klik klik kehulu kehilir. heh heh heh heh dah sah2 bukan kami aje yang tourist kat situ. :D

okeh, ini entry bergambar yea. enjoy the photos.


jalan2 yang nak masuk ke central london. macam petaling street pun ada aku tengok. :P


sebelum sampai rumah member aku tu, sempat lagik pekena kfc halal kat whitechapel.


kat rumah member aku tu. si arina melaram jadik princess. :D


depan rumah tuan tanah. loaded tu :D. dah lapan tahun dok london member ni. ni kawan masa boarding school dulu. dia pun pi aussie masa buat undergrad.


london eye. dari dalam kereta je. tak sempat nak pi menyusur Sg. Thames.


depan Westminster Abbey. ni kiranya church yang poplar la. lady D kawin dan mati kat sini la.


jam belakang tu the ever popular Big Ben.


depan statue berhala Abe Lincoln. :P ni semua kat depan Westminster Abbey tu.


menuju ke Trafalgar Square.


the iconic Phone Booth. :D memang wajib posing depan nih.


tentera berkuda bergajah. masa aku nak amik gambar dekat ngan kuda tu, punyalah seriau. buleh aje kalo nak kena tendang. hahahahaha :P


ni konon nak amik gambar ngan double decker open top tu.


di Trafalgar Square. besau gedabak singa tu ko! si arina melalak nak naik singa.. nak naik singa! aku hanginnnn satu badan! ko ingat tu singa mainan ke hapa? besau lagu tuh!


antara scenary kat park. sungguh breathtaking! macam tak percaya aku kat london gitu! :P


the ever popular Hyde Park. ramai gila orang. segala mak nenek burung pigeon, duck, swan tu memang amatlah jinak. tak takut orang langsung. jakun anak2 aku. makpaknya pun jakun gak hah hah hah :))

beautiful, beautiful day! ni dah sampai rumah haruslah sakit2 kaki aku. kata menapak dengan boot tebal 3 inci hahhahaha. :P so sesapa yang ada plan nak jalan2 ke london tu, sila2 la amik bau dulu yea. memang memukau. surreal. dulu tu tempat2 ni main baca dalam buku cerita je. :P

ok,sekian kami melapurkan dari Selly Oak, Birmingham. :D


21 comments:

mak encik | SZ said...

ooo bestnya kak non! ku mampu nengok gambo dulu....huhuhuhu...

sisdee said...

agak2 askar yg pakai cam trojan tu u kiss dia .. dia pengsan tak muahahahahaahh

suke tgk london eye..napa tak naik...(heh..suke aku jek) hehehehe

i suke umah2 kat luar ngara :)

UmmuAhmads said...

Hmmm....reminisce...:) Honestly, saya selalu tumpang baca your blog ni... dan agak selalu jugak air mata macam nak tertumpah.... mengenangkan segala air mata & peluh yang tumpah dlm perjuangan membesarkan anak-anak & mengejar cita-cita kami suami isteri. Entry kali ini lagi menyentuh hati & memori, merenung jalan-jalan yg pernah dilalui ketika bujang, kemudian selepas bersuami, kemudian beranak 3... Perjalanan masih panjang...:)

SMM said...

thanks kongsi gambar :) unlike ummuahmads, memori saya takat bujang dan bersuami (belum ada anak). tu pun sekali-sekala je dtg london. 45 minutes by train from cambridge... reminiscing jugak :)

Desert Rose said...

Sakainya aku, aku tak tau kat Landen ada berhala Abe Lincoln, sian kt aku, nasib baik la hg membuat karangan bergambar ini, bnyk pengetahuan aku dapat..tsk tsk (tu Myra dok gelak kat aku la tu)

BTW, nice pics, cute princess hg n I miss u much ((hugsz))

Along said...

Knv tau tak, Big Ben tu actually bukan jam besar tu tapi loceng besar kat DALAM jam tu. Heheheh, sekian saja fakta utk hari ini.

Love the pictures..ni yg buat rindu UK/USA ni.

KV said...

wah kak non, syok nya jalan2 kat tempat orang.;P

IntanSham said...

haiii.. bile lahhh nak pi london nihhh..*mode verangans tibe-tibe*

TopsyTurvyMum said...

Bila la haku nak sampai sanaa...

naik bot lama mana eh nak sampai sana?

Nanak said...

jelesnya i..

knv said...

mss, oklah tu. everything starts with a vision. tak gitu? :)

knv said...

sisdee, tak terpikir nak cium askar tu weh. :D london eye tu tak gerak pun masa tu. cuti kot.

UA, i seriously get you. indeed jalan masih panjang. i guess u are just one of my loyal readers (every now and then :D)

mynie, went down memory lane, eh? u from cambridge uni? :D

DR weh aku pun rindu nak bergossip ganas ngan hang. hahaha.. bukan abe lincoln aje, banyak lagik berhala lain dok dekat2 situ hahaha... nanti hang mai hang posing kat depa ek? :P

along, yeah heard about that dulu. ni u cakap balik baru ingat hahaha... oh US ai tak pernah sampai lagi. :D

kv, rezeki sis. alhamdulillah. :D

intan, mai la. london tengah tunggu hang tu :P

ttm, naik bot laju ke bot tongkang? kah kah kah sabau ajelah. nanti mak pi melbourne hang mai la sini pulak ek? (konon2 lepas ni nak migrate aussie pulak sekejap muahahahha!)

nanak, insyallah ur time will come. :D

Unknown said...

syoknyaaa..... bestnya kalau saya pun ada kat situ gak :)

SMM said...

knv,
yes i am. kalau dah dekat, jgn lupa singgah on behalf of saya dan kirim salam rindu :)

TopsyTurvyMum said...

Kak Non..

Plan nak naik tongkang jer..jimat sket :)

meh la migrate sini...jadi jiran haku nakk?? boleh tukar2 lauk ngan dessert ekekeke..

penat haku ajar hang buat pie..takdak respond pun *merajuk membawa diri*

knv said...

zety, memang best!

mynie, awesomenya ex-grad cambridge! tak cadang nak datang balik ke? :P

TTM, haik ko merajuk ke? kah kah kah! tak bulehlahhhhh mak nak napas sikit nih! haa.. souvenier yang banyak2 tu bila pulak nak sedekah ke sini? :P

SMM said...

knv,
teringin mmg teringin, tp me and hubby (coursemate) agree that kalau ada duit lebih nak travel, better gi tengok tpt lain dulu. maybe masa anak kitorg grad pulak, kitorg pergi hahaha.. (angan-angan la tu)

knv said...

mynie takyah la tunggu budak2. u can always come here to do your postgrade apa? mesti gomen leh sponsor.. hihihihi :D

SMM said...

knv,
belum 'sampai seru' nak buat phd hehe :) besides saya baru je habis bond, belum rasa nak 'ikat diri' lagi. kalau betul-betul nak, mungkin ada je scholarship yg takde bond, tapi sajelah cari excuse kan hehe ;p

DNNA said...

Kaknon, teringat jaman2 saya dan 2 orang kawan saya beronggeng dan berhonyeh2 di London lepas abis exam tahun 2 dulu ...

Nak tau kak,

On the way ke london naik keretapi,
Tersesat pulak kat kolam hati (liverpool),
Nasib baik ada member yang baik hati,
Kalau tak memang merempat la kami bertiga anak2 dara sunti (masa tu la) ...

Teruk betul kitorang masa tu, camana ntah bole turun salah stesen ... Terus hancus plan. Nasib baik selamat sampai ke destinasi akhirnya. Syukur la ...

Tapi tu la, saspen woo sepanjang perjalanan. Al-maklumlah, duit cukup2 makan jer ... kah kah kah kah kah ..

Sangat terserlah kepeghakan kami kan kan kan kaaannnn ...

Hahahahahaha

knv said...

mynie kalau diikat dengan kebaikkan apasalahnya? :D

DNNA eh hang berpantun ke tu? kah kah kah macam2 betoi! buat malu je salah stesen weh! hahaha.. nasib baik duit cukup2. kalu miss? haruslah hitch hike je tak gitu? hahahahha! :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger