Tuesday, April 27, 2010

mak conpius nyah! - updated

lupa, untuk menjawab soalan ini, sila perhatikan gambarrajah dua spesis seperti dibawah. sila jawab tidak lebih dari 360 patah perkataan. :P

♫♪lalala..♫lallalala♪♫ ish mana pulak member sekampung aku si CIB* nih? kata nak jumpa kat sini makan rumput sama-sama? hish!


apa pandang2? nak kena tendang? hoh!

*tiada kena mengena antara hidup dan matey :P


*********************
okeh,
korang jangan gugel2 atau tanya cik wiki lak yea.

sila reply dengan hanya ilmu yang ada didada. :P kalau tak, tak aci kumari yea. (kah kah kah!)

sapa tau beza antara:-

mutton, lamb ngan kambing.

kat pasar malaysia banyak jual yang mana satu? sapa pernah masak kari kambing? sapa pernah masak kari mutton? sapa pernah masak kari lamb?

MIO hang harus terrer jawab nih. kata ada lagi seperiuk kari kambing kan? aku se-family tak pernah masak pun jenis2 ni. tu lah. kat sini kan banyak gile kambing2 ni. bila tanya orang2 kat sini, aku ter-surprised bila aku dapat tau, yang pengetahuan aku tentang lamb dan mutton selama 30 tahun ini rupanya amat salah dan takleh pakai sekali hahahahha!

wokeh, sila bagi pendapat memasing2! sesapa jawab yang best2 aku masakkan lamb kuzi bagi korang semangkuk. tapi kena datang amik kat umah aku, boleh?

ti hi hi hi hi...

:D

(p/s: aku kata kan jangan google? j.a.n.g.a.n g.o.o.g.l.e! degil ek?)

37 comments:

Ms Lola said...

i no komen lah. tak amik port pasal kambin2 ni

knv said...

nyampah la ai! nanti besday u ai nak hadiahkan kambing sekilo. takpun lamb. takpun mutton.

:P

TopsyTurvyMum said...

nasib mak tak tergoogle..menggigil mak baca amaran hang tu nyahh!! siap ada aci kumari tuuu..kahkahkah!

dedulu mak terpikir jugak mende beza 3 nih..tapi last2...

alahhhh...lantak ler..yang penting dah masuk perut mak pastu keluarnya sama jerrr!!

bAiTi said...

Mutton tu dari kambing yang biasa tu. Kaler hitam, coklat. Kat Msia, banyak mutton rasanya. Lamb yang dari biri-biri yang kat ladang2 kalau kita kita gi countryside, bersepah2 kat tepi jalan.

Bagi saya, Lamb lagi sedap dari mutton. Mutton macam hanyir skit rasa dia, huhuhu.. Tapi, kalau Lamb.. harus jilat jari :P.

Ok jap, nak google. Hahahah..

IntanSham said...

bezanya adalah dari segi ejaan..Saya tidak menggoogle...sekian terima kasih.. *lariiikkkkkkkkkkkk*

IntanSham said...

owhhh BTW... ai tau jawapannya, tp pasal kak non x nak buat delivery hadiahnya, maka ai pun taknak bg lah jawapan sebenar..*muka blagak..* lalallalaaa

Ms Lola said...

kambing sekilo??? mana wujud KN... kambing baru lahir mungkin sekilo kot.....

i want lamb chops sekaki!

IntanSham said...

kak non.. hang sengaja kan nak bagik ai glemer.. tu kes x puas ati ngan jawapan ai laa tu...kahkahkahhhh

jua said...

ini philosophy mak je lah ek kak non:

kambing: seekor binatang mahupun yg dah sembelih atau masih hidup walafiat. kat malaysia ni kalau nak buat masak makan semua org sebut kambing...kari kambing, kima kambing bla bla. selalunya kat malaysia ni bila orang cakap ini lauk kambing...itu selalunya hasil daripada kambing hitam/coklat yang ada janggut tu.

mutton: pula kalau tak silap adalah kambing bebiri yang dah dewasa sikit, kiranya dah boleh masuk gang-gang nak buat akikah. eh, betul ke fahaman aku ni? mutton selalu orang buat macam sup pekat ala western. mutton juga sedap buat kari atau rendang.

lamb: sebut lamb sila ingat lamb chop satu!!!! selalu chop-chop ni orang buat guna lamb sebab daging sheep muda.

salah ke? kalau salah aku mempadankan muka aku sendiri. ngeeee

jua said...

ini philosophy mak je lah ek kak non:

kambing: seekor binatang mahupun yg dah sembelih atau masih hidup walafiat. kat malaysia ni kalau nak buat masak makan semua org sebut kambing...kari kambing, kima kambing bla bla. selalunya kat malaysia ni bila orang cakap ini lauk kambing...itu selalunya hasil daripada kambing hitam/coklat yang ada janggut tu.

mutton: pula kalau tak silap adalah kambing bebiri yang dah dewasa sikit, kiranya dah boleh masuk gang-gang nak buat akikah. eh, betul ke fahaman aku ni? mutton selalu orang buat macam sup pekat ala western. mutton juga sedap buat kari atau rendang.

lamb: sebut lamb sila ingat lamb chop satu!!!! selalu chop-chop ni orang buat guna lamb sebab daging sheep muda.

salah ke? kalau salah aku mempadankan muka aku sendiri. ngeeee

TopsyTurvyMum said...

dah tuuu..goat tu spesis mana pulakk??

aku paling suka goat curry pieces buat kari!

adakah mutton berasal dr goat(kambing berjanggut) dan lamb dari kambing biri2??

TopsyTurvyMum said...

makanya..

kambing adalah nama umum bagi kambing biri2 dan kambing berjanggut??

aku siap2 dah private jet nak pi birmingham ni amik lamb kuzi kahkahkah!!

knv said...

kah kah kah! memula tu bukan aku aje yang gelak. malah laki aku pun join gelak sama.

macam2 defination ropenya. maka aku takdelah keji sangat kan kalau conpius benda alah tu hahahha :P

okeh actually betoi la si jua. kambing tu yang janggut tu selalunya kat msia. kalau orang kata lauk kambing. actually goat la tu. kambung janggut yang takde bulu tebal tu.

mutton lak, daging kepada sheep a.k.a kambing biri2 yang sudah tua/matured. daging pun agak kenyal. kat sini banyak jual kalau kat halal butcher tu.

lamb lak, anak kepada sheep. yang ni yang paling best kalau masak kuzi hahahahhaha! lembuutttt je daging dia. kalau masak takdak bau macam lauk kambing (goat) kat msia tu.

hah? amacam? sudah terang?

hahahhaha!

baiti
ye sila gugel. kalau ada yang tak betoi akak explain tu silalah betoi2kan. :D

intan
alaa.. pinjam aje jet peribadi si TTM. harus sampai dalam sekelip mato :P tak sama ejaan? hah hah hah! adakah betoi hang ni cikgu? :P

lola
ish memang nak bagi sekilo je la. daging sekilo bukan kambing hidup tu! :P lamb chop sekaki? hah ye lah. tunggu akak baling dari birm ni hah. ko dapat tak? siapkan baldi untuk sambut! :P

jua
betoi! betoi! betoi! memang pandaiiiii hang! ke hang gugel dulu nih? hahahhaha.. tapi lebih dari 360 patah perkataan tu. so kira tak dapat hadiah la kan? kah kah kah! :))

TTM
goat itulah kambing janggut itu. aku tak tahan bau dia kalau masak. mutton dari sheep, bukan goat. sheep tu biri2lah. lamb tu anak biri2. hah dah paham ke belum?

eh pinjam jet hang. aku nak pi paris ni sat. muahahahhah! :P

mami said...

Salam Knv,

setahu saya lah..

kambing biri-biri adult =sheep --- daging kambing biri-biri adult= english saya taktau (german still sebut 'schaffleisch'=daging sheep)

anak kambing biri-biri= lamb --- daging anak kambing biri-biri = lamb

kalau kat mesia

kambing=goat --- daging kambing=mutton

huhuh..mungkin sbb europe tadak kambing macam kita kot..tu yang confuse tu..

knv said...

mami
i tot the same. i pun ingat kambing janggut tu daging dia mutton.

tapi actually mutton tu daging kambing biri-biri yang dah tua (sheep).

so i was wondering, bila kat msia tu depa jual 'mutton' tu, adakah betul daging sheep atau daging goat sebenarnya? kat msia ada banyak sheep ke?

memang muskil!

jua said...

weh tak aci gini. mak baca post entry yg awal2 xde lagi notis kaler merah. tak google, teringat masa nak order lamb chops pastu tanya apa beza mutton.

tp jangan tanya bab ribs eye, sirloin, tenderloin. yg itu sampai ke sudah tak reti beza.

IntanSham said...

ai told u ai tau jwpnnya... muahahahaaa. thats y kan ada lagu 'mary had a little lamb'
.. kenapa x little mutton, or little goat? sbb little tu menggambarkan kecik, sesuai utk lamb jer.. sbb lamb tu anak kambing.. lalalalalaaa.....

knv said...

jua
aci la tu. hang memang terer apa? hahahha tak dak clue pun dapat jawab ngan tepat hahahha!

intan
kah kah kah! lagu itu yang menjadi sandaranmu?? sungguh ku tak sangka!
♫♪♫lalalalall..lalalalalla♪♪♫♫

Unknown said...

walaupun knv sudah bagi jawapan, saya nak jugak bagi jawapan saya. hahaha. poyo!

jawapan saya, bila makan mutton, mak akan migrain tahap gaban. tapi kalau lamb, makan bebanyak pon takpe.

kambing kampung 'panas' woo!

sekian terima kasih (walaupun takde la menjawab soalan pun haha)

m-i-o said...

kahkahkah! masa nampak gambar biri2 tu aje - sy dah saspens dah. nampak pulak kambing berjanggut - lagi saspens. dah agak dah. dah agak! :P

1. biri-biri memang ada diternak kat malaysia, kat rembau tu berlambak berlari terkedek2 tp idok le seputih mary had a little lamb tu. memang comot sungguh le rupanya, siap kuyup2 tak gebu langsung :P

2. bapak sy selalu buat kari yang lamb tu - anak biri2 - sy biasa beli yg slices tu, dia tulis "lamb shoulder" sebab yg tu lembut.

3. mutton sy tak pernah beli/masak sebab bila bapak mertua sy masak, tulang aje besar berdongkol tp dagingnya terselit2. tak puas hati bila makan.

4. goat hasilnya mutton, cow hasilnya meat/beef jika merujuk kepada persoalan yg dibangkitkan oleh TTM dan CIB. dn ya betul, lamb ialah anak kepada sheep. kahkahkah! lawak pulak jawapan ni.

5. ribs eye, sirloin, tenderloin yg jua sebut tu ialah bahagian2 badan/daging binatang. klo kat carrefour dia ada tunjuk anatomi binatang ni. dlm bahasa melayu ada antara part ni kita panggil daging batang pinang - part yg lembut. dlm hal biri-biri, bapak sy selalu ambik lamb shoulder bila buat kari.

6. eh, akikah anak sy kami sembelih biri-biri jugak. sekarang ni ada macam2 spesies kambing kacuk dari baka luar negara yg diternak kat malaysia. jgn ingat yg coklat hitam berjanggut tu kambing kampung aje, itu kadang2 ada yg baka australia tau! korang keji la - asal hitam legam aje cakap kambing kampung, yg putih gebu kambing omputih. diskriminasi tau! :P

sekian terima kasih, ini berdasarkan pengetahuan tidak formal sy saja, sila jgn anggap sy penternak/pakar kambing. kahkahkah!

m-i-o said...

oh ya, lupa nak jawab soalan utama tadi - beza antara mutton, lamb dan kambing ialah :

orang melayu cuma kenal kambing ialah kambing, maka dagingnya ialah daging kambing. kahkahkah! sebab itu aje yg kita nampak depan mata. mutton itu lebih keras dan lama kena masak berbanding lamb (biri-biri). yg selalu kari keling tu dia pakai mutton.

CiKaYu said...

saya tka makan kambing...so tak tahumenahu pasal jenis2 daging kambing ni...

Min Aina Ila Aina said...

Semalam suami nak makan western food, tanya kat penjual tu, lamb tu kambing ke..dia kata 'ye' maka kami tak order lambchop sebab takut sakit kepala. Kemusykilannya, lambchop kat gerai2 Malaysia ni mmh lambchop atau muttonchop?huhu. Kalau betul2 lambchop harus la nak cuba.

knv said...

woih korang, mutton tu bukan goat daa.. mutton tu dari sheep, mak kepada lamb! baik korang gugel bebetul!

kah kah kah.. apadaa.. dok sibu pasai kambin pepagi nih hahahah!

m-i-o said...

eh mutton tu dari sheep, so klo goat ialah apa? susah betul la bahasa omputih ni. dah kambing tu, panggil je la daging kambing! kahkahkah.

m-i-o said...

ceisss.

goat meat is called chevon.

*tak puas hati, ai pun pi google gak. kahkahkah!

knv said...

kah kah kah! ada gak pekdahnya aku karang post ni. nampaknya bukan aku sorang yang conpius la ek?

oh mio, mekasih sebab bagitau kat msia ada ternak biri2. sumpah ai tak tau!

tapi satu persoalannya. kalau yang depa jual mutton kat malaysia tu, adakah itu goat atau sheep? memang tak mungkin bertukar kan?

hmmm.. musykil!

m-i-o said...

dah tadi knv yg cakap mutton itu ialah sheep - kahkahkah! nak kena tauuu knv ni, dia pulak yg kompius balik.

so to all mamak out there - klo mutton katakan mutton curry, klo chevon katakan chevon curry. kahkahkah!

tapi ada satu kedai ni kat kajang. dia tulis kat sighboard -


restoran kari KEPALA KAMBING.

musykil gile! kari kepala ikan satu hal la. tapi kepala kambing? kahkahkah! lupa nk tanya dia kepala kambing tu including tanduk dengan janggut sekali ke? kahkahkah!

m-i-o said...

eh, kak. tetiba teringat satu nursery rhyme ni -

baa baa black sheep have you any wool.

kahkahkah! baru perasan yg sheep itu tak semestinya putih suci. hadoiii :P

knv said...

kari kepala kambing?? pelik tu! kembang tekak den. gilo ko hapo nak masak kepala kambing.

err,,, kalau hang jumpa ni, sila pi tengok dalam kawah depa tu. kepala goat ke kepala sheep. hahahhahah!

DNNA said...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH ...

*Ketawa berdekah dekah*

Ghaso mcm nak pocah isi poghut den ni haaa ...

Very entertaining indeed ...

Mesti mood saya baik sepanjang hari ni ...;p

Sesungguhnya, Laughter is the BEST medicine ...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
*Sambung gelak*

Min Aina Ila Aina said...

m-i-o,

saya tau kedai tu, nak singgah pun tak lalu laaa...

Nota utk diri sendiri..kalau nak beli, kena test penjual tu tau beza tak. Kalau tak tau, sah la jual goat/ chevon je semua.

Crazee Choc's said...

pening baca bab2 kambing.... saya mmg tak mkn kambing....mutton..lamb ....

knv said...

mak aii dian gelak besau ko ye? dahlah tak menjawab soklan. hang dengar sini elok-elok!

♫♪mary had a little lamb♫♪ little lamb little lamb♪♪♫ mary had a little lamb his wool as white as snowwww ♫♫♪♪♪♪..!

kah kah kah! confirm aku takdak keje!

Ealyie said...

aku tak pernah kisah kak non weh apa beza menatang yg ekau dok tanya2 dlm entry nieh.. yang aku reti is.. makan..makan..makan.. as long as aku bole makan jadik le.. ngehngehngeh..:D

Ealyie said...
This comment has been removed by the author.
knv said...

nyampah kat ko ely. balik2 makan. balik2 makan. muahahahhaha! :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger