Thursday, April 29, 2010

should my kids go to boarding school?

mak aih! jauh betoi hang pikir kaknon. :D

but seriously, should they. or shouldn't they?

both me and my husband are the products of boarding schools. masing2 masuk asrama ketika usia sememeh 13 tahun. bila fikir2 balik, ya allah masih hingusan rupanya. thanks to my dad; yang 'membesarkan' aku untuk perasan lebih tua dari usia sebenar, akulah manusia yang amat terkinja-kinja untuk duduk diasrama ketika itu. memang mental lah. aku lebih rela tinggalkan the comfort of my own home untuk pergi menyeksa diri kat tempat jin bertendang itu? diusia 13 tahun? memang m.e.n.t.a.l. aku takdak alasan lain dah.

dan sekarang aku sebagai ibu, sanggupkah melepaskan anak2 tersayang diusia yang sama? i seriously have my own doubts and fears.

persoalannya, perlukah?

hebat sangatkah produk2 lepasan sekolah berasrama ini? tidak hebatkah produk2 sekolah biasa-biasa sahaja? aku rasa semua orang pun ada jawapan pro and cons masing2.

aku ingat lagi hari pertama di sekolah itu. Ogos 1989. perasaan terkinja-kinja, semangat waja, excited NM rupanya hanyalah mainan perasaan. aku kecundang malam pertama itu bila aku perasan yang aku rupa2nya mampus tak reti nak mengikat tali kelambu kat tiang katil besi yang macam dalam kem askar tu. jadi apa aku buat? aku menangis semahu2nya. hah! amik ko! ingat ko tu handal sangat nak menghadapi dunia tanpa ibu bapa? aku tetiba gelabah dan panik yang amat. ini baru tali kelambu. macamana pulak nak basuh baju? seterika baju? kemas katil? oiii! aku baru 13 tahun lah!! i'm not equipped to be here!! nangis lagi dan lagi. ada sesapa heran ko nangis memalam buta ni? ko tak perasan budak sebelah katil ko pun nangis jugak?

there u go. selepas malam pertama itu, maka bermula-lah hari2 dukacita aku di asrama. that life sucked, generally!

dan boleh tak aku nak protect anak2 aku dari semua pengalaman ngeri tu?

yes. yes. people say, whatever can't kill you will only make you stronger. in a way memang kehidupan di asrama buatkan anak2 lebih independent. lebih berdikari. lebih matured. lebih lebih lebih la. but i seriously didn't like the experience having to live so far away from my parents. cuba bayangkan. i was away since 13. aku hanya balik semasa cuti sekolah. and this went on for 5 fu*king years! God knew how i missed my family like hell. i was literally in hell. aku ingat sampai sekarang macamana dalam senyap2 aku nangis semahunya sambil cium-cium handkerchief yang ada bau mak aku. it was S.A.D, ok? kalau ingat2 balik memang boleh menitik air mata aku even sampai sekarang ni.

so i don't really need independent and matured kids at the age of 13 if that means they gonna have nightmares for the rest of their life. because i still do, every now and then. and oh, how i hated the feeling!

tu sebab, aku macam ada sikit amnesia bila fikir pasal sekolah itu. macam mental block. entah kenapa aku lebih ingat benda2 yang tidak seronok dari yang seronok. tipulah kalau aku cakap langsung tak seronok duduk asrama selama 5 tahun tu kan? again, entah kenapa aku takleh pikir spesifik moment yang boleh aku treasure sampai sekarang. (err.. melainkan pasal kebuayaan aku la kan? muahahhaha! :P)

dan lagi, persoalan hebat sangat ke produk2 asrama penuh ni? errr.. sebenarnya, truthfully speaking, IMHO takdak beza dengan budak sekolah biasa pun. pasai, aku punya ramai member yang langsung tidak masuk asrama tapi amatlah berjaya dan mantap dari segi rohani dan jasmani. bagus2 belaka. dan aku jeles dengan korang semua. (korang tau la sapa korang :P) you get to be with your loved ones, and still turn out great in life. i think that's definitely an easier way of doing it. yep, memang takdak beza produk asrama atau bukan. ada je dok asrama pun last2 jadik tong sampah jugak, tak gitu? (ini rentetan entry semalam hahahah!)

so apa bagus sangat duduk asrama nih? orang tak duduk asrama pun boleh aje nak jadi independent, matured, berjaya dalam pelajaran, bijak berkomunikasi, bla, bla, bla. so apa bezanya? entah aku pun tak tau.

cuma satu plus point untuk aku yang agak memberi kesan sehingga sekarang; i love how the school developed my spiritual side. ya.. itu memang mengesankan. aku belajar banyak benda2 yang mungkin susah jugak nak diamalkan kalau aku duduk rumah kot. aku suka dapat pengalaman solat jemaah 5 waktu. merasa qiaimullail. bangun tetengah malam untuk solat hajat dan berdoa kat Allah. banyak dengar usrah, ceramah agama. solat tarawikh tak tinggal. yep, i definitely give 10 points for that. alangkan buat perkara baik 40 hari berturut2 pun akan meninggalkan kesan mendalam pada diri, apetah lagi 5 tahun kan? heeee... 5 tahun yea? macam tak percaya!

so should my kids go to boarding school? as for now. i don't want them to.

:D

31 comments:

CikWa said...

sama pulak dengan pemikiran saya

maybe sebab kita products boarding school so kita nampak dari sudut yang sama

saya masuk asrama (masa tu buka boarding school tapi asrama la) masa umur 10 tahun
bayangkan le, masa anak2 lain sedang bermanja dirumah, saya menepis sendiri badai alam remaja di asrama

mirah said...

saya tolak mentah2 bila abah offer nak hantar boarding school. Hahaha..sebab saya anak kesayangan abah saya (eh perahsan pula), bila saya cakap tak nak, abah pun tak cakap apa. Saya takut kena belajar bhs arab sebenarnya, huhu sbb abah nak hantar sekolah agama sama tempat dgn abang. Abang2 dgn kakak mmg semua duk asrama, saya je tak.

Tp mmg ada beza, bonding nya sungguh lain, dgn my parents juga dgn adik2. Kami jd lebih rapat. Walaupun sbb sebenar lagi saya tak nak pg asrama sbb kesian kat mak saya, masa tu abang sulung baru meninggal, adik2 bawah semua lelaki, mak tgh sedih lagi masa tu, so i've decided to stay. Haha matured tak saya masa tu? pastu ptg2 nangis, dok tanya kat kat cermin, kenapa arwah abg pergi dulu? it took approximately 2 yrs, baru lah keadaan rumah tu ceria sket.

Eh sorry k ana, dah lari tajuk. Kesimpulannya, saya tak rasa duk asrama tu adalah satu kemestian utk anak2 saya. i dont mind mereka duk rumah. Ikatan kasih sayang sesama adik beradik tu lebih baik pd pandangan saya.

Ms Lola said...

Sorry lah, satu benda yg mak tak suka kat Sekolah asrama ni ialah semuanya budak Melayu. Jadi, produk yg keluar from asraman (penuh) ni mcm tak begitu berkembang.

Unlike sekolah harian, you've got to compete with org lain (bangsa lain).

Seriously nak cakap, before going to asrama, mak rasa kecut jugak. Kecut takut jadi insan tercorot (sbb kat sekolah harian pun jarang boleh dpt TOP 3). Sekali....... aku jd top student daaaa.. Rasa mcm ek'eleh... mcm ni ke sekolah asraman?...

p/s: Mungkin sekolah harian ku dulu lebih bagus dr sekolah asraman penuh ku itu

Unknown said...

saya pun produk asrama (yang tak berapa penuh). saya setuju dgn kak ana. tang spiritual tu, memang banyak yang saya belajar masa dok hostel. solat jemaah, ceramah, qiamulail dengan member yang dah buat pusingan 360 darjah masa baca fatihah pun ada. nasib baik le tak tersembam. hahaha.

cysev3n said...

i have to agree with you bab2 spiritual ni.. kalau tak, ntah2 tak tahu tahun bila mak nak buat solat tasbih (yg sekurang-kurangnya 1 kali seumur idup) tu..

Fid said...

knv kekandaku yang tersayang
sama la kita laki bini produk cap sama wahahahahaa

dan aku memang berat hati berat semua nak bg anak aku masuk sekolah berasrama penuh kaka
sebabnya

zaman aku lain
zaman aku zaman sapa masuk boarding sekul dia hebat tapi zaman anak aku??malahan anak aku tu rasanya kalau nak masuk guna nama bapa dia yg terpampang kat dinding dewan sekolah pun bleh

dan aku rasa zaman sekarang 'jahat' bdak asrama bukan nakal lagi tapi jenayah hahahahaaaaaaaaaaaaaaaa

mak nak anak mak dok di sisi mak sebab mak seksa dok jauh dr mak bapa mak
end up mak dapati mak tak kenai adik beradik mak sgt sbb hingus blom kering mak dah dok jauhhhhhhhh

walaupun tepen ngan kedah tak la jauh mana tapi seksa bukan bleh balik sellau


ok anak saya tak yah masuk asrama dok ja bawah ketiak saya! Ok!

KS said...

mana2 pon ada pro ada cons..

yg cons tu macam knv dah cakaplah.. pasal agama ni. kat skolah asramalah kita belajar benda2 'extra' dari sekolah biasa.

the rest sama jek kot. mungkin masa belajar tu akan lebih sket la kan. kalo dok rumah malam konfem tgk tv hehe

saya product skolah asrama yg tak penuh. dan saya pergi pon masa umur 16. so ok jugaklah. tapi kalo 13 mmg haru knv oi. mak bapak dulu jiwa kental tinggalkan anak2 kat skolah asrama. mak bapak skang (sayalah tu) nak tinggalkan anak kat pre school separuh hari pon cam sebak...

KS said...

eh silap.. bukan yg cons, tapi yg pro :P

SMM said...

pengalaman saya duduk asrama 5 tahun (since 13) adalah positif (takdelah maknanya takde negatif langsung, tp mmg positif jauh outweigh the negative). but that doesn't necessarily mean i'm going to encourage my kids to go.. tengoklah nanti camana..

Min Aina Ila Aina said...

Oh, nampaknya saya mempunyai pandangan yang agak kontras. Saya sukaaaaa sangaaaattt dok asrama. Masa sekolah rendah, sek saya ada asrama utk darjah 5 dan 6. Tapi saya tak dapat masuk, sbb saya mmg asal sek tu dari darjah 1 dan keputusan periksa saya baik. Yg cikgu nak bg masuk asrama tu adalah budak2 yg petengahan dari seluruh daerah, supaya boleh dipertingkatkan kualitinya. Saya paksa ayah saya merayu kat Guru Besar, tapi GB kata anak pakcik ni kalau masuk asrama takut dia main lebih pulak nnt.hahaha.

Form 1, saya masuk sek agama berasrama k'jaan negeri.Dapat MRSM tapi saya tolak sbb dah masuk sek agama tu. Alhamdulillah mcm kata KNV, byk kebaikan bab spiritual tu, kalau kat rumah harus tak pernah dengar atau tak pernah buat.
Dalam banyak2 kenangan di asrama, saya paling suka kenangan masa minggu orientasi atau apa2 yg adventure (mcm KNV kata kena berdikari) tu la. Saya rasa pengalaman tulah yg tak dapat dirasa oleh sapa yg tak masuk asrama, dan saya rasa ia membawa impak yg baik utk diri saya. Saya jadi pandai membawa diri, pandai berkongsi, pandai pilih kawan, pandai kawal emosi kerana adanya insan2 lain yg bukan keluarga saya dalam kehidupan. (Saya kalau dgn ahli keluarga, nak suh org dgr cakap saya je.hehe)
Kira2 semula, 10 tahun saya di asrama, dari Form 1 sampai habis degree.Anak saya? Masih terlalu awal untuk buat keputusan..apapun, saya tak terfikir nak hantar anak saya ke asrama sebelum umurnya 13 tahun. Lagi, saya rasa perlu masukkan anak saya ke asrama sekiranya dia masuk sekolah tahfiz, sbb kat rumah umi dia nak tgk TV, kang anak join, ilmu hafazan habis hilang.hehe.
(Sorry kak, komen dah macam entri pulak)

TopsyTurvyMum said...

aku mula2 masuk boarding school pun melalak gak 2-3 bulan..anak pompuan sorang la katakan..pastu jadi brutal plak..hahaha!
bab spiritual tu mmg aku setuju...merasa jugak la qiamunlail setahun 2-3 kali..solat terawikh tak tinggal, 5 waktu jemaah, usrah semua tuu..
Bila dah jadi mak ni baru aku terpikir, camne mak aku boleh lepaskan gunung intan payung dia sorang ni gi dok jauh2. urus diri sendiri? makan pakai camne? aku pun rasa tak rela bila terpikir anak2 aku nak kena lalui cam aku dulu. Laki aku suka lak diorg gi boarding school. berperang la nampak gaya nanti...

m-i-o said...

sy takde masalah sepanjang orientation week. of course memang janggal nk basuh baju sendiri, sebab sebelum tu dh biasa campak dalam washing machine. tp yalah, bak kata knv takde masalah yg takde jln penyelesaian :P

masalahnya datang bila sy dapat title miss freshie masa malam kemuncak orientasi tu. since then, the nightmares begin.

i love the school, especially the teachers, very much. but the hostel life was sucks! ada umpat keji, ada ketidakpuashatian, ada pulau-memulau dan klik-klik yg lebih byk memusnahkan drpd membina. sy tersilap, sebab walaupun disukai oleh senior form 5 (yg tgh berkuasa masa tu), tp sy tak gunakan pengaruh tu utk menutup mulut dajal yg babi. again, i blame no one but my poor social skills. sy boleh kata yg setiap malam sy susah nk tido because the hostel was full of hatred, dan tak sabar nk pegi sekolah keesokan harinya.

lepas PMR, sy keluar dari sekolah tu dan masuk sekolah teknik. suprisingly, walaupun duduk asrama jgk but hostel life was great! the difference was 360 degrees. i love every minute of it and we have a very strong relationship until now :P

sy tak tahu apakah hikmah di sebalik kejadian, tapi sy rasa sy dapat pendedahan awal what to expect in life especially when it involves people skill. there are bad people who wants nothing but to ruin your life. but the world is full of nice people, waiting for you to get to know them.

sorry, terlebih sudah. but 3 years in SBP is like 3 years in hell.

klo anak2 sy dapat SBP, it's up to them, tapi sy akan make sure diorang belajar taekwondo dan bagi terajang aje kat sesapa yg sepatutnya.

DNNA said...

Kaknon,

Saya rasa sungguh bersyukur dapat masuk SBP. Saya sangat suka kehidupan di sana. Pengalaman yang sungguh berharga dan tak bole ditukar ganti. Kalau nak diikutkan, saya hanya ada memori yang manes2 ajerrr pasal kehidupan di asrama ;)

Saya rasa pilihan bapak utk hantar saya dan adik2 saya masuk asrama penuh adalah tepat - Terima kasih, Bapak :)

Kalau bole memang saya nak hantar anak2 ke asrama. Saya nak depa rasa keseronokan belajar di asrama sama seperti yang ibu dan abahnya rasa.

Bagi saya, sekolah harian ke sekolah asrama ke, saya tak kisah. Yang penting potensi yang ada pada anak tu boleh dikembangkan semaksimum mungkin agar anak bole berbakti kepada agama, nusa dan bangsa (ewahhhhh - ini ayat yang penuh semangat yang sungguh poyo bunyinya bila saya baca balik)

;p

Harus saya wat research cukup2 nanti bila nak wat keputusan :)
Kita tengok la nanti macam mana keadaannya when the time comes.

Fid said...

saya suka dok SBP
tapi saya tak nak antar anak saya ke SBP
sbb saya risau
kakaka
dan sebenarnya pro n con la kan

macam yg boleh berdikari tu akan boleh la

tapi mcm saya dah la asrama 5 thn sejak 13 tahun...then matrik kat bangi 2 thn then gi jepun 4 tahun
balik2 dah tak kenal keluarga kakakakakaaaaaaaaaaaaaaaaa

iza said...

kak non, aku terfikir benda ni dah agak lama.. aku mmg tak punya byk kenangan manis/pahit zaman sekolah dulu...erkkk..takde kenagan kah..hehe..having your parents to stay with you adalah sangat2 baik..at least they can monitor your child when u're away (working)..balik sekolah pukul berapa, ada activity apa kat sekolah..etc..etc..for me.. and others yg mak pak jauh, kalau anak dah masuk secondary school, lepas waktu sekolah sapa nak monitor depa...takkan dah besar panjang tu nak hantar nursery lagi... as for me yg can't afford to quit my work, hantar boarding school (kalau result exam nya baik ler...).. would be the best solution w/pun jauh di sudut hati rasa macam disiat2..

Anonymous said...

I pun nak comment jugak. Stuju KNV, bab2 agama (practical esp) banyak I blajar kat asrama- solat tahajud, yassin EVERY friday (unless uzur), solat hajat everytime nak exam, qiyamullail, baca quran ramai2 bulan puasa..

tapi, skip prep, panjat pagar, tgk tv after 10pm, masuk dewan makan lepas waktu makan.. pun buat jugak..

but the best part is the friendship.. kawan sampai bila2...

MS said...

mak pun budak asmara jugak

setjuk bangat kat asramadana looo blaja qiamulai bagai.. sekarang?? isk isk isk solat 5 waktu ajer

kelemahan yang ku notis budak2 asmara (bagi kes aku) takkan kenal jiran2 kg aka orang2 tua

abih balik umh sebulan skali
(keluar merendek berkali kali)

tup2 dah beranak baru org tau... ooo anak so polan polan haha


anak aku dah besar nati nak bg dok asrama idak???
ntah kena pikiaq-pikiar dulu

IntanSham said...

saya dulu kan,masa form 1 masuk asrama, amik aliran arab.. pastu masa form 3 nanges2 suh mak tukokan skolah, x nak duk hostel, tak tau laa apsal, tp mmg x nak. then mak tukokan skolah biasa, aliran biasa masa form 3 tu. amik PMR kat skolah biasa.. dan habiskan sampai form 5 pun aliran biasa. sebenarnya skolah kat mana pun sama aje yg penting kesediaan kita nak belajar. msk skolah asrama, disiplin diri mmg tiptop.. tp kerinduan pd mak ayah x blh tahan. kalo duk umah, dgn mak ayah.. lebih senang nak pantau anak. kita tau pergerakan anak, dgn siapa anak berkawan, pembelajaran anak tahap mana. tp bila anak duk sklh asrama, ssh nak pantau.. kepercayaan perlu diberi penuh pd anak. jd terpulang lah anak2 kite esok nak letak kat sklh mana. anak2 saya?? jgn beso cpt sangat blh x.. blom puas peluk cium diorang... huhuhuuu... xyah laa pi asrama, nnt sape nk teman saya kat umah...

bib said...

Ana..ye kita product SBP..bg aku..manis kot yg banyak nyer..sbb masa zaman tu..skolah kat rumah aku tu tak berapa lah sgt kot..compare ngan KL nih kan..tp..definitely..jadikan aku mmg seorang yang amat2 berdikari..tak heran lah travel sorang2 naik bas malam nak balik cuti..kalau bab rindu jgn kira lah..lagilah..selama skolah..bapak aku dtg sekolah 3x je..ms form 1, amik hadiah form 3 then masa dah abis SPM..tu sbb...

Bab spiritual tu..mmg berkesan kan..sampai skang aku rindu nak ikut selawat sebelum azan tiap2 ptg..rindu nak wat qiamulail..baru sekali wat solat tasbih..bila lah lagi nak buatkan!...buaikan anak2 aku ngan selawat2 yg blajo tu lah ..buat2 aku rasa bergunanya sekolah tu..walaupun aku tak de lah sgt kenangan pahit kat sana....

knv said...

tu diaaa... fuhhh! bersingsing lengan aku nak komen satu2 nih! peluh ketiak! :P

wa
dulu akak rasa hebat je dapat duduk asrama jauh dari makpak! apakah? bila dah masuk u baru perasan. 5 tahun di pahang, sambung 2 tahun diperak, sambung 3 tahun di brisbane. i was away for about 10 years! rasa sedih sangat hilang waktu2 precious ngan makayah. :(

mirah
thanks for sharing. sedih jugak cerita mirah. baguslah dapat dok rumah teman mak. akak je tak terfikir cam tu dulu. tapi memang sentiasalah ada pro n cons kan? akak pun kena amik arab gak masa SRP/PMR. tapi memang fail la sokmo. (huh sikitpun aku tak heran!)

lola
wahhh eksen ko ye? hahahah! yes yes i get your point totally. i think one of the down point nak2 duk asrama kat tempat jin bertendang ialah keadaan sosial yang kadang kala tidak condusive. tidak sama langsung dengan dunia luar. itu yang ada budak2 terkejut dan cultureshocked bila keluar asrama. dari perangai elok jadik tak elok. dan yang pelik budak2 sbp ni rasa yang kami dah cukup hebat dah. padahal kalo ko keluar pi sekolah biasa tu, ko pun tak lebih dari orang biasa2 aje. peace!

zety
iye itu antara memory manis akak. i miss those days jugak. :D

yan
betoi. betoi. kalau tak duk sana, memang tak tau la nasyid selawat bagai.

fid
sungguh jugak tu. budak2 zaman sekarang memang nakal lain macam. heran aku. ingat dah besaq kepala sangat dalam masuk asrama. nak2 yang form five tu. aku rasa nak luku je kepala memasing. ko ingat ko dah cukup hebat jadi senior? bodoh piang. nasib baik aku takdak adik hihihihi!

knv said...

ks
tang agama tu memang akak suka. tapi la ni pun dah ada sekolah integrasi kan? kat shah alam melambak dah. memang 13 tahun tu hingusan lagi. akak honestly tak mau lepas anak2 kot. unless la memang terbukti the pros outweigh the cons.

mynie
i need to ask u this. have your bubble ever been burst? :P in some occasion maybe? hihiihi just wondering..

it's great if you only have nice memories during those time. i wished the same for me, too. :D

MAIA
oh sekolah tahfiz tu lain kot sis. itu satu keperluan yang berlainan yang memang harus dijayakan. budak2 tahfiz ni memang kena jaga betul2. kena clear mental dan fizikal. dan hanya cikgu2 expert aje yang boleh pastikan budak2 ni being prepared to deal with the Quran. all the best to you! :D

tapikan, tang berdikari tu, i beg to differ. actually boleh jugak duduk rumah nak latih anak2 berdikari ni. takde masalah pun sebenarnya.

i just don't like the fact that nak kena berdikari di usia masih mentah? why? kenapa nak tua sebelum waktu? i don't know if kelebihan boleh basuh baju dan gosok baju sendiri diusia 13 tahun betul2 boleh membantu kita nak menangani hidup di masa depan?

entah. i don't think so.

:D

knv said...

ttm
aku pun selalu tanya soklan yang sama. jauh gile ko tau sekolah tu. dulu masa takdak hiway, 5-6 jam jugak dari rumah aku. dahlah masa tu keta pun ala2 semput je. bila pikir2 balik aku sedih. betapa besarnya pengorbanan mak ayah aku. sob! sob! :(

mio
tu dia.. mulut dajal yang babi? kesiannya jadik orang tak popular. muka hang muka baik kot? akak ni muka hitam legam, gemuk, muka kesian. orang pun tak berani nak kacau. banyak buat hal sendiri je. memang budak baik la dulu, tapi dapat gak jadik pengawas semua. kata muka baik.

oh akak paling tak suka yang puak2 kat sekolah. rasa nak lari balik rumah aje.

sila la ajar anak akak sekali ilmu terajang tersohor tu.. :P

dnna
manesss yea? ahahhaha.. iyelah.. semoga maness maness selalu. ye lah lain orang lain penerimaannya kot. are you same person pre and post the school?

i dont know other school, tapi sekolah akak tu, i hate the boys so much. rata2 rasa depalah makhluk paling hebat. tau tak yang jenis kutuk2 budak pompuan tu? pesen yang mulut takdak insuran. memang depa tak kutuk akak, tapi my friends. especially kami2 yang datang dari kl ni. padahal depa tu yang jumud tak boleh nak bukak minda.

bodoh piang. macam la ko tu bagus sangat. and percaya atau tidak, akak takleh nak masuk dengan some of them even until sekarang. biaq pi la apa orang nak kata, but only few remained good friends. yang lelain tu hi-hi bye-bye ajelah. tak koser aku nak layan. tak rugi pun aih!

heheheh... ni kalau ada ex schoolmate aku yang terbaca ni haruslah aku kena kutuk NM.

peace!

knv said...

fid
samalah kita. aku seploh tahun baru la nak merasa hidup ngan mak pak. alhamdulillah. until now. and always. insyaallah. i love u momndad!

iza
sebenarnya aku rasa, system sbp ni bagus in term of education tu la. the cream of the cream mixing together kan? sepatutnya hasilnya bagus2 lah.

tapi tak taulah apsal aku ada berat hati sikit pasal nak bagi anak2 masuk asrama ni. aalllaaa.. ko tu apa tak mampunya? hantar ajelah anak ko sekolah integrasi. hahaha

allah aku ni cakap je lebih. kang years to come semua anak2 aku hantor sbp hahahha... ewah ewahhh.. pandai2 ke anak2 ko tu kaknon? :P

knv said...

nong
i envy kawan2 yang mischievous masa sekolah dulu. pasal i tak berani hihihihi.. kata budak baik. nyampah lak aku pikir2.

actually masa nak mula2 kena solat jemaah semua tu, macam liaaaatttttt je. tapi alhamdulillah terkesan jugak dihati.

itulah orang kata, buat baik ni kena paksa. jangan tunggu seru baru nak buat. :D

madib
aku memang takdak pengalaman ngan sedara mara la dalam 10 tahun pertama tu. ngan mak ayah pun tak sempat sangat. sedih! :(

intan
itu yang akak pikir sekarang jugak. tapinya in years to come tak sure kan? entah2 kita yang lumba lari nak hantar anak pi asrama hahahhaha.. kalau guna khalifah method i can consider kot :P

bib
part berdikari tu takleh cakap la kan. letih aku dok berdikari dari usia 13 tahun. itu yang malas tu. aku rasa tak masuk asrama pun ok je boleh berdikari sebenarnya. tengok upbringing makpak la.

yang aku takleh imagine, kalau aku tak boleh nak tanya anak2 aku apa yang depa buat kat sekolah hari2. buat ngan kawan2. makan apa. hihihihih.. petty je sebenarnya. tapi mesti aku rindu dengan kemeriahan kat rumah.

yes i will have to let them go one fine day. tapi not too soon, lah.

knv said...

tu diaaa... naik kematu jari jemari aku nih hahahahha

peace yer?

ni pendapat aku je. no hal to accept, or not to accept.

:D

Ealyie said...

aku biasa la mesti org hujung nk tinggal jejak...ahahaha..:p

darjah 6, aku mengelitis nak masuk sekolah asrama sbb aku teringin sgt nk ada sabun mandi sendiri, pilih shampoo yg aku suka, baldi tulis nama aku, sepit2 baju sendiri, hanger bagai... bole.. tu sbb aku nak sgt masuk asrama! ahahahaha...

tapi bila da masuk, aku telah membuat cobaan utk keluar asrama beberapa kali tapi tidak berjaya hinggalah saat2 akhir aku nk PMR. Sbb, aku stress duduk asrama.. Benci ngan protokol yang kepala otak aku tak leh terima.. muhahahaha.. saat bergelar 'out sider' aku sgt gumbira.. Tup2 form 4, aku kena masuk asrama semula sbb pak aku pi apply sekolah teknik diam2.. huwaaaaaaa..

psst.. nasib aku mgkin mcm mio. di teknik aku agak happy sikit walaupun cobaan untuk keluar asrama juga aku pernah lakukan tetapi tidak berjaya sbb pengetua sgt2 tegas!!! isk..isk..

SMM said...

knv,
of course 'bubble' saya pernah burst. one of the biggest one: masa balik dr uk dan mula bekerja, baru saya tahu bukan semua orang yang mengaku islam itu bersolat, puasa, dan tak minum arak. naif, kan? pergi uk tak culture shock, balik malaysia pula yg culture shock..

DNNA said...

Ahahahahah kaknon ...

Saya?????

Saya rasa saya sama pre and post ..
Masih mengekalkan konsep gila-gila (remaja) gittewww ...
Kah kah kah ...

Cuma satu je la, tudung saya sudah kurang labuh dan kurang bulat ...

AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ...

*sungguh tidak shenonoh saya ni*

Min Aina Ila Aina said...

Dalam kes saya, kat rumah mak sampai sekarang pun tak berdikari.hehe.Sebab...saya anak mak sorang, manjeee lebih.

Ada satu kebaikan untuk budak perempuan yang tak dok asrama kot..kot je la ye..pandai masak. Budak2 yg membesar di asrama selalu bagi alasan, aku 10 tahun dok asrama, bilanya nak belajar masak?

knv said...

ely
hang ni aluan kiri ropenya hahahah. akak pun tak suka gak dok asrama. tapi jenis baik dan penakut. takut sungguh nak buat salah. orang marah sikit dah gigil semacam hahahah.. itu yang sekarang brutal tak hengat hahah!

mynie
hahahah.. mynie dulu kisas ke? akak balik aussie dulu pun ala2 ngok. banyak benda yang membuka mata dan minda.

dian
haaa.. kan dah kabo? dari labuh ke tak labuh? hahahahah! anyway, yang penting iman masih penuh didada. pergi mana2 pun insyaallah selamattttt! :D

MAIA
idak jugak actually. akak rasa bergantung pada mak kita kot. mak ngan ayah akak memang pandai masak. so walaupun akak selalunya tengok aje mak masak, tapi lama2 masuk jugak kekepala cara2 nak masak tu. so bila pegi aussie, macam automatik tau aje nak masak walaupun tak pernah pun masak secara rasmi. sekarang ni pun baru start masak balik. memang macam automatik aje gitu.

eZa said...

takut jugak nak hantar anak2 ke boarding skool. memacam kes dah skang nih. kes lesbo & gay x masuk lagi tuh.. isk! nowadays boarding skool tak same ngn boarding skool dedulu. repo dh x sehebat mane. sekolah harian lagi better segala segi ;)

ML, sekolah harian mu itu kan sekolah harian terbaek kat kl ;)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger