Friday, April 23, 2010

say you say me

tadi masa syok2 dok bloghopping i came across this normal blog. maksud aku, blog itu sekadar blog biasa, yang ditulis oleh orang biasa, dan ceritanya pun normal aje. mostly tentang diri penulis dan persekitarannya. alah macam blog2 kita la lebih kurang gitu.

namun begitu ada satu entry yang agak menarik perhatian aku. dalam entry tu, si penulis minta maaf secara terbuka kerana mendakwa dirinya ada menyinggung perasaan sekumpulan orang dengan entry yang ditulis sebelumnya. dan dari bacaan aku, agak seriouslah jugak situasi yang berlaku kepada penulis. nampak dia macam sedih, risau dan menyesal dengan apa yang berlaku.

dan aku yakin ini bukanlah kes2 terpencil. berapa banyak kali kita tulis entry dan lepas tu menyesal kita published entry tu?

aku terfikir-fikir. untuk blogger2 biasa macam kita ni, memang tak worth langsung kalau tak pasal2 kita dapat musuh di alam virtual ni. kenal atau tidak itu belakang cerita. memang kita selalu cakap "ahhh ada aku kesah kalau ada sapa2 tak suka apa yang aku tulis? sila klik X kat top right tu kalau tak berminat". tapiii.... deep down aku berpendapat most people kalau boleh tak mau cari musuh. fitrah manusia, sukakan pujian, tak suka kejian. kita suka kalau orang suka apa yang kita tulis. betul?

dan amat malang sekali jika dengan berblogging; hobi yang kita mulakan hanya sekadar suka-suka untuk isi masa lapang, berkongsi cerita dengan teman-teman, sebagai catatan peribadi harian, sebagai tempat meluahkan perasaan; akhirnya membuatkan kita bermimpi ngeri kerana ada entry2 yang kita tulis menjadi bahan tohmahan orang. yang buat orang pandang serong pada kita. kalau orang tak kenal mungkin tak sebegitu dahsyat penangannya, tapi bagaimana jika orang itu adalah kenalan di alam nyata? bagaimana jika ianya begitu serius sehingga kita tak boleh nak angkat muka menghadap orang lagi? bagaimana jika kesannya hingga ke sudah?

well, kalau tanya aku. memang sungguh tidak berbaloi. tidak berbaloi. tidak berbaloi. jadi sekarang aku kena lebih berhati2 dalam meluahkan perasaan aku kat blog nih. dah lah aku ni kategori laser. tapi biarlah laser aku ni aku simpan untuk masa special aje hahahha. tak kuasa aku nak buat musuh di alam virtual ni. so not worth my while.

kepada pembaca kat luar tu, sila jangan menyesal datang masuk blog aku nih. kalau aku terover2 tu, silalah tegur2. tapi sebelum tegur tu sila bank-in kan £10 dalam account pay-pal aku ek? boleh gak aku buat shopping on-line. pastu sumpah aku tak marah! kah kah kah!

selamat ber-weekend!

:D

15 comments:

cysev3n said...

usd1 boleh la. Haha.

Kita suka baca blog org yg outspoken. Because i am not. Rasa mcm inner part of me being delivered by someone else.

Apapun, k Ana sentiasa ada tmpt dalam hati kita (tetiba).

Unknown said...

hahaha.. 10 pound? boleh2.. jangan marah saya ok.. ahahahha.. bodek kuat!

susah nak jaga hati orang.. lagi susah juga nak jaga hati sendiri..

tepuk dada tanya selera kak..

kaknon, lasermu penting untuk kesejahteraan hidupmu.. ahahahhah

Ms Lola said...

ewah??!! 'Laser' itu perlu...

Ealyie said...

...depends on situation...;)

tu jawapan skema kat kelas Communication dulu Kak Non, tapi la nie sendiri mau ingatlah.. Kawan2 blogger pun byknya yg lebih kurang baya je. So terkadang feeling adalah so-so.. Apa pun sbb blogging lah.. KNV Namamu Teratas!! ahahahaha..;)

DNNA said...

Aramak, saya sebijik sebijon mcm Cik Yan - tak berapa nak pandai laser2 ... Isk ...

Tapi sekali sekala mcm ML cakap - laser itu adalah perlu. Ini untuk kesejahteraan umat sejagat.

Harus saya mengembara utk menuntut ilmu nih ...

Kaknon, sudikah dikau mengambil diriku sebagai murid kesayanganmu dengan yuran pembelajaran sebanyak seploh pound per semester, virtual??? Ni kira cover sekali dengan lodging ngan food la.

Sudi sudikanlah ye ... hahaha ;p

IntanSham said...

rasa mcm tau je blog tu, sbb saya pun terbaca jugak. Apapun kesian dia kak..(if we are talking about the same person), dia x ptt terima kutukan mcm tu coz i know the real story..
blog mmg tpt meluah perasaan, sygnya perasaan kita kdg2 x semua org blh paham. mungkin ada bagus jugak private blog ni kannn... hehhehee... but still i'm not ready for the privacy skrg ini...

Err...apa kes mak capur aduk speaking ngan speakong tetiba nih? wakakkakaaa

jua said...

kak non..kak non.. i like u lah.

Anonymous said...

err... buat cara ngelat, tapis komen2 yg diberi. hanya yg best kita approved. ;-P People (including ourselve) will always be judgemental.

knv said...

yan
kita pun camtu gak. :D outspoken tu bagus, bila perlu je. bila tak perlu dah jadi annoying hahahhaha :P

mast
hahahah.. takdak kerja nak melaser orang tak tentu hala hahahah :P

lela eh.. lola hahahahah!
laser sungguh mak! :P

ely
atas mana? atas pokok? kah kah kah!

dian
sudi.. tapi dalam mimpi je ok? masa mimpi tu bayar la sekali yuran2 semua tu. kah kah kah! :P

err.. takde pekdah la nak belajar laser melaser nih. baik hang pi buat phd cecepat. lagi pekdah! hahaha :D (err.. ni laser tak? kahkakah!)

intan
kalau nak mengelakkan konflik, better private kot. hati pun senang. but not for me. i love to know what strangers think about me from the way i write. good or bad. i still want to know. and i love observing people jugak. it's all about balancing between what you want and what is required, i guess.

eh eh eh eh.. akak pun speakonglah! malu ai! :P

jua..jua.. i like u too, lah! :D

nelcy
ni bukan pasal komen kat dalam blog aje. tapi yang komen2 dan kutuk2 diluar blog. situasi beyond kawalan dimana benda sejengkal jadi sedepa. :D

TopsyTurvyMum said...

aku juga jenis kisah kalau kena laser w/pun org tak kenal aku(kenal belakang jer), aku tak kenal diorg...


Hang mmg voks Kak Non..aku pun nak jadi anak murid hang laa..aku hantar dodol 5kg jer ok tak? kahkahkahkah!

Fid said...

aku mmg over acting tapi aku dah NAK insaf daahh
sabaq na nanti aku dalam mode selepas insaf sure hang insaf sekali kakaka

dak ehhh aku dah tak berapa JAHAT dah la ni
hang setuju dak knv???

aku tak mau musuh
tapi aku marah jg kat mama yg maki aku sbb post aku larang gugurkan kandungan haram wahupun sah..

knv said...

ttm
apa barang 5kg? kurang2 50! baru aku perkenan turun ilmu kat hang hahahaha..! ish segan aku. selagi aku tak terbuat pie blueberry itu, jangan panggil aku cikgu tawww! errr.. actually aku yang nak kena berguru ngan hang hahahah! :P

fid
kah kah kah! aku tau. aku tau. aku perasan akan keinsafan hang semenjak dua menjak nih hahaha.. itu pasal ailebiu very strong now hahahaha! actually bukan tak boleh nak carik gaduh kat alam maya ni, tapi malas dah aku weh. dah tuoo.. kah kah kah. tapi sekali sekali bila tepat pada waktu dan ketika harus jugak melaser hahahah!

Unknown said...

kena 'maklum balas' dari orang yang tak dikenali tak pe lagi knv, ni yang kalau kita kenal di alam nyata ni yang payah sikit.

private kan ialah jalan termudah untuk elak konflik.

m-i-o said...

errr...sy tetiba telah kehilangan idea lantaran terlalu byk komen di atas telah diserap masuk dlm kepala sy.

hmmm. nanti sy datang balik. kahkahkah!

knv said...

zety
itulah yang akak lagi kisah kalau orang2 disekeliling yang kita kenal dan kenal kita. kan naya tu? sometimes memang kita tak berniat pun nak maksudkan seperti mana yang telah diinterpretkan oleh orang tu. tapi nak buat macamana terlajak perkataan orang akan kenang sampai bila2. itu yang tak berbaloi.

mio
lain kali toksah baca komen orang dulu kah kha kah! :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger