Friday, April 16, 2010

untuk isteri yang diuji

sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula suami isteri.

urgghh! aku tak suka lah pepatah ni. sapa la gamaknya yang buat ek? hahaha.. :P anyway, tetiba aku terbaca banyak pulak cerita pasal suami isteri ini. tanggungjawab suami. tanggungjawab isteri. where do we set the bounderies?

ada perempuan bertuah dikurniakan suami yang baik, ringan tulang, etc. yang memang boleh di harap untuk buat kerja2 rumah. ada perempuan yang tidak sebegitu bertuah (err.. kepada yang bertuah tu, sila jangan pandai2 buat andaian yang tidak bertuah tu memang tak pandai pilih laki. allah anugerahkan ko laki yang baik, sila bersyukur dan dok diam2. tak payah nak kondem2 kenapa orang lain tak pandai cari laki perfect macam laki ko, ok? - sorry tetiba terhangin lak hahah!)

dengar cerita, memang betulpun yang kerja2 rumah masak, kemas, basuh, jaga anak bagai tu bukannya tugas perempuan. tugas perempuan yang hakiki hanyalah layan suami. betul? ramai yang tahu hakikat ini. ramai lelaki yang tahu hakikat ini. tapinya tahu sahaja tidak cukup tanpa amal. ilmu tanpa amal, apakah ertinya? kata Iman Ghazali; "Ilmu tanpa amal, gila. Amal tanpa ilmu, sia-sia." haa... yang part amal ni lah ramai yang fail. fail pasal yang amal hanya sebelah pihak. yang pihak satu lagi buat tak reti. camtu pun boleh gila la jugak kan? :P

untuk muslimah, suami itu adalah pintu syurga. untuk mereka2 yang punya suami yang menjengkelkan, mesti terdetik dalam hati "macamana lelaki tak guna macam ini boleh jadi pintu syurga aku? boleh blah!" tapi islam itu tegas. patuh pada suami adalah kewajipan yang menyeluruh. bukan perkara yang main2. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

see? husband IS king!

IMHO, yang penting bukan apa jenis suami kita, tapi kita sendiri sebagai isteri. sudah bersediakah untuk sujud kepada suami? wah wah wah mesti ada orang marah bila aku cakap kena sujud pada suami. rhetorically speaking lah. kalau dapat suami yang sejuk di hati, alhamdulillah. kalau tidak, bagaimana? bagaimana nak pujuk hati untuk mematuhi sesuatu yang kita tidak nampak logiknya disitu? "Ada suami pun menyakitkan hati aje. Kerja rumah tak tolong. Duit makan tak bagi. Anak2 tak tengok. Ada pun menyusahkan aje!" Dengan keadaan hati yang bengkak macam ni, boleh ke nak taat dan layan suami dengan senyum manis? Boleh la kot. Boleh blah. :P

tapi sebenarnya, ada cara untuk pujuk hati. tarik nafas dalam-dalam. bukakan minda. lapangkan dada. bersihkan jiwa. istighfar banyak2 kat allah. berbaliklah kepada basic. al-quran dan sunnah.

mula-mula, kena fahamilah dulu kenapa kita wujud dimuka bumi ini. ketepikan segala duniawi. yang ada hanya kita dan allah. tanggungjawab kita dialam fana ini, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk mentaati Allah. along the way, kita dikurniakan pasangan, harta, anak2, komitment etc untuk menguji kita didunia ini. adakah kita boleh sabar, atau tidak. adakah kita masih boleh taat pada Allah atau tidak. jadi bila kita dah faham semua ni, semua perkara lain jadi tidak penting. yang penting, nak cari rahmat allah dulu. dan rahmat allah akan sampai kepada manusia2 yang taat dengan perintahnya.

dan perintah allah pada setiap isteri, ialah supaya patuh pada suami, selagi suami tidak mengarahkan yang maksiat.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang -orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

(An-Nisa’ 4: 34)

kalau tujuan kita hanyalah untuk mencari rahmat allah, insyaallah nothing is impossible. seteruk mana pun suami mendera mental kita (kalaupun tak fizikal), selagi itulah allah akan bagi kekuatan dan kemudahan untuk kita mentaati suami. kerana kita sebenarnya mentaati suami, semata-mata kerana Allah yang suruh. bukan hanya suka2. insyaallah kalau kita boleh paham akan hakikat ini, maka segalanya akan jadi mudah.

perempuan, terutama isteri2, sebenarnya amat mudah untuk masuk syurga (a.k.a final destination). tapi amat malang kerana Rasullallah nampak ramai wanita yang menghuni neraka; antaranya kerana banyak mengutuk dan mengingkari suami, selain dari kurang akal dan kurang agama.

"Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa si bulan Ramadhan, memelihari kehormatannya serta suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya"

Jadi untuk isteri2 yang diuji, just go back to basic. doa banyak-banyak. semoga mudah segalanya untuk kita.

wassalam.

:D

24 comments:

mak encik | SZ said...

muhasabah diri di pagi jumaat ni kak non! ... Allah dah tentukan pasangan yang saling lengkap melengkapi...kalo dpt suami yg rajin sgt selalunya isteri sebaliknya pula...jarang jumpa 2-2 rajin sgt..hihihi

Unknown said...

di pagi Jumaat yang hening ni, rasa sungguh insaf membaca entri KNV. thanks! :)

cysev3n said...

bunyi memang macam senang sangat kan nak masuk syurga.. tapi yang senang tu la ramai yg kantoi.. (ayat dok peringat diri sendiri juga)

i lap you sis (tetiba)

Sue.Aleen said...

alhamdulillah saya bertuah sebab dapat suami superb. tapi tak pernah la condemn deme² yang bersuami tak berapa rajin tu. memasangkan manusia ni bukan kerja kita. dah tertulis sejak dari azali lagi.

kekadang saya sendiri rasa rendah diri terhadap suami.

untuk isteri yang diuji, ada hikmah kenapa kita diberi pasangan kita sekarang. kerana sesungguhnya seorang suami yang baik pun adalah satu ujian untuk seorang isteri.

mirah said...

ya menerima suami seadanya da juga memahami segala yg berlaku itu adalah atas kuasa Allah, insyaAllah ia akan dapat membantu mewaraskan kita tatkala kadang2 angin dengan suami. Kihkihkih..

Azlina Yahya said...

Kak Non

Aku setuju sangatlah. Kadang-kadang sebagai perempuan nie, kita seringkali tewas dengan asakan emosi.Lupa, hidup nie untuk DIA- Allah swt sebenarnya.Terlalu banyak pentingkan diri sendiri.Lupa, bahawa dugaan-dugaan tue semua menguji keimanan diri sendiri.Marilah kita sama-sama mencari keredhaanNya.Semoga kita semua akan menjadi penghuni Jannah. AMIN.

MS said...

aaa kan bunyi senang je nak masuk syurga

tapi cam aku yg kaki bangkang cakap laki kui kui kui kui

kena keja minta maaf ngan laki laa tiap malam.

"minta maap yea bang dah d takdir kan dinda memang kaki bangkang, abg cakap sepatah dinda jawab berpatah-patah"

m-i-o said...

hmmm. sy ada terbaca semalam, tak ingat blog mana sebab sibuk bloghopping. kahkahkah! dia kata camni,

adalah mustahil utk menjadi isteri solehah kepada suami yang tidak soleh.

sy rasa, suami soleh adalah kunci kerukunan rumahtangga. suami soleh boleh bimbing isteri tak solehah menjadi solehah.

tapi kalau suami tak soleh, isteri yang asalnya solehah pun boleh jadi tak solehah.

oleh itu, mari mendidik anak2 lelaki jadi soleh supaya seluruh umat mendapat rahmatnya :P

Along said...

Sebab tu la Along, camne geram or tengah marah ngan hubby, x pernah cite ngan orang lain...ye la, gaduh laki bini ni kan benda private...lagipun x lama..sehari dua cool down la..kalau asyik2 dok cite ngan orang, tak ke mengaibkan suami namanya tu. Hmmm...tapi betul la..kalau Along di tempat isteri2 yang kena dera tu, tak tau la plak...bleh ke nak bersabar, still taat pada suami? Iman masih nipis...takleh nak komen banyak2...tapi insya'allah, dalam usaha tingkatkan diri menjadi isteri yang lebih sempurna. Amin.

sisdee said...

senang kan nak masuk syurga klu pkr2....tp bape ramai kaum wanita dlm neraka??? :(

tul tu..back to the basic..

tp skarang nie dua2 kdg2 ego..lelaki gunakan kuasa veto..pmpuan lak degil...

nsb laki mak rajin muahaahahahah tak de kena mgena :p

yeah..komen aku memang tk leh pakai..

tp actually nk ckp entry u ni kan kalu byk mana pnjg berjela tp baca tak jemu jek...

:)

IntanSham said...

Very good n3 kak non... sgt setuju dgn n3 kak non nihhh. mentaati suami itu mmg dituntut dlm agama kita. Sbb tu syurga isteri adalah pd suami... oh suamiku... *tiba-tiba*.. ;)

DNNA said...

Wah wah wah kaknon,

Deep ... thought provoking entry :)

Terimalah pasangan kita seadanya ;)

TQVM utk ingatan ini ...

P/s - Souvenir utk saya dah beli blom??? *Tetiba je* ... kah kah kah kah kah ...

TopsyTurvyMum said...

lately, ramai beno aku dengar org2 keliling aku komplen pasai suami diorg..baik jugak aku kasi diorg baca blog hang ni..

komplen pun mende2 remeh...camno la tu kufur nikmat.

UmmuAhmads said...

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” ( Riwayat Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra )

Hadis kat atas tu saya ambil drp blog isteri ustaz zaharuddin, kerana sgt terkesan dgn hadis tu yang saya sebelum ni mungkin telah terlepas pandang...:) Saya rasa ia sgt berkesan utk motivasi diri sendiri, kalau terlalu banyak sgt komplen...hehehe... Bagi saya, buat wanita yg di'uji', selagi suami bukan kaki perempuan, bukan kaki pukul, bukan kaki judi, kaki arak, bukan penagih dadah, etc. yg sewaktu dgnnya, jln utk keharmonian rumahtangga sentiasa amat cerah...sabar & akhlak kunci utama. Dikala terlalu banyak 'kuasa & pengaruh' semangat feminisme yang terlebih, untuk muslimah, Al-Quran, Hadis & sirah sudah cukup utk dijadikan pegangan supaya tidak mudah atau terlalu menuntut hak itu dan ini. Kalau asiah isteri firaun boleh dijanjikan syurga, itulah motivasi diri yg perlu ada...:)

Fid said...

knv
bagus bagus kang blry aku copy kakakakaaa

knv said...

MSS ada jugak rasanya yang dua2 rajin tu :P

zety sesamalah kita dik :)

yan yang buat kantoi tu, pasal kita banyak pegi buat benda lain kot. tak fokus pada yang betul :) i lap u too.

sue alhamdulillah. satu anugerah tak terhingga dapat suami yang budiman. suami baik pun ujian, tapi tidaklah sebegitu mendera mental. :)

mirah akak dulu sokmo angin dengan laki. tu selalu kena muhasabah diri. semuanya lillahi ta'ala.

bent yep it's actually never about us. pasangan/harta/anak2 ini semuanya ujian dari allah.

madib ye bagus gak amalkan mintak maaf everyday tu. actually benda2 yang kita nampak kecik macam tu lah yang boleh lembutkan hati suami. :)

mio betullah tu. actually the first step dalam mencari jodoh pun, ialah cari laki yang takut pada allah, supaya kita selamat.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).


tapi adakah perempuan2 yang tidak dapat suami soleh tidak berpeluang untuk jadi solehah?

but then again ada jugak lelaki soleh yang boleh meng'uji' isteri dengan cara masing. ;)

along bagus jugak kalau kita boleh saling mengingati kan? dalam zaman serba mencabar ni, we tend to forget our final destination. saya tulis entry ni sebab nak kena selalu ingatkan diri. saya dah kawin 10 tahun. kalau mati esok, memang confirm kena belasah pasal dosa yang berkoyan2 kat suami.

knv said...

sisdee perempuan jadi ego sebab kita selalu lupa tanggungjawab kat allah. saya ingatkan diri sendiri ni.

intan alhamdulillah. sejuk perut laki ko! hahahahah! :D

dnna souvenir ko ada kat kedai lagi. esok2 akak pi amik. :P thot provoking? idaklah sgt. ni benda2 basic je. cuma ingatkan balik kalau2 boleh dibuat panduan. :)

TTM sila-sila. bukan kawan ko aje. aku pun nak kena baca balik2 nih! :P

ummuahmads oh thanks ingatkan saya tentang isteri firaun tu. ada jugak terbaca. memang susah nak taat pada suami kalau kita rasa suami bual hal macam2 yang menyakitkan hati kan. perempuan ni memang kena sabar banyak. insyaallah not for nothing, though.

knv said...

fid kopipes yang relevan aje ek? :P

Rizza said...

aku suka le baca topic le ni yg sungguh menyedar kan dan memotivasi diri...thanks

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

menjadikan saya redha dgn ketentuan ALLAH untuk saya ....

tq kak ana

knv said...

rizza sesamalah weh! aku ingatkan ngko, ngkoingat kan aku. :D

knv said...

salwa bukan senang nak redhakan? hebat perjuangannya disitu. mengalah bukan hakikatnya kalah. peringatan untuk akak jugak.

Unknown said...

**insaf mode**
pengisian yg bagus tetengah malam yg sunyi sepi.. tq!

btw,
utk suami yg kaki pukul-dera mental & fizikal isteri & anak2, kita sbg isteri haruslah keluar dr environment tersebut, sbb jalan penyelesaiannya pasti ada di mana2 yg Tuhan tentukan..wallahu a'lam **pernah baca dlm tulisan ustaz asri(http://www.drmaza.com/home/)**

knv said...

lailasani
selamat datang. :D

percaya atau tidak, kadangkala penderaan mental adalah lebih teruk kesannya kepada perempuan. almaklumlah, penuh emosi! :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger