Friday, May 7, 2010

Dosa-dosa & Facebook

Forwarded message from e-mail. Semoga ada kebaikannya. Saya berpendapat, bukan hanya di Facebook, malah juga ketika berblogging. Mari muhasabah diri dihari Jumaat yang mulia ini. :D


(
from www.zaharuddin.net)
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej
kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa
cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut
kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu
banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara,
iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak
langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah
terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga
melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar
pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah
tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka
kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung.
Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan
pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian.
Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang
diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh
sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara
terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan
sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya,
hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai
autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh
berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh
juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi,
Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri)
TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia
dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.


Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan,
tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara
tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada
juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya,
bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua,
rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.


Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar
mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda.
Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana
yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang
wajar.


2) Terlebih gambar


Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah
menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian
terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan
gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi
kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula
lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan
suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian
kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih
merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya
memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat
‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan
memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran
nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut
di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita
ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama,
sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya
masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana
ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri
zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar
isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang
sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya
mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang
kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si
lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita
tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula
menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh
dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya.
Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh
gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah
menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang
yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend
untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad
dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah'
difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar
tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah,
mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut
pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu
sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar
mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah
gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah
pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah
tamakkan pujian manusia luar.


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti,
terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin
menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh
wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan
isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.


Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi
mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada
kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak
juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain
seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi
tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan
kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu
disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh
semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu
tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru
penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.


b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga,
justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam
rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat
ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat.
Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda'
boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih
tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling
kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas.
Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh
‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu,
walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia
tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan
baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai
kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian
disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti
mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau
tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda,
namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu
sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah,
berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau
sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan,
imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi
wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis,
adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu
macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan
menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra
caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan
punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku
ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu
zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa
yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila
berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi
solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah
mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak
mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai
mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi
baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul,
boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi.
Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.


Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya
tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di
antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga.
Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.


Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah,
mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan
fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

13 comments:

Ealyie said...

ye kak, ku dah jumpa smlm.. sgt2 menginsafkan diri ku yang serba dhoif ini.. isk..isk.. :p

p/s: kak, ku lom khatam itu link ngko bagi.. tetiba mak blur byk sgt specnyerr..kuikuikui..

bib said...

betul lah..tak kisah lah di blog or di facebook..waima kat mana2 pun..cuma ade kemuyskilan jugak lah kan..if katalah artis tu dah insaf..perlu ke disiarkan cerita2 nya di zaman lampau..kesianlak kan..

hmm..nak kena request dr facebook community lah plak..every single tag..kena request dulu..bila approved..baru bleh appear.TAPI..kalau org lain boleh kenal kita kat dlm gambar tu pun..tak boleh jugak..

sisdee said...

betul tu..byk buruk dari baik kdg2..kita sbagai pngguna kena pndai guna..tak kira le blog or fb..

(tgh cek balik ada tak buat camtu ) :p
cam tak de kottt :)

CiKaYu said...

rasa cam nak delete je acc facebook skrg ni juga..uhuhuhu....muhasabah diri.

Sayang.Ibu said...

YES kak non... sungguh menginsafkan... thanks for sharing..

KS said...

been there done that. tapi ahamdulillah i've deleted mine eonnss ago. bila baca ni i rasa syukur sebab i've made a right decision.

tapi btol, orang pempwan (especially sayalah) susah nak kawal emosi hehe

KS said...

oh btw kak non,

merujuk kepada reply komenmu dalam entry sebelum ini, sekiranya dirimu sudi nak stalk diriku yg takdelah sevogue mana nih, silalah beri email addressmu. ke email address yg yahoo tu masih boleh diterima pakai?

CY4.0 said...

mungkin mak juga patut hadkan letak gambar NaniNani.. thanks for pointing this out.

TopsyTurvyMum said...

baru ni ada virus...spam video tak senonoh byk2...ttd suh delete acc...ramai plak member sekolah situu..gambar2ku kawan2 pompuan terpilih/dipercayai shj boleh tgk. yg lenlain..tgk je la gambo masakanku hehehe..

thanks for sharing kak non..ingat mengingati antara satu sama lain..:)

lailasani said...

terima kasih di atas perkongsian yg amat berguna ni..

knv said...

babes,
no worries. aku copy paste je. insyaallah ada kebaikan. :D

Fid said...

aku setuju
insaf insaf

eZa said...

insap...

knv, saye kopi paste eh. tq for sharing ;)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger