Wednesday, June 30, 2010

aku kan ustazah

wah dah lama jugak tak update blog. almaklumlah sibuk dok kirai duit! ah ah ah ah ah! :P

ok aku nak berusrah nih!

actually aku bukanlah ustazah atau alim ulama yang expert dalam bab2 agama. tapi aku cuba jugak-jugak la untuk menimba ilmu demi kemeslahatan hidup dunia akhirat. dan apa2 yang aku sampaikan di blog ini, bukanlah untuk dabik dada kata aku baik. korang pun tau betapa weng-nya aku ni kan? bak kata iszan, ada hari aku melaser orang, ada hari aku show-off tong biskut, ada hari aku menayang kek ngan roti, dan ada hari aku berusrah pulak. :P

anyway, putting that aside, korang anggaplah apa2 yang aku share kat sini hanyalah ingatan ikhlas dari kakak kepada adik, dari muslim kepada muslim, dari ibu kepada anak, dari sahabat kepada sahabat. you can view it whatever way you choose to, but please know that i meant well.

sebenarnya tidak mudah juga untuk menyampaikan perkara yang baik2 dan berunsur agama kepada public. agaknya memang dah jadi penyakit orang kita, susah bebenau nak sampaikan yang baik2. pasal segan kang orang kata ustazah pulak. pasal kang ada pulak puak2 yang mengutuk kata: 'elehhh! dia pun tak betul mana dok sibuk suruh orang buat baik. menyampah aku!' ah ah ah ah.. ada ke kome ngaterr aku gitu? takpe aku ampunkan kater2 korang. :D tak payah la nak bawak ke padang masyhar sok. :D

sebenarnya aku paksa diri aku buat jugak entry2 usrah sebegini. empat sebab utama.

1. peringatan untuk diri sendiri
Sepatutnya makanan roh kena sama penting dengan makanan jasmani. as much as we have enough food to eat, our souls need the same. jadi ini adalah usaha aku mengingatkan diri every alternate days, if not everyday. dan juga supaya entry2 ini 'menjaga' aku si penulisnya. walaupun aku percaya yang kita tak perlu jadi perfect untuk berkata yang baik-baik, tetapi aku juga percaya kalau kita selalu amalkan berkata yang baik2, insyaallah hati akan terjurus untuk mengamalkan sekali. lagi satu, kalau aku dok tarbiah orang tapi tak buat, maka sapa yang malu? mreke dan keluarga mreka jugak! :P cakap pasal ni, dulu masa sebelum aku ke Brisbane, ayah aku ada pesan; jangan sesekali bukak tudung masa kat brisbane. the tudung will protect you. ayah aku bukanlah seorang yang religious, but he knew what's wise and what's not. thanks dad.

2. berkongsi dengan orang2 tersayang
ketahuilah, aku sayang dengan korang semua. walaupun ropemu idak ku kenal, tatapi lobang hidungmu tatap menjadi pojaan hatiko! :P semoga komuniti kecik kat Casa Arina ini diredhai Allah hendaknya. manusia2 yang saling berkasih sayang kerana Allah, tinggi martabatnya. anggaplah anak2 aku yang ramai itu, anak2 korang jugak. sila beri nasihat dan teguran. aku bagi kebenaran korang marah anak2 aku kalau depa buat benda huru hara dimuka bumi ini. mana tau kan sok2 bila depa besar tiba2 kawan pulak ngan anak2 korang kan? eh bukan hanya anak2 aku. dengan aku aku sekali kalau buat huru hara, maka sila lempang aku agar kembali ke pangkal jalan. :D

bottom line is, apa2 yang aku kongsi itu, sila tilik-tilik. sila baca-baca. sila renung-renung. walaupun isinya menjengkelkan. walaupun isinya korang tak suka. walaupun isinya semacam sindiran yang menyengat dijiwa. ketahuilah, kadang kala perkara yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita. maka bukalah hati dan lapangkan minda. sama2 lah kita muhasabah diri.

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ~ ٢١٦

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

actually ini bukan al-quran sahaja yang pesan, tapi kalau tanya pakar2 motivasi dalam dunia ni; kita memang disyorkan untuk buat perkara2 yang kita tidak suka dalam proses memperbaiki dan meng'anjak'kan diri. kerana apa yang kita tidak suka itu semestinya sesuatu yang berada di luar kotak keselesaan kita. benda2 yang kita rasa leceh dan takut dan tidak berupaya untuk kita lakukan. benda2 yang kena paksa dan latih diri sedikit demi sedikit. tetapi kalau kita berjaya lakukan juga, insyaallah banyak kebaikan kepada diri sendiri.

3. mengumpul saham
aku takdak harta berkoyan2 nak di sedekahkan. jadi Casa Arina lah tempat aku jana saham akhirat aku. benda baik2 yang aku kongsi sini, ditakdirkan korang amalkan dan korang ajar pulak kat orang lain, insyaallah boleh tolong aku kat sana sok. dan jangan lupa ye bila aku dah takdak dimuka bumi ini, silalah doa2kan aku banyak2. apa2 yang terkurang tu mintak halal ye.

4. motivasi untuk ikhlaskan diri
semenjak dua menjak mengurus rumah dan keluarga dengan tulang empat kerat tanpa henti ni, sungguhlah emosi aku turun naik. roller coaster gitu. kalau korang baca entry2 aku masa mula2 sampai sini, korang taulah betapa haru dan betapa horrornya aku masa tu. rasa macam nak gila pun ada. mana dengan dok urus anak 24 jam. dok masak 24 jam. dok belek rumah 24 jam. dah yang paling tension jugak ialah bila berkeadaan pokai 24 jam. pendek kata hidup aku memang stress out gila-gila punya. betapalah aku tidak bersedia untuk meng'abdi'kan diri kepada keluarga 24-7. aku banyak merungut. banyak menangis. banyak mempersoalkan itu ini. ada at one time, serious aku rasa macam nak terbang balik malaysia sahaja. oh sungguh hura hara ok!

tapi alhamdulillah. bila kita dah jatuh sejatuh-jatuhnya, memang kita tiada tempat lain lagi untuk dituju selain naik kembali keatas. when you hit rock bottom, the only way out is to resurface. apa yang boleh aku simpulkan, dulu aku ingat aku tough sangat, hebat sangat. akulah manusia paling berkaliber sekali. tapi rupa-rupanya tidak. cabaran yang Allah turunkan pada aku selama setahun yang pendek ini, rupanya mengalahkan semua cabaran2 lain selama 10 tahun aku kerja dulu. allah tunjukkan betapa aku ni tidak sabar orangnya, sungguh kucar kacir, sungguh tidak boleh fokus dengan baik. dan dari situ aku bertatih-tatih kembali untuk betulkan aspek2 hidup aku yang masih tidak betul. aku bersyukur kerana diberi peluang ini.

dan dengan tazkirah2 pendek lagi bermakna, hati aku dapat jugak dididik sedikit2. bila aku terasa bosan dan jemu menghadap anak2, segera pula aku sedar yang setiap penat dan lelah aku menyuap mereka makan, mengajar mereka mengaji, menghadap mereka buat kerja rumah, semuanya itu ada pahalanya yang tidak terhingga, sekiranya aku ikhlas. setiap usaha aku membantu suami, menguruskan rumah tangga, semuanya sebenarnya menaikkan darjat aku sebagai isteri dan ibu.

hadis2 rasullah dan ayat2 al-quran nampaknya memang berjaya menenangkan jiwa aku yang dahulunya bagaikan ombak besar. jiwa yang dulu keras macam batu, yang tidak cukup makanan rohani. aku tak mau lagi kekal macam tu. sungguh seksa jiwa dan raga.

jadi aku mahu kongsi semua ini kalau2 boleh relate dengan kehidupan pembaca2 blog ini. sesungguhnya kita manusia memang tidak perfect. yang pasti, kita cuba untuk improve diri ke arah yang lebih baik. hidup memang payah, tapi kalau kita sabar insyaallah banyak kebaikkannya.

so peeps, stay cool, stay open-minded, stay out of the box.

love you all to bits!

:D


20 comments:

jua said...

dik non rasa sebak kat point no.3

mak encik | SZ said...

oohohhoh sungguh panjang lebar usrah ini tp mmg betul tkena batang hidung! (bila bukak guna skrin kecik henpon cokia)

TopsyTurvyMum said...

Thanks knon..:)

apa yg hang tulih tu mmg betul..cabaran betul nak buat benda baik ni...

sebak..bekalan belum cukup..

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

i totally understand ur point number 4...
being fulltime housewife for me yg dah biasa work work work mmg really reallyyyyy tough!
seriously!
mula2 first few weeks ok lagie...dah masuk 2months onward mmg menguji kesabaran...some might think takkan dok rumah pon bosan...
somehow that 'bosan'ness yg really drag me down...
but its all depends on me to make myself bz, stay active...not to complaint n enjoy what i did as a fulltime housewife dgn se ikhlas nya...then bru rase happy je onwards! ;D

Rizza said...

aku suka...

aku sayang ko.. walaupun hanya tau nama mu aje.. hehhe

mrsboan said...

saya memang amat respek dgn fulltime housewife...mereka lagi hebat (lebih 'teruk' bekerja)berbanding mommies bekerjaya...

mrsboan said...
This comment has been removed by the author.
Fid said...

toksah dok mohong kata tak kenai aku
luku kang hahaha
thanks kak non

aku suka pesanan ayah hang tuh

pak cik..kak non balik nanti nak pi mkn kat umah pak cik bley???

Fid said...

kak non kalau ada saham asb ka apa apa saham nak buh penama nama aku pun ok
apakah??

mirah said...

saya setuju dgn akak..
sekurang2nya, ia membantu mendidik jiwa kita.. jom kita berusrah sama-sama kak. Bab kata satu hadis if tak silap, bila kita bertemu dalam satu majlis ilmu itu, Alah turunkan malaikat duduk di celah2 kita bagi memberkati majlis ilmu kita tu..

Kak Inni said...

oh sungguh terharu di situ... byk pengajaran yg akak dpt... tq dear ;-)

MS said...

that y ai suka ini blog...cukup lengkap

hanis said...

hok yang no 4 tu kak sungguh kene ngan saya jugak...4-5 tahun yang dulu laaa.


saya rsa dalam setahun dua jugak saya amik masa nak sesuaikan diri dgn kerja "fulltime housewife" nie.

Stress...penat..mood mcm rollercoaster...rendah diri..lemah...aduhai segala bagai feel yg tak best tuh semua sya dah rasa dah...

paling lambat nak disesuaikan hok yang 'pokai 24 jam" tuh...hihihi

maklumler masa kita kerja gaji suami kita punye...gaji kita of course kita punye....tamak gitu...

la ni gaji suamilah segala-galanya...hehehehe

but betul sgt kata akak...bila kita kembali kepada yang BERKUASA atas segala-galanya kat dunia ni...semua feel yg tak best tu hilang...hati pun tenang


sama-samalah kita bersyukur sebab ALLAH masih beri hidayah dan petunjuk buat kita...if tak ada hidayah ALLAH....makin jauh kita dgnNYA...makin tak ingat kita pada akhirat...dok cari kesenangan dunia jek kan....


thanks to akak yang sangat pandai menyampaikan rasa hati akak dalam bentuk tulisan kat blog nih...dan ianya seperti turut menyampaikan luahan hati saya jugak...cumanya sya tak reti sungguh nak tulis mcm akak tulis tuh...


keep on writing ye kak!

Unknown said...

point no 4 tu memang kena dengan saya jugak lah kot, except tang jadi housewife tu lah. kiranya, sedang berada di tahap yang paling bawah dalam hidup lah kot saya ni. memang kadang2 tu rasa stress sangat2. menangis tak yah cakap lah kan.

tapi malas nak sebut2 selalu. takmo tunjuk depan orang. cuba jugak kuatkan hati bila tetiba rasa lemah selemah-lemahnya.

bila baca entri akak ni, kuat sikit semangat saya nak 'naik kembali ke atas' macam yang akak cakap tu. pelan-pelan kayuh kata orang.

serius, banyak sebenarnya entri2 akak ni yang bagi motivasi kat saya. bagi saya tengok balik diri saya.

thanks ye kak.

MLCB said...

Abisla korang kena kelentong. Kak Non tak mcm yg korang sangka...

.


.



.




.



Lariiiiiiiiiiiii

Mamaboyz said...

terima kasih ustazah :).. i feel u, keep on writing!

Ms Lola said...

...kita memang disyorkan untuk buat perkara2 yang kita tidak suka dalam proses memperbaiki dan meng'anjak'kan diri. kerana apa yang kita tidak suka itu semestinya sesuatu yang berada di luar kotak keselesaan kita. benda2 yang kita rasa leceh dan takut dan tidak berupaya untuk kita lakukan. benda2 yang kena paksa dan latih diri sedikit demi sedikit. tetapi kalau kita berjaya lakukan juga, insyaallah banyak kebaikan kepada diri sendiri.

OMG, baru terasa lega hati ini. Kuang kuang kuang... :D

knv said...

jua,
akak pun sebakk.. :)


suzi,
gigih hang baca kat screen kecik. tenkiuuuu! :D


ttm,
meh tingkatkan amalan! :D


verde,
betoi, happy or not, it totally depends on us. takde sapa yang boleh buat kita happy inside, melainkan kita yang cari sendiri.

dulu masa zaman i mengarut2 tu, my hubby yang naik pening. semuanya serba tak kena. memang haru! :D


rizza,
bagus jugak gitu. aku kan penyegan gitu... :P anti-sosial hahahhah! :D


mrsboan,
saya rasa dari segi pengorbanan zahir dan batin, memang takleh celen surirumahtangga. saya sedar sekarang betapa banyaknya pengorbanan seorang housewife.

i can't begin to explain.


fid,
sorry. kami takdak dah akaun asb. ni consider pokai tahap resakse angkasa gaban. :P

err.. ayah aku kata tak boleh la mai umah :P apsal dulu hang tak penah mai umah aku? musykil!


mirah,
confirm la pasai malaikat tu. sebab tu kat majlis ilmu kita akan rasa tenang dan damai. unexplainable feeling. :D


k.inni,
tak ada apa kak. saya kongsi je pengalaman saya. thanks for reading! :D


maadib,
thanks a lot. ai lap u too!.. :D


hanis,
yea akak yakin bukan akak sorang yang rasa macam tu. mesti banyak orang lain jugak yang sama pengalaman. bagus jugak at least kita dapat bertukar2 pendapat.

akak nak balik msia dah ni. dah nak start kerja balik.

i'm so gonna miss my life here. :D


zety,
insyaallah takde masalah yang tak boleh disettlekan. jadi orang islam ni special. kita percaya apa2 musibah yang allah turunkan itu mesti ada sesuatu disebaliknya. kadang kala memang salah kita, kadangkala memang sengaja allah nak duga.

doa banyak2. insyaallah bertemu jalan keluar.


cikgetah,
ni akak kirim salam penampor jepun di angin lalu. hah! dapat ke idak? :P :P :P


doc,
thanks for reading. sama2 kita kongsi pengalaman2 ngeri2 dan happy2. :)


lola,
iye betul. tu tony robbin pun suruh buat. buat satu benda diluar kotak everyday. sikit2 lama2 jadi bukit. you'll love the after effect.

Fid said...

knv
kalau gitu aku pi umah ayah hang tanpa tunggu hang balik la hahahahahhahahahaha

nelcyndana said...

Insya allah jadi saham akhirat kak non. 10 years later, in 2020, post CoVid19, aku sorg2 gigih membaca.... i wish i had the time to diligently read your blog back then... 10 years ago aku pun tunggang terbalik jadik SAHM. Skrg ni baru Allah beri 'masa' membaca. How time flies but still byk mende aku bljr dari blog ko ni... dah khatam nanti aku bgtau kat ko thru fesbuk. Pjg komen sbb aku tau xde sapa nak baca komen aku ni... ha..ha... Wallahu alam....

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger