Friday, June 4, 2010

bun nasi sardin


okeh, satu lagi resipe vadevasssss...! credit to:-

Ros @ Jintan Manis

mekasih miss ros yang budiman. untuk orang2 amatur macam aku ni, memang sungguh class resipe ni. kiranya pejam sebelah mata boleh buat jugak la :P. aku suka pasal tekstur roti dia gebus dan lembut ya amat. light and fluffy. tanpa perlu letak bread improver atau benda2 yang pelik2 yang aku takdak tu. lagi satu, telur pun tak payah guna. so sesuai jugak la kalau ada orang2 yang allergy telur and such.

ingredient rahsianya aku yakin ialah, gabungan air, susu dan nasi. semuanya readily available kat rumah, kan? boleh knead pakai tangan dan jugak boleh guna BM. sebenarnya Ros buat ni untuk white loaf, tapi aku buat bun kecik-kecik. nanti nak buat white loaf pulak. kalau lembut gini, memang harus kat msia sok aku tak beli dah roti gardenia tu! ada unsur2 riak disitu muahahahhaha! :P

ok, here goes the resipe (ni aku C&P direct dari blog dia). again, mekasih Ros yang jauh nun di Nippon. :D

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.



aku buat kecik-kecik aje. senang nak ngap. nampak tak lembut dan gebus tuh?


letak inti sardin banyak gile. mekasih kat VERDE pasal buat aku terliur sardin dia tu hihihihi :P


keratan rentas yang menggiurkan. :D

11 comments:

TopsyTurvyMum said...

mak lemah betul tgk bun sardin ni tawwww...lagi2 keratan rentas tuuu...
*lap air liur ngan kolar baju, tak sempat carik baldi*

pernah jugak ku dengar roti nasi, tapi blom penah try...

knv said...

aku rasa yang hang punya tu lagik gebus kot. dan aku rasa lain BM lain la hasil dia. takpun jenis tepung kot? yang aku buat resipi hang tu tak jadik gebus sgt. frust sungguh. hang punya cantik je naik. nyampah ai. itu yang dok browse2 kalau ada resipe2 alternatif. jumpa pulak yang ni.. hah suka hati aku jadik ok. merasa nak makan bun sardin gebus cam hang punya hihihhi :P

TopsyTurvyMum said...

aku pung rasa gitu gakk...
aku buat resepi org kat BM aku, banyak tak jadik..ada keras la, terlebih naik pastu turunnn...bakar sejam tak masak2 pun pernahh..org lain punya elok jer gebuss...

so, kalau pakai BM aku stick ngan resepi dlm manual tu..kalau org punya resepi kata buat ngan tgn..aku pakai mixer<-tu pun kalau terlebih rajinn :D

ena said...

ahhh... sungguh meruntung air liur ku... sampai ku scroll laju2.. tak sanggup tgk pics. kang malam2 meracau nak makan bun huhu.. nanges la aku camni...

kak..
tgu nxt wik balik umah, sy pasti buat! tima kasih kerana buat ku terliur!!

Sayang.Ibu said...

pertama kali ku lihat keratan rentas yang agak kijam... ahahahaaaa.... kak, amway tu blk phuket sok baru ku beli... :P

MN said...

haishhh...kak non!!!
mak speechless nak kata apa...

knv said...

ena
silalah buat banyak2. biau satu kampung boleh rasa :P

intan
oh nak ke phuket ke? selamat berjalan! :P

MN
kata banyak masa terluangggg :P

KS said...

kak non,

saya baru jek buat potato donut weekend lepas now kak non dah hidang resepi baru.. mana nak menang tangan nih :P

btw, soalan mu telah kujawab dikomen box ku. sorry la lambat replly tak perasan sebab akak tanya kat entry lama :P (yg pasal bm 250 tu)

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

huwaaaaaa...camne nie...nampak lagi sedap dari puff...n lagie healthy!
kalau puff tue cam abit oily kan ;p
owh sardinnnnnnnne kuuuuuuuuu!
sape nak present kan breadmaker kat i nieeeeeeeee

knv said...

ks
ok ok dah tengok dah harga tu. memang lagi murah kat sini la gamaknya hihihiih :P eh cuba la buat bun sardin ni. gerenti tak nyesallll :P

verde
present tak dapek laa... nak belikan buleh hahahhaha.. cuba survey kat melbourne tu kot2 murah jugak? yang mahal kat msia je hahahha.

oh memang kebabom la sardin u tu hahahah :P

Mama Adib said...

knv yg menawan

bila nak niaga BM ni,aku chop satu tau

penat aku nak khatam resepi2 ko..buatnya skali pun belum keh keh keh

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger