Wednesday, July 21, 2010

are you selling?


antara sedar atau tidak, hidup seharian kita dipenuhi dengan aktiviti jual beli. jual beli apa? macam-macam.

idea. minat. barang-barang. perkhidmatan. duit. keperluan. kehendak. diri sendiri. :P

sepanjang kerja dalam bidang sales & marketing sebelum ini, aku boleh simpulkan bahawa terdapat 2 faktor paling utama untuk menjayakan proses jual beli.

1. people have to LIKE you, in person.

when we are selling, your client needs to love you first. maknanya, jual beli ni is emotional primary; product/idea secondary. especially bila produk2/idea2 yang kita bawak tu tiada kelainan dari apa yang ada dipasaran. jadi kenapa orang nak pilih kita instead of ramai lagi seller lain?

jadi camana nak buat orang suka/sayang kat kita? yang sanggup bazirkan masa/duit/tenaga untuk deal dengan kita instead of dengan orang lain? jangan lupa ada orang sanggup spend more semata2 kerana prefer to deal with si A, instead of si B just kerana si B mempunyai attitude yang kureng sikit. kita sendiri pun, kalau orang yang jual tu macam bena tak bena aje nak suruh kita beli, buat muka masam, suka mengutuk2 orang lain, mengumpat2 barang orang lain, mesti kita pun rasa semacam kan? mesti kita pun naik menyampah. "eleehh... jual nasi lemak pun dah berlagak lagu nih? kirim salam! ingat aku takde duit nak pi beli tempat lain?". biasa la tu. client is always right.

jadi to be a good seller, please starts with a good attitude. instead of cari musuh, cari kawan. cari ramai kawan. be honest. be courteous. be humble. don't ever be offensive. jangan suka kutuk dan hina orang depan orang lain. tak kisahlah orang tu kenal atau tidak. it's not a good habit. orang boleh tau kalau kita jenis mulut lepas asyik nak melaser orang aje, people WILL get that impression. and usually it will last. rugi besar kalau awal2 lagi orang dah tak suka kita kerana perangai kita, walaupun produk/idea yang kita bawak itu bagus.

dan be universal. jangan pilih bulu. to maximize profit, you will need to sell to everybody in the market. the blacks, the whites, the greens, the pinks, you know what i mean. sebab itu penting untuk attract seramai kawan yang mungkin. words of mouth amatlah significant in certain communities. kalau rata2 orang bagi kita rating 4-5 star, that will improve our resume greatly. jadi ingat, buat kawan ramai2, bukan buat musuh.

dan tak boleh sama sekali ada attitude "ada aku kesah?" oh oh oh oh no! to sell, you CAN'T afford to have this perception towards life. tak suka macam mana pun apa yang orang dok cakap kat kita, senyum dan sabar ajelah kat luaran. nak maki, nak kutuk, semua tu dalam hati. but then, of course lah kalau tak dapat ditulon tu, maka tak dapat lah ditulon. sesetengah orang memang tak guna akal. ikut suka dia aje nak sembur orang. client akan selalu rasa dia hebat, itu biasa. so pandai2lah kita timbang2 sendiri situasi tu macamana. cuma in general, jgn sampai it is publicly known yang kita ni jenis tak peduli dan tak kisah orang nak cakap apa pasal kita atau pasal produk kita. honestly, "ada aku kesah" itu berbaur bongkak dan angkuh. NOBODY wants to deal with arrogants. it's definitely a minus point. you won't go far.


2. Good ideas/products

orang kata, with the right attitude you can sell everyting. but good attitude, coupled with good products/ideas, you'd hit the jackpot! it helps significantly if you have trust in what you are selling. anda bukan hanya menjual barang, tapi sebenarnya menjual solution kepada pembeli. people is always interested on how what you sell can help them. try every time to make it a win-win situation. jadi orang rasa tak rugi untuk spend masa, duit, tenaga mereka untuk apa yang anda jual itu. package your things as if kalau tak beli, rugi maaaa! :P

believe in your products. learn them by heart. so when you speak, you will speak from the heart. be the master of what you are selling. always improve and upgrade your knowledge. take classes if you must. invest your time and money. to earn, you need to spend first. takde benda yang sesaja datang bergolek. apa tu? duduk goyang kaki dapat duit? crap!

dan jangan lupa. setiap benda akan ada pro and cons. nothing's perfect. and let your client know about the cons as well. takde hal. but focus more on the strength. it's always better to understate and overdelivered; daripada overstate but underdelivered. percayalah setiap perkara akan ada specific audience nya. jgn risau orang tak nak beli atau apa. sebab MESTI akan ada juga orang yang berminat. rezeki tu Allah dah tetapkan if only we try hard enough.

the question is, have we tried hard enough?

so, are you ready to kick start your selling?

18 comments:

Bibi Intan Suraya said...

I'm the 100th follower :)

knv said...

thanks tulip! i'm honored! :D

Anonymous said...

cool entry. bagus utk org yg baru2 nak berjinak2 dlm business cam I. thanks again knv. godbless!

knv said...

nong, i can otai MLM, jgn tak tawww muahahhahaha! :D

all the best to YOU! :D

knv said...

can = kan :P

Anonymous said...

nice "speech" >_< kak non. luv ur blog makeover especially the word where life is celebrated (sooo you...). you should write.

Rizza said...

mekasih ana... amat tersentuh.. terharu.. terkedu ..hehhe tapi bagus2 .. entry yg amat bagus...

SMM said...

sejujurnya, saya rasa saya tak pandai selling-selling ni.. tapi ada hati nak cuba berniaga (kecil-kecilan).. hehe.. takpelah, at least i'm challenging myself :) belajar, hopefully boleh improve..

Fid said...

knv
ngeh ngeh
aku bab ni gagal lagi kot
banyak lagi nak kena belajar nih
thanks

m-i-o said...

errr. sy nak komen satu ja - dlm byk2 contoh, kenapa mesti bagi contoh nasi lemak? kenapa bukan kuetiaw? donat? black forest trifle? creme brulee?

WHY?

WHY?

tewwasaaaa tawww :P

p/s: bekas pengutuk penjual nasi lemak

knv said...

mio,
client kutuk takpe, jgn seller yang kutuk. itulah intipatinya.. :D

knv said...

fid,
sharing-sharing aje kot2 boleh dibuat panduan... :D

knv said...

mynie,
selling ni tak semudah yang di sangka. perlukan pengorbanan fizikal dan mental. pasal tu lah 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan, kalau kita persevere. bab2 perseverance itu ramai yang fail, including ME! :D

knv said...

rizza,
insyaallah sama2 kongsi. :D


necly,
i should write apa? hihiih.. :D

KS said...

yes i am. i sell whoopie pies? wanna order? haha :P

KS said...

Lepas ni sila buat entry are u buying pula

knv said...

ks,
eh kata nak buat system barter?

untuk entry r u buying:-

1. sila jgn bagi muka langsung kat seller

2. dibenarkan kutuk seller, supaya 'panas' sikit hahahhaha :P

Ms Lola said...

NO. I'm not everybody's sweetheart. :p.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger