Sunday, July 18, 2010

nasi minyak sempoi

sakit jiwa dengan jaypeeyay punya pasal, aku membawa hati yang bengkek kedapur untuk membuat set nasi minyak yang tak cukup korum. teringin pulak nak makan nasi minyak. dok fikir budak2 pun suka jugak so bolehlah cuba for today. idaklah kerja aku nak nyumpah2 gomen je hahahha :P

btw resipe aku sempoi je. guna apa yang ada kat dapur dan dalam fridge. tapi sekadar nak layan tamu2 yang datang emergency tu boleh sesangatlah. sedap jugak rasanya walaupun macam tak cukup korum hahahha!

anyway aku buat nasi minyak, kuah kari sardin, goreng ayam rempah biryani+madu ngan timun + sambal belacan. timun ngan sambal belacan ni macam tak sesuwei tapi memandangkan malas nak buat yang lain maka hentam sajalah labu (err.. labu ini tidak sama dengan labu yang aku suruh GTH kat bawah ni hahahhaah :P)

ni aku bagi resipe nasi minyak aku:-

bahan2:-
beras empat pot (basuh dan toskan)
butter 250g
bawang merah
bawang putih
buah pelaga
cengkih
kulit kayu manis
bunga lawang
susu cair

cara2:-
1. blend bawang putih n bawang merah.
2. tumis dengan butter sampai naik bau.
3. aku bubuh kiub ayam 2 bijik.
4. curah atas beras dalam periuk nasi.
5. akhir sekali tambah susu untuk cukupkan sukatan air nasi.
6. masak dalam periuk nasi macam biasa.
7. once dah nak masak tu, boleh gaul2kan sikit dalam periuk nasi. pastu sambung masak sampai kering.


ayam goreng biryani+madu
ayam pieces perapkan dengan rempah biryani, ketumbar, jintan, madu, garam, telur. overnight lagi bagus. goreng garing.

selamat makan! :D


Posted by Picasa


7 comments:

Fid said...

wow!!!sedapnyaaa
aku la ni M sikit masak..masak sempoi sempoi melampau sempoiii

KS said...

lapoo lapooooo.. ayam tu sungguh menawan qalbuuu

Sayang.Ibu said...

memasak adalah terapi stress... perrgghhhh kak non, mmg vadevasss lah, dah blh buat makan kenduri kawen nih... nak amek tenderkah? :)

knv said...

fid,
biasa2 aje. tetiba pulak tekak teringin nasi minyak ahhahahah. :D


ks,
ayam tu make sure marinade overnight. baru malatoppppssss! :D


intan,
tak cukup haul dan nisab lagik hahahahah! :P

m-i-o said...

errrr. ingatkan si harry nak datang hantar rombongan meminang arina tadi sampai buat nasi minyak! hahahah.

aizuraawang said...

dah try! first time masak nasi minyak menjadi. senang sangat recipe... thanks for sharing!!

knv said...

mio,
kalau hari datang harus masak spegeti jek hahahahah :P


aizura,
wahhh dah cuba? senang je kan? no worries! :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger