Tuesday, July 20, 2010

yang akan ku rindui

perggghhh.. tangkap leleh tajuk tuuuu! :P

aku sebenarnya kalau boleh tak nak compare antara UK dengan Malaysia. iyelah, seburuk2 malaysia tu pun, masihlah tanah tumpah darahku. sebagus2 UK ni pun, masih banyak jugak yang tidak bagusnya tu.

tetiba jadi emo pulak hari ni. pagi tadi aku join ceremony Head Teacher Award untuk Arina. petang ni untuk Akmal pulak. this would be the last award before bercuti panjang untuk summer. dan untuk kami bercuti selamanya dari Birmingham.

sepanjang2 dok tengok award presentation tu, i can't help but thinking. damn! i'm going to miss all of this. the fun and excitement of being at school. aku confirm anak2 aku aku terkejut beruk bila masuk sekolah kat msia nanti. especially si aimie, aisyah dengan arina. akmal siap2 cakap dah, "Mama, i hate malaysia school. the teachers are so scary. They will scold us if we don't do our homeworks!". Entah kenapa, air mata aku yang rasa nak berjurai. Aku pulak yang naik seram dan takut untuk anak2 aku.

aku tak kata lah yang sistem pendidikan sini bagus sangat2. tapi yang aku boleh sampaikan ialah, i think their system here made perfect sense. bila keingingan untuk belajar itu terbit dari hati anak2 ini sendiri, maka segalanya jadi mudah. bila pergi ke sekolah itu adalah satu yang menyeronokkan instead of a nightmare, maka aku rasa memang tercapai objektif pendidikan awal untuk budak2 primary ini.

aku tengok disini, depa tak emphasizekan kepada memberikan 'nombor' kepada budak2 ni. system grading depa tidak menjurus kepada siapa dapat no. 1, no, 2.. no. 40. there will be no such thing. bila ibu bapa dipanggil ke sekolah semasa open day (hari report card), prestasi anak2 akan ditunjukkan kepada ibubapa. kat sini cikgu2 akan bagitau dimana anak kita berada as compared to the national standard set by the system untuk budak2 umur sekian-sekian. anak2 tidak akan dicompare kedudukan dengan rakan sekelas. jadi memang tidak akan ada dialog antara ibu bapa yang berbunyi: "Anak engkau dapat no berapa? Berapa A? Fail subject apa?". No. No. Nope.

Dan satu juga yang aku rasa amat memberi kesan, ialah mereka tidak emphasize kepada kesilapan yang anak2 ini lakukan. kalau salah congak, salah spelling, mereka hanya akan buat titik kecil ditempat salah tersebut. memang aku tak pernah nampak tanda pangkah langsung dalam workbook budak2 ini. aku rasa ini memang bagus untuk self esteem budak2. dulu2 aku ingat lagi kalau buat silly mistake harus cikgu2 bagi pangkah besar2 dengan pen kaler merah. ya allah tak sesuai langsung! boleh patah hati budak2 yang baru nak bertatih2 di alam persekolahan.

jadi cikgu2, gomen msia, marilah kita anjakkan lagi system pendidikan kita. MORE, doesn't necessarily mean BETTER. kurangkan lah syllabus2 yang tidak perlu itu untuk pendidikan rendah kita. apakah motif untuk advance kan curriculum kalau ianya tidak mencapai objective pembelajaran itu sendiri? yang paling penting pada aku untuk primary education, ialah menulis, membaca, mengira. tambahkan aktiviti2 untuk pemahaman murid2. instead of cuba nak pahamkan murid2 apa maksud kadar kelajuan 4 m/s didalam kelas, mari ajak murid2 keluar dan buat experiment di tepi longkang dengan menggunakan stopwatch, kapal dari kertas dan dua lidi penanda untuk mencari kelajuan kapal tersebut. it's definitely gonna make more sense not only to the children, but to the adult as well.

yes, i'm so gonna miss those.

:(


37 comments:

Rizza said...

Ana..
pe kata .. ko tolong tulis surat berkajang2 kat TPM @ M pelajaran ...
aku kan ade byk idea @ nak minta TPM tu tulung lee amik idea dari aku ni.. masalah nye ..aku ni tak reti2 nak tulis surat tu...
bukan takat sistem sekolah je.. sistem di praseoklah jugak penting digubal..
tolong la TPm ... jgn le dok dengar pandangan org2 yg rasa nye perasan bagus.. lebih baik dia dengar pandangan ibu2 yg sseperti kita2 ni.. hehhe

aku merepek sat... ampun..

aku kan pi sekolah kelmarin.. bertembung le ngan cikgu2 lain.. amboi sumbong nye.. awat ingat aku ngan blous dan jeans ni kureng bijak dari ko ke??? tiasa senyuman walaupun aku senyum.. aku rasa nak sekek2 je.. siap le derang bila anak aku masuk sekolah tu.....

baru tau tinggi langit ngan bumi kang...

ampun ana.. aku melepaskan geram kat sini...

Rizza said...
This comment has been removed by the author.
Rizza said...
This comment has been removed by the author.
IntanSham said...

alahai kak rizza... x semua cikgu yg mcm tu ok...

kak non, cikgu2 pun dah letih dgn sist pelajaran yg ada skrg nih, tp sape yg nk buat perubahan? xde apa yg cikgu2 blh buat kalo sist pelajaran masih ttp sama... asik nak kejo naikkan prestasi aje... its sucks... :(

i.s.z.a.n said...

komen off topik

patutle payah no aku nak bukak blog ko arini kak, manjang xleh rupanya 'kulit' baru. Nice ;)

Mamaboyz said...

knv, some big shot came to UK dan terrr-impress dengan NHS dan GP system kat sini...so sekarang KKM tgh in process to centralize the GP network macam kat sini (belum sampai kabinet lagi), but probably in 20 years it might materialize

to change it takes somebody in power untuk melobi...and somebody who knows the difference..

kalau tetiba kaknon masuk edu system kita saya akan sokong kaknon ok :) rasanya ramai jugak cikgu2 buat phd kat uk ni..if they can be bold enough....

Rizza said...

dr wati.. saya pun sokong jugak.. ana masuk edu system.. hehheh

cikgu intan.. mostly cikgu2 le.. aku tak kata semua.. cuma agak kesal...jgn ingat hebat dah kat sekolah tu dia leh sombong2 kat ibu bapa yg baru nak antor anak2...

SM@A said...

Salam Sis ...

I bukan nak takutkan you tapi apa yang you tulis tu, itulah realiti sistem pembelajaran di tanah tumpah air kita.

Mcm sekarang ni, anak sulung I nak ambik UPSR, I yang tertekan. Achievement anak-anak menjadi sort of kayu pengukur untuk parents, as if KPI untuk mak bapak.

Sebagai parents, kita perlu guide anak-anak kita and the rest, berserah pada Allah.

Good luck and welcome home !!!

Fid said...

1. haruskah aku pindah ke UK??
2. kak non kekandaku..i love you forever la..aku sokonggg hang...
aku sokong
3. rizza tokey pizza yang malas uli doh dah la nih...aku setuju ngan ko setuju untuk kak non menulis surat nak inteprem dalam hal yg disebutkan dan bab most of the teacher zaman la ni yang tengok mak pak macam bodo..helllloooo....akak reti/faham bahsa melayu ngan omputih okeyyy...

knv
aku plak rasa sesak nafas....nak sekolahkan anak ke tak nak nih???
sayangnya kat anak akuuuuuuu

mak encik | SZ said...

ermm..
kalo takat tadika kita boleh lagi pilih sekolah2 yg "enjoyable" sistemnya ...tapiiii kalo ku yg rakyat biasa ni bila sekolah rendah / menengah p hantar ke sekolah bantuan penuh gomen sahaja la nmpknya... kesian anak2 kita + kita la ni stressss..kena p kursus stress management dulu le gamaknya kak non ... :))

syikin said...

kat sek saya mmg dah automatik, bila kita bg sheet yg ada markah semua pelajar dan semua subjek utk disemak, pelajar sendiri yg akan buat numbering, sapa dpt no 1, 2, 3... walaupun tak disuruh...

erk cikgu sombong ke? tak semua kots... cikgu pun dh tertekan jugak nih! tambah2 ngajar sek cha ya nun nih! depa takde nilai!!!

sori luahan perasaan...

m-i-o said...

hmmmm. unfortunately, i have to disagree with you this time. to me, our educational system is good enough. seriously. i won't comment further on this, as it will take too much space here.

it's not fair to compare uk with malaysia. there's a huge gap between a developing country - a nation with a low level of material well-being, and a first world country where the citizen are paying as high as 30% of their salary for income tax!

i still remember you words - great human capital can never be cheap. this concept must be applied in education system as well. after all, teachers are only human beings.

if we can look through the list of developing countries - we should be grateful as our system is way much better than malawi, libya, peru (just to name a few). but of course, one day we'll be as good as what you can see in uk today :)

Fid said...

cik MIO

macam mana kita nak ubah sikit cara pemikiran guru
dan paling penting mak bapa
agar takyah nak pulun for A

bila mau buka sekolah???
hahahahhahaha

UmmuAhmads said...

Salam anamiraa...

Insya Allah everything will be ok...like what you've said, kat mana-mana pun ada pros & cons nya...:)
Sebenarnya setahu saya sistem sekolah permata (prasekolah) yg baru diperkenalkan tu cuba ikut cara uk. Saya sendiri pernah ternampak guru2 permata berkursus, dan saya dpt tengok di white board, yg mana sistem pelajaran & layout class adalah sama dgn di uk. Tapi, as usual, saya tak pasti sejauh mana ia dpt direalisasikan di peringkat praktikalnya.... but at least, if they have already started it, mudah mudahan dlm masa 10-20 tahun , ia akan established. Tentang sekolah rendah, saya tak pasti. Bagi yg berkemampuan, atau berkemahuan, rasanya boleh pilih sekolah yg mengikut kesesuaian anak (private school). Bagi kebanyakan rakyat yg lain buat masa ni, just choose the best (yg ni subjective) sekolah kebangsaan, dan support your child according to your wish. Untuk saya, Alhamdulillah setakat ni sekolah yg saya pilih utk anak-anak saya is so far so good. It's a private islamic integrated school. My boys love the school, dan sekolah tu memang tak emphasize on no 1,2, 3, etc... Kalau parents-teacher meeting, kita akan tahu jugaklah dia number berapa, tapi among them, they don't know. In the meeting, kita jugak akan tahu progress anak, based on the class average mark for each subject. Selain bertanya kalau-kalau ada homework dan pastikan dia buat homework (utk yg std 1), saya biarkan saje dia main sesuka hati. Bila exam...saya cuma pesan utk dia rajin berusaha & buat sebaik mungkin, sama jugak macam cikgu2 dia emphasize on. I have friends yg pernah hantar anak ke situ jugak, but then after a year or so, tukar ke sekolah kebangsaan sebab anak dia tak progress. So actually sekolah ni memang kena pilih ikut stail anak belajar macam mana, which mungkin dipengaruhi jugak dgn stail kita besarkan dia...itu pun kalau boleh & kalau ada pilihanlah (budget & lokasi tempat tinggal).
Lastly, all the best to u & your family... sorry, terpanjang pulak..:P

Ealyie said...

aduhhh kak.. hot mehh entry kali nie. haku lak berpeluh2 membaca segala-mala yang ada..
errr.. mak nak demam ah mikoir anak2 yang makin besor nie. maknanya akan masuk sekolah la.. ;(
kalo bole bio le dorg tak besor2, duk je umah sampai bebila.. ehehehe..:D

tinidewi said...

adeh sedih sistem kita ni. cikgu tak enjoy, kanak-kanak tak enjoy, parents pun tak enjoy. tapi bukanlah nak kata apa, ada sesetengah parents pun kiasu jugak. gurubesar sekolah anak saya cakap, ada parents yg marah anak dia takde homework. eh boleh pula? sebab itulah pihak sekolah kalau nak buat apa-apa aktiviti macam minggu membaca ke hapa, tulis surat sampai berjela-jela kat parents.

m-i-o said...

sy nak tambah beberapa isi berkaitan komen UmmuAhmads, kerana sy dapati komen beliau mempunyai asas yg kukuh bukan shj dari segi pengetahuan tentang kurikulum di malaysia, tetapi juga peranan yg sewajarnya diambil oleh ibu bapa.

sebenarnya, bukan shj kurikulum permata malah kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengambil acuan pendekatan pendidikan yg terbaik di dunia! kurikulum prasekolah kebangsaan menggunakan kaedah yg diperakui, merangkumi pendekatan multiple intelligence, project-based, montessori, high-scope, waldorf dan reggio emilia (sekadar menyebut beberapa pendekatan yg popular). that's why i said, there's nothing wrong with the syllabus!

what we missed here is the implementation. theorically, it's perfect - but practically, the job is not carried out well as it should be. WHY? because we don't have enough qualified and passionate teachers to deliver the duties. passionate people definitely will strive to be qualified, but can we ensure that qualified people are able to teach passionately?

again, human capital can never be cheap. rich hearts are hard to find.

Fid said...

MIO
apa kata cadangkan...kat kerajaan PAY ME gaji manager kilang tapi i ajar budak prasekolah..aci???

plus kita ibubapa kena adjust balik mind set
thanks Allah bagi aku buka mata...at least jauh perjalanan..luas pemandangan walaupun mata tak berapa nampak....

m-i-o said...

cik fid,
kalau hang nak gaji taraf manager kilang, hang kena jadi lecturer kepada pengetua prasekolah. bukan ajar budak prasekolah.

lecturer kepada pengetua prasekolah pulak biasanya takdak yg muda2 belia. semua ada PhD dalam perkembangan awal kanak2, siap dah tulis buku berjilid-jilid, dah berguru dengan para cendekiawan di luar negara dan ada yg dh bercucu pun!

ok. rasanya persoalan hang telah terjawab :)

Fid said...

laa
td kata
human capital can never be cheap
ai nak jd cikgu prasekolah la kalau gitu bayar gaji mahal sbb
human capital can never be cheap
huwhauwa
mata duitan

saya nak jd teacher anak saya saja

IntanSham said...

kurikulum mmg dah tersusun dgn begitu baik, kenapa cara implementasi jadi ke laut? kalo u olls ada di suasana dalam sekolah itu sendiri, menjalani proses pengajaran itu sendiri, then u olls akan tau kenapa jadi mcm tu. di sekolah, guru2 DITEKANKAN utk menaikkan prestasi murid.. maksudnya semua sekolah kena mencapai kelulusan 100%. jadi point pertama di situ, objektif pembelajaran dah jadi agak bercelaru... cikgu2 WAJIB pastikan semua murid lulus. Passion utk mengajar dah bercampur dgn stress bilamana prestasi murid2 menjadi tonggak utama. u olls byg, bila prestasi menurun, kena prepare pulak utk menjawab.

ok itu satu point...

kalau lah dalam satu kelas tu, semua parents mengambil berat soal pendidikan anak2, dapat beri kerjasama dgn guru2 utk mendidik anak2, mmg syukur sgt2. tp sayangnya, dalam satu kelas nak carik 10 parents yg really care pendidikan anak2 pun susah. ok mungkin juga sbb x semua parents berpendidikan tinggi. tak mengapa x berpendidikan tinggi, tp sila pastikan anak2 bukan hanya belajar di sekolah sahaja.

apapun, kesimpulan kat sini ialah, pembelajaran anak2 tu perlu kerjasama semua pihak, ibu-bapa,guru2, kerajaan dan anak2 itu sendiri... Wallahualam...

Fid said...

cikgu intan
saya simpulkan yang ibubapa kena berubah utk merubah segalanya

tapi kalau ibu bapa masih taksub A maka hanyut laa

UmmuAhmads said...

Hmmm...saya setuju dgn cik fid, cik mio, dan cik sayangibu...:)
Saya rasa kesian tengok cikgu2 selalu dipersalahkan... oleh kerajaan & ibubapa.... Dan setelah membuat pelbagai survey ketika nak pilih sekolah anak saya, saya dapati, sebenarnya dlm banyak kes (tak semua), ibubapa yg terlebih stress dan terlalu tekankan tentang mesti dpt A, kerana peer pressure drp kawan-kawan mereka sendiri. And they tend to blame the teachers. Kat sekolah anak saya pun, yg tadika tu (they both std 1 & tadika at the same school), yg umur 5 tahun tu, cikgu dia tanya saya, nak bagi homework ke? Saya kata tak payahlaa....dia kecik lagi, then cikgu kata, yelah.... tapi ada parents memang mintak cikgu bagi homework everyday utk anak dia yg 5 tahun. So, it's the parents' choice.

SMM said...

wah topik hangat ni.. recent developments/news 1) nak reverse PPSMI policy by 2012 2) nak introduce kurikulum transformasi 3) ada ura-ura nak mansuhkan upsr dan pmr - membuktikan ada awareness untuk improve our education policy. mana tahu, kot2 ada sekumpulan pakar di KPM tgh brainstorm how to give the current system a lift. (ye ke? i certainly hope so!) jom ramai-ramai tulis surat beri cadangan?

Fid said...

knv
maafkan kan adinda aku nempel di ruangan blogmu
tapi aku yakin hang relakan jeee...

saya tiba tiba rasa panas badan tau
kahkahkahkahkah
bukan demam rasa darah naik je panass..sebab saya asyik fikirkan bab sekolah anak hahhahaaa

saya harap pihak yg membentuk sistem pendidikan negara dapatlah berfikiran alaf 22(hahahhaa)

asas mesti kuat jangan main sondol saja


kami(saya dan rakan kongsi cerita saya...sure ada yg tau siapa dia) selalu borak bab....mereka yang kerja dalam bidang ni sokmo ke luar negara utk macam macam tujuan..belajar...conference...meeting etc tapi jarang yang pulang dengan hasil yang setimpal...sebagai contoh Tun Dr M dia kalau ke luar negara dia balik bawa wang tapi lately orang yg pangkat seangkatan asyik balik bawa cerita...."negara XX BERMINAT nak melabur...bla bla"
dok minat saja tak mai mai
hahahaa

aik lari tajuk???
kat shah alam kat mana tadika permata?ke ai nak kena calling calling datin seri???

m-i-o said...

errr. cik fid, dukacita dimaklumkan bahawa sepanjang pengetahuan ai, taska dan tadika permata pada ketika ini dikhususkan utk anak2 yg mempunyai ibu bapa dengan pendapatan isi rumah RM1500 sebulan sahaja.

tempat lain ai tak tau. tapi tempat ai, itulah syaratnya.

Fid said...

mio
terima kasihlah puan
hahahahaaa

saya akur..

knv said...

oh terima kasih.. terima kasih!

hangat pulak sambutan entry kali ini.

ok, sebenarnya saya tidak maksudkan langsung pre-school system dientry atas, tapi lebih kepada standard primary darjah 1 hingga darjah 6.

ada dua tiga benda yang saya rasa patut dirombak:

1. syllabus - awat banyak sgt? perlukah? sampai terkencing2 cikgu2 nak habiskan sampai rushing tak habis2. adakah tercapai learning objektif? setau saja cikgu takkan tunggu kalau ada budak2 yang masih tidak paham tentang satu2 topik itu. cikgu intan, sila terangkan lebih detail.

2. homework, tak bolehkah disiapkan disekolah sahaja? 40 min waktu belajar, 20 min untuk cikgu, 20 min untuk murid? jadi dalam kelas terus2 cikgu boleh tahu siapa yang boleh buat siapa yang tidak, pasal murid2 buat kerja dalam kelas. ini yang saya nampak begitu berjaya disini. cikgu boleh terus pin point sapa yang lemah. bukankah effisien?

3. mio ada cakap yang syllabus kita sudahpun merangkumi system 8 multiple intelligences. itu sekolah rendah atau pre-school? kalau sekolah rendah, saya agak musykil pasal saya masih yakin penekanan masih diberikan kepada score-A disekolah2 rendah.


4. saya sebenarnya risau sebab anak2 saya bukanlah pandai genius. dan saya kesian kalau mereka akan rendah diri jika sistem sekolah kat msia hanya sanjung tinggi kepada peng-skor A, because my kids might not be. but they are talented in so many ways and i don't want that to be hindered in any way.


sekian kerisauan saya.

knv said...

dan jugak dah lama dulu saya cadangkan di parlimen yang jawatan cikgu2 harus di ubah martabatnya.

jadikan ianya ekslusif, macam nak hire ptd tu. buat penapisan demi penapisan. tinggikan gaji. barulah semangat dan bangga cikgu2 nak mendidik anak bangsa.

sampai sekarang saya masih percaya yang great human capital is not cheap. pasal tu cikgu2lah yang kena gaji tinggi. bukan senang nak didik anak bangsa.

kawan saya sendiri seorang cikgu dispore. dia kata disingapore cikgu antara the highest paid job there. that must tell us something, kan?

UmmuAhmads said...

Hmmm.... anamiraa.... that's why my point is, as parents apa yg boleh kita buat:

1) Pastikan yg paling influential dlm hidup anak kita ialah kita, as parents. Meaning, apa yg penting bagi kita adalah penting bagi dia, vice versa. Saya pernah baca tentang macam mana parents (esp yg ada anak remaja) underestimate pengaruh parents ke atas sikap anak.

2) Oleh sebab no 1 kat atas tu, maka bila dia tak dpt no 1 atau banyak A... maka most likely, dia takkan rasa stress/pressure because dia tahu sejak kecil, kita sayang dia & nilai kebolehan dia atas dasar apa? Usaha? Rajin? Tak putus asa? suka tolong org? Rajin solat?etc... it doesn't matter to them how org lain punya pandangan ke atas dia, what matter most for children sebenarnya ialah how their own parents value dia....

Insya Allah your children will be ok, don't worry.... setiap sesuatu yg negative tu tak kira di mana pun, pasti ada sisi positif yg boleh kita ambil, asalkan kita boleh mempositifkannya....insya Allah. Our country needs you & your children, and all the rakyat untuk menyumbang ke arah yg negara lebih baik, in any aspect...:)

knv said...

ummuahmads,
thanks.

i will try my best. tapi kerisauan itu takkan pudar rasanya. insyaallah saya akan didik anak2 untuk ada jati diri yang tinggi.

afterall, aim pertama saya untuk anak2 ialah untuk membesar jadi manusia2 yang takut pada allah.

insyaallah. :D

knv said...

sebenarnya saya sedar yang kita sebagai parents boleh pilih jenis2 sekolah yang berbaik untuk anak2. but that comes with a price.

dan kami laki bini bukannya orang berduit sgt. disini saya membawa sekali rasa hati rakyat2 yang tidaklah begitu mampu untuk menyekolahkan anak2 ke sekolah2 private tapi masih teringin menikmati system pembelajaran yang efisien. after all, we are paying exactly di right amount of tax. unless la masuk sekolah private boleh claim tax.

jadi apa kata guna aje duit tax tu untuk bayar cikgu2 dan memartabatkan istitusi pendidikan so anak orang miskin pun tidak ketinggalan?

Fid said...

knv
aku sokong hang
setuju

Ms Lola said...

i sokong apa yg ummuahmads tulis in her latest comment.

Rizza said...

aku setuju ngan ummu ahmad kata tu...

ana... aku pun tak berkemampuan nak antar anak sekolah mahal2.. tu pasal aku rasa.. adalah penting system sekolah tu di lihat kembali.. bukan takat sekolah rendah je.. jika dari pra sekolah juga... le ni aku lihat tadika2 seperti sebuah perniagaan je.. byk dan mahal2.. apakah hasilnya? may be aku tak nampak kot...

aku teringin nak buat "meja bulat" diskus sesama kita.. buat surat usul pada yg berkenaan... bab pendidikan anak2, bab macam2 le..
aku perlukan org macam ko... hehe

m-i-o said...

kak rizza,
sekiranya rundingan meja bulat itu ingin diadakan, sy harap dapat dipastikan bahawa ahli meja bulat itu harus melibatkan seseorang yg menjadi pengusaha taska/tadika, golongan pendidik serta mereka yg berkelayakan dalam bidang berkenaan, bukan setakat ibu-ibu (walaupun ibu2 itu daripada golongan profesional)

bila kita berkumpul di kalangan orang yg sependapat shj, kemungkinan besar hasrat utama meja bulat itu tidak tercapai kerana kita cuma nampak isu tersebut daripada satu sudut - tanpa mengambil kira kemungkinan2 yang lain.

ya, tadika sememangnya satu perniagaan - ia melibatkan urusan sewa beli premis, perkhidmatan, pengurusan sumber manusia, perancangan, kualiti pendidikan dan merangkumi byk perkara yg mungkin sebagai ibu bapa kita tak berapa perasan sebab kita anggap pendidikan itu sepatutnya percuma. tadika hari ini diusahakan oleh individu persendirian, yg mana kegagalan utk mengurus kewangan akan menyebabkan tadika tidak dapat beroperasi.

ada tadika persendirian yg ditawarkan 10K agar ditukarkan jenama menjadi tadika permata. kenapa? sebab pendidikan prasekolah memerlukan biaya yg tinggi, sehinggakan pihak kerajaan sendiri tak mampu utk menyerap kos tersebut. tapi kebanyakan tadika persendirian menolak tawaran kerajaan, kerana itu adalah usaha gigih mereka selama bertahun2 (tanpa bantuan kerajaan) dan sesungguhnya tawaran 10K itu sama sekali tidak berbaloi.

begitupun, ada perbezaan yg ketara antara perniagaan tadika dengan perniagaan yg lain. perniagaan tadika secara puratanya mencatatkan untung bersih sekitar 10-15% shj - kadang2 setakat balik modal bulanan aje, tak sama macam perniagaan makanan yg boleh kutip antara 100%-150% untung bersih. perniagaan tadika bukan setakat menyediakan perkhidmatan, tapi melibatkan jiwa manusia. itu yg membezakannya.

KS said...

hhmm..

(nak komen tapi byk sgt tatau nak start camne. lagipon dah pukui 5 jadi masa untuk pulang membaking pula :P)

tapi yang pasti, pada saya peranan ibu bapa adalah paling penting. dulu2 bolehlah mak pak tinggal anak kat skolah and pandai la cikgu ngajo nya. sekarang tidak lagi.

ok ok harus balik skang!

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger