Wednesday, August 4, 2010

why?


baru-baru ni aku ada dipanggil interview oleh dua company besau di malaysia. GLC la gitu-gitu.

ok pastu stardard reply aku, aku bagitau la yang aku ada kat sini, maka aku bagi dua suggestion kat depa:-

1. aku rayu nak postponed kan interview sampai aku balik

atau

2. aku suggest buat conference call. interview by phone. depa tetapkan masa dan aku boleh call direct dari sini. lepas dah sampai malaysia boleh la buat interview sekali lagi.

email2 aku tu aku copy jugak kat bos2 yang awal2 aku hantar application by email dulu. in fact masa aku hantar application kerja2 tu pun, aku dah state terang2 yang aku sekarang masih berada di UK dan hanya akan balik after raya. Crystal clear.

did i made sense?

betul la kan? bila aku baca balik email2 yang aku hantar tu, aku tak rasa pun ada salah kat mana-mana. in fact pengalaman aku interview dan dealing dengan company2 dan works agencies kat sini, memang gitulah yang biasanya. nothing out of the ordinary.

tapi yang sungguh out of the box nya, yang sampai sekarang aku masih can't comprehend; ialah bila email2 aku langsung tak dapat balasan dari DUA-DUA company GLC itu. aku sampai email sekali lagi tanya elok2 apa statusnya.

still. nothing. nada. zilch. zero.

dan aku amat berdukacita dengan situasi ini. sesungguhnya apa yang aku harapkan ialah sedikit common sense dan courtesy. aku tau aku bukan sesapa yang penting yang harus orang lain titik beratkan. but putting that aside, bagaimana dengan work ethics yang ko patut amalkan? What harm can be done by replying "Apologize, we are not in a condition to agree with your suggestion/sorry we are not able to proceed/sorry this is not acceptable". Atau whatever lah yang ko suka nak tulis. It doesn't matter what your replied. But the most important this is, PLEASE REPLY!!

sungguh tidak beretika ok? ni MEMANG aku nak compare. kat sini aku ni kira 3rd-world country punya citizen. tapi in term of work applications, tak pernah aku dilayan sebegini rupa, walaupun depa lagi suka kat Britons, and EU applicants. everybody is treated with kindness and courtesy. setiap call dilayan dengan baik, setiap email berbalas dengan cepat, setiap komplen diambil berat.

aku rasa malaysians ni kena banyak belajar untuk cakap 'NO' kat orang, dengan cara yang baik dan terhormat. there's nothing wrong in rejecting people, but please do it with efficiency. again, aku idaklah batak sgt pun kalau tak kerja dengan GLCs hebat2 itu. cuma aku tak sangka begitu rupanya cara mereka melayan manusia2 macam aku. yang buatkan aku rasa nak email balik aje kat depa dan cakap: PGTH. :P

ye, aku sokmo bitter dengan benda2 camni. jangan lupa ye, nanti besok2 kalau ko tulis email orang tak balas-balas, then you will understand how i feel now. dan takyah la bangga sangat kerja ngan company besar2 kalau tahap pemikiran tu tak tingi-tinggi sampai ke sudah. dari kuli ke boss sama aje.

-sekian dari aku yang bitter-

13 comments:

mlcb said...

Diorang tgh plan nk suprise yu!

Linda said...

I dulu keje private sector. now dah join GLC. i pun memula cutural shock gak dgn this kind of situation,tp agaknya mmg betul diorg camni kot. whatever it is, i try x terikut2 style diorg la. i am what i am. hope u sabarla ye...

Syahmiana said...

sori lembap sket..GLC tu apa? Gov eh?...kalu yer..mmg pon!!!!!

Anonymous said...

ha sabar je le, dah gaye diaorang gitu, hehe tak dinafikan budaya surat-menyurat/(email-mengemail) memang dah kurang sekarang kalau nak banding dengan dulu. masa kat U belajar ape Business communication? macam-macam jenis surat tapi bila dah keja tak buat pun. kira dapat email tu ok lagi, kat jabatan saya panggil interview pakai sms dan senarai no ic, surat panggil hanya di upload di laman web jabatan, kalau tukar nombor, ke hp hilang ha meloppong je la. orang sibuk balas email untuk memo orang je (orang yang buat salah)

-tra dianda-

knv said...

mlcb,
malas nak layan.


bk,
so agak norm la ye? how sad. and inappropriate. kalau camtu memang sampai bila2 la kita ni jadik third world country je. setakat infra aje yang hebat tapi mentaliti dok takat tu aje. saya sungguh sedih.


syamin,
gomen-link-company. petronas, maybank, tnb, proton, perodua, etc. tapi aku rasa ada aje private yang camtu pun. semuanya attitude matter.


tra,
dahsyat bunyiknya. konon nak canggih sangat tapi tak kena tempat. tak tau mana satu yang perlu ada human touch yang mana satu kena guna mesin.

Rizza said...

Ana.. GLC tu bukan bagus benar le ni.. byk kunco2 manusia yg tak kenang budi dan tak reti wat keje.. tau jaga poket sendiri...
dan ade nye ca ya nun alif yg boleh mempengaruhi keputusan..
dulu tempat keje aku kira under under Khazanah @ GLC..
last2 tau abis melayu pakat di buang dek kerana nak jual kilang kat ca ya nun alif yg totally dah dibuang dek vikay dulu.. kira.. teruk le..
apa2 pun.. sabar2 le ye.. apa kata ko bukak je nursery ke.. kindi ke.. ala2 stail UK tu.. tak yah le harap sgt depa2 tu.. GLC ke gov ke.. depa pilih bulu ..hahhah

good luck beb!!

ena said...

kak..
saya faham. mmg bengang!!

hubby pon sggh bengang ngan co beliau dan ex-bos di mesia.

sejak kami dicampak ke spore sampai skang dia tak reply emel ttg application kami. susah sgt ke nk cakap NO? yg penting REPLY! bukan dok diam je!

Fid said...

knv
GLC mana???
ada kena mengena ngan laki aku dak?hahaha

btw...masa aku dulu pun sama tapi aku ngan jpns company la..ehh tak sama sebab depa reply...padahal masa tu aku dah diterima kerja ni parent co....company yg kat malaysia reject sebab konon tak tau aku mcm mn....huhuhuhuhu

comp parent kata alau aku stay 2 years then depa akan transfer aku balik malaya
tak kuasaaa

HUda said...

mm... dah gitu laranya...kesian kan ..

nana said...

Saya keje kt TNB (Research, bukan HQ). HR people kat sini akan tepon, confirm, reply etc sume request daripada interviewee. Tk tau lah GLC lain cam ne diaorg handle applications. Hehe.

sabar lah kak ye..

MS said...

lor...GLC pun camtu ker? biasanya GLC ni cekap gak ala2 private sector jugak.

knv said...

za,
aku tak cukup haul nak bukak kindy segala mala tu. hati ku tidak ke situ hahahahhahha! itulah, sabar ajelah bagi orang2 macam aku yang jadi mangsa sistem tidak efisien ini. sedih!


ena,
betul tu. ada satu masa akak terpikir nak tulis surat terus kepada PM nak luahkan isi hati. dia reply atau tidak lain cerita. yang tulis tentang betapa tidak efisiennya sesetengah public servant. benda seminggu buleh settle amik masa sampai setahun apsal?


fid,
bukan glc laki hang. tapi tak semestinya tidak berlaku kat glc lain kan? hahha! oh kalau tak hang kena japan la ye dulu? klassssss! :P


ude,
bodoh. itu aje komen aku hahahha!


nana,
apa lagi nak buat selagi sabar? takkan nak pi bakar pulak opis depa tu? hahahah! takpe. dunia ini bulat. what goes around will come around.


MS,
ala-ala cekap. rupa2nya masih tak cekap hahahha!

Sue said...

kak..tolong la teruskan niat akak tulis surat kepada PM tu pasal staf yang sangat tak efficient itu. Saya ni tingin nak komplen lebih-lebih. Tapi takut pasni makan pasir plak. Cane nih.. Lambat lagi nak pencen.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger