Monday, October 18, 2010

legacy


after balik dari birm, aku ada masa sebulan kat rumah sebelum masuk kerja. it was calming bila aku dapat men-disconnect-kan diri dari rat race kat luar sinun. walaupun seksa la jugak takdak duit dalam tangan, tapi aman tu tetaplah aman. ye lah, tak payah nak menjawab untuk orang kan?

anyway, kerja aku every day mostly hantar dan ambik mak aku pergi kelas dia. lepas pencen memang dia sungguh aktif pergi mengaji kat merata tempat di shah alam. shah alam being shah alam, maka banyak tempat yang menawarkan kelas mengaji kitab/usrah/takzirah/dll antara aku tau atau tidak. mostly kelas2 ni belah pagi. catered to mereka2 yang tidak bekerja 9-5 la kot. mostly yang hadir adalah pensioners macam my mom dan lain2 yang aku assume adalah isteri-isteri yang tidak bekerja a.k.a housewife. lelaki2 pun ada jugak walaupun tak seramai perempuan.

yang my mom pergi in particular, kat taman seni islam, sebelah masjid shah alam. memang beruntung sungguh sesapa yang dapat pi ngaji kat situ. buat kat dalam auditorium. amatlah selesa. dengan aircond sejuk ya amat. karpet yang lembut dan selesa. duduk atas carpet je masing2. takdak kerusi apa pun. speaker system sungguh canggih. ustaz2 pilihan pun canggih2 jugak. biasanya kelas dari 9pm to 11.30. kadang2 aku tunggu jugak kalau ada topik2 menarik (hahahah berlagak gile. lagi nak pilih2 topik). biasanya aku drop je my mom pastu datang amik dia balik.

kadang-kadang lepas habis kelas di taman seni, mak aku menapak dengan kawan2 dia pegi masjid negeri pulak. sebelah aje pun. kat masjid negeri pun ada kelas masa hari2 tertentu.

dan hari sabtu, kelas kat muzium shah alam pulak. yang ni si akmal rajin mengikut. kengkadang aku pulak yang malu ngan anak bujangku yang sorang itu. rajin dia ikut atuk jemaah kat surau. maghrib dan isyak memang tak tinggal pi surau. kalau weekend pukul 5 pagi dah bangun solat subuh ikut atuk. sejuk perut tengok hati dia lembut ke arah kebaikan gitu.

ok yang sebetulnya aku nak cerita yang aku jeles ngan mak aku yang sungguh aman damai hidupnya sekarang. dan aku jeles dengan perempuan2 yang dapat duduk sama hadiri majlis ilmu itu diwaktu aku sekarang ini kat opis. it's very simplistic life. syukur umur emak ngan ayah aku panjang untuk dapat fokus buat amal ibadat lepas pencen. aku tau banyak pengorbanannya disitu. dan aku berdoa semoga satu hari nanti aku berkesempatan juga untuk menikmati hidup yang macam tu. semoga panjang umur macam mak dan ayah.

jadi carilah harta sebanyak dan secepat mungkin.

ini amat valid untuk umat islam. when money is no longer an issue, we can focus on more meaningful matters. amat sedih kalau kita hanya focus pada duit semata-mata sehingga akhir hayat. and why legacy? aku ingin turunkan legacy kepada anak2 sepertimana mak dan ayah menurunkan legacy mereka kepada kami. in that sense, i'm quite content. alhamdulillah.

:D

5 comments:

KV said...

insyaallah, suatu masa nanti kita berpeluang untuk xtvt sebegitu. Amin.

CiKaYu said...

insya'allah. peluang itu akan tiba juga.

knv said...

tenkiu darlings! semoga kita sama2 dapat peluang! :D

madamoiselleczar said...

huhuhu...syahdu...teringat kat anak aku si danial
once he said to me..."mummy, tak payah la pergi kerja...danial tak nak toys baru, pakaian baru pon danial tanak...tak payah cari duit banyak2...kita duduk rumah je bole mummy?"
termenung satu hari aku dibuatnya :(

sue said...

legacy.. saya tak pernah terfikir..! Tq akak. Saya macam dapat satu ilham plak.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger