purse aku dah lama koyak. kadang kadang sedih pulak bila aku terperasan akan kekoyakan yang agak teruk la jugak. malu pulak bila kena keluarkan purse masa nak buat bayaran. cikai sesangat nampaknya. macam tak sesuai dengan standard seorang tokey tong sampah. :P
anyway, aku dah lama dok berkira-kira nak tukar purse baru. aku kesian kat diri aku kerana macam tak mampu jer nak ber-purse cantik kebabom. apa kelas pakai purse koyak kaknon?
dan aku ke ATM tadi untuk keluarkan duit. untuk kesekian kalinya aku terpaksa jugak keluarkan purse koyak aku untuk masukkan cash tu. bila tengok koyak tu terus terfikir lagi, bilalah nak tukau baru ni kaknon. tak larat dah aku tengok purse ko nih! keji tau.
dan bila dok asyik kelebek purse tu aku tak perasan ada budak lelaki seusia akmal dok kat tepi atm machine tu.
budak: kak, ada duit tak?
aku: .........
budak: .......
aku: tak sekolah ke?
budak: tak.
aku: apsal tak sekolah?
budak: .......
aku: rumah kat mana? mak ada rumah?
budak: ......
apa yang berlaku seterusnya biarlah aku simpan dalam hati yang paling dalam. apa2pun, aku yakin sebagai ibu korang akan rasa apa yang aku rasa. i can't help but comparing him with my kids. i sighed a lot. my heart broken. i didn't even get his name.
dan dengan tidak semena-mena, aku tak malu lagi punya purse koyak. it doesn't matter anymore.
:(
21 comments:
hmmm. ada kepincangan watak dalam cerpen ini.
budak itu seusia akmal. dan memanggil kaknon sebagai kakak. apakah?! sepatutnya panggil makcik, ok? utk lebih vogue boleh panggil aunty sebab ini makcik walaupun mempunyai purse yg buruk tetapi beliau jual TS 10 juta weyy :P
tanggapan positif:
kaknon ialah seorang yg awet muda.
tanggapan negatif:
budak itu seorang yg opportunist.
*larikkkkkk!
hampeh la ko!
hahahha.. anyway, terfikir jugak, dibuatnya budak ni kencing aku idup2 mampus aku tak tau.
tapi what bothered me the most, is the fact that he was there having this kind of conversation with a stranger like me; where in the first place, he shouldnt.
serius macam akmal. rasa nak peluk2 je. budak kan? what do they know? orang ajar menipu, depa menipu lah. orang tak bagi makan, depa pegi mintak kat orang lain.
hmmm.. very disturbing!
yg tak bstnye, saya buat diaolg sendiri pula....terus potong stim syahdu sedan kt situ....mesti conversation kaknon tu makan dlm punya sampai terus bangga pakai purse koyak!!
ayu, idaklah bangga. cuma tak malu dah. :P
takpe, sila tokok tambah ayat sendiri hahah :D
anti klimaks la dikau kak! (buat piket mtk siarkan hujung cerita)
pernah jugak jadi insiden yang lebih kurang gini gak kat saya dengan husband.
masa tu kitorang tengah makan. tetiba sorang budak ni datang tanya kat husband, "bang, ada duit tak bang?"
seriously tak tau nak kata apa.
mio ko buat aku aingin anak jiran aku usia 23 tahun panggil aku mak cik..aku jeling berbakul
apa????
knv
apa kata hang sokong rakan rakan yg DIY purse..beli je drpd depa murah pun murah..heheheheheh
btw nak habaq purse aku usia 10 thn dah..elok lagi....beli kat kedai tepi jalan kat Hachioji tokyo jepun(kot2 la hang nk pi beli kat sana hahahah)
knv
aku negatif
aku rasa hang kena kencing
ada budak minta 'sedekah' area seksyen 7 sbln pendapat rm8k buat main game sajaaaa...
kat seksyen 9 sokmo ada budak niaga kismis ...dgn alasan bantu mak bapa tapi kami pernah nampak depa dok berhuhuhahah area seksyen 11....
aku tak berapa setuju kalau bg derma kat budak2 sbb kalaulah parents depa bebetul tak mampu apa kata jiran ka pi haba kat JKM bagai...mana pi penguat kuasa erkk cer pantau
ikut akta kanak2 budak bawah 18 thn mn bley cari duit
takleh minta derma bagai pun..
kak, saya sedih kalau betul2 anak tu takde duit n parents dia buat tak kisah..
tapi kak, jikalau wallet mu sampai dah koyak, kasi hint sama anv (abang non vogue) le.. huhuhuhu.. kalau usang ok lagi kak.. jangan sampai terkoyak..
sayang kak non.. jangan mare ek.. :)
*merujuk kpd komen mast@work -
tetiba ada watak baru cerpen - anv! hahahahahahahahahahaha :P
maafkan sy. adoi. tak larat gelak :P
Ok la purse koyak keluarkan waktu bayar saja dan tak malu sebab isinya iaitu duit ada, saya ni kasut koyak taktau mana nak sorok...huhu.Tapi takpe asalkan kasut anak sentiasa baru. (mana tak baru sentiasa kejap je dah tukar saiz)hihi.Yang penting syukur masih pakai kasut.
tak taulah nak komen ape kak non..
baca n3 akak pun gelak. .
baca komen pun gelak...
pastuh bila pk2x bukanke isu wallet dh usang dan budak mintak sdekah ni isu yg bukan kelakar...aduilah..
konpius emosi jadiknye baca blog kak non nih hehehe
paling tk tahan watak cerpen baru tuh.. "anv" ;) - kreatip sungguh!
mekasih atas komen2 anda.
HAPDET TERKINI:
PURSE KOYAK SUDAH PUN DITUKAR GANTI DENGAN PURSE CANTIK KEBABOM. (AKU SELONGKAR DRAWER MAKA WUJUD LAGI SATU PURSE DARI ZAMAN PURBAKALA SIAP SEDIA UNTUK DIPAKAI. MAKA PAKAI AJELAH. JGN MEMBAZIR. ADA ORANG KAT LUAR TU KUTIP KANGKUNG TEPI LONGKANG BUAT LAUK TAUUUUU?)
SEKIAN WASSALAM.
kak bapak saya memang tanam syur turi, pucuk keledek, pucuk manis tepi longkang dan parit, sebab kat situ kawasan yang pokok senag hidup. hehe, :p
-hidayah-
kalau haku smpi kesudah dialog tu akan tertulis seperti ini:
.....
.....
.....
.....
mak takottttt kena ragut!
hidayah, itu sukarela, lain kes. yang kes satu lagi tu kerna terpaksa hahahhahah!
lola, ya allah budak kecik pung. dia pun terkebil2 tengok kita soal macam polis. dok terfikir gak kalau kita hangkut pi balai polis nanti boleh ke polis tulong?
knv
angkut pi balai mmg boleh tolong tp hang kenaajak mana2 ahli politik laaa
baru settle masalah sekelip mata...
budak2 mn bley biar gitu
1. mak bapa dia kena panggil
2. mungkin kena charge sbb biarkan anak
3. ahli politik masuk campo nasib terbela...
selamat
betullah. kalau kat uk memang tegas undang2 negligence kat budak2. harus makpak masuk balai kalau ada budak2 merayap kat jalan tanpa adults.
kat sini, hmmmmm... macam tak terkepong je aku rasa.
AHLI POLITIK? ko jgn buat lawak. ni kira masalah picisan kat depa. almaklumlah. masing2 gile kuasa aje kerjanya.
ok je wehh modal PRU13
ajak tv3 sekali
ha betul... tu la keja diaorg2 politik ni kekadang bukn kasi selesai masalah tapi tambah masalah.
-hidayah-
Post a Comment