Thursday, December 30, 2010

training the kids to solat


Aku dapati kalau kita istiqamah, memang agak mudah nak biasakan budak2 bersolat. Anak2 kecik ni jarang nak membantah kalau parents suruh buat sesuatu. Kalau kita eager, depa lagi eager. Patutlah islam suruh ajar anak bersolat seawal yang boleh, jadi jiwa mereka lembut terdidik untuk mula beramal kepada Allah tanpa keluh kesah.

Dulu aku start solat penuh dah agak lambat. Jadi memang ada rasa liat dan protes dalam diri. Tak faham kenapa aku perlu solat 5 waktu. Sadis. Jadi aku tak mau perkara yang sama terjadi kepada anak2 aku. So starting early is apparently working well.

Masa anak2 aku toddlers dulu, aku dan suami pastikan yang mereka dapat observe yang solat itu merupakan budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan. Masa aku solat aku letak depa dekat2. Every now and then bawak mereka pergi surau untuk observe keadaan disurau pulak. Walaupun mereka tidak ikut solat sekali, walaupun mereka hanya main2 dibelakang, aku yakin sub-conscious mereka dapat menangkap yang solat ini adalah sebahagian daripada hidup. Itu first approach kami untuk menanamkan roh solat kedalam jiwa anak2.

Bila mereka dah start faham sikit2, kami ulang2 sampaikan yang kita orang islam. Setiap orang islam kena solat. Solat adalah perintah allah. Allah bagi macam2 kat kita, jadi kena solat untuk terima kasih kat allah. Kena bersyukur sebab kita cukup makan pakai. Ada mama. Ada ayah. Ada datuk. Ada nenek. Semua orang sayang adik, kakak dan abang. Jadi kena be grateful to allah. Kena dengar perintah allah.

Dan anak2 ini memanglah suci dan bersih. Terpulanglah cara kita nak corakkan mereka. Apa sahaja yang kita cakap, mereka akan terima 100%. Total acceptance. Jadi disinilah kena berhati-hati takut2 mereka mendapat input2 yang tidak wajar. Kitalah yang menjadikan mereka samaada islam, yahudi, majusi ataupun nasrani. It’s indeed all on us.

Kemudian dari 6-7 tahun, sudah sampai masanya untuk buat praktikal pulak. Disini actually parents yang kena istiqamah. Again anak2 ini akan menurut kita. Kalau kita consistent, insyaallah mudahlah semuanya.

Untuk mudahkan mereka mengambil wuduk, laki aku guna white board marker tu dan tulis je kat tiles bilik air urutan2 anggota wuduk. So kalau depa tak ingat boleh la rujuk kat situ. Alhamdulillah sekarang ni depa dah boleh ambil wuduk on their own. Kami check sekali sekala aje. Lepas wuduk bersiap pakai telekung kopiah semua. Memang nak kena tunggu la budak2 ni siap. Lepas tu praktis dulu niat solat semua.

Bacaan dalam solat, akmal insyaallah dah agak sempurna. Aimie aisyah masih banyak nak kena belajar lagi. Tapi it’s ok. It’s the ritual that I want them to get used to first. So sekarang Alhamdulillah. I think they’d happily accepted that solat is indeed a part of life because allah says so. Made it easier for us the parents.

Apa2pun, kita sebagai parents ni memang kena banyak2 sabar dan istiqamah. Kalau kita yang culas, maka anak2 pun terculas la sekali. Memang penat dan mencabar minda, tapi aku still rasa lagi senang dan berbaloi nak suruh anak2 solat masa depa kecik dari nak suruh masa depa dah besar sok.

So start early. And be consistent. Insyaallah banyak kebaikannya. Afterall, anak2 inilah yang kita harapkan untuk doakan kita di akhirat esok. Sesungguhnya doa dari anak2 soleh dan solehah boleh jadi lebih baik dari dunia dan isi2nya. Wallahualam.

8 comments:

aida said...

oh my i havent started training them. ajar ambil wuduk, lepas tu tgk kiteorang solat. sambil2 tu ada masa ajak solat sekali. anak sulungku dah 7 tahun pulak tu.. tidakkk

SM@A said...

Salam sis ...

Betul tu sis. Bak kata Ustaz Kazim, kalau kita dah bekalkan anak dengan ilmu agama yang cukup serta cintakan Kalamullah, Insyaallah kita campak kat benua mana pun, mereka boleh hidup dengan penuh keimanan. You should listen to his new collection of ceramah, memang best.

knv said...

aida, lagi cepat lagi senang actually. melentur rebung.. :D good luck! :D


sisSM@A,
i hear ustaz kazim everyday now. thanks to youtube hihihihi. cokia punya olang hahaha. insyaallah, kita bagi asas kat depa. semua ada manfaat. :D

liadevega said...

hey...aku dah bleh masuk! heheh...

method aku lebih kurang hang gak cuma aku tak suruh anak aku solat teruih semua 5 waktu. i started when she was 6 and asked her to choose one prayer only, so she chosed maghrib and aku suruh dia solat maghrib saja until she mastered the rukun and bacaan and until i see that she will solat without aku bising2 dan dia tak suka2 nak tinggal solat. then only, she can 'move on' with another prayer that she chose. this way aku harap aku dpt ajar dia istiqamah dulu, nak cantikkan solat tu she can do it bila dia dah byk ilmu. alhamdulillah, now aku nampak dia ada responsibility nak solat though i'm not around and has been doing maghrib and isyak and next year darjah dua, she has agreed on asar...aku mmg foresee subuh will be the last one she'll choose...hehe.

IntanSham said...

setuju la kak non.. pendapat saya kita kena biasakan bersolat dpn anak2.. sejak mereka baby lagik. walopun masa diorang baby tu kdg menangis atau kadang kaco2 kite solat... just be with it. sbb Rasulullah pun tak pernah marah bila budak kaco dia solat kan. Bila anak dah terbiasa tengok amalan solat kita, insyaAllah diorang pun eager nak buat jugak. Mcm anak2 saya, Aina dah boleh amik wuduk (even blom tau niat) dan ikut pergerakan tertib solat dgn betul (walopun lom tau bacaan). Ok laa kan utk umur dia.. Thanks to tadika dia jugak sbb ada subjek solat seminggu sekali. Skrg adik dia pun dah tau aturan wuduk, mana nak basuh dulu walopun tak ler particular sgt, juga dah pandai ngikut aturan solat walopun lebih pada ikut suka dia.. heheheee... apapun anak2 mmg mengikut ibu bapa. mmg ssh nak mendidik anak2. semoga kita dapat menyempurnakan amanah Allah ni dgn sebaik mungkin.. aminnn

knv said...

lia, that's great. betul kalau start awal we can afford to do one at the time and by umur 10 tu dah lengkap dah solat 5 waktu. kami masih tak stick tu any specific time. yang constant maghrib isyak ikut jemaah. subuh kami bangunkan jugak during weekends heheheh tapi ni agak seksa. kita yang tua ni pun kengkadang seksa nak bangun subuh hahahha.. zohor asar tu kengkadang depa ikut atuk ngan nenek. yang penting nak instill roh solat dalam diri depa kan.


intan, itu la best kalau tadika boleh tolong sikit2 bab2 solat ni. nak harap kita je memang kengkadang terculas jugak hahahha. memang banyak yang depa masih tak paham niat2 semua tu. for me that's ok. sambil2 tu kita ajar2 la. yang penting nak get used to the ritual tu. solat ini berat untuk orang2 yang tak biasa. so bagi akak dari 7-10 tahun tu masa untuk biasakan anak2 dengan solat. semoga kita dapat istiqamah. :D

SMM said...

i like your idea of tulis urutan anggota wuduk guna pen marker atas tiles bilik air! :) kalau urutan rukun solat cmn pulak ye? hari tu cuba buku panduan depan munief yg ikut2 solat.. tapi tak nampak kot kecik..

knv said...

mynie, turutan solat tu memang tak lain tak bukan kena praktis. suruh aje anak2 ikut kita buat masa sembahyang, walaupun tak tau bacaan lagi. at least they will get the idea. lepas tu ajar bacaan sikit2. insyaallah. :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger