Sunday, January 2, 2011

entry hangat


hangatlah sangatttttttttttttt! :P

anyway, i just thought of sharing this with all of you.

in around 2 weeks time, aku akan hadir untuk satu lagi interview with the government of malaysia. ptd? bukan. aku takdak hati dah nak mintak ptd setelah dapat layanan istimewa dari pihak2 berkenaan itu. aku bukan nak bongkak, tapi it's totally your lost lah wahai scheme ptd sebab taknak amik aku yang voks bedebah ni hahhhaha!

so kini sudah sampai masa beralih hati. scheme mana pulak yang sanggup hire aku lepas ni? hihihihi... :D. actually sekarang aku a bit gundah gulana tang gaji tu lah. bila tengok tangga gaji itu, agak2 sayuppppppppppp mata memandang. banyaknya nak kena adjust balik kalau ditakdirkan aku berjaya dapat kerja tu dan hendak jugak kerja tu. aku tanya laki aku kalau2 ada cara untuk selaraskan gaji ikut pengalaman kerja aku yang 10 tahun ni. dia kata memang ada. tapi still i can't hope for too much. aku pun fahamlah scheme gaji government memanglah lain kalau nak dibandingkan dengan swasta. tapi banyak jugak yang swasta takda yang government ada. especially in the long run.

honestly, kalau tanya hati, memang ingin berkhidmat dengan kerajaan. bukanlah confident tak tentu hala, tapi aku rasa memang banyak benda yang aku boleh contribute directly to the system. i've got good head on me and i think any employer would be happy to have me as a worker. dan satu lagi yang aku percaya, benda yang baik campak ke mana pun akan ada kebaikannya. duit? hmmm.. bak kata boss aku, the money will come when the time is right. but for how long?

soalannya, bersediakah aku untuk melepaskan apa yang aku ada sekarang, demi mengikut kata hati? what would you do if you are in my position? what will rule your judgement? i'm going to be 35 this coming August. and obviously my time is running out (in term of job-hopping). whatever i'm landed on after this better be something that i would be happy to do for the rest of my life. something that finally made sense, dunia dan akhirat.

so for those reading this that have some experience/story relating to this, i would love to hear your comment. sesuaikah masuk perkhidmatan dikala usia sebegini? what would i be dealing with? please share if you can. dan kalau ada pembaca istimewa dari birm tu, sila2lah komen ek kak? i lap u all very strong! :D

21 comments:

Ummu Auni said...

Kalau ada peluang, masuklah government. Pencen pun ada, banyak benefits dapat. Saya pun ingat nak cuba juga, tapi layak ke dengan pengalaman swasta ni? dah 8 tahun bekerja di sini. nak pindah masuk gomen, kena start dari mula...

mak encik | SZ said...

errr...
kalo kak non sangattt tidak berapa kisah tang gaji tu, p la masuk gomen...ehehee
kwsp knv pun mesti dah manyak, nnt masuk gomen dah konpem jawatan blh kuar kwsp..yeaayaaa

aida said...

yang penting akak tanya diri akak.. akak nak apa dalam hidup?

apakah kerja yang tidak menyesakkan kepala?
atau time with family even more?

atau mungkin... hubungan dengan Allah mungkin akan lebih terjaga kalau akak kerja di tempat lama?

you know what is best for yourself kan

Dilla said...

ehem! sahabatku (cewah),
bila ko bercita nak masuk gomen ni, selain dari gaji yg agak ciput, satu perkara yg perlu ko fikirkan ialah kesanggupan ko utk menahan perasaan frust. Haha.. kenapa aku kata frust? Sebabnya kalau nasib ko kurang baik dapat bos yg rasa dirinya lebih voks dari ko, segala idea2 ko yg bernas lagi meletops tu simpan je la dalam peti atau luahkan kat blog. Tapi harap2nya nasib ko baik, dapat bos yg dinamik dan suka dgn idea2 kreatif & innovatif ko itu. Maka, adalah ruang untuk ko mengaplikasikan idea2 ko ittew :)
Sekian dari aku yg pernah berkhidmat dgn gomen dan kerja dibawah org2 yg kengkunun dah keje lama maka diorg tahu segalanya. Sikit pun tak boleh ubah rutin sebab "I dah lama keje sini, maka I lebih tau dari U."

Mamaboyz said...

saya pernah kerja dengan ER Pantai medical center

masa saya kerja situ, semua keputusan yg saya buat adalah kerana DUIT...semua duit jadi penentu, saya tiada masalah ni masa keje hosp gomen, semua keputusan ikut keadaan pesakit, saya rasa ada freedom di situ

walaupun dalam gomen ada beberapa isu birokrasi dan isu senioriti, tapi ni memang depends on how you see it and handle it

dari segi medical, if kaknon pilih skim pencen, you, your hubby, and both your parents will be covered for life, your kids will be covered until 18, saya rasa banyak kelapangan di situ, nak nak kalau kena kes emergency kan, lagi2 kalau parents kita sakit kita nak diorang duduk ward first class biar selesa

if somehow u fall sick and u cannot return to work for a long period, you are quite safe financially, even if you cannot return to work at all, you will still get some income monthly, this happened to my aunt and alhamdulillah walaupun dia terlantar tapi tak perlu pikir pasal duit and anak2 semua boleh sekolah macam biasa hingga masuk Univ and she received her monthly pay until she died

dalam gomen banyak peluang utk further study, cuti pergi haji pun dapat gaji penuh

gaji kurang tak apa..janji berkat..

all the best kaknon! update kitorang ok (jangan terkejut pulak bila kena nyanyi lagu2 patriotik dalam setiap perhimpunan bulanan, hehehe)

Rizza said...

ana, aku tak layak komen sebab aku tak pernah keje gomen..
cuma aku nak pesan..
pikir la masak2.. dan jgn takut utk pergi jauh jika itu yg terbaik ko rasakan.. walaupun perit dan sakit utk permulaan .. terima la hakikat dan bykkan la berusaha utk ke arah lebih baik.. insya'allah...

aku tau ko YAKIN BOLEH!!!

good luck dalam apa jua keputusan ko demi masa depan Agama, Bangsa & Negara tercinta...

Hana Soffelia said...

Kak.. kalo saya la kan, saya akan rebut peluang tu. Pas tu hati akak pun rasa macam nak jugak kan that job.. Better pilih yang terbaik for long term kak. Nanti dah ada pencen, satu lagi, bila dah sah jawatan and after 3 thn berkhidmat, akak akan jadi kaya raya sbbnya blh kuarkan duit kwsp yang terkumpul 2.. ekekeke...

Ok.. tu part yang best la..
Yang tak bestnya kan kak,, orang keje gomen ni (tak semua) sangat la akan buat kita tension. Kejenya tak seberapa, tak susahkan kita pun tapi bila kita nak deal dengan manusia sekeliling tu yang buat kita sgt tension. Nanti akak bolh tgk la yg jenis talam dua muka, kaki ampu and bla bla untuk naik cpt. Berlainan dengan keje swasta, kenaikkan pangkat kita akan dinilai melalui prestasi keje kita. Sangat rasa dihargai. Tapi goen sebaliknya. Sekali lagi, saya ulang tak semua sektor gomen macam tu..

So, akak fikir la baik2.. Saya pernah keje swasta and sekarang berkhidmat dengan gomen. So dapat rasa bezanya. Cuma syg lagi la nanti berhenti walaupun tension gla kan deal dengan manusia2 ni, sbb sy fikir benefit keje kerajaan agak ok dari swasta dulu walaupun keje swasta dlu lagi happy..

Fikir-fikirkan.. hehehe

decogiftbasket said...

erk...beb...i reserve my comment :p
tp apa2 pon hanya ngko yg tahu apa yg ngko nak beb...trust ur heart and lead ur life!
good luck beb! all the best :)


p/s:beb, tlg tukarkan alamat email aku tuk log ke blog ko ni beb..
pls change to momidanial@gmail.com
trimas

DeeYa said...

takmo baca komen org lain dulu..

me personally dari dulu masa sekolah lagi memang xnak keje gomen. Kenapa? mungkin dah ditarbiahkan oleh persekitaran yang keje gomen tu gaji kecik, kerja boring, rigid.

Pendapat saya, tgk current situation jugak lah. kalau nature of work sesuai dgn u, pi jek. Saya akan keje gomen kalau dapat jadi cikgu jek kot.
Dari segi benefit keje gomen mmg byk benefit. Blh utilise benefit utk future plan & more future saving.
Kalau dpt bos yang nak sekat kenaikan org sbb nak duduk lama kat atas, nasiblah yek kak non.. hehe.. tang tu yang paling rigid rasanya...

Anonymous said...

Hehhe knv, my cousin after 12 years working with a bank decided to take a pay cut and joined the government. She and few others were promised that their salaries will be revised after 6 month, at par with their experience. 2 years after that the adjustment never materialize and my cousin ended reporting to a younger boss who treated her like a second class citizen (insecure, maybe the boss). needless to say, she quit without even having a new job. buta2 jek berenti.

all i can say it, mmg lah seme org rase keje gomen with the pencen and benefits and all that sesuai utk semua org. tapi tak semua org sesuai kat gomen especially zaman sekarang..

however, it's still up to you.

SMM said...

i have no opinion whether you should or shouldn't. but should decide to go for it, i hope you will be able to stretch to your full potential and be able to benefit the system.. in other words, harap2 tpt you nak pergi tu condusive, ada org2 yg open-minded and welcome changes etc..
all the best and may Allah guide you :)

Ms Lola said...

This is my opinion: to me, if one has been always moving in a fast pace, gov is not the place. If u feel like slowing down, then, go to the gov. Kat TNB pun kadang2 sakit jiwa jugak keja dgn org yg slow/bnyk kerenah ni. But I'm blessed dpt keja kat dept yg bukan typical tnb (sikit2 adalah, tp dah nak pencen dah pun).

Why don't u try working with a big private corporate co?

Fid said...

dah dapat ???
kalau aku sekadar adjust separa je hang nnt berpara2 tapi rezeki Allah yang bg bukan govt..mana la tau tup2 hang terus naik tangga paling sayup yg aku tgk hahahahaha

all the best
kalau dapat aku pi mkn kat umah hang naaaa...tak pa aku bungkus bawa pi pun ok hahaha

mamaDhea said...

me too, reserve my comment.. ngee~
bak kata kengkawan yg lain, hanya akak tau ape yg akak nak.. hmm, idea ML tu ok jugak kak.. why not cuba kt big corporate co.?

ni pengalaman abg sya sendiri.. dulu2 keje private, mmg challenging laa kan.. dia pon injinur jugak.. so, once upon a time, dia dpt offer join semi-govt.. jadik BM kat johor ni lagik sebab co. tu bukak branch baru kt jb.. tp, lepas setahun (ke tak sampai setahun ek) dia resign.. walhal benefit semi-govt ni lagi byk drp govt. kan? (correct me if i'm wrong).. alasan dia quit, tak challenging langsung.. dah namanya workaholic, tak dapek nak nolong aih..

so, kesimpulannya, mcm yg ML komen tu laa.. apepon, gud luck in whatever u do.. we luv u....... *tetiba jeghh* :P

Anonymous said...

perlu ke comment..:)

Masuk Govt with paycut memang 100% national service. Kalau kau nak masuk purely untuk LTIP, bagusla. Tapi lower down your expectation, kena maintain positive all the time. Tapi kalau masuk gomen sebab nak $$ pencen, nanti aku hantar NPV calculation kat kau yang sememangnya NONSENSE. No way, pencen can even match KWSP from private sector unless you can live until umur 130 tahun. hehehehe
Babe, masuk la GLC...

KS said...

oh kak non,

ni pandangan saya. hampir sama dengan pandangan dilla.

lupakan saja pasal idea yg bernas dan hasrat murni. di gomen ni mmg payah.

bukan nak lemahkan semangat kak non, tapi terus terang saya dulu pon (almost 10 years ago) masa mula2 join2 gomen amat semangat sekali. tapi bila dah duduk dalam sistem ni, rasa meluat lah yang paling banyak. idea2 bernas banyak ditolak tepi saja.

skang lagila.. saya banyak buat policy untuk gov co bla bla bla.. tapi ada nak ikut? letihh kak non oi... tapi nanti bila audit tanya, baru terkedek2..

kalo nak dicerita kefrustan keja gomen ni mmg banyak... tapi kalo dah kata hati kak non untuk masuk gomen, go for it. mana tahu kan, bakal jadi ksn dan boleh kembalikan kegemilangan penjawat awam. now semuanya nak pakai consultant swasta yg kadang2 tatau hapa

Unknown said...

ni pendapat saya lah. kalau isunya duit, maka kerja gomen adalah tidak sesuai. juga tak sesuai untuk mereka yang suka berada dalam fast pace macam yang ML cakap tu.

kalau isunya nak luangkan lebih masa untuk family, dan tak kisah dengan karenah birokrasi serta 'kecepatan' sesuatu keputusan dibuat, bolehlah fikir-fikirkan untuk ke gomen.

mungkin boleh buat senarai pros & cons so senang sikit nak buat keputusan :)

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...
This comment has been removed by the author.
:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

just a suggestn...if u still hv the time (or nd more assurance), try to dig more info on the system / dept u nk masuk ni...kot2 mane tau ur hubby kenal sorang dua ke...listen to what they hv to say about their unit...

my point is, office politic is everywhere...not just gov sector...in private sectr lg vicious i guess...
so if u think that u can manage well into that, then tkde issue coz im sure u can survive in gov ofc politics...

lg satue kene tau the dynamic of the unit...tak sume gov sec slow n tak sume private nie efficient...vice versa...inquire more to get a clearer picture

n yes if u go for monetary wise, i agree with anon...private better...
stability n benefit wise, some of the private ade offer almost the same cam gov sec package...mcm cmpany kesayangan i ;p
not identical la tp eg, med coverage unlimited tp doesnt include parents...

susah2 istikharah je babe...mane tau dpt guidance ;)
sonang abis cito

Anonymous said...

setuju dengan verde..office politics kat mana2 pon ada..saya dulu keje kat oil&gas co (tp bukan co kesayangan verde)..bz yg amats..duit kencang..tapi masa???kerahan tenaga je keje kat situ, masuk gomen..posting kat tempat yg sama sibuk ngan private dulu..tapi buleh adjust dari segi masa utk family..gomen takde kerahan tenaga kot heheheh..

pasal idea bernas, tempat saya keje menerima seadanya, takde laa 100% tp applicable laa, sumer pakai survey and react to the reponds..tp bila melibatkan YB dan pak2 menteri laa yg susah sikit. alhamdulillah, tmpt saya skrg buleh terima ideas dan boleh deals ngan YB elok2..klu ada sorang dua yg tak tu kira adat laa

pasal duit? no comment..rezeki Allah yang tentukan..tp kita sebagai hamba tetap kena berusaha kan

*jiji*

knv said...

thanks all.

for taking time to write your sincere comments.

betullah,
everything is up to me. only i know what i want for my future. however thanks for your many input that made it easier for me decide.

will keep you updated in the near future.

:D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger