Tuesday, April 19, 2011

miskin di bandar?


from Utusan:

Jika miskin desa membabitkan golongan yang tiada pekerjaan tetap, 'miskin' bandar pula lebih banyak membabitkan golongan berpendapatan pertengahan tetapi menanggung hutang. Mereka tinggal di rumah batu, mempunyai kereta, motosikal selain pekerjaan tetap dengan gaji sekitar RM3,000 sebulan.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, taburan peratus isi rumah mengikut kelas pendapatan Malaysia menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Dengan gaji sebanyak itu, banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak.


berita lanjut sila CLICK SINI.

hmmm.. a bit disturbing. about 8 juta penduduk di bandar actually earns less than 3k per month! i think the killing factor would be the credit card and personal loan. dua-dua ni memang mencekik tengkuk. mana ngan rumah, kereta, anak2.

hmmm...

15 comments:

reena said...

I think the main reason is the gaji itself. Kalau gaji lebih tinggi dan orang mampu bayar everything in cash, rasanya orang tak akan guna credit card or buat personal loan. RAsanyalah..Heh.

knv said...

hahahha reena, itu satu. lagi satu yang penting bagi akak ialah susahnya nak 'live by our means' kalau kat bandar ni. banyak sgt dugaannyerrrrrr. tengok depan belakang kiri kanan atas bawah semuanya mau mau mau mau. camaner tu?

patut la makin ramai melayu bangkrap pasal hutang kredit kad menimbun. sabor je lah.

hissshhh ini yang rasa nak balik kampung cecepat ni hahah!

Normaliza said...

betul2..duk kat bandar ni kalau gaji isi rumah dalam lingkungan 3k aje, mmg kena struggle abis. mana nak byr sewa, taska anak, duit keta, segala macam bil, belanja dapur, duit minyak..adohaiii..jenuh nak 'pusing' duit..

Ummu Auni said...

bab CC dgn personal loan tu bahaya. ada orang gaji 6000, single pun tak cukup2, camne tu?

Crazee Choc's said...

tu la... macamana la dgn mereka yg bergaji rendah.... mcm golongan non exec?

SMM said...

kesian kan, kais bulan makan bulan.. pastu kalau ada apa2 hal, kereta rosak ke, nak bayar yuran pendaftaran tadika awal tahun ke, terpaksalah pinjam sana pinjam sini, ataupun terpaksa tak bayar mana2 ansuran loan, sampai bank call..

Anonymous said...

Sadly, kita tak habis2 with issue ni. Kesilapan diri kita, tepuk dada tanya selera... Kalau aku elaborate, hahah meletup blog kNon ni, semua org benci aku nanti..:) Bottomline, kalau tak berapa mampu, and benda tu bukan necessity, tak payah beli. Tahan sikit2 le.
Culture yang aku sampai sekarang pun tak paham, memang la tak selesa naik LRT, or tak cool bawak Myvi, but hey, at least kita tak yah bayar kereta bulan2 yg membebankan. Peduli apa org kata, bukan diorang yang dok pikir $$$ kita tak cukup..

knv said...

kahkahakah!

cikanon, tak pe orang tak kenal ko. takde sapa nak belasah ahhahahaha! nanti ko balik sila buat seminar on this.

tapi serius. unbelievable things yang orang buat for the sake of 'living'.

sampai nak beli baju dalam pun nak kena buat loan? subhanallah! crazy! aku rasa sekarang ni banks dan kena letak limit gaji lebih 100k baru boleh pakai credit card. aci tak? ahahhahah!

knv said...

tapi mek, naik MRT tu boleh jadi lagi mahal dari naik kereta. unless dapat kerja dengan KTM hahahahahah!

ok ni lagik stats:

"Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini (2010)."

dari sini http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/14/mstar_berita/20101214145102&sec=mstar_berita


lagi:

Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki."

m-i-o said...

errrr. ok, i'm happy with my small car. i'm happy with my small salary. i'm happy i pay everything in cash. i'm happy i'm using prepaid cellphone (takdak kredit, takyah call orang) - kahkahkahhhhh!

i'm happy i didn't apply personal loan - fuhhhh - leganya!

ok, i AM happy.

thank you, Allah. sy sudah bersyukur ni, tolonglah tambah rezeki sy - amin :P

knv said...

aminnnn to mio. anda telahpun mengecapi syurga duniawi. berbahagialah! :D

niza said...

from up to toe...berapa hampa budjet...harga baju, tudung, kasut, handbag, barangan gajet....andaikan gambar RM melekat kat tubuh kita setiap hari (total cost everyday)...mau haru rasanya....tapi ada jugak specis nak menunjuk...poket tebal takpelah...takut kerak yang tebal....jadi aku memang bersyukur dengan apa yang ada....baju 10 tahun yang lepas pun aku pakai lagi...

nelcyndana said...

KNV : sad to inform tapi I personally know few families yg alami perkara sama. jgn tak caya, pendapatan seisi rumah melebihi 5K & ada yg hampir menjangkau RM10K. Masalah? Hutang CC & personal loan, so end up byr interest berthn-thn lmnya. Their biggest first mistake - personal loan untuk majlis kahwin. IMHO, it's not about how much you earn, it's all about how well you utilize your resources. M.I.O. - we have same wavelength ;-)

knv said...

niza, baju 10 tahun?
aku pun tak kisah nak pakai (kalau muat muahahahahh! :P)


nelcy, sungguh. memang kena buat akta baru pulak untuk kredit kad tu. yang gaji 100k ke atas setahun je layak apply.

nelcyndana said...

KNV : ye..ye.. aku setuju buat akta baru tu, personal loan pun sama gak. bukan apa... mak pun tumpang tensen sbb setiap kali duit diorg tak cukup, kitaorg pulak jadi mangsa tpt nk pinjam duit. serba salah.

* isk mcm shout box plak kat sini ;-)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger