Monday, June 13, 2011

mahal harganya


pengalaman itu mahal harganya.

patutlah.

no. i'm not talking about beijing and china. that's another chapter. :D

ini pengalaman ketika jual beli harta2 saddiq segara didalam dan diluar negara. hahahahahha! lawak bingai.

anyway, aku baru selesai jual rumah. dan sejak dua menjak membuat rumah terbuka ni, macam2 orang yang aku jumpa. sebelum itu aku tak lupa berdoa yang semoga allah mudahkan perjalanan dunia kami ini. semoga mudahlah kami melepaskan harta2 ni. moga orang2 yang mendapatnya itu juga penuh keberkatan hendaknya.

dan aku rasa terpanggil untuk merekodkan tentang bakal owner baru rumah yang kami diami sekarang. insyaallah by end of this year. a family of six, just like us. makcik dan pakcik itu, saling tak tumpah seperti mak dan ayah aku, but more quieter. anak2nya ke-empat2 itu lelaki semuanya. tapi amat sopan santun, lembut dan menyejuk kalbu. aku saspek tentulah hasil didikan sepasang ibu dan ayah yang baik-baik.

i think they were drawn to the house as much as i'm drawn to them. apa orang kata tu? chemistry? yes. chemistry it is. bila borak2 dengan makcik pakcik tu, aku rasa sungguh rendah hati dan diri. mereka sekeluarga sebenarnya masih tidak punya rumah sendiri. menyewa sejak tahun 1990-an lagi di TTDI damansara. makcik itu mengajar mengaji dirumahnya. katanya tuan rumahnya baik hati dengan mengenakan sewa yang rendah selama ini. and whatever makes them want to buy a property in shah alam, beats me. dan pakcik itu begitu happy bila tau ada surau belakang rumah aku. alhamdulillah. lebar senyumnya.

and now, the kids all grown up. the eldest son will be paying for the new (but old) house. dan aku dapat rasakan betapa bersungguhnya mereka nak masuk rumah baru (tapi lama). entah apsal my heart breaks a bit.

aku teringat masalah diri sendiri yang kadangkala tamak haloba dengan dunia dan isi2nya. tak cukup2 apa yang ada. lupa nak pandang kiri kanan. patutlah allah takdirkan aku 'terjumpa' kind strangers macam ni dalam hidup. so that aku boleh cermin balik diri sendiri. buanglah semua rasa tak cukup dalam dirimu wahai knv. sesungguhnya kau telah punya segalanya. bersyukurlah.

untuk pakcik+makcik dan family, saya jual rumah saya dengan penuh ikhlas dan senang hati tanpa rasa ragu-ragu. semoga ada keberkatannya kalian tinggal disini nanti. semoga bersinar rumah ini sampai ke langit sana dan disinggahi oleh malaikat2 yang menabur rahmat.

saya doakan. amin.

10 comments:

sisdee said...

tiba2 i pun insaf...betul tu knv..kita dlm hidup kena tgk kiri knn depan belakang..baru tau ttg hidup...kdg2 kita rasa asyik tak ckp sdgkan ada org yg tak dpt nak cukup..

betul2..syukur tu pnting!!

Sz said...

kak non dok mana nnt?
manatau setaman plak..ehehe
byk rumah baru tgh naik ni ... :)

Anonymous said...

OMG..berdiri bulu roma ku baca ni semua. Tu la kan, kita semua terkejar2 nak duduk rumah besar, baru dan cantik, dan berhutanG rimba.

Suka kat posting kau...:)

Dilla said...

moralnya: jgn tamak haloba gitu. tapi payahkan? huhu...
pas ni ko dok mana? taman2 yang ada security guards gitu ke? atau taman dalam padang golf? jemput aku ye bila buat rumah-suam ;P

knv said...

sis, kengkadang kita lupa nak menoleh. asyik sangat jalan ke depan.


sz, shah alam jugak deknon. ko dok shah alam kah? maka berjiran lah kita nanti. :D


hahahha.. mek, hutanG rimba tu aku setuju hahahahahha! yang sebetulnya aku malu kat pakcik makcik tu. sighhhhh...


dilla, security ada, tapi yang kat tempat lain hahhahahahah! nothing grand. besaq sekangkang je lebih dari rumah sekarang.

Anonymous said...

awat tetiba mata ni bergenang?

-marisa-

cc said...

aminnn :')

aida said...

Sejuknya hati baca kisah ni

knv said...

marisa, sekali sekala perlu kot. :D

cc, amin kembali. :)

aida, can't afford nak cerita panas2 dah sekarang ni haha.. dah tua. :D

Sally said...

tiba-tiba rasa insaf sendiri dapatkan rumah sendiri memang sangat susah..syukur makcik+pakcik tu ada anak yg tahu membalas jasa.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger