Thursday, June 23, 2011

masa untuk menangis


yesterday i broke down and cry. semenjak masuk umoq 30-an nih, purata aku nangis ialah sekali setahun. maksimum dua kali. (jangan tanya masa 20-an. purata sekali sebulan :P).

hakikatnya, sekuat mana pun aku rasa aku ni, setelah diuji dengan macam macam macam macam macam macam macam macam macam ujian selama ni, allah masih mahu aku menangis juga sekali sekala.

menangis semahu mahunya semasa berjalan dan memandu kereta. apetah lagi ketika berpeluang sujud ditikar sembahyang disepertiga malam. yang mana kurasakan hanya ada aku dan Allah sahaja ketika itu. menitip doa dengan rasa serendah2 dan sehina2 dan sekecil2 diri. bernafas dalam lumpur. seperti mahu mati lagaknya.

betapalah kita ini sebenarnya hanya hidup untuk hari ini. esok dan lusa, bukan ditangan kita. andainya ditakdirkan mati esok, dunia ini langsung tiada apa-apa. siapa diri kita hari ini, akan hilang erti jika kematian mengundang esok.

ya Allah, jika apa yang terjadi ini adalah baik untukku, maka permudahkan urusan duniaku. amankanlah aku dari apa yang aku takuti. janganlah Kau serahkan nasibku ditangan manusia, walau sedikitpun. sesungguhnya apa sahaja antara langit dan bumi ini berada dibawah kekuasanmu. tiada apa yang dapat menahan apa yang engkau beri, dan tiada apa yang dapat memberi apa yang Engkau tahan. maka kurniakan padaku segala yang baik2 sahaja. hanya engkau yang maha memberi ya Rabbi.

dan kepadaMu aku kembali.

9 comments:

munira said...

sedih plak baca entri ni ahkak :(
take care ye!

Dilla said...

menangis itu bukan sekadar membasuh mata, tetapi juga membasuh jiwa.
p/s: 2 kali je setahun? mmm...
semoga ok semuanya :)

sisdee said...

biar le menangis...kdg2 bukan ketawa jek legakan jiwa tapi tangisan jugak..

tul le age dah agaksss 30an nie mmg jiwa mudah rasa mudah terasa :(

bertabahlah sahabatku .. wah sisdee leh tahan gak jadi pnasihat muahahahahah..

Unknown said...

aminn...
saya pun sama mendoakan :)

Min Aina Ila Aina said...

Air mata di tengah malam itu tinggi nilainya. Menangis kerana Allah. Nanti makin tua, menangis pun dah takde air mata.

HUda said...

oh my dear fren... maaf baru baca ... sabar n doa byk2 ok.. ada masa kita jumpa... take good care dear.. - huda

knv said...

gals,
thanks for the kind thoughts.

sekali sekali nak mencuci mata dan jiwa raga.

:D

Anonymous said...

Ello, it has been a while.. it's good you still have the emotion, Allah masih sayang kan kau sebab tu diberikan tangisan tu... well, just like your recent post, weep or laugh... :) Weep .. and later you'll laugh.. Insya Allah..!!

knv said...

lama tak dengo cerita? wassup?

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger