Aku ada gak terjah blog2 yang buat photoshoot gambar2 kawin zaman la.
Baru perasan yang budak2 yang kawin la ni, mak haiiiiii amat glammmmmmm sekali. Nampak mewah walaupun theme ‘simple and minimalist’ (katernyerrr :P). dapat aku bayangkan berapa banyak hengget2 yang terkorban untuk majlis gilang gemilang perkahwinan bebudak sekarang. Honestly, tak buleh nak imagine kalau datang masa anak2 aku pulak. Yang penting wahai anak2ku, sila simpan duit sendiri bila hangpa start keje sok. Nak harap mama ngan ayah sponsor, hihihi.. dukacita dimaklumkan, okeh?
Untuk anak2 aku, majlis ‘ideal’ yang aku impikan ialah kenduri dalam perkarangan masjid biru shah alam. So that takde sapa berani pasang lagu dangdut dan lagu beyonce hahah. So that bila azan zohor semua tetamu dapat solat Jemaah zohor beramai ramai dan doakan kesejahteraan kami anak beranak. Bernikah pagi tu pun biar dalam masjid sahaja. Tak perlu ada pelamin-pelamin. Mari bertunggu tangga dimasjid dari pagi sampai petang. Kalau tak cukup jugak dari petang bawak ke malam. Hahah! Err, boleh ke pihak masjid bagi kebenaran ek?
Pastu untuk bunga ‘telur’, kita gantikan dengan cenderahati ayat matsurat ka, surah yassin ka, buku tahlil ka. Murah2 je pun yang buku2 miniature tu. Singgit satu je. Hahah kata bajet ciput.
Insyaallah, semoga tercapai hasrat aku untuk buat majlis dalam masjid untuk anak2 aku. Semoga mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dengan langkah kanan yang diberkati. Aminnn.
p/s: sesapa yang berkenan kat anak2 ai sila hantar resume ek? senang aku chop awal awal hihii :P
16 comments:
hahaha..i salu pikir kalau lah i kawen zaman skrg ni, tah berapa puluh tahun pulak daku nak membayor huteng..ye la kan jiwa muda mesti terikut-ikut trend. sib baik zaman dah berlalu..phewww!
that's what i did on my wedding.
cuma nikah kat masjid putrajaya. lepas nikah terus gi jamuan makan - patutnya makan tu pun dalam masjid jugak tapi dewannya tengah renovation so kena carik venue lain utk makan2. takde pelamin, takde renjis2, takde kompang apatah lagi karaoke joget lambak. sekadar doa2 ameeen yg bergaung dalam masjid. baju pun sepersalinan aje. goodie bag memang takde. but yes, memang ada kasi lauk utk bawak balik (macam jawa gitu) dan ada bagi surah yaasin juga.
memang tak glam langsung! hehehe.
but that's the way i want it :)
of course, byk tentangan yg diterima.
tak kisahlah. after all, it's my wedding :)
Masa kawin ayah dah xde. So 100% duit sendiri, so kena lah bersederhana. Ada bincang dgn hubby although masa tak pregnant lg pun. Wedding anak2 kena buat yg biasa2 aje. Harta pun cari sendiri tapi kami akan sediakan keperluan persediaan pendidikan. Er.. kedekut ke?
terkejut baca tajuk, muahaha. org lain banyak duit. aku kawin esok? tak tahulah..calon pun tak ada lagi :p
mommyct,
hahahhaha.. nasib baik sungguh! tapi macam tak patut pulak sampai berhutang2 untuk kenduri kawen? ish ish ishhhhhh! :P
mio,
wow! good on ya!
maknanya memang boleh la buat kenduri dalam masjid? that is SO cool! memang harus akak book awal2 masjid biru itu hahah! kata orang sebab kawen sekali sumoq hidup so memang patut kalau berhabisan. but then again macam tak cukup hengget pulak nak dispent hahah! nak2 anak aku empat woiii cam sesak ja napas!
but i like the yassin idea. boleh kutip pahala tuuuuu :D
liyana,
akak pun cadang gitu. rasa macam tak mampu nak provide that kind of extravaganza for my kids. insyaallah provide part lain yang lebih aula... :D
aini,
ko nak akak carikan calon kah? hahahahah! yang penting ko jgn buat2 lupa lak jemput akak! :P
Kak Non
Pernah pegi satu majlis.kira terperanjat jugak sebab pengantin perempuan berjilbab penuh tutup muka, baju pun longgar tak ketat...ada la labuci sikit2...DJ pun pasang lagu2 nasyid sambil bagi ceramah agama pasal perkahwinan dan tips2 membina keluarga sakinah...
tetamu pun khemah asing lelaki ngan pompuan...it was good.
hopefully kak Non mendapat menantu solehah...jgn lupa jemput i tau!!!hiiihi...
saya setuju dgn kak non punya idea... even dah ramai org buat bg surah yaasin or doa pilihan , etc....
for non muslim stand by mcm book mark yg cantik ke....
masa wedding adik saya last week ayah saya bg buku doa2 terpilih....
saya rasa utk kenduri lebihkan utk menjamu tetamu pun ok... niat sedekah
dah ramai org buat kenduri kahwin di masjid. Selalunya masjid ada dua bahagian, satu ruang solat, dan satu ruang kelas2 agama. So, kenduri biasanya di ruang kelas2 agama... tapi kalau nak grand, tentulah masjid putrajaya dan masjid wilayah menjadi lokasinya, kalau tak, mana2 masjid ada... and yes, boleh asingkan perempuan dan lelaki... atau tak asing pun ok saja, dah buat kat masjid, mesti tetamu menghormati suasana masjid tu... dan dah ada dj untuk walimah yg mengikut syarak ni... cthnya pasang nasyid2 termasuk nasyid maher zain... barakallah tu... cuba cari alunan firdausi di google... kalau terpaksa buat pinjaman tu biasa, rasanya... sbb kos walimah bukan sket2... asalkan tak terlalu overburden... i.e. manageable... tapi betul kos pasang pelamin bukannya murah... dgn photoshoot nyer lagi... kalau nak cut cost further down lagi, kongsi majlis kenduri perempuan dan lelaki, dan minta adik2 beradik yg jadi jurugambar hehehhe... at least cost sewa dewan dah tinggal 1 hari saja... :D jamuan makan tak kisahlah kan... dan dah terlalu ramai org yg bagi surah2 pilihan (waqiah, yasin, al-kahfi), surah yassin, al-mathurat dlm goodie bag...
bent,
sungguh ka? aku tak pernah lagi dapat experience gitu. tapi yang part ceramah tu bestnyer! bukan untuk pengantin je tapi untuk yang dah lama kawen pun jugak hehehe!
cikanon1,
ye kalo jamu makan lebih2 tu memang akak suka. besar pahala jamu orang makan. lagi ramai lagi bagus. :D
cikanon2,
memang kena buat pinjaman ye? can't imagine that yet. harapnya nanti saya tak perlu pinjam untuk kenduri anak2 saya. itu sudah jatuh menyusahkan. bukankah? memang mahal walimah sekarang ni. main puluh2 ribu kalo tak silap. i wonder if i personally want to adhere to that. so confirm la kena cut pelamin ngan photoshoot. hihih.. tak penting pun. :P
maksud bleh buat kenduri tu, bukanlah kita bleh makan2 kat ruang solat. hahaha! kalau masjid2 besar ni biasanya ada dewan makan/bilik ceramah/tempat moreh - bleh tanya kat pihak masjid. klo buat kat surau, boleh mintak pasang khemah kat perkarangan. surau/masjid kecil biasanya tak banyak karenah sebab diorang serve utk masyarakat setempat aje. kalo masjid yg dikunjungi utk lawatan pelancong macam masjid shah alam tu, kena bincang elok2 dari awal sebab biasanya diorang ada event sendiri.
masa sy nak buat gitu dulu, pihak masjid memang sangat mengalu-alukan (walaupun masa tu macam janggal aje idea tu) - pada mereka memang patut buat begitu sebagai usaha mendidik masyarakat. namun demikian, perkara pelik (walaupun betul) selalunya mendapat tentangan terutamanya daripada sanak saudara. maka bersedialah menebalkan telinga bila dgr ungkapan seperti "ko ni kawen dgn ustaz pak arab ke?" "apa pasal tak bersanding, seluruh keturunan kita pun bersanding?" "ko tak bagi pakcik tepung tawar ke?" "kot ya pun cut-cost, takkanlah pelamin ko tak bleh buat sendiri?" "ko dulu blaja course ustazah ke?"
apa pun, niat mesti betul. memulakan perkahwinan kerana Allah, di rumah Allah, mudah-mudahan diberkati Allah sehingga ke akhirnya. lagipun bila kita buat di masjid, tetamu kena ikut protokol pakai baju menutup aurat - sapa pakai terbelah2 ni memang pak guard/mak guard hulur jubah suruh tutup. pengantin pun sama, kena labuh serba-serbi dan pastikan pengantin perempuan tidak dalam haidh.
dari segi pemakaian dan percampuran lelaki-perempuan itu, kita sebagai penganjur majlis dah amal makruf nahi mungkar. kalau tidak, kita dikira 'tadah sekali' dosa2 orang yg berbuat maksiat dalam majlis kita.
TAPI....bab photoshoot sewaktu event - jangan sampai ditiadakan. hehehe. berdasarkan pengalaman sendiri, kalau bleh hire photographer yg bagus supaya kenangan perkahwinan itu dapat diulangtayang berkali2. kadang2 bila ada dugaan dalam perkahwinan, dan kita tengok balik majlis perkahwinan kita, kita rasa sejuk hati dan nyaman mengenangkan bahawa kita telah memulakan perkahwinan itu dengan begitu indah dan hanya keranaNya.
p/s: sy dulu nikah kat masjid putrajaya sebab memang tinggal di sana masa tu, bukan sebab nak grand :) ketika itu juga, belum ada lagi selebriti yg nikah di sana (sekadar menjelaskan bahawa sy bukan kawen ikut-ikutan)
p/s/s: jemputan sy dulu tak ramai, less than 500 - setakat saudara mara terdekat dan kawan2 parents serta jiran tetangga. kawan2 sy sendiri yg sy jemput tak sampai 20 orang - sebab syarat wajib buat kenduri kawen ialah seekor kambing (mengikut ustaz yg bagi ceramah kursus pra-perkahwinan). bila kita jemput ribu-ribu tu, bukan sahaja membebankan, malah mungkin mendatangkan riak - yg mana ini bukanlah ajaran Islam.
maaf, pakai ruang yg banyak di sini :)
sekadar berkongsi :)
Malis kahwin saya di kampung, tapi bukan di surau atau di masjid. Ada jugak pelamin n bersanding, ada jugak edisi ambil gambar kat pokok getah belakang rumah.(kot2 suatu hari nanti pokok getah dah tak ada, blh buat kenangan) Tapi jemputan tak ramai. Tak sampai 500 orang pun, cuma saudara mara dan kawan2 rapat sahaja.Semua secara sederhana tiada edisi peminjam bank. Pada saya buat kat masjid atau rumah yang pnting keserdehanaan(ini pun setiap org punya makna yg berbeza, sbb gol atasan dgn rakyat jelata tafsir kesederhanaan adalah berbeza). Saya setuju dgn MIO, buat di mna n sesederhana mana pastikan hire photographer yg bagus.-Sekadar kongsi
well said mio!
actually akak doa agar diberi kekuatan untuk buat apa yang perlu sahaja. kerja kawin tidak seharusnya membebankan mana-mana pihak. sampai ke saat ini akak rasa still tidak berbaloi untuk berhabisan untuk kenduri kawen. but then again, 'berhabisan' itu tentunya tidak sama antara akak dengan orang lain heheh.. almaklum akak bukan orang senang. jadi amat subjective disitu.
i've been wondering. apa kata orang gamaknya kalao akak buat kenduri lepas asar, jamu kuih muih dan meehoon saja ala2 hi tea hahahahhaah! sumpah orang ngata tujuh keturunan kan? kan? kan? :P
azrinna,
ye, itu adalah menginsafkan sebenarnya. apa yang penting kita takmo susahkan perkara2 wajib macam nikah kawin ni. tapi ye lah. bukan boleh puaskan hati semua pihak. jurugambar professional sekarang ni dah banyak. kengkawan pun boleh hire. jimat sket muahahahahahhaah! dasar cheapskate sungguh haku! :P
actually sy pun sebenarnya nak buat hi-tea jugak dulu! hahahaha.
tapi mak sy tegur,
"tetamu datang mesti nak makan nasik minyak, lauk pengantin"
sy kalau mak yg cakap, sy mesti ikut. sy tak pernah cakap TAK. sy kalah kalau dengan mak.
adik bongsu suami sy mahu ikut cadangan buat hi-tea (cuma taktaula sebab sekarang ni keje kapal duit masuk laju mungkin beliau perlu berfikir sekali lagi, takkan keje kapal gaji masuk ratus2 USD sehari jamu hi-tea aje?). manakala adik perempuan suami yg blum kawen nak buat sarapan pagi nasi lemak, tapi nasi lemak berlauk la ada sambal sotong ada rendang ayam ada paru goreng. ekekeke.
rasanya hajat hi-tea dan sarapan tu takkan kesampaian. nanti kita tengok apa kesudahan mereka :P
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan..hahaha. Ala kak, kalau ada, adalah..kalau tak ada pun, saya redha. Syurga kan lagi best!
Ya Allah advance nya Kau.. Aku baru Kat airport Kau dah sampai ke China.. For me, aku serah pada Allah je anak2 aku ni. Paling penting, aku doakan depa semua dijodohkan dengan org2 yang baik2..(tak macam aku)... The rest, majlis ke tak.. Wallahualam...aku tak kisah. ...:)
(btw aku pun sempoi2 jek, maklumla kawen ngan anak tunggal Yatim Piatu)...
hahaha mek! aku memang advance! ni baru pasal kenduri, belum masuk part calon menantu hahahahahahha!
yes yes! semoga zuriat keturunan kita dilindungi semuanya. amin ya rabbal alaminnnnnn.
:D
Post a Comment