Tuesday, April 1, 2014

facebook mania

masyaAllah,
takut gila masuk fesbuk sekarang ni.
 
ramainya manusia yang pandai dan memandai-mandai. aku rasa kat padang mahsyar sok, fesbuk akan jadi saksi tentang huduhnya perangai kita yang hampeh hampeh belaka. yang paling horror bila share status kebabom sambil tulis "...err.. tak sure betul ke tak news ni... just sharing". I mean, what the heck? how oblivious can you be? whatever it is that you are unsure of, if happens to be not true, but by the time you realised it, already affected a real living breathing person. lagi ramai orang sharing your clever posting, lagi ramai yang like, lagi ramai yang bagi comment pandai-pandai, makanya lagi ramai laaa orang yang akan tuntut hak masing2 kat mahsyar sok. no kidding.
 
dan jangan laaa rasa kita ni hebat sangat. sebab langsung tak hebat ok. stop being so judgemental. kalau kita rasa kita beriman, ingatlah hanya dengan izin Allah kita beriman. anak2 kita baik, hanya dengan izin Allah. suami kita baik, hanya dengan izin Allah. we can't choose our families background. jangan perasan yang kita ni bagus sebab kita rajin, baik, dedikasi, solat tak tinggal. sudah. sudah. hidayah semua tu kerja Allah. orang tak tutup aurat, takyah la pandang sinis. maybe hanya itu aje kekurangan dia. kita yang tutup aurat sempurna ni, hanya Allah yang tutup aib kita yang lain2 tu. so chill out. aku ni ingatkan aku jugak. yang banyak dosa bertimbun-timbun. celik2 mata je dah berdosa dengan Allah. daripada buang masa, meh scrutinize dosa diri kita dulu. kalaulah kita perasan dosa2 kecik yang kita dok buat seharian yang banyaknya bak buih dilautan, tobat kita tak hingin nak belek perangai orang lain. if only. sigh.
 
so now aku nak tukar. money is not the root of all evil. fesbuk is.

2 comments:

Suhaiza Sadri said...

betul tu. takut baca-baca spekulasi yg ada dalam FB. sy pun dh deactivated fb buat sementerara waktu. rasa macam bukak fb seperti mendengar fitnah2 yang tidak tahu kebenarannya.

knv said...

kannn... akak pun takut...

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger