Tuesday, April 20, 2010

chilli-buttered roast chicken

aku mintak maap bebanyak lah kalau blog aku ni takdak cerita lain selain makan, makan, makan, makan, makan, makan. muahahahahahahah! :P aku terasa sungguh gediks main masak2 nih. experimenting on recipes amatlah mengasyikan sekali. berbaloi la untuk aku yang anak ramai ni. ada macam2 selera. yang ni tak suka, yang tu suka. yang ni makan, yang tu tak makan. so takdelah semuanya yang tak sedap tu terbuang ke TS, tak gitu? :P

okeh aku memang berhajat nak buat roast chicken ngan nasi ayam je hari ni. pastu buat sup sikit untuk kuah. sudah senang cerita. teringan nak makan roast chicken yang bukan rosemary and thyme. apalagi terus la gugel. ingat nak buat yang hang punya TTM, yang ada letak mustard tu. tapi banyak lak barang yang takdak, so cancel. gugel punya gugel, terjumpa satu resipe senang NM. apalagi hafal resipe lebih kurang, terus pi dapur nak kerjakan ayam aku.

senang gile resipe ni, dan dari reviews website tu memang vedavess la rasa dia. tengok pun buleh leleh air liur. tapi idaklah berbaldi2 macam CIB kita. tak gitu? :P kah kah kah kah! dan memandangkan resipe dia senang banget, haruslah aku nak tepek sini so that kaum2 ibu yang M kat luar nun boleh jadik R.

sudahkan anda siapkan pen dan kertas? kah kah kah kah macam dengar rancangan masak kat radio la pulak :))

senang aje deknons. sila lihat gambar sahaja.


mula2 satukan dalam satu mangkuk: butter/margerine, cili blend, serbuk lada hitam, bawang putih (serbuk atau cincang), garam, mixed herbs (yang ni optional). panaskan sikit dalam microwave oven sampai butter lembut (bukan sampai cair). lepas tu mixkan semua agar sebati jadik paste.

lumur paste butter tu kat ayam. ratakan bawah kulit2 ayam tu. nanti kulit akan jadik crispy. pastu aku potong kentang dan bawang tabur atas tu. bakar dalam preheated oven 200degC selama lebih kurang 1 hour. halfway tu, keluarkan dari oven dan tuang segala mala minyak ayam tu keluar. guna minyak ni untuk buat nasik ayam.

ni bila dah siap masak. aku keluarkan bawang ngan kentang tu dan buat sup simple campur sayur.

haaaaa... ni close up sikit nih! tengok betapa crispynya kulit ayam tu? aku dah kabor! :P

pastu makan aje ngan nasik ayam gebus dan lembut dan buttery nih! fuhhh! :D

sup celery ngan kentang. sedap woo! :P

cili nasi ayam. :D

dan untuk adikku MIO, akak tak menunjuk ni tau, tapi berkongsi ajer... :P kah kah kah kah! sabau ajelah. MIO, akak kepingin tengok cekodok pisang hang. jangan risau, akak tak kutuk punya, cuma akan gelak kuat2 aje hahahahha! :P

selamat mencuba ibuk2 sekalian!

:D

21 comments:

IntanSham said...

kak non sampai hati panggil ai CIB.. sobsobbb *sambil kutip baldi2 yg bertaburan kat blkg umah kak non*

Tapi kannnn... ade ku kesahhhh?? mak ttp jugak nak tumpahkan saliva dpn blog kak non nih... kahkahkahhhhh

Fid said...

knv
nnt dah balik agaknya hang akan masak gini selalu tak??jakakakkaa

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

rasa nak nangis
saya tak eprnah masak gini marvellous utk keluarga saya
bestnya jadi anak kak ana..

nanti balik sini masak la sekali hat yg ni yaa
saya sudi tulung cuci pinggan langkuk..

hehe (bunyi desperate sungguh)

bAiTi said...

.. best ni, k. Ana! Boleh kasik cubak nih. Dapur saya tu asyik ulang tayang lauk sama je. Bosan, deh.. :p

knv said...

intan
janganlah kesah. i lap u maaa! baldi tu aku juai dah kat carboot. :P

fid
seriously? entah aku pun takleh nak agak. aku memang cemas nak balik ni weh! masih tak prepare mindset nih hahahah! yang penting kalo aku continue masak lagu nih mak aku pun haruslah ingat aku buang tebiat hahahah!

wa
ya allah takde menda yang mabeles dik oi. ni set nasi ayam aje. cuma ayam tu yang lain sikit hahaha.. resipi akak simple2 je. kalau tak simple itu under category menu insaf hahahha :P

tolong cuci pinggan? kat umah akak ke kat umah wa? tak koser taw! :D

baiti
memang best! cuba la buat. sungguh teruja dengan hasilnya. makan lak panas2 tu. nasi ayam camni akmal ngan aimie suka sangat. itulah akak pun bosan kalo menu sama je. itu yang asik2 dok gugel resipe hahahha :D

DNNA said...

*Tertinggal kapal terbang*

Kaknon, Intan - CIB tu apa???

Kaknon, NM tu gapo dia??

Haaaa, TS, M dan R saya tau ...*bangga* kah kah kah kah kah

Takpe Intan - Aku dah standby satu baldi baru ni haaa ... kekekeke ...

TopsyTurvyMum said...

DNNA..hang lupa satu lagi dia tulih..TTM..kecik ati mak tawww telah dilupai sedemikian rupaa...kahkahkahkah!

wah..wah k non! menasi ayam ..menchilli butter roast ciken dah dia skangg yerr??

sesungguhnya, mereka2 di dalam gambarajah tersebut betul2 telah mendera perasaanku.

yaaa..akan menjadi menu kami untuk hari ni. sekian :P

Min Aina Ila Aina said...

Kak, silalah tempekkan lebih2 banyak lagi resepi2 yang sesuai untuk org M, nak kumpul buat koleksi..heee...

Fid said...

knv
dulukan aku tempek resepi mi kari versi aku hang pernah kata renyaj tak mungkin hang buat tapikan apabila aku tgk masakan hang la ni
aku rasa hatta kalau sat lg hang rasa nak mkn dodol
hang akan kacau dodol kannn

ehhh hang tau halwa maskat dak???

mirah said...

pergh telan air liur tgh ayam tu..
makanya boleh tgk je lah dulu, hafal resepi je, oven nya takde pun kat rumah tu.. huhu..

Unknown said...

wowowowo.. sungguh fantastik menu kali ni, knv.

kena cuba jugak nih.

m-i-o said...

kahkahkah! TTM - sila dengar tu - knv telah menaikkan pangkatku daripada seorang tukang potong bawang kpd pembuat cekodok. auwwww. sgt bermotivasi rasanya :P

aiseh. knv telah mencabar diriku secara senyap ni. haruskah bukak satu blog berkonsep dapur supaya lebih berdaya saing? kahkahkah!

bau butter bercili tu terasa menyucuk-nyucuk. eh, mana baldi si CIB tadi? pinjam satu ya? :P

yg si cik fid ni semua resepi tradisi keluar - dodol la, halwa maskat la - haishhh - pregnant kaaa....? :P

seperti biasa, sy salin resepi dan tempek kat fridge. errr patutkah beli fridge yg lebih besar? tak muat pulak nk tempek resepi. kahkahkah!

DNNA said...

*nak menyibuk kejap, izinkan saya ye kaknon voks*

hehehehe ... psssttt m-i-o, mak nak pinjam idea bernas hang naaa...

Nak tepek resipi banyak2 kat fridge pastu pujuk che abang ytc beli fridge baru yang busat punya .... kah kah kah kah kah

Ealyie said...

Mencik ko Kak Non wehh.;p

knv said...

dnna (nama hang dian kan? kahkahkah lagi nak tanya!
eh ada je kapalterbang tu tunggu? tak tau ke sekarang banyak airport tutup pasal volcano eruption kat iceland? haa? tak baca sokkabor ke? *jegil mata* kah kah kah! panjang lak mukadimah.

oh ya, ini glossary yang hang tunggukan:-
CIB - cik** int** bal** :P ampunkan pateekkkkk cikguuuuu!

NM - na* mampu* kahkahkahkah brutal gile kan aku? :P

sila isi * dengan abjad yang sesuai!

ttm
nanti review la ok ke idak jadiknya. mana tau aku bawak ajaran sesat nih hahahha :P

Min Aina Ila Aina (apa nak panggil hang ni? punyalah panjang ID! :P)
insyaallah. kalau akak R. kah kah kah!

fid
nasib baik aku tak suka dodol! hahahaha! entahlah weh. aku rasa pasai dok kat tempat sejuk ni kot. tapi tengok la jugak. tak semua aku rajin pun. yang mudah2 je bagi kat aku. yang susah2 tu tunggu angin mai baru jalan. kesimpulannya, ajak laki hang keje obersea tempat sejuk. harus tiap2 nak masak je kerjanya ahhahaa...

mirah
a'ah beli aje oven yang kecik tu dik oi. akak kat msia pun beli yang cap jusco je. asal boleh masak ayam aku sudah! :P

zety
cuba jgn tak cuba. senang. dan sedap. dan boleh jamu satu family. :D

mio
aikkk? buat cekodok pun naik motivasi? kahkahkah! bagus betoi hang nih! alahh suka2 je. kalau masak jadik best baguslah tu. kalau jadik tak best, tunggu aje orang gelakkan! kah kah kah kah! hampeh tul haku!

dian
kalau nak komen atas komen ko kena bayar komisen kat akak. tak mahal harga member. £10 je. muahahahah! :P

ealyie
u venci ai? tapi ai lap u! :P

IntanSham said...

wakkakakaa...kak non mak tak marrrahhhhhh... mak lap u very strong tawww....:P

TopsyTurvyMum said...

kak non...

aku baru buat..menjadik ayam tu..sedapp weiiii..aku derhaka gi tambah mustard wakakaka!

nanti aku taynang..

TopsyTurvyMum said...

tayang laaa...bukan taynang..dah jadi bahasa siam pulok!

knv said...

intan
hah ni akak pun nak amik kain ni nak lap ko jugak hahahaha!

ttm
hah menjadik? tambah mustard eh? aku tingin gak nak tambah semalam tapi takut haru kang. sila tempek gambo aku nak tengok weh! next time aku add mustard.

ena said...

sedapnya kak... hadoiii meleleh air lior tauu

knv said...

ena
hah? apalagi? sila keluarkan segala periuk belanga. :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger