Wednesday, May 5, 2010

ayam percik west midland

hahahahha.. suka suka aku je nak bagi nama ek? okeh, resipe dia senang aje. tapi memang makan masa sikit. kalau masa suntuk, toksah berangan la letihkan diri. tapi kalau nak masak masa weekend untuk makan besar, untuk sanak saudara ke, memang sungguh dialu-alukan. rasa dia aku janji melotup. bolehlah kalau nak impress mak2 mertua yang tak sebulu tu.. kah kah kah! mulut takdak insuran memang gini. :P

okeh, terus kepada karangan bergambar.


mula2 blend sekali semua: kunyit, halia, lengkuas, serai, bawang putih, bawang merah, cili kering. blend sampai halus. masuk dalam kuali sekali dengan santan + asam keping. biarkan didih sekejap. (toksah campur air bebanyak. nanti kang lambat kering kuah dia.)

lepas tu masukkan chicken pieces. biar masak sambai sebati dengan kuah. perasakan dengan gula dan garam.

bila kuah dah naik minyak dan pekat sikit, boleh keluarkan ayam.

atur dalam baking tray. sebelum bakar curah kuah atas ayam. bakar la dalam 40-50 minit gitu. sampai ayam garing. aku guna 200degC.

haa.. ni rope ayam yang dah siap bakar.

aku buat sikit je. nak rasa dulu. ni first time aku cuba ayam percik from scratch. :D

kuah lebih tu boleh masak lagi sampai kering. serve sekali ngan ayam yang sudah dibakar.


Verdict: rasa dia memang melotup nyah oi! menjilat2 jari bila makan. nyesal lak aku buat sikit sangat. arina sorang je dah dua ketoi. takpe esok2 boleh buat lagi ni. as i said, resipe senang. tapi makan masa sikit nak masak kuah dulu pastu bakar lagi. tapi memang worth it. masa2 weekend korang buat lah. gerenti akan dipuji oleh seluruh pelusuk rakyat jelata.

:D

13 comments:

jua said...

ini sangat menguji iman. harus buat segera. btw, resepi mushroom soup kak non meletup. hingga ke hirupan terakhir. terima kasihlah banyak-banyak.

knv said...

jua
kalau hang buat ngan chefel, nanti tempek gambau ye? mesti lagik moist dari roast dalam oven kan? tapi harus ada gak effect burnt tu baru naik rasa percik dia. tapi memang agak kering yang akak punya ni. nasib baik sodap hihihi :P

mast@work said...

kak non, saya nanti kat jepun camne la gamaknya.. harap2 dapat serajin kak non.. vasss

knv said...

mast
hang kan pegi nak belajar. lain ngan akak. hang kena study first, masak second. :D

TopsyTurvyMum said...

aku plan nak ganti puasa lagi esok...

cam jadi menu aku jer esok nii:P

knv said...

ttm
buat la nyah. buat banyak2 sikit. puas hati takyah rebut2 ngan budak2 and pak budak hahahaha! :P

Sayang.Ibu said...

kak non, mil saya pernah buat ayam percik guna chefel saya, mmg malatopppp rasa dia kak sbb ayam tu moist gituuu.. tp tengok ksk non bako nih pun mcm best gak...

knv said...

intan
waahhh best banget tu. balik sok harus ku rembat chefel ni. sungguh banyak testimoni yang best2. errr.. jua, ko tak nak jual kat akak ke? hihihi.. kalo taknak jual kasik pree pun bulehhhh :P

sisdee said...

burrp...(cis sungguh kureng sopan) hahahhhah..

ku dah mbuat resepi ini hahahahhaahah...:p

tq :)

knv said...

sisdee
hahahahha! best tak? saya lupa la nak tulis pasal garam gula asam semua. hopefully menjadik sedap eh?

Ms Lola said...

akan dicuba KN.. akan dicuba.. berguna jugaklah chefel aku tu nanti.

knv said...

cuba ye? gerenti tak nyosal. mesti hang cium2 chefel tu sebab sedap sangat hahahah! :P

mirah said...

oh menarik ni, resepi pun simple ni. Boleh try nanti... hihi..

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger