Friday, April 30, 2010

raddlebarn school 3 comments

pagi tadi pi awal hantar budak2 sekolah. bila tengok takdak orang sangat, maka harus mak depa gediks nak amik gambo kan? it was a beautiful morning. matahari memancar2. i like. tapi gambar sikit2 aje. cukuplah buat halwa mata. :D

Dan pagi tadi jugak arina ada Nursery: Inspire Session. Kalau berminat nak tengok gambar banyak2, sila lah klik di bawah ini:-


(p/s: err.. ni entry yang ke-44. tihihihihi... habis pun april! :P)





my beautiful girls. i love you, bebeh! :D






Thursday, April 29, 2010

kuzi knv 16 comments

eh eh eh? rhyme la pulak. hihihihi :P aku tau la bukan aku yang cipta kuzi nih. tapinya ini style aku buat la ye? lain orang kan lain cara?

okeh, here goes. again, karangan bergambar adalah lebih efektif dalam mempelajari ilmu2 memasak ni. ecewahhh! :P tengok sudahlah labu.. :D

cengkih, kayu manis, pelaga, bunga lawang, asam keping.

gajus. aku roast sekejap dalam microwave biar garing.

rempah kuzi campur ngan air biar sebati.

blend bawang merah, bawang putih ngan halia.

raisin, kismis, sultana, apa2 ajelah. janji yang sewaktu dengannya :D

mula2 tumis bahan blend ngan pelaga semua. aku masuk sekali asam keping.

dah garing masukkan pulak rempah kuzi. tumis lagi sampai rempah agak garing.

masukkan ayam. kacau-kacau ayam biar sebati ngan paste. pastu aku masukkan kismis.

masukkan santan pekat. ikut korang la nak lebih atau kurang ye.

bila santan dah didih, aku masukkan tomato puree dalam satu sudu besar.

aku masukkan jugak chopped tomato untuk pekatkan kuah dia later.

buh sekali gajus tadi. kalau nak tambah air boleh la ikut suka. perasakan sekali gula dan garam.

bila dah didih, tutupkan dan perlahankan api. biar dia reneh dalam tu pelan2.

sampailah jadik gini. fuhhhh! bila dah sampai stage ni, air liur pun start merembes. sediakan baldi memasing. :P

close-up sikit. kuzi ni makan ngan roti pun sedap. nak2 bila re-heat tu daging tu jadik lembut banget.


so tunggu apalagi? takkan nak masak nasik pun aku nak suruh kot? :P

sekian entry ke 43 saya untuk bulan april ini. hoh hoh hoh! ada sesapa nak bangkang? :D

april 9 comments

hari ni dah 29 April 2010.

bila tengok archive april aku. mak aii? sudah 41 entry? kah kah kah! nampak sangat jiwa kacau kan?

baiklah. aku akan cuba kurangkan entry2 semak aku nih. kesian kat korang kena bacaaaa jugak apa aku tulis. hahahahha...

jangan serik mai sini naaa... nak jamu makan aku jauh sangat. jamu entry2 blog ajelah!

peace!

:D

breakfast this morning 7 comments

aku dok goreng coqkodoq kat dapur tadi, tetiba arina datang mai.

"mama i want nasi goreng. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeee!"

hish sabor ajelah. si aimie pulak dok mintak waffle. waffle ok la, memang dah ada dah. aku malas bebenor hari ni. cakap kat arina,

"err.. nasi goreng takdak la. nanti balik school mama buat ek? ina makan cekodok aje ye?"

hahahhaha.. aku malas! aku malas!

so ini ajelah kekdahnya breakfast pagi ni. aku takdak mood nak masak semenjak dua ni. almaklumlah. concentrate jadik insan kamil. *mode alim* err.. apa kena mengena insan kamil ngan masak? heeeeeeeeeeeee... :P

should my kids go to boarding school? 31 comments

mak aih! jauh betoi hang pikir kaknon. :D

but seriously, should they. or shouldn't they?

both me and my husband are the products of boarding schools. masing2 masuk asrama ketika usia sememeh 13 tahun. bila fikir2 balik, ya allah masih hingusan rupanya. thanks to my dad; yang 'membesarkan' aku untuk perasan lebih tua dari usia sebenar, akulah manusia yang amat terkinja-kinja untuk duduk diasrama ketika itu. memang mental lah. aku lebih rela tinggalkan the comfort of my own home untuk pergi menyeksa diri kat tempat jin bertendang itu? diusia 13 tahun? memang m.e.n.t.a.l. aku takdak alasan lain dah.

dan sekarang aku sebagai ibu, sanggupkah melepaskan anak2 tersayang diusia yang sama? i seriously have my own doubts and fears.

persoalannya, perlukah?

hebat sangatkah produk2 lepasan sekolah berasrama ini? tidak hebatkah produk2 sekolah biasa-biasa sahaja? aku rasa semua orang pun ada jawapan pro and cons masing2.

aku ingat lagi hari pertama di sekolah itu. Ogos 1989. perasaan terkinja-kinja, semangat waja, excited NM rupanya hanyalah mainan perasaan. aku kecundang malam pertama itu bila aku perasan yang aku rupa2nya mampus tak reti nak mengikat tali kelambu kat tiang katil besi yang macam dalam kem askar tu. jadi apa aku buat? aku menangis semahu2nya. hah! amik ko! ingat ko tu handal sangat nak menghadapi dunia tanpa ibu bapa? aku tetiba gelabah dan panik yang amat. ini baru tali kelambu. macamana pulak nak basuh baju? seterika baju? kemas katil? oiii! aku baru 13 tahun lah!! i'm not equipped to be here!! nangis lagi dan lagi. ada sesapa heran ko nangis memalam buta ni? ko tak perasan budak sebelah katil ko pun nangis jugak?

there u go. selepas malam pertama itu, maka bermula-lah hari2 dukacita aku di asrama. that life sucked, generally!

dan boleh tak aku nak protect anak2 aku dari semua pengalaman ngeri tu?

yes. yes. people say, whatever can't kill you will only make you stronger. in a way memang kehidupan di asrama buatkan anak2 lebih independent. lebih berdikari. lebih matured. lebih lebih lebih la. but i seriously didn't like the experience having to live so far away from my parents. cuba bayangkan. i was away since 13. aku hanya balik semasa cuti sekolah. and this went on for 5 fu*king years! God knew how i missed my family like hell. i was literally in hell. aku ingat sampai sekarang macamana dalam senyap2 aku nangis semahunya sambil cium-cium handkerchief yang ada bau mak aku. it was S.A.D, ok? kalau ingat2 balik memang boleh menitik air mata aku even sampai sekarang ni.

so i don't really need independent and matured kids at the age of 13 if that means they gonna have nightmares for the rest of their life. because i still do, every now and then. and oh, how i hated the feeling!

tu sebab, aku macam ada sikit amnesia bila fikir pasal sekolah itu. macam mental block. entah kenapa aku lebih ingat benda2 yang tidak seronok dari yang seronok. tipulah kalau aku cakap langsung tak seronok duduk asrama selama 5 tahun tu kan? again, entah kenapa aku takleh pikir spesifik moment yang boleh aku treasure sampai sekarang. (err.. melainkan pasal kebuayaan aku la kan? muahahhaha! :P)

dan lagi, persoalan hebat sangat ke produk2 asrama penuh ni? errr.. sebenarnya, truthfully speaking, IMHO takdak beza dengan budak sekolah biasa pun. pasai, aku punya ramai member yang langsung tidak masuk asrama tapi amatlah berjaya dan mantap dari segi rohani dan jasmani. bagus2 belaka. dan aku jeles dengan korang semua. (korang tau la sapa korang :P) you get to be with your loved ones, and still turn out great in life. i think that's definitely an easier way of doing it. yep, memang takdak beza produk asrama atau bukan. ada je dok asrama pun last2 jadik tong sampah jugak, tak gitu? (ini rentetan entry semalam hahahah!)

so apa bagus sangat duduk asrama nih? orang tak duduk asrama pun boleh aje nak jadi independent, matured, berjaya dalam pelajaran, bijak berkomunikasi, bla, bla, bla. so apa bezanya? entah aku pun tak tau.

cuma satu plus point untuk aku yang agak memberi kesan sehingga sekarang; i love how the school developed my spiritual side. ya.. itu memang mengesankan. aku belajar banyak benda2 yang mungkin susah jugak nak diamalkan kalau aku duduk rumah kot. aku suka dapat pengalaman solat jemaah 5 waktu. merasa qiaimullail. bangun tetengah malam untuk solat hajat dan berdoa kat Allah. banyak dengar usrah, ceramah agama. solat tarawikh tak tinggal. yep, i definitely give 10 points for that. alangkan buat perkara baik 40 hari berturut2 pun akan meninggalkan kesan mendalam pada diri, apetah lagi 5 tahun kan? heeee... 5 tahun yea? macam tak percaya!

so should my kids go to boarding school? as for now. i don't want them to.

:D

Wednesday, April 28, 2010

orang berjiwa lembut dilarang baca entry ni 29 comments

engkau kan, engkau kan, sengaja carik pasal dengan aku kan? selama ni aku buat bodoh aje segala kekejian kau kat aku, tau? tapi kali ni memang kau sudah melampau. kau memang tak puas hati selagi tak kena maki ngan aku, kan?

aku serius malas nak layan kebodohan kau selama ni. bukan apa, mak aku cakap. kalau layan orang bodoh, nanti aku pun bodoh. tapi..... bila kau dah pijak kepala aku macam ni, maka memang selayaknyalah ko dapat maki-makian sahaja dari aku.

kau kutuk aku ok lagi beb, tapi kenapa kena kutuk aku kat rumah orang, depan ramai orang? memang cilakak tau? ada ke aku kacau hidup kau selama ni? aku taulah kau tu pelik. perasan bagus. berlagak. sampai takde orang nak kawan ngan kau. dah ketahuilah aku pun antara manusia2 yang tak sudi dan tak hingin nak kawan dengan kau sehingga akhir nyawa tau? jadi sila berambus dari hidup aku. aku tak perlukan 'nasihat2' bodoh kau to. please just go to hell, and stay there for eternity. baiklah kau sembang aje dengan syaitan2 yang direjam tu. barulah at par dengan kebijaksanaan kau yang mengerikan tu.

ingat ye. sekali lagi ko langkah masuk territory aku, siaplah aku declare war against kau, manusia yang kurang akal. kesian sungguh kat ngko ni. kengkonon perasan hebat, engkaulah yang paling best sekali dalam dunia, tak gitu? oh go to hell. aku kesian kerajaan malaysia kerana amik ngko untuk jadi anggota elit depa. you are a disgrace to the system, ko tau? aku pun tak taulah bomoh mana ko pakai masa dapat kerja tu. mesti menyesal bos kau kan?

dan kau tau tak apa yang paling sadis? ko sikitpun tak tau yang ko tu bahlul kan? haa.. ni aku bagitau lah ni. aku tak sempat nak bagitau awal2 pasal aku segan kat tuan rumah tu. kata ko kutuk aku kat rumah orang kan? jadi aku sabarrrrrr... sabarrrrr bebanyak. semoga lepas aku maki ko kat blog aku ni, aku dah boleh disconnected dari cas2 negatif yang bermaharajalela dalam pala hotak aku nih. and no thanks to you lah, samdol.

sekian. aku nak kembali jadi insan kamil.

(p/s: kau memang bagus. bagus jadik tong sampah aje.)

Tuesday, April 27, 2010

have you read this? (from email) 15 comments

aku rasa rata2 orang pun mungkin dah baca kot this excerpt. this is my second time reading it. so i thought i'd just record it here in my blog. since the last correspondent was quite intellectual in dealing with this kind of shmuck (i'm referring to the interviewer who replied the said entry).

(thanks to ladynoe. aku cilok dari blog dia pun.)

***********************************

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju
kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni...

-------------------------------------------------------------------------

Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we’all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab
u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

chill……….

-------------------------------------------------------------------------

"Farshia Arissa said,

September 4, 2009 @ 3:39 am

I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to
say here, cause you see, I’m not Islamic.. but I am proud to be a Muslim.

To Miss A’ha, let me tell you something. Saya dibesarkan di US sehingga
umur saya 18 tahun, dan pulang ke Malaysia 6 tahun lepas. So as you can
expect, I have a Western upbringing. Bila balik ke Malaysia , I continue my
life here as a Muslim and a Malay as how I was taught when I was in US.

Here, I have seen so many Westerners-wanna-bes like you… and trust me,
eventhough you think you’re all hyped up with your hedonist life, you’re
nothing but a toy to your company. Do you really think you have all the
potential just because you have all the “qualifications” to entertain your
clients in clubs? Darling, you’re a just a cheap bait that allowed yourself
to be exploited in such a way. Btw, if you’re reading this, I hope you’re
able to comprehend me since I noticed most “sorority-like” chicas like you
in Malaysia just ACT like the whites, but speak funny English.

It’s crystal clear to me that you’re suffering from a major culture shock,
and you need serious help. Trust me, Malaysians, the Malays particularly,
look awful in skimpy outfits no matter how you tried to pull them off.
Nampak macam Philippine hookers. This is actually agreed by many. You can
try to bleach your skin, colour your hair etc, but in the end, you’re still
an Asian like all those people in tudung that you called mak nenek or
kampung.

You kata orang lain kolot? Hahaha that’s the funniest part, I shall say.
Judging from the way you reacted to this post, well honey, let’s admit it,
you pun sama kolot jugak. Whoever said people that wear tudung can’t make
it? Siapa still guna “becoz” lagi zaman 2009 ni? Are you still stuck in the
90’s? And ‘chill’?? You still use ‘chill’ too??

I juga bertudung and at the age of 24, I’m already an executive in a very
established insurance company in Malaysia . No one seems to have a problem
with the way I dress, and the fact that I wear baju kurung sometimes. Not
even the non-muslims. So kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam yang
lain for carrying her duty as a Muslim, I suggest you cermin la diri tu and
do some serious deep thinking. Siapa yang kolot sebeanrnya?

I think you should come out from your own little world, open your mind a
tiny wee bit, and realized that there are other ways for people to succeed
in life rather than wearing slutty attires to entertain clients in
karaokes, clubbing, etc.. Newsflash, orang macam you memang biasa digunakan
oleh orang2 atasan company you untuk jadi umpan jaga client. They don’t see
your potential, they see what’s beneath your skirt. I’m not making this up.
I tau sebab I pun banyak client that own companies. Diorang CEO, so they
tell me stuff. I hope I gave you some insight of who you really are now.

************************************

korang ada experience gini? aku pernah sekali masa sibuk cari kerja lepas grad dulu. masa interview si bahlol tu tak cakap apa pun. tapi aku perasan memang bila aku masuk je kilang tu, memang takde langsung orang pakai tudung. tapi aku pedulik hapa kan? orang pandang semacam je kat aku masa tu. haruslah aku buat derk, kan?

dan aku memang berjayalah interview tu. tapi yang paling sadis, masa first day kerja masuk2 lapur diri je terus si menejer jahanam tu mintak aku masuk bilik dia. heeee.. aku memang tak boleh lupa la muka setan dia tu. dia cakap lembut2 je. dia tanya aku boleh tak aku bukak tudung kalau kerja situ? apakah?

korang bayangkan, dah la kerja kilang. aku nak kena kerja ngan mesin. yang ko sibuk pasal aku pakai tudung aphal? dia bagi alasan takut tudung aku sangkut kat mesin. kepala bapak hang!

apa2pun, jam2 tu jugak aku cabut angkat kaki. with the last of my dignity left aku cakap "i can't work here. i can't not-wear my tudung." and you mister, can go to the deepest of hell. ko ingat kalau aku tak kerja sini aku kebuluq?

ni kisahnya about 10 years ago kat kilang seksyen 27 shah alam. aku lupa nama kilang jepun lahanat tu. tapi aku takkan lupa hari tu. aku balik bawak kereta sambil menangis sungguh2. nasib baik tak accident. that would be my first job, if it went through. patutlah semua minah2 operator kilang tu pandang semacam kat aku masa aku masuk situ. and i was to be anengineer for goodness sake! bukannya kerja kat reception jumpa orang most of the time!

wahhh! sungguh emosi kaknon. sorry korang. tetiba kenangan lama kembali semula setelah baca email kat atas tu.

terima kasih. kalau dapat baca sampai habis. :D

mak conpius nyah! - updated 37 comments

lupa, untuk menjawab soalan ini, sila perhatikan gambarrajah dua spesis seperti dibawah. sila jawab tidak lebih dari 360 patah perkataan. :P

♫♪lalala..♫lallalala♪♫ ish mana pulak member sekampung aku si CIB* nih? kata nak jumpa kat sini makan rumput sama-sama? hish!


apa pandang2? nak kena tendang? hoh!

*tiada kena mengena antara hidup dan matey :P


*********************
okeh,
korang jangan gugel2 atau tanya cik wiki lak yea.

sila reply dengan hanya ilmu yang ada didada. :P kalau tak, tak aci kumari yea. (kah kah kah!)

sapa tau beza antara:-

mutton, lamb ngan kambing.

kat pasar malaysia banyak jual yang mana satu? sapa pernah masak kari kambing? sapa pernah masak kari mutton? sapa pernah masak kari lamb?

MIO hang harus terrer jawab nih. kata ada lagi seperiuk kari kambing kan? aku se-family tak pernah masak pun jenis2 ni. tu lah. kat sini kan banyak gile kambing2 ni. bila tanya orang2 kat sini, aku ter-surprised bila aku dapat tau, yang pengetahuan aku tentang lamb dan mutton selama 30 tahun ini rupanya amat salah dan takleh pakai sekali hahahahha!

wokeh, sila bagi pendapat memasing2! sesapa jawab yang best2 aku masakkan lamb kuzi bagi korang semangkuk. tapi kena datang amik kat umah aku, boleh?

ti hi hi hi hi...

:D

(p/s: aku kata kan jangan google? j.a.n.g.a.n g.o.o.g.l.e! degil ek?)

orang berbudi kita berbahasa 22 comments

wah wah wah.. sungguh SATU MALAYSIA tajuk entry aku nih hahahha :P anyway ni aku nak kongsi satu lagi trait istimewa family2 melayu kat Birmingham ni (especially komuniti dari Selly Oak dan Aston).

aku baru je perasan early this month tentang aktiviti gotong royong memasak untuk ibu2 yang baru melahirkan baby mereka. korang tau apa yang depa buat? once dapat berita aje ada mommy yang deliver baby, persatuan akan terus draw up list/form memasak untuk tempoh dua minggu dari hari delivery tu. form ini akan diedarkan ke seluruh komuniti melayu yang berdaftar untuk mintak volunteer memasak untuk family mommy tu. masing2 boleh pilih slot hari apa yang sesuai untuk depa. dan takdak paksaan pun. masing2 boleh pilih hari yang sesuai untuk depa masak. contoh aku amik hari selasa. rumah sebelah amik hari rabu. etc. setiap hari akan ada stok makanan dihantar ke rumah mommy tadi untuk dia dan jugak anak2nya.

kool kan?

benda ni dah jadi macam tradisi kat sini. maknanya pasal makan, family tu takyah la nak risau2. hanya kena uruskan anak2 dan baby yang baru lahir je. sesungguhnya amatlah membantu to reduce the stress level in the household. almaklumlah, mak bapak jauh. yang boleh diharap hanya kepada jiran2. so for two weeks sampai mommy tu dah cukup sihat tubuh badan, food will be catered by somebody else.

i seriously love the tradition.

yang ringan sama dijinjing. yang berat sama dipikul.

dan aku berbangga menjadi sebahagian dari mereka. (jadi kalau korang nak rasa masakan aku, sila mai sini dan duduk sebelah rumah aku. pastu hangpa beranak aku masakkan untuk hangpa ek? ailebiu bebeh! :P)

:D

carboot 17 comments





untuk mama yang voks :P

breakfast today 5 comments

capati and kari sardin (takleh celen la kari kambing kat rumah orang tu kan? :P)



Monday, April 26, 2010

terima kasih.. 7 comments

..di atas ingatan untuk jiwa kacauku. :)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)

dan berbahagialah;

“Sesiapa di antara kamu yang merasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani di dalam Silsilah Hadis ash-Shahihah)

apakah sebenarnya yang dicari? sedangkan diri sudah aman, sihat tubuh badan dan amat cukup makan. ertinya sudah diberi semua kenikmatan dunia. bukankah begitu? apakah masih tercari2 sesuatu yang tidak perlu dicari? kenapa begitu bersusah payah untuk mengejar sesuatu yang tidak perlu dikejar? kenapa masih meninggalkan apa yang tidak patut ditinggalkan? kenapa begitu sukar untuk memilih keutamaan sedangkan yang hitam dan putih itu sudah cukup nyata?

أستغفر الله العظيم

i look, i see 5 comments

i bought this in malaysia, just before we leave for Birmingham. 9 lagu nasyid in english. highly recommended. anak2 aku suka sangat cd nih. dok putaq2 sampai lenguh player tu hihihi! :P memang sungguh talented itu Yusof Islam. buku lirik dia pun very the colourful. suka aku nengok. bukan sahaja sesuai untuk anak2, tapi jugak untuk makpak anak. :D

again, highly recommended. insyaallah ada keberkatannya.



(source: http://www.mountainoflight.co.uk/products_ilis.html)
I Look, I See

‘I Look I See' contains nine lively and inspirational songs for children.
With short teaching inserts between songs it is a new and melodic approach to helping children learn the beauty of Creation, good morals and love for God and His final messenger Muhammad (peace be upon him).

Yusuf Islam sings the title song and is accompanied by his young friends from South Africa and Britain , including Zain Bhikha's 9 year old son Rasheed who features on many of the tracks.

Track Listings:
1. I Look I See
2. Al-Khaliq
3. Allahu Allah
4. Bismillah (I am a Muslim)
5. Months in Islam (Extended)
6. Sing Children Of The World
7. Our Guide Is The Qur'an
8. Your Mother (lagu yang bisa melelehkan air mata)
9. Tala'a Al-Badru 'Alayna

Saturday, April 24, 2010

hari sabtu yang produktif 6 comments

Sekolah Malaysia Birmingham

uihhh.. divanya anak dara nih! kengkonon voks la posing tutup sebelah mata tu hahahah.. :P
buat dalam masjid je. jimat kos. aimie aisyah kat belakang tu.


mosque and muslim community centre, Aston.


Groceries at Wing Yip, Kedai Asian china besau kat Aston (dekat ngan masjid tadi)

besau gilerr dalam dia nih. sayuppppp mata memandang! :D orang sekitar birmingham pun selalu datang singgah sini. dari coventry, etc.


apa? ingat kat msia aje ada cili sos lingham nih? kemsalam! :P
haa.. ni kicap wajib kat rumah. adabiiiiiii..... :D
kart's pun banyak. segala macam pau, roti canai, capati..


ko tengok bawang goreng tu? sebesau2 bekas dia letak. macam nak buat kenduri kawin! :P
meehoon kebiasaan kebanggaan kami sekeluarga.. :D
mee instant yang dicurigai kehalalannya :P eh yang indo mee goreng tu halal. indonesia mari.
kopok udang ala2 rota. memang tak jumpa kat tempat lain nih! :P
haaa.. mee ho liao dari malaysia. ini ajelah yang kami beli selalu. maggie mee dulu ada tapi depa tak amik dah la ni.
serai. fresh2. segar2. aku suspek depa tanam belakang kilang hahahha :P
bawang kecik merah. eksklusif ni. kat tempat lain susah nak dapat. yang sebelah tu daun ketumbar kalau tak salah.
hah! pinggan mangkuk pun ado! :P
tetiba terbau wangi mata kuching. bestnyaaa.. ni baru sampai kot. aku tak nampak lak dulu2.
garlic and ginger.
cili padi. kat sini murah la banding ngan asda, tesco semua.
lengkuas pun ada. sebelah tu limau nipis. mahal gile sekilo!
ternampak lak tauhu halal ni. yang lain2 tu tak berani nak cuba.
haaa.. selection kek2 depa. pandang ajelah. ala2 kembang tekak jugak nak beli tu hahahah :P
kedai pakcik wing yip :P


Sessi bermain di taman.













Sessi Bermain Air di Belakang Rumah
Ni actually air tak penuh lagi. Lembik je kolam tu. Tapi depa tak sabaq nak jerlum dalam tu hah! main ajelah.. :P




haa.. kan aku dah kata?

memang produktif hari sabtu nih!

:D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger