Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, October 7, 2011

jakun email :P 7 comments


From: ana miraa ana_miraa@yahoo.com
To: Anuar Pawan ; "aimie280803@yahoo.com" ; "aisyah280803@yahoo.com" ; "akmal160701@yahoo.com" akmal160701@yahoo.com
Cc: Ana Mira Mohd Yusof ana_miraa@yahoo.com

Sent: Friday, October 7, 2011 11:11 AM
Subject: Plan for Tommorow

Dear All ,
this is the schedule for tomorrow, IF all in agreement:

5.30 - Shower, prepare for solat Subuh jemaah at Surau
5.45 - Surau for Solat Subah and Kuliah Subuh
7.00 - Prepare to go out
8.00 - Breakfast outdoor
9.00 - Arina's school - Bacathon Carnival
11.00 - Search for Akmal's new beg sekolah

Thanks and regards,
Mommy aka Wifey

p/s: please confirm your attendance by replying to this email ASAP!
p/s2: can you please inform Arina as well since she does not has email. tq!

:P :P :P


Tuesday, September 6, 2011

2nd September 2000 14 comments


was our wedding day.




so it's 11 years now. us. :D




tapi aku lupa NM! buleh? :P




drive pi kerja hari ni, tetiba teringat pulak the wedding anniversary. heheh! saborrr je lah kaknon!




hadiah? takde hadiah apa2. not proud of it but we are just not that kind of couple yang really into celebration of these sorts. kalau sempat celebrate lah kalau tak sempat a.k.a lupa maka it just remains a date. haru sungguh hahah!




anyway. untuk suamiku yang kadangkala ku lupa tempatku disisimu dan tempatmu disisiku; semoga jodoh ini berkekalan hingga ke syurga. semoga Allah bagi kita kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab didunia ini dengan penuh redha dan tawakal. semoga Allah bagi kita kebahagiaan dunia akhirat. semoga dipertingkatkan iman dan taqwa kita. semoga kita dapat mendidik anak2 jadi manusia soleh dan solehah yang boleh doakan kita diakhirat esok.




i love you, suamiku.




Saturday, May 21, 2011

the happenings 12 comments


1. kejadian tanah runtuh hulu langat. semasa aku tulis ni, confirmed 2 orang anak2 telah arwah. i bet they're already in heaven now, re-united with the moms or dads. al-fatihah untuk mereka. kita yang tinggal ni tak tau macamana lagi nasibnya kelak.

2. been quite 'exciting' weeks for me. laki aku tiga minggu outstation. so hal anak2, terpaksalah dipikul diatas batu jemala patik ni saja. aku agak hairan pasal apa aku rasa exhausted sesangat bila laki aku takdak. padahal kalau dia ada pun, aku jugak yang do most of the stuff kat rumah. but somehow, aku tetap terasa macam patah tangan sikit semenjak dia takde. and i surprised myself by missing him so much now. macam ada rasa lawang dalam jiwa. begitukah rasanya kalau your other half's gone? then he is indeed the other half. (eh eh baru perasan ke? :P)

3. dan kami sekarang dalam proses membeli dan menjual harta-harta saddiq segaraga yang berada didalam dan diluar negara. :P jadi amat letih meng'entertain' buyer dari rumah ke rumah. real estate is an exhausting job, no matter how exciting. i better stuck to selling tong sampah then hahaha. tetiba terasa bertambah letih teringatkan tong sampah.

4. out of the blue, the company offer me 'partnership'. gilos! but i have to buy the equities. mana aku nak cekau cash ratus ribu boss oiii! pinjam kat engkau dulu boleh? yes yes. indeed exciting. concern aku hanya satu, bolehkah i manage being an 'owner' instead of just a worker? subhanallah rasa tak tertanggung beban dibahu ni. i'm no superworker. nothing near a good salesperson. boleh ke aku deliver tanggungjawab besau tu? honestly, i'm scared like hell. dan serabut. dan serabut. dan serabut. they need me to make up my mind fast. and i'm scared. hell.

5. workwise, ni tengah serabut rush out for 8 tenders simulataneously. macam2 hal. aku doa semoga anak2 buah aku competent la hendaknya buat kerja masing2. semalam aku ke sabah untuk presentation ke client. next week mungkin kena turun tawau pulak for the site visits. letih toksah cakap la.

6. dan insyaallah, 1-4 june, aku akan fly off to join my husband. without the kids! strangely, for the very first time, i am really looking forward to be with him without the kids. yep, aku pi sorang je. kebetulan cuti sekolah, maka dengan happynya aku tinggalkan budak2 ngan makayah. serious. i need this vacation. the exhaustion practically crawling under my skin. nak komplen banyak2 pun tak guna jugak. so there, we are honeymooning just the two of us, for the very first time since 11 years ago. dulu? takdak. :P

ok that the bits and pieces here and there.

semoga usaha2 kita semuanya diberkati. semoga ibu/bapa arwah anak2 yatim yang terkorban di hulu langat redha dengan ketentuan allah. nanti anak2 itulah yang akan tunggu mereka dipintu syurga. amin.

Friday, April 29, 2011

these small hours will remain 3 comments


i feel like lewis today! :D

petang tadi hantar mak pegi lcct. dia ada rombongan cik kiah ke pekanbaru, palembang. ada sedara mara yang hendak dilawat.

dalam kereta aku hulur duit sikit kat mak, the usual monthly allocation.

"alhamdulillahhhhhh...." sahut mak.

entah kenapa aku nampak mak happy bebenor sambil cium-cium duit tu. dan terus ada rasa menyelinap dalam hati. happy dapat happykan mak.

yep. these small hours will remain forever.

i love u, mak.

:)



Our lives are made
In these small hours
These little wonders
These twists and turns of fate
Time falls away
But these small hours
These small hours
Still remain

Wednesday, April 27, 2011

apsal ai dah tak sempat tengok tv! 19 comments


Aku biasanya punched-out around 5.30pm (kalau tak outstation dan takdak appointment ngan client). lepas tu terus berdesup masuk highway NKVE to bukit raja. By 6pm, biasanya aku dah sampai depan tasik seksyen 7. By hook or by crook aku akan memaksa(kan) diri jalan satu round tasik besau tu. Aku jalan slow2 jek, so makan dalam 15-20 minit la jugak. Aku bantai je pakai baju kerja, just tukar walking shoes. Bawak handbag lagi muahahahhah! Belasahlah. Aku tak sempat la nak pi tukar track suit semua. Yang penting dapat jalan situ dalam satu round. Cukuplah bagi aku activity for the day.

Done with that, maka aku terus balik rumah. Rumah aku ngan tasik tu around 5 minit je, so biasanya dalam 6.30pm dah sampai rumah. Masa ni kecoh la mandi solat asar semua. Pastu pi hambat anak2 mandi pulak. Aku cuba pastikan kami dinner sebelum maghrib, so that lepas solat maghrib boleh terus proceed with the kids homework.

Dalam pukul 8pm, dah ready to start with their homeworks. Inilah masa2 yang mencemaskan. Inilah jugak masanya aku ngan laki aku bertukar2 profession jadi cikgu maths, cikgu bm, cikgu bi, cikgu pendidikan seni, bahasa arab, tauhid, fekah, khat dan yang seumpama dengannya. Akmal would have double homework since his kumon class started few months ago. Untuk aisyah, I can depend on her to tend to her works. Really independent, that girl. So biasanya aku akan focus banyak pada Akmal dan Aimie. Aimie ni jenis malas nak berusaha lebih. Malas nak susah payah. Dia main buat je ikut pandai dia. So memang nak kena check kerja dia satu2. Kalau tak check kang dia banyak merapu meraban, especially tang BM ngan jawi semua tu. Akmal pulak, Alhamdulillah getting better. Cuma part karangan2 tu memang nak kena tengok jugak jugak. Buat ayat semua tu masih lemah. But improving each day so far. Arina pulak can be independent and annoying simultaneously. Dia suka buat kerja yang bukan kerja dia, pastu dok suruh aku ajar benda yang susah2 yang kakak ngan abang dia buat. Kalau aku free aku layan la, kalau aku tak free memang sia2 la kena halau muahahahah!

Sebenarnya pukul 8-10pm on weekdays ni betul2 men-draining kan tenaga. Kalau laki aku balik awal, aku pass the baton to him. So aisyah dengan aimie would be under his care. Aku concentrate akmal dengan arina je. Kalau laki aku takdak, outstation ke apa ke, memang letihhhhhhh weh! Deal dengan budak2 biasa la kan. Memang nak kena sabar banyak banyak banyak banyak. Aku ni dahlah takleh tolerate kalau depa slow2 buat kerja. Haruslah nak menengking je kerjanya. Kesian lak kata anak2. Sekarang ni memang aku cuba sangat2 untuk tak cepat2 marah. Istighfar banyak2. Aku dok ingat aku letih, yang bebudak tu pun lagi letih aku tak tau. Kesian kat depa.

Ok so buat homework ni can go on until 10pm. Kalau terbabas pun aimie je selalunya sampai 10.30 gitu. Si aimie ni agak happy go lucky. Selamba je. Buat kerja ikut phase dia sendiri a.k.a terhegeh hegeh muahahhaha! :P

Dan adalah kelegaan paling besarrr bila the kids dah siap2 kemas buku for tomorrow class. Kalau depa habis awal, aku allow depa tengok tv sampai pukul sepuluh. Tapi selalunya memang tak sempat. So memang terus naik atas to solat and get ready for bed.

Solat maghrib dan isyak juga selalunya berjemaah. Maghrib aku jadik imam, isyak laki aku jadi imam. Solat ni pun amik masa lama jugak pasal nak tunggu masing2 amik wuduk, pakai telekong etc. ya allah memang menguji kesabaran sungguh. Part2 tunggu nak solat Jemaah ni memang laki aku amat sabarrrrrrr sekali. So I pass this particular baton to him mostly.

Dan by 11pm, seriously mata aku takleh nak bukak dah. Total shut down. Kalau aku minum kopi lebih sikit hari tu, sempat jugak lah aku nak baca buku sikit sebelum tidur. Itu pun dok menguap2 patpuloh kali seminit kot hahahahha.

Dan disini perlu aku nyatakan yang aku bersyukur pasal aku tak perlu nak fikir pasal nak masak2, nak kemas2, sapu2, lap2 semua. Disinilah aku rasa ada pembantu rumah, ada mak ayah tinggal sekali, amat berbaloi2. Kalau semua benda aku nak kena buat, harus aku naik hantu tiap2 hari. dan kepada ibu2 yang harus buat semua itu, aku memang doakan yang terbaik untuk korang semua. Sabar banyak2, dan redha dengan apa yang Allah peruntukan untuk kita. Honestly, I CAN’T be a mommy, wifey, worker and housewife all at the same time. I just refused to do that.

Jadi inilah kisah weekday aku. So bila weekends, akulah manusia paling happy sekali. finally boleh bernafas sikit. Yes yes the kids too. :D

So, what’s your story? :)

Sunday, April 24, 2011

habuan pesta buku kl 10 comments


went to klibf pwtc pagi tadi. tapi tak dok lama pun. kowserrrr aku orang ramai nm kat situ. tak tawaf habis2 pun orang dok bersesak2. lepas dapat buku2 yang aku nak, buku2 budak, terus keluar.

untuk the kids, banyak aku beli buku bm. kata nak mempertajamkan bahasa kebangsaan gitu. :D

ok, kalau belum pi, boleh le drop by pwtc. aku recommend datang weekday hahahah! harus aman damaiiiiii. :D












Thursday, April 7, 2011

morning report! 14 comments


Morning routine aku samada akan buat aku rasa kelat; atau happy; masa sampai opis. Depends on perkara2 berbangkit subuh2 itu :P.

I always aimed to wake at 5.30am. tapi selalunya terbabas sampai 5.45am. kalau bangun awal dan siap mandi awal, sebelum azan subuh aku layan al-matsurat sikit. Takpun baca quran sikit. Takpun solat sunat sikit. Tengoklah mood dan masa. In between ni laki aku pun bangun pasal nak kejar bilik air. Kang lambat kang memang takleh masuk la dah budak2 dok conquer bilik air kan.

Lepas solat subuh, aku start kejut aisyah. She would always be the first to go shower dan bersiap2. Ada sedikit kiasu disitu. Aisyah apparently the perfectionist kind. Takleh lambat2. Takleh panic2. Dia akan susun hidup dia secara teratur. (very unlike me :P). masa aisyah mandi, aku akan kejut aimie pulak untuk mandi kat bilik air lagi satu. Aimie si periang ini akan ambil masa lamaaaaaaaaaaaaaaaaa untuk mandi sampai satu rumah boleh hangin dengan dia. Tapi being aimie, ada aku kesahhhh? Gitulah gamaknya.

Masa depa mandi ni barulah aku keluarkan semua baju2 uniform designated for that particular day. Arina ada 3 jenis uniform lain2 untuk hari lain. Aisyah, aimie and akmal pulak alternate between PE dengan hari2 biasa. Tudung pun asing2 juga. Underwear, stoking. Semua aku susun elok2 letak atas tilam.

Lepas aimie aisyah selesai, aku kejut akmal ngan arina pulak. Akmal jenis mandi p.ramlee. tak sempat aku nak kata apa dah siapppppp dah. Heran bin ajaib. Masa ni memang kalut la pasal masing2 dok pakai uniform sendiri2. Ya allah lembab hokayyy?? Aku selalu tak sabar tengok depa terkial2 nak sikat rambutnya, sarung kainnya, sarung bajunya, tudungnya, etc etc. jadi memang aku tolong pakaikan depa biaq cepat sikit.

Lepas siap akmal aimie aisyah akan solat subuh. Akmal jadi imam. Aku jadi tok guru kat belakang monitor solat depa. Dalam masa yang sama si arina siap mandi. Lagi nak tergolek2 atas katil. Terus aku pakaikan baju dia cecepat. Bila semua orang dah siap tu by then selalunya lagi sepuluh minit nak pukul 7. Aku ada masa 10 minit je nak bersiap2. Pukul 7 dah kena keluar hantar bebudak.

Laki aku biasanya around 6.30 dah keluar dah. Opis jalan sultan salahudin kl nun. Kalau lambat kang jawabnya berjanggut la jem.

10 minit untuk bersiap-siap tu, aku tepek2 apa yang patut, sarung tudung sarung seluar pastu zasssssssss dengan pantasnya turun bawah. Masa ni bebudak sarapan sikit milo ngan roti je gitu. Semuanya instant.

Pastu kelam kabut pulak pakai kasut hanggut beg masuk dalam keta. Berdesup pi sekolah aisyah aimie akmal. Pastu berdesup lak pegi hantar arina pre-school. Pastu alternate days berdesup lak hantar mak aku pergi kuliah agama. Lepas tu…. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….. legaaaa… nyamannnnn… terus ke opis. Biasanya around 7.50am. aku antara makhluk2 pertama kat opis la kan. Aman je rasa masuk2 kerja sunyi sepi. barulah bernafas lapang sikit. :D

Mood aku kat opis akan depends apa yang jadi dari 5.45am to 7am tu. Tau2 ajelah. Budak2 ni banyak je punca2 nak buat aku marah. Tapi setiap kali aku marah memang aku rasa tak best sepanjang hari. ni berazam untuk bersabar banyak2. Bukan senang nak didik anak2 masa depa kecil ni. Insyaallah bila depa besar sok depa ingatlah apa yang aku dok buat untuk depa ni. Semoga melekat dihati semua pesanan aku selama ni.

Ok habis rutin pagi. Nanti aku sambung rutin malam pulak. Apsal aku langsung tak dapat tengok tv dah masa weekday sekarang ni. :P

anak anak yang mengharukan 7 comments


no pun intended!

memang aku kerap terharu dengan anak2. budak2 ni amat innocent. sekarang aku berdebar2 mengenangkan yang zaman innocence mereka akan berakhir jugak satu hari nanti. tak bestnya bila anak2 hilang sifat keanak-anakkan. errrr... perlukah aku tambah lagi clan casa arina? ihikssss! gataiiiiiiiiiiiii! :P

anywayyyyyyyyyyyyyy....

every now and then i will hand out some pocket money for the kids. while doing so one day, Aisyah asked me back, "Do you have enough money for yourself, mommy? You can have mine."

omaigod. syahdunya aku rasa. anak-anak. i seriously hope that i'm a fair mom to all of you. i know i can be a real bongoks sometimes. i'm trying my very best. semoga allah rahmati kita semua.

Wednesday, April 6, 2011

the kids exam result 12 comments



fuhhhh terasa kiasu dengan post ini! :P

btw, nothing to show. cuma aku nak recordkan yang the kids did pretty well in the overall results considering banyak paper BM and agama/kafa yang tidak mencapai tahap standard untuk buat engineering (semoga tidak beralih angin jadi pemain piano pulak nanti :P).

congratulations kids!! when all of you are old enough to understand what the heck your mother is saying here, i want you to know that especially today, i'm proud of all of you. cerdik2 anak guwe ropernyer... (itulah pentingnya henggelish edukeshyennnnnn) muahahahahhahahaha :P.

of course there are always room for improvement, and we'll take it one step at a time, wokey? thanks for compromising us as your far-from-perfect parents. thanks for being such good kids. live this life for the after life kids. insyaallah we will be re-united in heaven. amin.

cita2 aku untuk anak2 adalah spesifik seperti dibawah; tiada kompromi:-

1. akmal - islamic scholar dari darul quran, uni al-azhar dan uni al-madinah.
2. aimie - librarian dari switzerland
3. aisyah - medical doctor dari UK
4. arina - prime minister of malaysia. yang ni aku ajar kat rumah je cukup.

ok kids. jom kita cari program yang sesuai for your rewards! :D

Sunday, April 3, 2011

happy birthday, darling! 10 comments


esok besday laki ai tersayang. horror sungguh! mampus aku terlupa! nasib baik pepagi tadi budak2 dok sibuk nak buat card untuk ayah dia. tsk tsk tsk! rasa bersalah la pulak. tapi darling, i think you ok je kan? pasal you pun ala2 memory loss gitu kalau datang besday ai! hahhahaha!

anyway dah lama laki aku dok mintak buatkan donut lembut gebus ala2 big apple tu. tapi memandangkan aku ni lebih M dari R, maka dok termenung aje la BM tu kat dapur. so sementelahan besday, kejam gilbabs pulak kalau tak buat. maka dari pagi tadi aku dok bersinsing lengan menguli tawwwww!

ok again i need to thank sis rima dari Bisatoui (link ada kat belah kiri blog aku nih) pasal share resipe kebabom donut ni. siyes korang, makan satu nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi. nak2 aku buat kecik2 comey lotey gitu kan.

ok darling, here are your donuts. hadiah? errrr... upah seks je, buleh dak? MUAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA! :P






Friday, March 18, 2011

selingan waktu cuti 15 comments



truthfully, i'm having a blast cuti2 malaysia at the moment. actually ni mengikut laki aku outstation kat penang. last minute decision. so we managed to checked-in at this run down hotel yesterday at around 3pm. susah bebenor nak cari family suite/room last2 minit booking nih. managed to get 1+1 (connecting) deluxe room which is not too bad. so kanak2 aku letak je kat bilik sebelah so makpak depa boleh me-loveydovey kat bilik sebelah lagi. hahahahahhaah!

so it's quite good for me. ni laki aku pegi kerja kat town aku ngan budak2 dok lepak2 kat bilik. internet connection pulak complimentary. so that's really good for me. semalam dah bawak depa pegi pool. pastu kami pi cari char kue teow Sani yang popular tu. murah gilos. 6 pinggan kue teow, nasi pataya, maggie goreng, 10 gelas air. total dalam 32 hengget je. that's what i love most about malaysia i guess. the good(?) and cheap food. :D

so sambil cuti sambil buat kerja jugak. with the internect connection aku dok monitor gak kerja2 opis. bengong je rasa, tapi can't help it. now ni tengah busy dengan new potentiol jobs. so memang tak menang tangan nak kejar consultants untuk specs-in product aku. gitu la kerojenya kalau dah jual barang tu. asyik dok kejor yeop kejor je lerrrrr. :P

dan banyak pulak yang berlaku kat dunia luar sanun. japan's catasthrope (spell?) is in now. kesian depa2 situ. tu dia kan. kalau Allah nak bagi takdak sapa yang buleh halang. mari kita ambil iktibar ramai-ramai. dan doakan semoga cepat2 improve condition depa. mula2 gempa, pastu tsunami, nuclear radiations, last2 ni salji pulak. subhanAllah. aku rasa bumi ni pun dah naik meluat dengan perangai2 manusia yang haru lagi mengharukan ni. apa2pun semoga kita semua dapat rahmat dari Allah.

dan berbalik kepada kerja pulak, lets be proud of what we are doing. cikgetahlyna ada buat satu entry pasal 'hina sangat ke kerja makan gaji ni' which really amused me. not her entry, but to those yang tanya soalan2 macam ni. to gauge interest? to spark controversy? apa2lah labu. cuma satu aku nak stress kan, apa aje yang kita buat, do it with pride. take responsibility. be accountable. whatever your position is, don't let it be mundane and unproductive. it's really up to you to decide. the money will definitely come when we prove ourselves worthy of it. allah suka. manusia pun suka.

ok peeps, salam hari jumaat. lap u strong.

:D

Friday, February 25, 2011

how much? 20 comments


money.

how much is enough?

untuk aku, i would be very happy already if we have enough to provide for the following (not necessarily in this order):

1. rumah
2. kereta
3. emak
4. ayah
5. anak-anak (education/insurance)
6. tabung haji
7. zakat and charity
8. utilities bills
9. makan/household
10. saving

yep. not fancy. amount each? ikutlah. asalkan ada allocation untuk setiap satu. note that i don't have any allocation for SELF. aku tak letak. i know it's not healthy. well, i'll be starting to have a SELF allocation starting next month. insyaallah. sejak dua menjak ni, rezeki tu agak stabil dan improving. walaupun sikit2 each, semoga ada berkatnya.

semoga allah beri kesihatan untuk melunaskan tuntutan hidup didunia ni.

what about you? what's the component in your monthly allocation?

Thursday, February 10, 2011

losing 12 comments


My father is not well. Both his kidneys failed. He was on dialysis since 3 years ago. And about recently he seemed not well after each session.

Dan aku sedih. Truthfully said, walaupun hidup dan mati itu antara perkara2 yang tidak boleh dipertikaikan lagi, aku rasa tak mungkin ada orang dalam dunia ni yang bersedia kehilangan orang tersayang.

But I guess for each living day, the time is nearer. Untuk kita menghadapi saat2 kematian. Oh. I can’t begin to imagine the sadness of losing mak dan ayah. Mynie, I am thinking of you while writing this. How did you cope back then? Sure enough, time heal all wound. But to go through that period must be hell.

Sebab aku sayang mak ngan ayah. Pasal aku rasa aku masih banyak dosa dengan mereka. Masih belum terbalas budi mereka. Masih belum itu dan ini. At time like this, aku syukur sangat2 sebab mak dan ayah duduk dengan aku. Sekurang2nya aku masih dapat tengok muka mereka tiap2 hari. Aku masih dapat cium pipi mereka sebelum aku pergi kerja. Masih boleh berbual2 dengan mereka. Tau sakit pening mereka. Syukur yang tak terbendung.

Semoga allah rahmati mereka sampai kiamat. Semoga diterima segala amalan mereka. Semoga dijauhi dari siksa kubur dan api neraka. Semoga mendapat kurnia syurga dengan rahmat Allah.

Dan sekarang, takde yang lebih penting untuk aku selain berusaha membahagiakan emak dan ayah. Semoga mereka redha dapat anak macam aku. Semoga mereka ampunkan dosa2 aku selama ini. Semoga aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sehingga nafas aku terhenti dibumi ini.

Oh.

I’m going to stop now. The sadness is killing me.

Thursday, December 30, 2010

training the kids to solat 8 comments


Aku dapati kalau kita istiqamah, memang agak mudah nak biasakan budak2 bersolat. Anak2 kecik ni jarang nak membantah kalau parents suruh buat sesuatu. Kalau kita eager, depa lagi eager. Patutlah islam suruh ajar anak bersolat seawal yang boleh, jadi jiwa mereka lembut terdidik untuk mula beramal kepada Allah tanpa keluh kesah.

Dulu aku start solat penuh dah agak lambat. Jadi memang ada rasa liat dan protes dalam diri. Tak faham kenapa aku perlu solat 5 waktu. Sadis. Jadi aku tak mau perkara yang sama terjadi kepada anak2 aku. So starting early is apparently working well.

Masa anak2 aku toddlers dulu, aku dan suami pastikan yang mereka dapat observe yang solat itu merupakan budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan. Masa aku solat aku letak depa dekat2. Every now and then bawak mereka pergi surau untuk observe keadaan disurau pulak. Walaupun mereka tidak ikut solat sekali, walaupun mereka hanya main2 dibelakang, aku yakin sub-conscious mereka dapat menangkap yang solat ini adalah sebahagian daripada hidup. Itu first approach kami untuk menanamkan roh solat kedalam jiwa anak2.

Bila mereka dah start faham sikit2, kami ulang2 sampaikan yang kita orang islam. Setiap orang islam kena solat. Solat adalah perintah allah. Allah bagi macam2 kat kita, jadi kena solat untuk terima kasih kat allah. Kena bersyukur sebab kita cukup makan pakai. Ada mama. Ada ayah. Ada datuk. Ada nenek. Semua orang sayang adik, kakak dan abang. Jadi kena be grateful to allah. Kena dengar perintah allah.

Dan anak2 ini memanglah suci dan bersih. Terpulanglah cara kita nak corakkan mereka. Apa sahaja yang kita cakap, mereka akan terima 100%. Total acceptance. Jadi disinilah kena berhati-hati takut2 mereka mendapat input2 yang tidak wajar. Kitalah yang menjadikan mereka samaada islam, yahudi, majusi ataupun nasrani. It’s indeed all on us.

Kemudian dari 6-7 tahun, sudah sampai masanya untuk buat praktikal pulak. Disini actually parents yang kena istiqamah. Again anak2 ini akan menurut kita. Kalau kita consistent, insyaallah mudahlah semuanya.

Untuk mudahkan mereka mengambil wuduk, laki aku guna white board marker tu dan tulis je kat tiles bilik air urutan2 anggota wuduk. So kalau depa tak ingat boleh la rujuk kat situ. Alhamdulillah sekarang ni depa dah boleh ambil wuduk on their own. Kami check sekali sekala aje. Lepas wuduk bersiap pakai telekung kopiah semua. Memang nak kena tunggu la budak2 ni siap. Lepas tu praktis dulu niat solat semua.

Bacaan dalam solat, akmal insyaallah dah agak sempurna. Aimie aisyah masih banyak nak kena belajar lagi. Tapi it’s ok. It’s the ritual that I want them to get used to first. So sekarang Alhamdulillah. I think they’d happily accepted that solat is indeed a part of life because allah says so. Made it easier for us the parents.

Apa2pun, kita sebagai parents ni memang kena banyak2 sabar dan istiqamah. Kalau kita yang culas, maka anak2 pun terculas la sekali. Memang penat dan mencabar minda, tapi aku still rasa lagi senang dan berbaloi nak suruh anak2 solat masa depa kecik dari nak suruh masa depa dah besar sok.

So start early. And be consistent. Insyaallah banyak kebaikannya. Afterall, anak2 inilah yang kita harapkan untuk doakan kita di akhirat esok. Sesungguhnya doa dari anak2 soleh dan solehah boleh jadi lebih baik dari dunia dan isi2nya. Wallahualam.

Monday, December 27, 2010

savings for the kids 21 comments


apa bentuk2 savings yang korang set up for your kids?

amanah saham?
insurance?
education fund?
tabung haji?
ptpn?

please share the pro and cons. so kita boleh get a bigger picture before making future decision.

from my personal experiences, up until now, i still vote for insurance package. meaning protection + investment. each of the kids will get a medical card of their own, complete with saving + investment features.

maksudnya disamping di cover dari segi medical, the plan includes tabungan untuk masa depan. by the age of 18, 20 or 25 they'll be having lump sums untuk persediaan masuk ke universiti, atau nak pegi naik haji atau untuk kenduri kawin jugak :P (jadi aku takyah la pening kepala kalau tiba2 anak2 aku dipinang secara serentak oleh 3 bakal menantu tampan dan beriman. kahkahkahkah adoiiii :D)

yang paling menarik dari segi insurance plan ini, adanya 'waiver' yang menyelamatkan kita dari beberapa keadaan genting. salah satunya ialah jika terjadi apa2 kepada payer (iaitu aku atau ayah depa) seperti kematian atau hilang upaya kekal, maka anak2 aku akan dapat plan itu secara percuma sehinggalah umur mereka 25 tahun. maksudnya tak payah dah bayar bulan2, but they will still be covered in term of investment and also the medical privilege. i think this is where it differs from the rest of the saving plans like ASB, tabung haji, ptpn semua tu.

so where do you start?

ok the first thing of courselah kena budget berapa banyak yang perlu diallocatekan per head. macam aku kena timbang2 kiri kanan atas bawah, since i need to multiply by four. same goes to you. whatever pun, tabung untuk anak2 ini wajib ada (supaya kalau kita mati sok idaklah budak2 ni merempat menyusahkan orang lain pulak). ikut la kemampuan. seratus sebulan ke, dua ratus ke. at least one child kena ada tabung la. yang lain tu later buleh adjust. kalau memang tak boleh nak diadjust jugak, maka aku cadangkan pegi buat kerja sambilan untuk dapat duit lebih. hahahhaha... disinilah perlu dipraktikkan kata2 setiap anak itu datang dengan rezeki masing2. so get your butt off and work on something productive ok?

second, contact the right person to get the right info. pastikan agent anda itu competent orangnya. suruh dia buat simulation untuk anak kita age sekian sekian. study the simulation table. make note to ask things you are not so sure about. what's the catch here and there. dan soklan pertama yang paling penting; IS THE PLAN SYARIAH COMPLIANCE? ask for the certs and all. antara tugas ibu bapa ialah cukupkan anak2 dengan benda2 yang halal2 sahaja. biarpun sedikit asalkan berkat. islam didahulukan. pencapaian diutamakan. hahahhaha :P.

3rd, bismillah, signing ceremony. i suggest kita start as early as possible. masuk bulan2 senyap2 kat situ. tau2 dah beranak pun duit. pulangan investment boleh capai 12-15%. dan yang paling aman, kita tau kalau jadi apa2 kat kita pun, the plan will still goes on. that's the best part.

ok, please share your method of savings for your kids. bring it on. semoga ada manfaat untuk semua yang baca.

:D

Wednesday, November 10, 2010

the kids 11 comments


are doing quite well at school, considering sekolah tak sampai sebulan kan. (err.. well bagi standard aku lah :P)

report cards dah dapat. aimie averaged 79%, aisyah's 87%. aimie most kantoi kat BM ngan agama/jawi/arab. tapi aisyah was surpringly consistent. aimie memang banyak la hentam keromo je hahahha.

so esok aisyah naik pentas amik hadiah. aisyah dengan abang dapat 'naik' kelas lain next year. we told aimie that it doesn't matter which class you are in. you going to make new friends that's it. just like raddlebarn school dulu.

so we are quite a happy bunch!

Monday, October 18, 2010

legacy 5 comments


after balik dari birm, aku ada masa sebulan kat rumah sebelum masuk kerja. it was calming bila aku dapat men-disconnect-kan diri dari rat race kat luar sinun. walaupun seksa la jugak takdak duit dalam tangan, tapi aman tu tetaplah aman. ye lah, tak payah nak menjawab untuk orang kan?

anyway, kerja aku every day mostly hantar dan ambik mak aku pergi kelas dia. lepas pencen memang dia sungguh aktif pergi mengaji kat merata tempat di shah alam. shah alam being shah alam, maka banyak tempat yang menawarkan kelas mengaji kitab/usrah/takzirah/dll antara aku tau atau tidak. mostly kelas2 ni belah pagi. catered to mereka2 yang tidak bekerja 9-5 la kot. mostly yang hadir adalah pensioners macam my mom dan lain2 yang aku assume adalah isteri-isteri yang tidak bekerja a.k.a housewife. lelaki2 pun ada jugak walaupun tak seramai perempuan.

yang my mom pergi in particular, kat taman seni islam, sebelah masjid shah alam. memang beruntung sungguh sesapa yang dapat pi ngaji kat situ. buat kat dalam auditorium. amatlah selesa. dengan aircond sejuk ya amat. karpet yang lembut dan selesa. duduk atas carpet je masing2. takdak kerusi apa pun. speaker system sungguh canggih. ustaz2 pilihan pun canggih2 jugak. biasanya kelas dari 9pm to 11.30. kadang2 aku tunggu jugak kalau ada topik2 menarik (hahahah berlagak gile. lagi nak pilih2 topik). biasanya aku drop je my mom pastu datang amik dia balik.

kadang-kadang lepas habis kelas di taman seni, mak aku menapak dengan kawan2 dia pegi masjid negeri pulak. sebelah aje pun. kat masjid negeri pun ada kelas masa hari2 tertentu.

dan hari sabtu, kelas kat muzium shah alam pulak. yang ni si akmal rajin mengikut. kengkadang aku pulak yang malu ngan anak bujangku yang sorang itu. rajin dia ikut atuk jemaah kat surau. maghrib dan isyak memang tak tinggal pi surau. kalau weekend pukul 5 pagi dah bangun solat subuh ikut atuk. sejuk perut tengok hati dia lembut ke arah kebaikan gitu.

ok yang sebetulnya aku nak cerita yang aku jeles ngan mak aku yang sungguh aman damai hidupnya sekarang. dan aku jeles dengan perempuan2 yang dapat duduk sama hadiri majlis ilmu itu diwaktu aku sekarang ini kat opis. it's very simplistic life. syukur umur emak ngan ayah aku panjang untuk dapat fokus buat amal ibadat lepas pencen. aku tau banyak pengorbanannya disitu. dan aku berdoa semoga satu hari nanti aku berkesempatan juga untuk menikmati hidup yang macam tu. semoga panjang umur macam mak dan ayah.

jadi carilah harta sebanyak dan secepat mungkin.

ini amat valid untuk umat islam. when money is no longer an issue, we can focus on more meaningful matters. amat sedih kalau kita hanya focus pada duit semata-mata sehingga akhir hayat. and why legacy? aku ingin turunkan legacy kepada anak2 sepertimana mak dan ayah menurunkan legacy mereka kepada kami. in that sense, i'm quite content. alhamdulillah.

:D

Monday, September 20, 2010

progress 23 comments


so amacam raya korang semua? dah selamat dah? :D

honestly, raya adalah agenda ke-dua kami sejak balik hari tu. banyak jugak rupanya benda2 yang nak kena settle setelah setahun meninggalkan hutang piutang dan masalah domestic di malaysia. dan ketidakcekapan pegawai2 bank yang tak tau nak dengar arahan dan tak reti nak berfikir diluar kotak membuatkan perkara yang senang jadi susah. but then, what else is new kan?

dan memang aku yakin malaysia masih terbelenggu dengan attitude 'menyusahkan yang senang' aka redtapes. aku sendiri tak pasti kenapa ini masih terjadi kepada kita, tapinya mungkin kerana ramainya penganggur2 dimalaysia ini yang menyebabkan satu kerja mudah dibahagi kepada 2-3 orang untuk membuatnya. begitukah? kesian sungguh.

dan aku masih busy mencari sekolah2 untuk anak2 aku. first choice aku ialah Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seksyen 7 shah alam. aku pilih ini kerana aku tak gemar anak2 aku balik sekolah kebangsaan dan kemudian terburu2 pula untuk ke sekolah agama. sudahnya balik pun lambat around 6-7pm dan kemudian akan sibuk pula dengan homework sekolah kebangsaan yang tentulah banyak dan effective itu. kalau mereka ke SRAI ini, paginya sekolah kebangsaan, dan terus pula sambung syllabus agama selepas makan tengahari disekolah. balik around 4pm. aku yakin itu adalah tidak begitu memenatkan dan tidak begitu rushing sangat. jadi kami telah pun menghubungi jais dan mereka akan aturkan entrance exam untuk anak2 aku. persoalannya disini, mampukah anak2 aku untuk melepasi entrance exam itu? part academic aku tak risau, tapinya bab2 islamic studies itu agak mencemaskan aku. akmal maybe masih ingat syllabus KAFA dia dulu, tapi aimie aisyah? hmmm.. sedih pulak aku bila fikir2. nak masuk sekolah gomen yang murah gitu kena pulak entrance exam.

kalau aku opt untuk sekolah integrasi swasta pula, aku kena sediakan around rm5k per head per year untuk all 4 of them termasuk arina. which is aku tau aku tak mampu. last resort, masukkan sahaja sekolah kebangsaan dan hantar ke sekolah agama lepas balik sekolah. which i hope will not happen. susah2 sgt aku bayar aje mak aku ajar depa mengaji dan mintak makpak aku hangkut depa pi surau sekali untuk solat jemaah. isn't that a more practical approach?

aku sebenarnya mahu anak2 aku lebih masa dirumah. entah kenapa malaysia sekarang sikit2 sudah jadi tempat yang scary dan commendable dari segi masalah sosial dan akhlaknya. ayah aku pernah tegur budak2 pakai baju sekolah yang dok peluk2 dan cium2 kat belakang pokok2 di tasik seksyen 7 masa dia pergi jogging. boleh budak2 tu marah ayah aku balik? ayah aku yang dah tua tu? jangan kata hormat, takut pun tidak. aku lempang kang, harus aku kena lempang balik.

jadi aku yakin, hanya dengan pengaruh besar ibu bapa didalam rumah sahaja yang dapat menyuntik nilai2 positif untuk anak2 aku membesar jadi insan kamil. apalah guna IQ tanpa EQ? dan aku syukur banyak, walaupun lepas ni aku kembali kerja 9-5pm, makpak aku ada untuk monitor manusia2 kecil dirumah ini. terima kasih tak terhingga mak dan ayah.

dari segi kerja pulak, aku akan start balik on 1st October 2010. alhamdulillah. dapatlah aku kumpul dana balik untuk menampal mana2 yang bocor selama setahun yang lepas ini. sungguh la miracle kerja Allah ni. yang aku tak suka itu agak baik untuk aku. :D

ok. itu progress aku setakat ini. dan aku bercadang untuk melihat hidup aku selepas ini sebagai satu anugerah dan peluang dari Allah. aku tak mau lagi komplen banyak2. so kalau lepas ni aku naik hangin satu badan, sila ingatkan aku balik apa yang aku niatkan ini. (kecuali dalam beberapa perkara ikut standard merit aku hoh hoh hoh hoh! :P)

dan semoga kita semua bertenang2 dalam menjalani kehidupan semasa. sila toleh kiri dan kanan. masalah kita, mungkin penyelesaian bagi orang lain. masalah orang, mungkin penyelesaian bagi masalah kita. mari ambil yang baik2. jgn prejudis. please offer solutions on top of comments.

salam sejahtera! :D

Tuesday, September 7, 2010

casa arina bersiap raya 25 comments


tak siap apa pun hahahahhaha!

anyway dah selamat pun kami kembali ke tanah air tanggal 3 sept yang lepas. masih lagi dalam mode jetlagged. siang tido. malam berjaga. bagus jugak. dapat gak buat terawikh hahahahha. ada gaklah pekdahnya tak gitu?

and the humidity, masyaallah. sabarrrrrrr. the kids dok mandi aje. kejap kejap peluh. kejap2 peluh.

dan hanya beli baju melayu sepasang kat akmal. the rest of the families, pakai aje yang tahun lepas2 punya. takdak baju raya, maka aku beli aje tudung raya yang voks vadevass gituk. kata ariani kat depan rumah aje tak gitu? hoh hoh hoh!

dan memandangkan dah kurus sikit, maka dapat jugak la pakai banyak baju2 yang sudah lama terkubur dalam lemari. sukeeeeee. :P

dan memandangkan dah pokai, duit raya untuk anak2 buah memang takdak. kami gantikan dengan baju2 dan souvenier2 dari UK. dikumpul2 macam berlambak2 la jugak kekdahnya.

aku masuk kerja 1st October nanti. insyaallah. mari doakan yang baik-baik.

malam ini sudah 29 ramadhan. aku doakan korang dapat apa yang korang hajatkan dibulan mubarak ini.

salam sayang dari kami sekeluarga.

:D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger