Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts
Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

express to syurga 3 comments


1. sebarkan salam/hubungkan silaturrahim
2. jamu makan
3. bangun solat malam

“Wahai manusia! Sebarkanlah salam, hubungkanlah tali silaturrahmi, berilah makan dan dirikanlah shalat malam di saat manusia tertidur lelap; niscaya kalian akan masuk surga dengan damai”
(HR. Al-Tirmidzi).

Thursday, June 21, 2012

doa anak anak setiap pagi 6 comments


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

1. maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(doa menaiki kenderaan)

2. ya Allah, kurniakan kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia akhirat.
(doa rasullullah ketika bersujud akhir dalam solat)

3. ya Allah, tambahkan kami ilmu, dan berikan kami kefahaman.
(doa menuntut ilmu)

4. ya Allah, limpahilah kami sebagaimana engkau melimpahi orang2 yang beriman dan beramal soleh.

amin. amin. ya rabbal alamin.

pesan mama;
kids, jangan sekali2 ditinggalkan amalan ini. keep doing this until the rest of your life. sayangilah Allah, dan Allah akan sayangi kita.

Wednesday, May 23, 2012

Thursday, April 26, 2012

syarat tenang 4 comments


allocate 'Allah' time daily. masa berinteraksi dengan Allah.

solat yang tidak kusyuk, dilakukan secara tergesa gesa adalah tidak termasuk berinteraksi dengan Allah secara efisien. walaupun kita solat tak tinggal 5 waktu. kerana tiada 'jiwa' disitu.

Allah-time wajib ada setiap hari. ini syarat untuk tenang dalam hidup. ianya adalah masa dimana kita menjiwai dihati atau dilidah tentang sayang kita kepada Allah. tentang takut kita kepada api neraka. tentang rindu kita kepada syurga. tentang culas kita dalam beribadat. tentang dosa kita mengumpat orang. tentang perangai anak2 yang meresahkan jiwa. tentang apa sahaja. ia adalah masa kita melihat kembali dosa2 semalam dan menginsafinya. ia adalah masa untuk mengalirkan air mata selaku hamba yang hina lagi kecil dan lemah. ianya masa untuk meminta ampun kepada Allah. masa untuk memanjat doa sungguh2 dari lubuk hati yang paling dalam. masa untuk meremangkan bulu2 roma.

Allah-time adalah makanan jiwa yang paling penting. ianya agak pelik untuk ditafsirkan. it's something that you don't really feel missing. until you have it. only when you have it that you know that this is the thing that have been missing all your life. the one thing that you didn't even know you craved so much. the only thing that completes you from the inside.

yes. it totally completes you.

dan secara tiba-tiba, segalanya jadi tenang dan mudah. apalah yang lebih berkuasa dari Allah yang Maha Esa bukan? apalah sahaja masalah yang tidak boleh Allah selesaikan? semuanya bak kacang goreng. semudah a. b.c.

so allocate your daily Allah-time. it's not for Allah at all. it's seriously for YOU.

salam jumaat yang mulia, wahai kawan2 tersayang.

Monday, April 16, 2012

sekitar 1400 tahun yang lepas.. 5 comments


kita telahpun diberi peringatan yang keras dari pencipta kita...

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1)

Sehingga kamu masuk kubur. (2)

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3)

Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4)

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)

(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)

Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7)

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)

ya tuhanku. amat scary bila membaca ini berulang2. pada aku ini ayat marah dari Allah. penuh tanda seru yang wajib diberi perhatian. untungnya bangsa2 arab dimana quran diturunkan dalam bahasa mereka. harus mengeletar kepala lutut bila imam membaca surah2 amaran seperti ini semasa solat. harus mengalir air mata keinsafan.

ya Allah. ampunkan dosa2 kami. sesungguhnya kami akan kembali kepadaMu!

Friday, April 13, 2012

beautiful day 3 comments


aahhhh.. lovely jumaat!

aku cinta jumaaat. penghulu segala hari. hari yang tenang dan membahagiakan (walaupun esok kerja :P). i make it a point to wear jubah to work on every friday. with my favorite heels of course. so walaupun seperti khemah namun tetap terasa voks gitu hahaha! :D

ok berbalik kepada jumaat.

so many things that we can do today yang boleh mendatangkan pahala!

bangkit2 tidoq, mandi sunat jumaat.

then solat sunat fajar (kalau boleh jangan ditinggalkan solat sunat fajar ini pada hari2 lain jugak. rasullullah tak pernah miss solat sunat fajar ini. waima bangun lambat pun boleh juga diqada'kan solat ini seperti menqqada'kan solat2 wajib. kelebihan solat ini? lebih baik dari dunia serta isi-isinya!)

kalau bangkit sebelum subuh, boleh buat tahajud. (tahajud pun sila jadikan amalan. insyaallah aman damai hidup anda dulu kini dan selamanya :D)

then solat subuh.

then surah al-kahfi di pagi jumaat yang bening. (semoga terhindar kita dari fitnah dajjal serta sekutu-sekutunya.)

insyaallah. pasti terpelihara diri kita dari murka Allah pada hari ini.

sentiasalah jaga mulut dan tangan kita. orang2 mukmin ialah orang2 yang tidak menyakitkan orang lain dengan percakapan dan perbuatan mereka. orang yang sentiasa berhati2 dengan apa yang dicakap dan apa yang dibuat.

bersihkan hati. jaga rahsia dan aib orang. jangan mengadu domba. jangan buat dosa dengan manusia. jangan makan terlalu kenyang. jangan tidur terlalu lama. bersyukur atas senang. dan bersyukur juga dalam susah. doakan semua orang. give more. expect less. jangan menolak jika orang datang meminta pertolongan.

insyaallah, bahagia itu milik kita.

salam jumaat yang berkat!

Monday, April 9, 2012

talaqi class 4 comments





alhamdulillah. the class continues. terima kasih kepada sahabat2 yang membuka peluang ini untuk aku. semoga kekal ukhwah hingga ke syurga. love u to bits! :D

Friday, April 6, 2012

be kind 6 comments


life would be so much better if only we are kind to each other. after all, we are here on earth only to please Allah. so before talking about others behind our back; lets talk about ourselves instead. our imperfections. our sins. our wrongdoings.

kalau belek dan telek diri sendiri betul2, sumpah kita takkan ada hati nak mengata kat orang lain. banyaknya salah dan dosa kita sebagai hamba Allah. ibadat khusus, ibadat umum, adakah sudah diterima Allah? tak perlu yang besar2. apa yang kita cakap, apa yang kita buat, apa yang kita fikir, dengan siapa kita berkawan, sudahkah menggambarkan kita sebagai hamba Allah yang dikasihi?

masyaAllah masih banyak yang terbocor sana sini. terbarai sana sini. terbengkalai sana sini. tengok solat. tengok wudhuk. tengok bacaan alfatihah. pasti masih ada yang tak betul. tengok tv. dengar radio. apa yang kita tengok? apa yang kita dengar? dan yang paling penting apa yang kita dapat dan buat dengan apa yang kita tengok dan kita dengar itu?

jangan cepat jelek tengok orang yang tidak solat. tidak tutup aurat. jangan mengumpat. jangan mengata. kalau sungguh nak mengata, berkatalah didepan2. itu lebih baik dari segalanya. nasihat dan berpesan2 ke arah kebaikan. itu lebih utama. berkasih sayanglah tak kira siapa. it's easy to influence with love and kindness. kenapa perlu rasa diri lebih baik dan lebih dari orang lain? sedangkan hanya Allah yang boleh mengubah hati hati manusia. hanya Allah yang mengurniakan syurga kepada insan terpilih semata mata dengan rahmatnya. pernah dengar cerita pelacur yang dipilih ke syurga hanya dengan memberi anjing minum?

dan jangan begitu cepat mencetuskan cerita2 yang boleh menimbulkan fitnah. subhanAllah. berat sekali dosa yang akan ditanggung. hati2 dengan status2 di fb. lagi banyak komen, lagi banyak 'likes', lagi banyak kata2 nista didalamnya yang tidak tahu hujung pangkal, bersedialah untuk dicatat oleh malaikat dikiri kanan. sebarkan kebaikan. bukannya keburukan. sebab kita sendiri tidak tahu asal usul keburukan itu. takut2 apa yang kita sampaikan itu 180 darjah berbeza dari cerita sebenarnya. bila kita nak pergi minta maaf?

jangan amalkan buat dosa dengan manusia. kerana manusia bukannya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. takut2 kita tergantung2 diakhirat nanti dengan 'hutang2' kita kepada manusia. nau'zubillahi minzalik!

subhanAllah, walhamdulillah, walaailahaillAllah, wallAllahuakbar.

semoga apa sahaja yang kita buat dalam meniti kehidupan ini, akan merapatkan kita dengan Allah, bukan sebaliknya.

salam jumaat my darlings.

Thursday, March 22, 2012

jangan berhenti 3 comments


doa is indeed a powerful thing. sebagai seorang mukmin, janganlah sekali sekali kita memperkecilkan kehebatan doa. never underestimate and belittle something that we could not even comprehend. honestly, aku memang hangin bila ada manusia2 yang memandang sinis dengan seruan berdoa. mereka menempelak, 'kenapa perlu berdoa? ingat dengan berdoa semua benda boleh settle? boleh masuk duit dalam poket? boleh masuk makanan dalam mulut?'. masyaAllah. pleaselah people. don't be stupid. janganlah tunjukkan betapa ignorance-nyer kamu sebagai hambaAllah. tidakkah kamu tahu yang para Rasul dan Nabi juga berdoa bila dalam kesempitan? when nobody can help except Allah? go screw yourself (ok a little over the board)!

so bila Rasulullah saw sendiri menyatakan akan ada doa2 yang tidak akan ditolak oleh Allah; lets do more of those.

antaranya doa seorang ibu untuk anak2. this is so very simple to do. but how many of us taking it for granted? people can be too poor to buy books and food for the children. tapi tiada siapa yang cukup miskin untuk berdoa. doa seorang ibu ialah percuma. DAN tidak akan ditolak. what else could we wished for? ini adalah anugerah Allah kepada seorang manusia bergelar ibu. kita acapkali risau kalau anak2 tidak cukup 'material' untuk perkembangan mental dan fikizal. tapi kita tidak risau kalau anak2 tidak cukup 'doa' dari ibubapa. berapa ramai antara kita yang literally repeat in every solat agar Allah tingkatkan iman dan taqwa anak2. agar anak2 membesar menjadi manusia yang takut pada Allah. agar anak2 sentiasa menjaga solat. agar anak2 dan keturunan terhindar dari maksiat dan murka Allah. agar anak2 dilembutkan hati ke arah kebaikan.

agak2nya kalau setiap hari seorang ibu berdoa begitu dengan penuh ikhlas dan kasih sayang tanpa letih dah jemu, bagaimanakah pandangan Allah? masyaAllah. subhanAllah. tidak mungkin Allah tidak makbulkan. t.i.d.a.k m.u.n.g.k.i.n.

jadi ibu-ibu. marilah mula berdoa dengan penuh ikhlas dan kasih sayang untuk anak2. bangun solat malam dan mintalah agar anak2 yang bermasalah pulang ke pangkal jalan. people make mistake. everybody does. but Allah's listening to those who's willing to repent. jangan rugikan anugerah doa ibu kepada anak yang tidak akan ditolak. you dont know what you are missing.

semoga Allah ampunkan kita semua.

Monday, March 12, 2012

talaqi class 0 comments


alhamdulillah. last week my first talaqi class aka kelas baca quran dengan betul. yang lebih terharu ialah gurunya the most honorable Syeikh Abdulkarim Fatani (kini imam masjid negeri selangor).

semoga Allah beri kekuatan untuk komited pada kelas ini. every Friday nite.

Friday, February 10, 2012

tazkirah jumaat 1 comments


from Ustaz Ismail Kamus's Facebook Wall:


“Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi.” (7:23)

Tuesday, January 31, 2012

benda2 lima minit yang confirm mengkayakan dunia akhirat tapi apsal macam seksa gile nak diamalkan? 9 comments


Ya Allah berilah aku kekuatan!!!

-Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

-Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

-Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

**source: facebook**


Friday, January 20, 2012

tazkirah pendek 8 comments

salam sejahtera! thanks to a friend yang kongsikan ini difesbuk. salam jumaat sahabat2 tersayang. semoga kita semua diampunkan Allah.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."


Tuesday, December 13, 2011

tanggungjawab ibu bapa 4 comments


hanya tiga yang dizahirkan alim ulama:

1. memberikan anak2 nama yang baik2.
kenapa? kerana nama yang baik merupakan 'pakaian' terawal anak2. the challenge is not in the naming itself, tapinya lebih kepada memberi/mengajar akhlak dan adab terpuji kepada anak2 agar setara dan setaraf dengan nama2 baik yang diberi. contoh nama Muhammad. tentulah kita mahu Muhammad punya akhlak yang terpuji sebaik namanya. jadi ibu bapa harus berusaha mendidik anak2 agar punya akhlak terpuji. bukankah malu ibu bapa jika punya anak bernama Muhammad tetapi at the end of the day jadi seorang pelaku maksiat yang engkar pada allah. minta dijauhkan.


2. mengajarkan anak al-quran.
bukanlah hanya sekadar mengajar anak2 membaca al-quran, tetapi juga mendidik anak2 tentang apa yang ada dalam alquran, iaitu agama, ilmu dan akhlak. tujuh tahun yang pertama merupakan masa yang paling penting untuk melentur anak2 tentang cara hidup islam. apa yang kita inginkan untuk anak kita semasa mereka dewasa, harus dienforcekan dalam 7 tahun pertama ini. anak2 akan menyerap apa yang kita hadapkan kepada mereka. jadi hati2 apa yang kita 'hidangkan' pada anak2. aturkan jadual consistent untuk 7 tahun pertama ini. wujudkan budaya yang betul. solat. al-quran. adab. akhlak. semuanya harus dibudayakan. insyaallah anak2 akan tau apa yang penting dan apa yang tidak.


3. mengahwinkan anak2.
cabarannya ialah dalam mencari jodoh yang baik untuk anak2, bukan hanya sekadar mengadakan kenduri walimah. sejak anak2 masih kecil lagi, sudah boleh doakan agar mereka dapat jodoh yang baik2 bila dewasa kelak agar keturunan terpelihara dari maksiat dan kemurkaan Allah. rugi sangat rasanya bila kita besarkan anak2 dengan keadaaan terpuji tapi dapat jodoh yang sebaliknya. jadi doa banyak2 pada allah agar bertemu jodoh2 yang boleh meningkatkan iman dan takwa.

Tuesday, December 6, 2011

today is 10 muharram 2 comments


Antara yang berlaku pada 10 Muharram (hari Asyurah):

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Masyaallah, maha suci Allah. hanya dengan ilmu kita akan dapat mengetahui kebesaran Allah. mari sentiasa mencari ilmu!

Wednesday, November 30, 2011

syurga dan taqwa 3 comments


salam. salah silap ejaan dan tatabahasa sila abaikan. in quite a rush! semoga ada manfaat yang boleh dikongsi bersama. amin. :)

Nabi muhammad memberi peringatkan kepada anak2nya dan kaum keluarganya, bahawa Nabi tidak dapat mewariskan apa2 kepada mereka. Nabi tidak boleh tolong walau kaum keluarga baginda diakhirat kelak. Tiap2 mereka masing2 harus beriman dan patuh perintah Allah.

Mana2 orang yang jadi pemimpin, Quran suruh mereka beri peringatan kepada orang2 yang hampir dengan mereka dulu seperti keluarga, kerabat etc. Selepas itu baru keluar kepada bukan kerabat, orang luar, etc.

Allah bagi syurga kepada insan2 terpilih. Ada yang tidak pernah sujud kepada Allah, tetapi tetap Allah janjikan syurga. Sahabat nabi yang baru masuk islam, terus berperang dalam Perang Uhud, tidak sempat solat walau sekali. Beliau mati syahid dalam perang uhud dan allah jemput beliau sebagai syuhada.

Orang islam masuk syurga dengan amalan dan ibadah masing2. Tiada siapa yang boleh melepaskan orang lain dari azab Allah. jangan menilai dan menghukum orang dari luaran. Jangan mudah menuduh orang tidak beriman. Contoh: orang yang menolak hudud sama berdosa dengan orang yang menolak poligami. Dua-dua menolak hukum Allah. jadi sebelum tengok salah orang, tilik diri sendiri dahulu. Jangan amalkan sikap mengata orang. Banyak yang tanpa kita sedari perbuatan kita yang menolak akidah seperti mengumpat, menghina dan memfitnah orang sedangkan dalam quran ada menghalang kita melakukan perkara2 ini, bukan hanya benda2 besar seperti mencuri, merompak, bunuh orang etc.

Berhati2 dalam melakukan dosa2 kecil kalau kita tidak buat dosa2 besar. Setiap sesuatu akan ditulis dan dibahaskan diakhirat kelak.

‘Syafaat’ di akhirat maksudnya pertolongan. Orang2 yang boleh beri syafaat ialah 1-para nabi, 2-para siddiqin (orang2 yang benar), 3-para ulama dan 4-orang2 yang baik muamalahnya sesama manusia. Nabi Muhammad diberi 2 pilihan oleh Allah: 1- samada mahu pengampunan dosa umat2nya semasa di dunia, atau 2-memberi syafaat di hari kiamat. Baginda pilih untuk memberi syafaat pada hari kiamat nanti.

Hari kiamat ialah hari di mana Allah PALING murka diatas setiap dosa2 anak Adam di dunia.

Di hari akhirat, bila matahari sejengkal (ada beberapa tafsiran sukatan sejengkal ini) dari kepala, semua umat di padang mahsyar mencari nabi adam untuk meminta pertolongan. Nabi adam menolak untuk menolong kerana baginda takut dan malu pada Allah kerana pernah makan buah Quldi yang diharam oleh Allah.

Proceed to Nabi Nuh. Baginda juga tidak mahu menolong. Nabi nuh cakap dia takut kerana Allah tegur baginda kerana pernah mendoakan anaknya yang kafir agar diampunkan Allah. Turun ayat quran yang menegur nabi nuh yang bermaksud, kalau anak kamu kufur kepada Allah maka dia bukan dari golongan kamu.

Proceed to Nabi Ibrahim. Baginda juga menolak. Umur nabi Ibrahim 400 tahun. Dalam 400 tahun tu baginda telah berbohong sebanyak 3 kali. Baginda malu dan takut pada Allah kerana pembohongan itu. Bohong pertama: baginda mengaku sakit taun dan tidak dapat hadir pada hari penyembahan berhala. Bohong kedua: baginda tidak mengaku menghancurkan berhala2. Bohong ketiga: tidak mengaku yang isteri baginda itu isterinya kerana tidak mahu raja merampas isterinya.

Proceed to Nabi Musa. Baginda pun takut untuk menolong kerana pernah menumbuk orang dalam pergaduhan. Nabi musa lari sebelum ditangkap oleh Firaun.

Proceed to Nabi Isa. Nabi Isa menolak. Baginda malu dengan Allah kerana ramai manusia sembah nabi isa sebagai tuhan. Nabi Isa malu kerana baginda didewa2kan oleh manusia. Beliau tidak tahu apa yang hendak dikatakan depan Allah.

(Kesimpulannya, Nabi2 ulul-azmi pun rasa takut dan malu pada Allah kerana kesilapan mereka yang kecil2 dan remeh temeh. Mereka tak sanggup mengadap Allah semasa di padang mahsyar. Bagaimana dengan kita yang terlampau banyak dosa2? Beranikah kita bertemu dengan Allah kelak dengan amalan yang sedikit dan dosa yang banyak?)

Proceed to Nabi Muhammad. Semua manusia berkerumun kepada nabi Muhammad. Manusia minta tolong. Nabi ketuk pintu syurga dan sujud dipintu syurga. Allah berfirman, angkat kepala kamu wahai Muhammad, hari ni bukan hari untuk ibadat. Kenapa kamu bersujud? Wahai allah, umat2ku sudah penat menanti hisab. Izinkan mereka masuk syurga tanpa hisab. Kerana allah sayang akan nabi, diizinkan 70000 orang bertaqwa masuk syurga tanpa hisab. Setiap seribu boleh bawa masuk lagi 70000 orang bertaqwa. Dengan izin allah. sebab itu orang yang bertaqwa masuk syurga tanpa hisab. Setiap hari jumaat imam akan mengucapkan “ittaqullah..” bertaqwalah kamu kepada Allah.

Kelebihan mengangis kerana takutkan Allah.

Nabi kata orang yang menangis kerana Allah tidak akan masuk neraka seperti tidak boleh masuknya susu perahan ke dalam kantung susu. Takutkan allah bermakna takutkan azab allah. azab bukan musibah.

Musibah kadangkala mempunyai hikmah disebaliknya. Tapi azab tidak begitu. Ada 5 musibah yang menimpa manusia (menurut imam Ghazali):
1-Berlakunya kemalangan ketika perjalanan/musafir
2-Apabila ditimpa buta selepas celik
3-Mati ketika muda
4-Miskin ketika tua
5-Ditimpa kehinaan selepas menikmati kemuliaan.

(to be continued..)

Saturday, November 26, 2011

majlis ilmu 6 comments


1) surah al-ankabut ayat 69:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

sesiapa yang bersungguh2 menjaga syariat Allah, maka Allah akan beri mereka kefahaman untuk menuju ke jalan yang diredhai.


2) untuk pelihara rumah dari cicak, lipas, lipan, kala jengking, ular dan seterusnya; amalkan baca surah al-baqarah. amalkan baca quran so that roh al-quran bergema dalam rumah. jangan kata serangga/haiwan berbisa, semut, cicak dan lipas pun boleh dijauhi. definitely the best remedy!


3) jarak manusia dengan arasy Allah hanyalah sekadar berdoa.


4) 3 perkara yang boleh buat kita DEKAT dengan Allah.
- amalan yang berterusan
- zikir (bukan makna sekadar mengucap subhanallah etc sambil pegang tasbih; tapi maksud zikir ialah INGAT allah. dimana2 sahaja, bila2 masa sahaja, sentiasa INGAT allah.
- doa. sentiasa berdoa kepada Allah samada sudah dimakbulkan atau tidak. berdoa masa susah dan senang.


5) azan sepatutnya boleh buatkan orang yang mendengarnya 'terpaut' pada Islam. syarat pemilihan mua'zzin amat penting. rasul suruh pilih orang yang bersuara merdu dan lantang. bilal dan mua'zzin kena berkualiti.


6) solat itu amatlah sukar, melainkan bagi orang yang kusyuk. siapakah orang yang kusyuk itu? Allah sebut orang yang kusyuk ialah orang yang perasan, tahu, yakin dan sentiasa membayangkan adanya pertemuan dengan Allah di akhirat kelak.

orang yang ingat mati, takut akan disoal dengan Allah tentang dosa2 didunia seperti mengumpat, meninggalkan solat, tidak menutup aurat, mengambil rasuah, etc. manusia2 yang berbuat dosa tidak yakin dengan adanya pertemuan dengan Allah.

saidina Ali r.a berpeluh dan menggeletar badannya selepas mengambil wudhu kerana rasa takut yang amat sangat untuk mengadap Allah ketika solat.


7) Uqbah berkata, orang2 yang memelihara syariat Allah (menjaga solat, membaca ayat2 Allah, elakkan diri dari maksiat dan dosa, etc) maka Allah akan memelihari mereka bilamana mereka berdepan situasi yang menyukarkan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan penjaga. maha penyayang dari para penyayang - surah yusuf ayat 64.


8) apa2 musibah yang menimpa kita, selalunya kerana kita tidak menjaga syariat Allah. kena check balik halal haram dari segi pendapatan, ibadah, pemakanan, pemakaian, kediaman, insurans, card credit, zakat, etc. setiap sesuatu yang berlaku ada sebab yang Allah sudah atur sejak awal. bukan kebetulan. samada untuk naikkan darjat atau menghapus dosa (kifarah).


9) perempuan yang ikhlas senyum kepada suami, akan dikurniakan cahaya dalam syurga sehingga dicemburui oleh para ahli ibadah. setiap tingkat manusia ada sumber pahala masing2. bukan hanya solat dan ibadah. sumber pahala isteri ialah suami. sumber pahala suami adalah isteri. sumber pahala anak2 adalah ibu bapa. sumber pahala orang kaya ialah orang miskin. sumber pahala orang miskin ialah sabar dan syukur.


10) zuhud sering di salah anggap. zuhud bukan menolak nikmat dunia dan hanya duduk2 sahaja didalam masjid, berpakaian kusut masai dan miskin. usman bin affan yang kaya raya juga termasuk dalam sahabat yang zuhud. saidina ali kata zuhud ialah kamu ambil nikmat dunia tapi jangan letak dihati, tapi di TANGAN. maknanya senang untuk disedekah kepada orang lain. kalau hilang nikmat maka tidak langsung terkesan di HATI.


11) alim ulama dulu bangun solat malam dengan berwangi-wangian dan pakaian2 yang paling mahal yang mereka ada. pakai samata2 untuk solat mengadap allah. diwaktu siang pakaian itu disimpan balik. yang cantik2 hanya untuk Allah. ini juga zuhud. kemewahan hanya bersekitaran Allah.


12) solat malam paling berkesan kerana kita berpeluang duduk bersendirian and mengadap Allah secara total. sunyi dan sepi adalah masa paling efektif untuk memuhasabah dan menilik diri. perasaan Allah memerhatikan kita secara langsung akan buat kita rasa hina dan lemah.


13) Allah adalah sebaik2 penjaga. mintalah padaNya sahaja. yakinlah hanya Dia penyelesai segala masalah. taatlah pada Allah, dunia akan tunduk pada kita. kalau bantah Allah, sekecil2 mahklukpun boleh lumpuhkan kita. akan diturunkan bencana2 tanpa kita sedari. seperti wabak, bencana alam, etc. bencana datang bila manusia tidak takut buat dosa, tidak patuh perintah Allah, maksiat secara terang terangan, derhaka pada Allah.

Wednesday, November 23, 2011

4 of 40 4 comments



Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Aku tertarik dengan Hadis 4 yang berbunyi:

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : 'Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."

Pada aku, hadis ini amat significant and relevant untuk ditilik-tilik dan direnung-renung oleh umat islam sekarang ni. agar kita boleh memupuk kasih sayang antara satu sama lain. agar kita tidak tergamak untuk mencela orang lain. agar kita tidak merasa diri hebat dalam hal amal ibadat. agar kita appreciate perbezaan yang hadir antara kita dan manusia lain.

sesungguhnya, hanya Allah yang tau kemana kita akan pergi. iman yang dicampak dalam hati kita, Allah boleh rentap pada bila2 masa yang Dia suka. iman dan hidayah itu hak Allah secara eksklusif. kalau ditakdir kita ke syurga, itu semata2 kerana rahmat Allah. sebab itu dibawakan kepada kita kisah seorang pelacur yang masuk syurga akhirnya hanya kerana menolong seekor anjing untuk minum. kita sendiri tidak akan tahu apakah amalan kita yang boleh membantu kita untuk ke syurga. hanya Allah yang lebih mengetahui.

hadis ini pada aku dapat membantu manusia untuk tidak prejudis dengan orang lain dan tidak riak dengan amalan sendiri. sudah sampai masanya kita memandang semua orang dengan pandangan kasih sayang. sudah sampai masanya kita sebarkan yang baik-baik sahaja. sudah sampai masanya kita memperdengarkan tentang keindahan islam kepada orang lain. sudah sampai masanya kita berfikir sebelum mulut kita laju dalam mengata dan mengeji orang. biarlah kita sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga kita tiada masa untuk melihat kesilapan orang lain.

marilah sama sama berdoa agar dipertingkatkan iman dan taqwa kita sebagai manusia. marilah sama sama berdoa agar hidayah sampai kepada kita dan orang2 yang kita sayangi. marilah sama2 berdoa agar hidayah dan iman itu kekal dalam hati-hati kita sehingga hembusan nafas yang terakhir.

amin ya rabbal a'lameen.

Thursday, November 17, 2011

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger