Showing posts with label moi. Show all posts
Showing posts with label moi. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

how are you doin' 4 comments


Assalammualaikum!

Apa khabar korang2 semua? How’s your self? Your family? Your work? Studies? How’s life? Aku rasa masing2 ada cerita2 yang penuh sensasi. Aku pun banyak cerita sensasi hahah! Hidup biasak lah penuh atas bawah.

Kids wise, they are growing at the moment. 6, 8, 8 and 10! Dah besar budak2 tu. Sometimes tu rindu betul nak timang2 baby. Arina pun dah panjang dah. Dengan tulang sana sini memang tak best nak gomol2 dah. Sighhhhh. Babies are pure joy! Tapi macam selfish pulak nak buat baby baru hahahha. Yang sebenornya aku dah banyak lemak. Dah malas nak berkecah2 dengan baby dah hahah. So takpe nanti aku pinjam la anak2 sesapa untuk ditimang2 barang sejam dua. :P

Lodging wise, hujung tahun ni insyaAllah kami akan berpindah dengan rasminya ke kediaman sementara. Bulan 6 tahun depan baru pindah masuk rumah sendiri. InsyaAllah. Tak straightforward rupanya proses jual beli rumah ni. Macam2 hal dari buyer ke owner ke lawyer. Pastu bajet pun ketat. Biasa la nak masuk rumah baru dengan segala mak nenek furniture renovation bagai. Dapat aku bayangkan duit yang bakal keluar macam air paip sikit masa lagi. Semoga Allah mudahkan untuk kami sekeluarga!

Work wise, aku sudah mencapai tahap tepu. Aku memang menghadapi masalah untuk berdepan dengan manusia2 yang buat kerja kerana kepentingan peribadi. Masing2 punya agenda tersendiri sehingga aku terheret masuk sekali ke dalam kancah hina. Insulting my intelligence. Just not worth it. Benda2 macam ni selalu buatkan aku tertanya2, adakah berbaloi jadi lembu dicucuk hidung semata2 untuk menegakkan kebenaran yang nobody seems to care about at the end of it all? God! Amatlah suffocating and exhausting sekali. So again. Aku masih dalam pencarian yang tidak kunjung tiba. Semoga berkatlah rezeki yang aku bawa balik selama ini. Semoga adalah rezeki jauh lagi hebat diluar sana menanti aku. Amin.

Self-wise, well what can I say? I’m over 35 years old. Sepatutnya sudah matang dan tenang dengan kehidupan. Am trying. Am trying. I’m happy with my spiritual journey so far. Namun masih banyak yang perlu diimprove. Semoga bila sampai masanya, aku sudah bersedia jiwa dan raga. Niat untuk menunaikan haji semakin ketat kurasakan. Insyaallah. Few years down the road. Syahdu je tengok makkah al-mukarramah. Melambai2 gitu. Memang berbahagia sesiapa yang sudah mencium bau Kaabah dan melawat nabi di Madinah. Allahu Akbar. Tak sabar tunggu turn kami pulak. Ya allah mudahkanlah untuk kami sampai ke rumahmu!

Ok selamat menyambut ma’al hijrah semua. Aku doakan kita semua sentiasa dibawah rahmat dan pengampunan Allah. Happy living, peeps!

Thursday, September 29, 2011

jakun tahap gaban 11 comments




hahahahah!

aku sukerrrrrrrrrrrr. laki aku pi korsos kat langkawi. entah apsal aku terpanggil tiba-tiba untuk mempunyai pinggan2 comel ittew. ni aku nak habaq, sepanjang hidup 35 tahun ni aku tak pernah pun beli apa2 pun set pinggan mangkuk. dah. aku duduk ngan emak dari sejak kawin sampai la ke sudah. so pada aku buat apa nak beli lagi pinggan mangkuk yang dah sedia berlambak tak pakai2 kat rumah kan.

walaubagaimanapuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnnnnn.

aku salahkan umur yang meningkat ni. tetiba macam terasa nak ada set pinggan mangkuk sendiri beli punyer.

maka MMS gambor kat laki aku dok mintak dia carikan kalo ada yang murah2.

maka hasilnyaa....

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

dah sampai pun pinggan2 aku semalam. hins hins hins (aksi hidung kembang kuncup). hahahaha aku dok tenungggg je pinggan2 tu, boleh? sungguh jakun! dan selepas ini aku terus berazam untuk menambah koleksi lagi dan lagi dan lagi.

aku sukerrrrrrrrrrrrrrrrrrr! :P

Wednesday, September 14, 2011

raya 9 comments


aku baru perasan yang aku takdak entry raya. :D

so SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca casa arina. so raya korang ok kah semuanya? you had fun? aku rasa faktor umur amatlah menyumbang kepada perasaan aku terhadap raya tahun ni.

secara jujurnya, aku fenatttttttttt aje hari raya ni. lagi satu bibik aku balik kampung masa posa lagi dan only come back sepuluh raya. so sila imejen kekalutan aku dengan house chores semua. and the kids uniform! my goodness! aku rasa kerja aku dok rendam sental basuh baju depa tak abis2. apsal uniform harus kaler putih ek? apsal kasut sekolah kena putih? :P

aku buat jugak la sejenis dua kuih raya dan kek dua tiga bijik untuk sendiri dan untuk bawak ke MIL's place. raya consist of masak2 dan makan2 seperti biasa.

dan raya jugak adalah sedih untuk salah seorang yang aku kenal. bercerai di bulan syawal yang mulia. apakah yang lagi sedih dari itu? innalillah!

jadi kesimpulannya kami takde gambar beraya official tahun ni. itu aku agak terkilan dan sedih. so ni nak paksa laki aku amik gambar studio satu family. bila ntah tak tau la tu.

ok. selamat hari raya korang. :D

Tuesday, September 6, 2011

2nd September 2000 14 comments


was our wedding day.




so it's 11 years now. us. :D




tapi aku lupa NM! buleh? :P




drive pi kerja hari ni, tetiba teringat pulak the wedding anniversary. heheh! saborrr je lah kaknon!




hadiah? takde hadiah apa2. not proud of it but we are just not that kind of couple yang really into celebration of these sorts. kalau sempat celebrate lah kalau tak sempat a.k.a lupa maka it just remains a date. haru sungguh hahah!




anyway. untuk suamiku yang kadangkala ku lupa tempatku disisimu dan tempatmu disisiku; semoga jodoh ini berkekalan hingga ke syurga. semoga Allah bagi kita kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab didunia ini dengan penuh redha dan tawakal. semoga Allah bagi kita kebahagiaan dunia akhirat. semoga dipertingkatkan iman dan taqwa kita. semoga kita dapat mendidik anak2 jadi manusia soleh dan solehah yang boleh doakan kita diakhirat esok.




i love you, suamiku.




Saturday, August 13, 2011

35! 28 comments


I turned 35 today. :D

Terasa agak blessed bila besday jatuh bulan ramadhan. Boleh gitu? Belasahhh. :D But i still use it to my full advantage. Bangun awal sikit sebelum sahur untuk solat sunat. Doa banyak2 kat allah supaya Dia menjadikan aku manusia yang sentiasa bertahajud kepada-Nya. Minta ampun diatas segala dosa dan maksiat yang aku lakukan sepanjang 35 tahun aku hidup ini. Subhanallah. Tak terperi banyaknya! Dan juga berterima kasih kepada Allah diatas segala rahmatnya untuk aku. Allahuakbar. Juga tak terperi banyaknya! Mengalir air mata penyesalan diatas nikmat Allah yang pernah aku dustai antara sengaja atau tidak.

Ampunkan aku Allah!

And i’m 35 today. Aku berdoa agar umur aku cukup panjang untuk mengutip pahala2 untuk dibawa ke dunia sana. Berdoa agar umur aku cukup panjang untuk mendidik anak2 aku jadi manusia2 soleh dan solehah. Berdoa agar umur aku cukup panjang untuk jadi isteri terbaik untuk suami aku. Menjadi anak yang diredhai emak dan ayah. Kawan yang baik untuk sahabat2 yang kusayangi semua. Semoga aku berupaya menyentuh hati2 manusia disekeliling aku dengan sentuhan yang baik dan bermakna. Semoga tidak sia2 hidup aku didunia ini.

Dan hari ini juga, aku pohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakiti selama ini. Minta maaf. Dari hujung ke hujung. Aku juga memaafkan semua yang pernah menyakiti aku. Urusan selebihnya, aku serah bulat2 kepada yang maha kuasa.

Hidup ini sememangnya penuh dengan rahmat. Antara kita sedari atau tidak sahaja. Di saat ini, aku sudah tidak mampu untuk merungut tentang apa2 sahaja berkaitan kehidupan ini. Tidak layak lagi untuk merungut sebetulnya. Apa lagi yang tidak cukup? Tiada apa2. Tiada apa2. Mari kita raikan kehidupan ini. Bersyukur banyak2. Lebihkan memberi dari meminta. Lebihkan penyelesaian daripada ungutan. Buat sehabis baik. Dan tawakal sahaja kepada Allah. Hanya Dia sebaik2 pelindung yang memiliki arasy yang agung. When Allah is on your side, you will indeed conquer the world.

Hasbunallahu wa ni’mal wakil..

Selamat meniti hari2 akhir ramadhan.

Salam sayang dari aku.

:)

Tuesday, July 5, 2011

of self 9 comments


I found out that my biggest challenge is one of COMMUNICATION. Seriously. Communication in term of confrontation, to be exact. Aku prefer to ‘sleep on things’, sweep it under the carpet as much as I could, sehinggalah muncul satu hari dimana aku terpaksa juga berdepan dengan apa sahaja yang aku takutkan itu.

I simply hate confrontation. Yes I admit fully.

Dan aku juga mendapati yang aku ini seorang yang amat reserved sekali. Superficial. Pretentious. I allow people to see only what I want them to see. Not more and not less. I found out that I’m good at hiding things, wallowing everything inside to myself.

I also know that this is not healthy. But I wonder can I honestly change this part of me?

And I found out too, in order to have peace, I need to go through a civil war inside of me first. No amount of wealth can offer ones peace and happiness. The phrase ‘money can’t buy happiness’ might seem cliché, but honest-to-God, it is so TRUE. You can be surrounded with abundance of wealth but still find yourself not ‘quite’ there yet. The hollow space inside of you, just can’t be justified. You seemed to have everything, but deep down only you know how empty you really were.

And I found out as long as you are alive, you will have to keep overcoming hurdles of life. Some small and insignificant. Some big and significant. Perhaps all these hurdles are meant to make you stronger and wiser with time. But are you really?

And the best part of all, if you pray hard enough, you'll find out that Allah will answer your call, sooner or later. Have faith. Walk to Allah. Allah shall run to you.

Friday, June 17, 2011

wishlist 9 comments


cewahhhhh kebabom sungguh bunyiknya hahhahha!

ok, sukacita dimaklumkan, aku sengaja nak tulis impian aku kat sini sebab bak kat m-i-o, dia perasan yang apa yang aku tulis sini, bound to happen in the future. hehehehehehe!

ada jugak la a few things yang come true, but rest assured, many other things did not even come near! :P

ok. bismillah..

impian terdekat aku ialah, mau pergi buat umrah satu family. congak2 untuk 6 orang, kami perlukan sekurang kurangnya 30k to achieve that.

jadi berkat hari Jumaat penghulu segala hari, aku SERU semua hamba allah dimuka bumi ini; angin, tanah, air, api, tumbuhan, haiwan, manusia, jin, malaikat, besi, plastic, tong sampah dan yang seumpama dengannya, agar bersatu hati, usaha dan tenaga membantu aku mencapai impian aku ini dalam masa terdekat.

sekian. terima kasih.


:D :D :D

Saturday, May 21, 2011

the happenings 12 comments


1. kejadian tanah runtuh hulu langat. semasa aku tulis ni, confirmed 2 orang anak2 telah arwah. i bet they're already in heaven now, re-united with the moms or dads. al-fatihah untuk mereka. kita yang tinggal ni tak tau macamana lagi nasibnya kelak.

2. been quite 'exciting' weeks for me. laki aku tiga minggu outstation. so hal anak2, terpaksalah dipikul diatas batu jemala patik ni saja. aku agak hairan pasal apa aku rasa exhausted sesangat bila laki aku takdak. padahal kalau dia ada pun, aku jugak yang do most of the stuff kat rumah. but somehow, aku tetap terasa macam patah tangan sikit semenjak dia takde. and i surprised myself by missing him so much now. macam ada rasa lawang dalam jiwa. begitukah rasanya kalau your other half's gone? then he is indeed the other half. (eh eh baru perasan ke? :P)

3. dan kami sekarang dalam proses membeli dan menjual harta-harta saddiq segaraga yang berada didalam dan diluar negara. :P jadi amat letih meng'entertain' buyer dari rumah ke rumah. real estate is an exhausting job, no matter how exciting. i better stuck to selling tong sampah then hahaha. tetiba terasa bertambah letih teringatkan tong sampah.

4. out of the blue, the company offer me 'partnership'. gilos! but i have to buy the equities. mana aku nak cekau cash ratus ribu boss oiii! pinjam kat engkau dulu boleh? yes yes. indeed exciting. concern aku hanya satu, bolehkah i manage being an 'owner' instead of just a worker? subhanallah rasa tak tertanggung beban dibahu ni. i'm no superworker. nothing near a good salesperson. boleh ke aku deliver tanggungjawab besau tu? honestly, i'm scared like hell. dan serabut. dan serabut. dan serabut. they need me to make up my mind fast. and i'm scared. hell.

5. workwise, ni tengah serabut rush out for 8 tenders simulataneously. macam2 hal. aku doa semoga anak2 buah aku competent la hendaknya buat kerja masing2. semalam aku ke sabah untuk presentation ke client. next week mungkin kena turun tawau pulak for the site visits. letih toksah cakap la.

6. dan insyaallah, 1-4 june, aku akan fly off to join my husband. without the kids! strangely, for the very first time, i am really looking forward to be with him without the kids. yep, aku pi sorang je. kebetulan cuti sekolah, maka dengan happynya aku tinggalkan budak2 ngan makayah. serious. i need this vacation. the exhaustion practically crawling under my skin. nak komplen banyak2 pun tak guna jugak. so there, we are honeymooning just the two of us, for the very first time since 11 years ago. dulu? takdak. :P

ok that the bits and pieces here and there.

semoga usaha2 kita semuanya diberkati. semoga ibu/bapa arwah anak2 yatim yang terkorban di hulu langat redha dengan ketentuan allah. nanti anak2 itulah yang akan tunggu mereka dipintu syurga. amin.

Tuesday, May 3, 2011

monolog pagi 0 comments


ustaz pesan,

hal2 duniawi, tengoklah pada orang yang lebih rendah daripada kita. insyaallah jiwa akan tenang, damai dan penuh syukur. udah2 lah cinta pada dunia dan isi2nya.

hal2 akhirat, tengoklah pada orang yang lebih tinggi daripada kita, supaya sentiasa kita bersemangat untuk melipatgandakan ibadah.

dunia ini tiada apa2. sekadar ujian dan cubaan. takkan sama manusia yang taat, dengan manusia yang engkar. sebab itulah ada syurga dan neraka.

walaupun hidayah itu hak allah, jangan berhenti dari menyebarkan yang baik baik. sesungguhnya kita tidak tahu nasib kita disana.

terima kasih ustaz.

Wednesday, April 27, 2011

apsal ai dah tak sempat tengok tv! 19 comments


Aku biasanya punched-out around 5.30pm (kalau tak outstation dan takdak appointment ngan client). lepas tu terus berdesup masuk highway NKVE to bukit raja. By 6pm, biasanya aku dah sampai depan tasik seksyen 7. By hook or by crook aku akan memaksa(kan) diri jalan satu round tasik besau tu. Aku jalan slow2 jek, so makan dalam 15-20 minit la jugak. Aku bantai je pakai baju kerja, just tukar walking shoes. Bawak handbag lagi muahahahhah! Belasahlah. Aku tak sempat la nak pi tukar track suit semua. Yang penting dapat jalan situ dalam satu round. Cukuplah bagi aku activity for the day.

Done with that, maka aku terus balik rumah. Rumah aku ngan tasik tu around 5 minit je, so biasanya dalam 6.30pm dah sampai rumah. Masa ni kecoh la mandi solat asar semua. Pastu pi hambat anak2 mandi pulak. Aku cuba pastikan kami dinner sebelum maghrib, so that lepas solat maghrib boleh terus proceed with the kids homework.

Dalam pukul 8pm, dah ready to start with their homeworks. Inilah masa2 yang mencemaskan. Inilah jugak masanya aku ngan laki aku bertukar2 profession jadi cikgu maths, cikgu bm, cikgu bi, cikgu pendidikan seni, bahasa arab, tauhid, fekah, khat dan yang seumpama dengannya. Akmal would have double homework since his kumon class started few months ago. Untuk aisyah, I can depend on her to tend to her works. Really independent, that girl. So biasanya aku akan focus banyak pada Akmal dan Aimie. Aimie ni jenis malas nak berusaha lebih. Malas nak susah payah. Dia main buat je ikut pandai dia. So memang nak kena check kerja dia satu2. Kalau tak check kang dia banyak merapu meraban, especially tang BM ngan jawi semua tu. Akmal pulak, Alhamdulillah getting better. Cuma part karangan2 tu memang nak kena tengok jugak jugak. Buat ayat semua tu masih lemah. But improving each day so far. Arina pulak can be independent and annoying simultaneously. Dia suka buat kerja yang bukan kerja dia, pastu dok suruh aku ajar benda yang susah2 yang kakak ngan abang dia buat. Kalau aku free aku layan la, kalau aku tak free memang sia2 la kena halau muahahahah!

Sebenarnya pukul 8-10pm on weekdays ni betul2 men-draining kan tenaga. Kalau laki aku balik awal, aku pass the baton to him. So aisyah dengan aimie would be under his care. Aku concentrate akmal dengan arina je. Kalau laki aku takdak, outstation ke apa ke, memang letihhhhhhh weh! Deal dengan budak2 biasa la kan. Memang nak kena sabar banyak banyak banyak banyak. Aku ni dahlah takleh tolerate kalau depa slow2 buat kerja. Haruslah nak menengking je kerjanya. Kesian lak kata anak2. Sekarang ni memang aku cuba sangat2 untuk tak cepat2 marah. Istighfar banyak2. Aku dok ingat aku letih, yang bebudak tu pun lagi letih aku tak tau. Kesian kat depa.

Ok so buat homework ni can go on until 10pm. Kalau terbabas pun aimie je selalunya sampai 10.30 gitu. Si aimie ni agak happy go lucky. Selamba je. Buat kerja ikut phase dia sendiri a.k.a terhegeh hegeh muahahhaha! :P

Dan adalah kelegaan paling besarrr bila the kids dah siap2 kemas buku for tomorrow class. Kalau depa habis awal, aku allow depa tengok tv sampai pukul sepuluh. Tapi selalunya memang tak sempat. So memang terus naik atas to solat and get ready for bed.

Solat maghrib dan isyak juga selalunya berjemaah. Maghrib aku jadik imam, isyak laki aku jadi imam. Solat ni pun amik masa lama jugak pasal nak tunggu masing2 amik wuduk, pakai telekong etc. ya allah memang menguji kesabaran sungguh. Part2 tunggu nak solat Jemaah ni memang laki aku amat sabarrrrrrr sekali. So I pass this particular baton to him mostly.

Dan by 11pm, seriously mata aku takleh nak bukak dah. Total shut down. Kalau aku minum kopi lebih sikit hari tu, sempat jugak lah aku nak baca buku sikit sebelum tidur. Itu pun dok menguap2 patpuloh kali seminit kot hahahahha.

Dan disini perlu aku nyatakan yang aku bersyukur pasal aku tak perlu nak fikir pasal nak masak2, nak kemas2, sapu2, lap2 semua. Disinilah aku rasa ada pembantu rumah, ada mak ayah tinggal sekali, amat berbaloi2. Kalau semua benda aku nak kena buat, harus aku naik hantu tiap2 hari. dan kepada ibu2 yang harus buat semua itu, aku memang doakan yang terbaik untuk korang semua. Sabar banyak2, dan redha dengan apa yang Allah peruntukan untuk kita. Honestly, I CAN’T be a mommy, wifey, worker and housewife all at the same time. I just refused to do that.

Jadi inilah kisah weekday aku. So bila weekends, akulah manusia paling happy sekali. finally boleh bernafas sikit. Yes yes the kids too. :D

So, what’s your story? :)

Wednesday, April 20, 2011

things i missed! 6 comments


cooking.. baking..trying out new recipes that caught my attention in the net. seriously!

sighhh. i don't know what becomes of me now. i was nor here neither there. macam diawang-awangan gitu.

so i can say that spending time in the kitchen is one of my mojos seperti entry dibawah hahah! it makes me happy. i can be very exhausted in the office/at site but once i decide to take out the mixer at 6pm, the huge tong berisi koko powder, tepung, caster sugar, vanilla essence, etc; i'm seriouly high! my cluttered mind seems to be able to de-clutter itself with each beating of the eggs. priceless! :D hilang semua penat lelah satu hari.

so now i'm finding excuse to do this often. aku suka bangat kalau kawan2 ajak buat potluck ke apa ke hahah. so i have excuse to bake again. sabtu ni we are having a small gathering. aku nak buat kapkek KCT dan mushroom soup with fresh bake buns. omg i can't wait!! :D

;">

Tuesday, April 12, 2011

pengganti waja semput 18 comments


hahahahahahahahah!

tetiba terasa poyo tahap gaban.

boss aku masuk bilik sambil sengih2 selipar jepun.

"your car is coming in this week."

cececeececececeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. aku pun bajet kembang kempis kembang kempis la. tersipu-sipu kemaluan awwww! :P

actually atas dasar nak memotivasikan aku (woi tak cukup motivated lagi ke boss woi!!), company dengan suka citanya bagi aku kereta baru, nak gantikan waja semput dalam entry emo aku nan lalu. :D

mula2 tu rasa biasa je. tapi la ni dok kembang kempis hidung tak tau pasai apa. riak la tu kot? muahahahahahah!

bagi channnnnnnn la nak riak sikit (allah macam selama ni tak riak kan? kan? kan? :P)

ok.. ok.. dah dapat kereta baru kena la bagik speech sikit kan? ehemm! ehemmm!

ok sebagai kesimpulannya, aku amat berbangga sebab jadi wakil melayu pertama yang diberi layanan sebegini rupa semenjak 30-40 tahun yang lepas. hahahha poyo bebenorrrr. anyway, yes i still take it as a compliment. aku berjaya menerobos pintu myth yang mengatakan "orang melayu kat sini mana boleh pergi jauh. asyik asyik orang dia aje yang dapat semua. orang kita ni duduk je la melopong." dan yang seumpama dengannya. dengan attitude aku yang laid back dan tak heran nak mengampu sesapa, mengipas sesapa, membodek sesapa. dengan ke'eccentric'kan aku sebagai individual yang tidak mengganggu dan tidak diganggu. yes, after 9 long years, i'm still considered as a loner. i still come and go as i pleased. yang penting aku deliver kerja aku.

mekasih boss, atas dasar strictly business, aku akan lenjan keta ko tu sampai nanti ko bagi kereta lain pulak kat aku hahaha.

ok ok udah.

kereta apa?

cer teka cer teka cer teka..... :P






























































































































































































































Wednesday, January 5, 2011

aku dan nombor 15 comments


a bit exhausted.

9 to 5 keje opis x 1
7 maghrib dan ajar ngaji x 4
8 to 10 homework bebudak x 4
solat isyak x 4

semoga allah kuatkan semangat untuk jalankan tanggungjawab dunia dan tanggungjawab akhirat.

(tak larat nak senyum pun)

Sunday, January 2, 2011

entry hangat 21 comments


hangatlah sangatttttttttttttt! :P

anyway, i just thought of sharing this with all of you.

in around 2 weeks time, aku akan hadir untuk satu lagi interview with the government of malaysia. ptd? bukan. aku takdak hati dah nak mintak ptd setelah dapat layanan istimewa dari pihak2 berkenaan itu. aku bukan nak bongkak, tapi it's totally your lost lah wahai scheme ptd sebab taknak amik aku yang voks bedebah ni hahhhaha!

so kini sudah sampai masa beralih hati. scheme mana pulak yang sanggup hire aku lepas ni? hihihihi... :D. actually sekarang aku a bit gundah gulana tang gaji tu lah. bila tengok tangga gaji itu, agak2 sayuppppppppppp mata memandang. banyaknya nak kena adjust balik kalau ditakdirkan aku berjaya dapat kerja tu dan hendak jugak kerja tu. aku tanya laki aku kalau2 ada cara untuk selaraskan gaji ikut pengalaman kerja aku yang 10 tahun ni. dia kata memang ada. tapi still i can't hope for too much. aku pun fahamlah scheme gaji government memanglah lain kalau nak dibandingkan dengan swasta. tapi banyak jugak yang swasta takda yang government ada. especially in the long run.

honestly, kalau tanya hati, memang ingin berkhidmat dengan kerajaan. bukanlah confident tak tentu hala, tapi aku rasa memang banyak benda yang aku boleh contribute directly to the system. i've got good head on me and i think any employer would be happy to have me as a worker. dan satu lagi yang aku percaya, benda yang baik campak ke mana pun akan ada kebaikannya. duit? hmmm.. bak kata boss aku, the money will come when the time is right. but for how long?

soalannya, bersediakah aku untuk melepaskan apa yang aku ada sekarang, demi mengikut kata hati? what would you do if you are in my position? what will rule your judgement? i'm going to be 35 this coming August. and obviously my time is running out (in term of job-hopping). whatever i'm landed on after this better be something that i would be happy to do for the rest of my life. something that finally made sense, dunia dan akhirat.

so for those reading this that have some experience/story relating to this, i would love to hear your comment. sesuaikah masuk perkhidmatan dikala usia sebegini? what would i be dealing with? please share if you can. dan kalau ada pembaca istimewa dari birm tu, sila2lah komen ek kak? i lap u all very strong! :D

Friday, December 31, 2010

azam 15 comments


Hahahahhaha… orang berazam, ko pun sibuk berazam2 jugak ye kak nonnnnn! Takpelah. Mak aku cakap kalau benda yang baik tak salah kalau nak tiru. So ni amik berkat cakap mak. :D

Pakar2 motivasi mendefinasikan SMART goals/resolutions as below:-

Specific
Measurable
Attainable
Realistic
Timely

Whatever la kan :P. We can have our own definitions on things. Asalkan benda tu make sense and we can see some result out of it.

So apa cita2 aku tahun 2011?

Ihiksss! Ai malu nak cakap sini. Tapi takdelah malu sangat. :P Jadi sebab tak begitu malu saya ingin berkongsi keinginan spesifik saya untuk tahun 2011 masehi (not necessarily in this order :D):

1. By Dec 2011, saya mau ada simpanan cash yang significant. Ini boleh tercapai jika plan saya untuk cropped out some portion from my salary and dump it elsewhere berjaya dilaksanakan dengan istiqamah sekali. (selalunya tak begitu berjaya sebab pantang nampak duit dalam bank tangan tu asyik gataiiiiiiii je nak perabihkan!)

2. Menambah-eratkan hubungan silaturahim dengan suami. Ahakssss. Ihikksssssss. Hahahahahhaha! Ok we just had our 10th anniversary a few months ago. So kiranya sudah lepas la satu abad dalam perkahwinan. Alhamdulillah gitu. We still have a lifetime to go though. So cita2 spesifik tahun ini ialah to love my husband more and more! To focus on all the good things and be merrier and happier. :D

3. To live more frugally. Heheheheh.. after Birm, terus aku rasa yang sebelum ni aku dan suami agak boros dalam berbelanja. Duit banyak keluar ke tempat2 yang tidak perlu. So we need to improve on that, a lot.

4. To love my job more (until dapat kerja tempat lain hahahahahha!). Semoga dapat buat kerja dengan ikhlas dan aman. Afterall, duit dari kerja itulah yang menolong kehidupan kami selama ini. So I need to be grateful. Walaupun boss tak bagi main internet lagik. :P

5. To have constant allocation for agenda ummah. Sesapa terasa nak join sila bagi nama kat tuan bendahari hahhahahah :D

That’s it. Yang lain2 simpan bawah tikar hahahhaa. Attainable? I think so. Takde yang susah pun kan. It’s all about mind set. Antara nak buat atau tidak aje. Haa? Azam tak glamer? Apaaaaaaa? Penampor nak? :P

Selamat menjalankan azam anda!

Thursday, December 30, 2010

ai budak baik.. 12 comments


aku dah kurang masa nak berinternet nih.

Semua kira salah aku la kan. Orang suh datang opis buat kerja. Ko pulak datang opis cuba2 makan gaji buto. Astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmm.

Semalam financial controller aku datang singgah bilik sat. dia kata “oi kak non! Udah2 la tu ko dok main internet 24jam. Ko ingat kompeni ni bapak ko yang punya?” apa lagi menitik2 lah air mata aku jatuh ke meja satu persatu. Miahahahahhahahah! :P kesimpulannya memang keji la depa ni.

Aku ni memang pekerja yang baik. Tiada yang tidak baik melainkan yang baik2 sahaja. Hari tu bos aku ada cakap; “kak non, ko kerja elok2 tau. Jual tong sampah banyak2. Nanti kompeni nak beli keta baru bagi ko pakai.” Kata boss ku sampai mengunyah kerepek pisang sambil mata terkebil-kebil. Dan dengan penuh syahdu dan khusyuk dan tawaduk dan air muka suci murni aku menjawab, “boss, saya bekerja bukan sebab nak kereta kompeni boss. Saya buat kerja semata-mata lillahita’ala boss. Tapi boss takkan paham sebab boss bukan percaya tuhan pun. Boss takkan paham sebab selama ni boss2 banyak main duit kopi. Boss takkan paham sebab semua benda yang boss buat berkiblatkan duit. Sebab tu saya suka main internet boss. Sebab hanya dengan main fesbuk saya boleh release stress saya. Saya stress sebab kena jual tong sampah harga juta2. Kalau saya tak jual boss jugak yang akan hambat saya sampai naik ke syiling.” Sekali lagi boss terkebil2 melihat aku. Gamaknya tercekik kerepek pisang.

Aku memang baik. Disaat menejer2 lain diberi altis dan camry, aku menerima dengan terbuka waja semput yang ko bagi tu. Ada aku kisah? Iye aku sikitpun tak kisah boss. After all bukan keta bapak aku pun ye tak? Aku masih disini, years after years sebab akulah antara2 pekerja pekerja ko yang so easy to work with. Aku tak reti nak demand itu ini. Dari aku injinier naik menejer ni aku tak pernah kata tidak kat ko boss. Semua benda pun aku buat. Masuk hutan keluar hutan. Masuk loji air keluar loji air. Masuk loji taik keluar loji taik. Masuk longkang keluar longkang. Panjat bukit panjang gunung bawak perut (masa pregnant la!) ke hulu ke hilir. Did you ever hear me complain? Not.even.once!

Sebab aku tak reti nak jadi orang yang bukan aku. Dan aku rasa ko pun tau itu boss. Kerana terbukti khidmat aku masih diperlukan even setelah aku resign dan pi bercuti di birm selama setahun. Yep, I’ve got something that you don’t have. Something that you need and only ME can provide. Muahahhahahahhahahah! Eh tetiba aku terasa riak lak hahahahha!

Kesimpulannya boss, memandangkan aku ni pekerja yang cemerlang gemilang terbilang, apa kata ko tutup mata aje lah bila aku dok main internet 24 jam. Itu aje cara aku nak release stress boss. Kita kan kawannnnnn. :P

Saturday, December 25, 2010

ok ok aku dah mai 16 comments

stay tuned untuk cerita ceriti panas berapi apiiiiiiiiiiiiiii! :P

Tuesday, November 16, 2010

salam aidil adha 7 comments


kepada semua pembaca CA.

rasa macam tak layak pulak nak raikan aidil adha ini, kerana aku agak jauh dari ibadat haji itu sendiri. yang aku tau kemuncak haji bila berjuta2 tetamu allah berwukuf di arafah. simbolik kepada pengumpulan manusia2 yang berbondong2 di padang mahsyar nanti.

sesungguhnya janji Allah itu tiada yang tidak benar. soalnya, sudah bersediakah aku? oh..

dan kepada pembaca2 yang mengikuti blog ini dari day-1, dengan sadisnya aku nak umumkan yang aku masih lagi seorang manusia yang carca marba; seperti permulaan ku dahulu. sgt cliche bunyinya tapi percayalah, aku masih 'struggling' untuk menghayati dan bergelumang dengan fakta-fakta kehidupan.

bila akan berhenti? honestly aku tiada jawapannya.

yang penting, the only thing that I have, is HERE and NOW. semoga teguh hati aku untuk cari dan capai apa yang aku inginkan. semoga betul apa yang aku cari itu. semoga bermakna setiap sesuatu yang aku lakukan, dan juga setiap sesuatu yang aku lepaskan.

salam aidil adha. Allah bless!

Monday, November 8, 2010

aku dan thomas 13 comments


"Thomas Edison Tested Over 3000 Filaments Before He Came Up With His Version of a Practical Light Bulb"

sebelum itu, bila kawan-kawan kata dia gagal, dia tidak langsung rasa begitu. dia cuma cakap yang dia telah menjumpai beribu-ribu cara untuk mentol tidak berfungsi, dan masih tercari-cari satu cara agar mentol berfungsi.

apa kaitan aku dengan thomas? oh malu untuk mengaku. macam langit dengan bumi. macam halaju kura2 dengan halaju cahaya.

it just that in the past years i've been trying to do this one thing, ever so repeatedly, so very conciously. i've been trying to accomplish this one thing over and over and over and over and over again. tapi aku masih 'gagal'. tapi bak cerita pakcik thomas; 'gagal' is such a strong word. tak baik untuk kesihatan. maka aku tak kata aku G. aku cuma kata yang 'masih belum masanya'.

mungkin aku belum bersedia. mungkin aku tidak cukup bagus lagi. mungkin juga ianya yang tidak bagus untuk aku. mungkin aku lebih baik not having it. but i have this really strong gut feeling yang satu hari aku akan dapat jugak apa yang aku inginkan, if only i do not stop trying. walaupun ada juga orang yang mencebik meluat. udah2 lah tu kaknon. :P

anyway, sepanjang proses aku mencuba ini, aku rasa by now aku sudah cukup matang. i don't know why i keep trying eventhough every time the failure creeps in, i would be considerably devastated. i would be down and sad. but by now, i'm quick to spring back to my normal self.

as thomas alva edision put it, "i just found thousands of ways for this not to work."

i think my feelings would be around 0.00001% to what he felt. because i have not tried it for 3000 times. but i know i will, if time permits. i just can't help it. there's no way i'm stopping now. :)

Monday, November 1, 2010

cerpen: purse yang koyak 21 comments


purse aku dah lama koyak. kadang kadang sedih pulak bila aku terperasan akan kekoyakan yang agak teruk la jugak. malu pulak bila kena keluarkan purse masa nak buat bayaran. cikai sesangat nampaknya. macam tak sesuai dengan standard seorang tokey tong sampah. :P

anyway, aku dah lama dok berkira-kira nak tukar purse baru. aku kesian kat diri aku kerana macam tak mampu jer nak ber-purse cantik kebabom. apa kelas pakai purse koyak kaknon?

dan aku ke ATM tadi untuk keluarkan duit. untuk kesekian kalinya aku terpaksa jugak keluarkan purse koyak aku untuk masukkan cash tu. bila tengok koyak tu terus terfikir lagi, bilalah nak tukau baru ni kaknon. tak larat dah aku tengok purse ko nih! keji tau.

dan bila dok asyik kelebek purse tu aku tak perasan ada budak lelaki seusia akmal dok kat tepi atm machine tu.

budak: kak, ada duit tak?
aku: .........
budak: .......
aku: tak sekolah ke?
budak: tak.
aku: apsal tak sekolah?
budak: .......
aku: rumah kat mana? mak ada rumah?
budak: ......

apa yang berlaku seterusnya biarlah aku simpan dalam hati yang paling dalam. apa2pun, aku yakin sebagai ibu korang akan rasa apa yang aku rasa. i can't help but comparing him with my kids. i sighed a lot. my heart broken. i didn't even get his name.

dan dengan tidak semena-mena, aku tak malu lagi punya purse koyak. it doesn't matter anymore.

:(
 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger