Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Friday, February 17, 2012

inevitable 5 comments


kak su passed away yesterday, leaving behind 8 kids. the youngest being around 2-3yo. adorable cheeky little girl. when i heard the news from mom yesterday, my heart turned cold, and heavy like lead.

arwah adalah jiran aku di seksyen 7 dulu. kami tetiba agak rapat sebab mereka pun pernah tinggal di birmingham sebelum kami dulu. sama2 pulak di Selly Oak. anak2 dia pun ada yang satu sekolah dengan anak2 aku di shah alam. petang2 main badminton, main basikal sama-sama.

god! aku masih terbayang2 anak2 dia dok berlari2 dengan anak2 aku kat depan rumah. dua tiga hari sebelum pindah rumah sek7 tu, sempat pergi makan kenduri anak dia. that was the last time we talked to each other.

bila dengar berita kematian dia semalam, aku tergamam. the kids cried. akmal keep saying,

"Yusof dah takde emak. Yusof anak yatim!"

and aisyah cried some more before bed. the fact that their friends no longer has a mother was really really disturbing. subhanallah.

untuk kak su, aku doakan semoga arwah dicucuri rahmat Allah. aku amat sedih untuk anak2nya yang masih kecil itu. kalau ada depan aku harus aku peluk2 bebudak tu. losing a mother at that age? how devastating! i wonder how the little girl is surviving now. ya Allah, kau berilah kekuatan kepada keluarga Kak Su. please ease their pain and sorrow. innalillahiwainnailaihirojiun. kepada Mu kami kembali ya Allah.

Friday, January 6, 2012

bonus 14 comments


salam to all.

yesterday was supposed to be the big B day.

aku dapdupdapdup dok depan laptop pepagi buta checking into maybank2u. anticipating BIG 5-figs to appear on the screen.

i worked hard in 2010. no doubt about it. sampai orang lain pun kesian tengok kerajinan aku miahahahha! anyway i KNOW i deserved some whopping double bonus as the reward to my effort.

but..

as the screen flickered and the figures appeared. i was dumbfounded. my mind try to comprehend the unusual numbers in the account. unusual in a baaaaaaaddd way. and i was stricken with grief.

suffice to say that my blood went upstairs for the rest of the day. yes! that's the perfect word to describe it.

aku kemas2 meja sikit lebih kurang ala2 buat busy. collect my keys. switched-off the light and air-cond. and drive off as fast as i could. boleh percaya tak aku boleh menangis dalam kereta sebab marah dapat bonus ciput? i cried like hell. and cursed my boss like hell to.

seperti biasa untuk menenangkan jiwa luka, aku pegi tengok wayang. thank god the Ghost Protocol and the popcorn was soooo good that i had a good spanking time alone in the cinema. dah tu? separuh cinema tu aku yang punya kan? sapa pulak nak tengok movie pepagi buto hari bekerja kan? kan? kan? haruslah mereka2 yang terdiri dari ahli2 kelab jiwa luka macam aku jeww.... (ni apa jenis bahasa eww eww nih?)

anyway in the car before that aku telah pun menghantar satu perenggan sms kepada immediate boss aku tentang ketidakpuasan hati aku berbunyi begini:

"i'm extremely unhappy with the bonus. i think my talent would be appreciated more elsewhere. i worked hard but nobody seemed to appreciate"

ala-ala giteww... (euwwww)

pastu boss aku terus call aku balik. adakah aku angkat? tak koser nyah. go to hell boss. i'm gonna watch ghost protocol. mengadap tom cruise (walaupun dah tua) adalah jauh lebih baik dari berborak dengan ko).

so i switched off the phone for a good 5 hours. lantak ko lah.

but i was kind to be back at the office around 3 something. dengan muka ketat bak kata orang muda. sumpah aku malas. tapi ada meeting besau dengan boss no 1 and no 2 at 3.30pm. immediate boss aku adalah boss no. 3. dok saiko2 aku cakap itu ini. ada aku kisah.

but by that time aku dah cool pun. tom cruise helped. but the thing that helped most was the time spend in the musolla right after ghost protocol. aku nangis nak rak lagi dalam surau, buleh? i cursed myself this time. aku minta ampun kat allah sebab aku boleh marah sangat sangat sebab dapat bonus sikit. aku lupa ada manusia2 kat luar tu yang langsung tak dapat bonus pun. kenapa aku nak sedih sangat? selama ini aku kerja semata2 kerana duitkah?

i used to. but not anymore. aku terasa bodoh dan ungrateful. sudah banyak yang aku dapat selama ini, entah aku syukur entah tidak. sighhh. such ungrateful creature. dapat sikit, nak banyak. dapat banyak, nak lagi banyak. vicious stupid cycle.

so yeah. i'm happy today. sambil2 counting my blessing. which is alot. and i should be thankful. yang penting, aku dapat bayar zakat bulan2. aku dapat bagi mak ayah bulan2, aku dapat didik anak2 aku dengan selesa. we have a happy home to live in. and the air. the sunshine. countless blessing!

(anyway boss3 telah mengadu mengenai sms aku kepada boss1 dan boss2. maka ketiga2 mereka berusaha memujuk aku semalam dengan kata2 manis yang aku pun tak ingat sangat dah. wateverrrrrrrrrrrrrrrr sambil juih bibir).

pengajarannya dari peristiwa ini:
1-kalau tak puas hati sila email terus kepada boss anda agar dia faham dan simpati
2-pegi tengok wayang sebagai tanda protest
3-BERSYUKUR LA WOIII APA YANG ADA. YANG DAH ADA TU PUN BANYAK TAK TERHITUNG! GET ON WITH LIFE WILL YOU? STOP SULKING!

sekian cerita aku tentang hari bonus besar. :P

Thursday, December 15, 2011

lara.. 4 comments


dua tiga hari ni hati terasa lara. ada benda2 yang mengasak dari pelbagai arah. gelisah. sedih. sayu. pilu.

maka syaitan. pergilah jauh2. ampunkan aku ya Allah. jadikanlah aku manusia yang bersyukur. yang redha dan bahagia dengan apa sahaja ketentuanMu. ampunkan aku ya Allah.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ،وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, December 9, 2011

anak-anakku sayang 6 comments


we love listening to CDs on kuliah agama. almaklumlah. masa agak tiada (alasan!) untuk ke majlis ilmu saban minggu. so my husband and me bought CD/VCD/DVD every other weeks for our supply of soul food.

after some time of course the kids started to notice. mana tak nya. masa nak tido pasang CD. dalam kereta pasang CD. lepas solat pasang CD. arina yang kecik pun dah kenal suara ustaz yang bagi ceramah. :D

anyway, the kids are now having a program at masjid negeri shah alam for the whole cuti sekolah. petang semalam when i arrived home from work the twins handed me one thin package clumsily wrapped. depa ni memang suka la dok balut benda tah hapa2 pastu pretend bagi hadiah kat orang. i thought it was one of those things la. i was surprised to see that it was actually a DVD of a kuliah by one of my favorite ustaz! i was esctatic!

aku tengok harga dia RM10. aku tanya mana depa dapat benda tu. rupa2nya ada jual kat bookshop masjid negeri. they have been saving their pocket money to buy that CD for me! oh aku sungguh terharu. aku bet mesti orang bookshop tu pelik apsal bebudak kecik ni sibuk nak beli CD kuliah agama.

aku sungguh terkesan dengan apa yang anak2 buat ni. kids, mama dan ayah sentiasa doakan kalian membesar jadi manusia2 yang takut pada Allah. mama redha kalian jadi anak2 mama. dan semoga Allah bagi kekuatan pada mama untuk bimbing kalian jadi manusia beriman dan bertaqwa.

i love you kiddos!

Thursday, November 17, 2011

anugerah 16 comments




aku nangis masa budak2 ni nyanyi lagu. ya allah syahdunyaaaaaaaa! rasa nak pi peluk sorang2! :(







Friday, October 21, 2011

guilty 8 comments



hari yang luar biasa.

arina 'graduated' this morning at her pre-school. dan aku pulak dok berperang dengan consultant at the other site of kl just to prove worthless-so called points.

the feeling adalah sux.

sorry Arina. mommy owe you BIG one!

ya allah. kau berkatilah usaha ku ini.

amin.

Thursday, June 23, 2011

masa untuk menangis 9 comments


yesterday i broke down and cry. semenjak masuk umoq 30-an nih, purata aku nangis ialah sekali setahun. maksimum dua kali. (jangan tanya masa 20-an. purata sekali sebulan :P).

hakikatnya, sekuat mana pun aku rasa aku ni, setelah diuji dengan macam macam macam macam macam macam macam macam macam ujian selama ni, allah masih mahu aku menangis juga sekali sekala.

menangis semahu mahunya semasa berjalan dan memandu kereta. apetah lagi ketika berpeluang sujud ditikar sembahyang disepertiga malam. yang mana kurasakan hanya ada aku dan Allah sahaja ketika itu. menitip doa dengan rasa serendah2 dan sehina2 dan sekecil2 diri. bernafas dalam lumpur. seperti mahu mati lagaknya.

betapalah kita ini sebenarnya hanya hidup untuk hari ini. esok dan lusa, bukan ditangan kita. andainya ditakdirkan mati esok, dunia ini langsung tiada apa-apa. siapa diri kita hari ini, akan hilang erti jika kematian mengundang esok.

ya Allah, jika apa yang terjadi ini adalah baik untukku, maka permudahkan urusan duniaku. amankanlah aku dari apa yang aku takuti. janganlah Kau serahkan nasibku ditangan manusia, walau sedikitpun. sesungguhnya apa sahaja antara langit dan bumi ini berada dibawah kekuasanmu. tiada apa yang dapat menahan apa yang engkau beri, dan tiada apa yang dapat memberi apa yang Engkau tahan. maka kurniakan padaku segala yang baik2 sahaja. hanya engkau yang maha memberi ya Rabbi.

dan kepadaMu aku kembali.

Monday, June 13, 2011

mahal harganya 10 comments


pengalaman itu mahal harganya.

patutlah.

no. i'm not talking about beijing and china. that's another chapter. :D

ini pengalaman ketika jual beli harta2 saddiq segara didalam dan diluar negara. hahahahahha! lawak bingai.

anyway, aku baru selesai jual rumah. dan sejak dua menjak membuat rumah terbuka ni, macam2 orang yang aku jumpa. sebelum itu aku tak lupa berdoa yang semoga allah mudahkan perjalanan dunia kami ini. semoga mudahlah kami melepaskan harta2 ni. moga orang2 yang mendapatnya itu juga penuh keberkatan hendaknya.

dan aku rasa terpanggil untuk merekodkan tentang bakal owner baru rumah yang kami diami sekarang. insyaallah by end of this year. a family of six, just like us. makcik dan pakcik itu, saling tak tumpah seperti mak dan ayah aku, but more quieter. anak2nya ke-empat2 itu lelaki semuanya. tapi amat sopan santun, lembut dan menyejuk kalbu. aku saspek tentulah hasil didikan sepasang ibu dan ayah yang baik-baik.

i think they were drawn to the house as much as i'm drawn to them. apa orang kata tu? chemistry? yes. chemistry it is. bila borak2 dengan makcik pakcik tu, aku rasa sungguh rendah hati dan diri. mereka sekeluarga sebenarnya masih tidak punya rumah sendiri. menyewa sejak tahun 1990-an lagi di TTDI damansara. makcik itu mengajar mengaji dirumahnya. katanya tuan rumahnya baik hati dengan mengenakan sewa yang rendah selama ini. and whatever makes them want to buy a property in shah alam, beats me. dan pakcik itu begitu happy bila tau ada surau belakang rumah aku. alhamdulillah. lebar senyumnya.

and now, the kids all grown up. the eldest son will be paying for the new (but old) house. dan aku dapat rasakan betapa bersungguhnya mereka nak masuk rumah baru (tapi lama). entah apsal my heart breaks a bit.

aku teringat masalah diri sendiri yang kadangkala tamak haloba dengan dunia dan isi2nya. tak cukup2 apa yang ada. lupa nak pandang kiri kanan. patutlah allah takdirkan aku 'terjumpa' kind strangers macam ni dalam hidup. so that aku boleh cermin balik diri sendiri. buanglah semua rasa tak cukup dalam dirimu wahai knv. sesungguhnya kau telah punya segalanya. bersyukurlah.

untuk pakcik+makcik dan family, saya jual rumah saya dengan penuh ikhlas dan senang hati tanpa rasa ragu-ragu. semoga ada keberkatannya kalian tinggal disini nanti. semoga bersinar rumah ini sampai ke langit sana dan disinggahi oleh malaikat2 yang menabur rahmat.

saya doakan. amin.

Wednesday, May 11, 2011

much ado about nothing 6 comments


ini entry yang menjengkelkan.

aku tak faham pasal apa ada orang yang suka bercakap2, menganalisa, mensensasi, mendebatkan perkara2 yang mereka sendiri tidak faham sangat. perkara yang masih samar2 dan masih belum nampak pun biji butirnya. lepas tu berdebat, berspekulasi dan berdiskusi tanpa fakta. semua ikut pandai sendiri yang sebenarnya memang tak pandai dan tak tau apa benda pun. sorry to say, but even if you think you speak with experience, but without enough facts and proper knowledge on the actual matter on hand, sila bakul sampahkan aje pengalaman ko tu.

tak perlu beramai2 membodohkan diri sendiri. bunyi gah semacam tapi rupa2nya kosong. langsung tak bawak hasil. now i know why malays are malays. kita masih suka dok buat benda2 macam ni. bising2 tak tentu hala. macam tin kosong.

what a waste of talent.

Friday, April 29, 2011

these small hours will remain 3 comments


i feel like lewis today! :D

petang tadi hantar mak pegi lcct. dia ada rombongan cik kiah ke pekanbaru, palembang. ada sedara mara yang hendak dilawat.

dalam kereta aku hulur duit sikit kat mak, the usual monthly allocation.

"alhamdulillahhhhhh...." sahut mak.

entah kenapa aku nampak mak happy bebenor sambil cium-cium duit tu. dan terus ada rasa menyelinap dalam hati. happy dapat happykan mak.

yep. these small hours will remain forever.

i love u, mak.

:)



Our lives are made
In these small hours
These little wonders
These twists and turns of fate
Time falls away
But these small hours
These small hours
Still remain

Tuesday, April 5, 2011

i resigned to the fact that 15 comments


it is still VERY MUCH the car you drive!

selama ni aku cuba bersangka baik. bahawa rakyat jelata malaysia ni semuanya humble2 belaka. orang kaya tak pandang rendah pada orang tak kaya. rakyat2 jelata boleh accept yang ada orang pakai kancil dan ada orang pakai merc. so what la kan kalau ko pakai kapalterbang sekalipun? ada aku kesah?

tapi aku sebenarnya silap besarrrrrrrrrrr disitu. rata2 malaysians masih materialistik. cakap aje dibibir yang tak kisah pakai kereta apa pun tapi hakikatnya orang akan lebih hormat kalau kita meluncur bawak kereta mewah dari bawak kereta cokia cap ayam. sah lagik sahih! jangan ada sesapa yang tak ngaku!

ceritanya gini.

aku orang sales. sebelum ni aku pakai family van untuk pergi kerja (iyerrrrr.. v.a.n.). apsal pakai van? dahhhhhhh... anak2 aku kan ramai. kena la beli van. kang tak muat kang sapa yang susah? ok ok pastu dijadikan cerita, boss aku kata 'ana tak payahlah bawak van tu, you guna aje kereta company yang spare tu. baru sesuai. van tu nampak macam nak balik kampung lah.' apa2 ajelah labu.

maka aku pun start pakai kereta company. waja sepuluh tahun lepas. yang dulunya dibawak ke segala ceruk site bagai, yang kemik kiri kanan depan belakang, yang dua pintu tak boleh nak bukak dari luar, yang window screen sangkut2 nak turun naik dan mengeluarkan bunyi yang sungguh horror sekali setiap kali aku wind down screen masa nak bayar toll, yang penuh patches berlainan kaler disana sini, yang setiap kali aku on aircond akan berbunyi aircond belt screeching macam nak rak sebatu lagi orang dah dengar, dan ada dua tiga benda istimewa lagi. WOW!!!!! aku terkesima. dan conpused jugak. adakah boss aku begitu buta dan menganggap bahawa kereta spare ini SESUAI untuk bawak ke hulu ke hilir untuk buat sales? hmmmmmm... lama aku termenung. mungkin ye. sebab katalah client nampak aku bawak waja semput ini, dah tentu2 depa kesian nakmampus kat aku dan tanpa ditanya terus depa issue order untuk tong sampah tong sampah aku. ohhhhh gituuuuuuuuu. maka bersyukurlah aku sebab dapat boss yang begitu memahami tektik2 perniagaan ulung dunia. aku rasa macam nak nangis keharuan.

berbalik kepada kisah kereta semput aku, yerrrr. sejak berwaja semput itu, barulah aku faham betapa superficialnya khalayak malaysians. banyak sungguh episod2 sadis yang aku alami semata2 kerana waja semput ku dipandang sebelah mata oleh orang kiri kanan depan belakang. pernah sekali aku pegi hotel nak jumpa client. since dah lambat aku terus ke valet parking. boleh depa tak layan aku? bolehhhhhhh????? oiiiii! kalau takat valet charge 20 hengget tu tak herannya aku. dan pernah sekali aku berwaja semput nak lunch di Saloma, KL. boleh pak guard tu suruh aku parking jauh nak mampus bawah bukit sanun sedangkan terang dan nyata kat depan2 tu ada parking? wadefak sungguh la kan. hanginnnnn aku satu badan. mentang2 la keter aku berwarna warni ngko ingat aku takdak duit???

so gitulah kawan2. gitulah sikap kita sebenarnya. jangan tak ngaku. aku sepuk kang. tapi sungguh. dengan layanan2 dari orang sekeliling yang begitu bila aku berwaja semput, aku terasa lebih kyusuk dan tawaduk, lebih hamble, lebih rasa nak lempang dan maki orang2 yang hanya tengok luaran sahaja. dan akhirnya, aku terpaksa mengaku yang riches and fames masih no. 1 di hati2 kita. termasuk aku.

shitttttttttttttt!

Thursday, March 31, 2011

i'm cranky 4 comments

shit!!

disaat2 ini aku terasa nak mencarut. nak memaki. nak menghamun. nak hempuk kepala orang. nak baling komputer. nak baling meja. kerusi. mangkuk. hayun.

astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

aku penat. letih. minggu yang stressful, work-wise. aku jarang sangat boleh marah. biasanya aku accomodating orangnya. i take on people's shit without a grudge. aku layan kebodohan orang lain dengan brilliant sekali. but not today.

i'm so pissed i could have exploded. subhanallah. syukur aku orang islam. kalau tak apa gamaknya yang aku buat sekarang ni. minum todi? pegi kelab dangdut? amik dadah? bunuh orang? ya allah ya allah. membara sungguh dalam jiwa nih.

ok. i need to go sleep. i need sleep.

Wednesday, March 30, 2011

which one? 23 comments


Nak merendah diri ke atau nak brag?

Cakap macam nak merendah diri. Tapi aku perasan macam motif utama ialah nak brag je kekdahnya. Ke ko memang tak perasan yang sebenarnya ko itu amat annoying? Hmmm..

Cakap pasal anak. Ko nak cerita yang ko tu syukur dapat anak pandai. Tapi dalam masa yang sama bunyinya macam ko perlekehkan anak orang pulak yang tak pandai?

Cakap pasal laki. Ko nak cerita yang ko tu syukur dapat laki baik. Tapi dalam masa yang sama bunyinya macam menghina laki orang yang tak baik macam laki ko?

Cerita pasal kerja. Ko nak cerita yang ko syukur dapat kerja bagus hebat canggih anggun. Tapi dalam masa yang sama ko perlekeh kerja orang yang tak hebat dimata ko?

Cerita pasal ilmu. Ko nak cerita yang ko syukur berpelajaran. Tapi dalam masa yang sama ko kutuk2 pulak orang yang hanya ada SPM dan tak boleh berfikir cerdik macam ko?

Bla..

Bla..

Bla..

So apa motif ko sebenarnya? Nak bersyukur ke nak show off? Think. And choose either one. Pasal syukur dengan show off tidak datang sekali. They do not come together. Sebab aku confuse nak menterjemah maksud disebalik cakap2 ko tu. Kalau nak berlagak, aku tak kisah lansung. Lantak ko la. Tapi please lah jangan selang-selikan dengan frasa-frasa islamik yang buat aku rasa nak lepuk aje muka ko tu.

Tak sesuai, ok?

Sekian. Selamat bersyukur. Atau berlagak. Either one will do.

Friday, March 25, 2011

tazkirah jemahat :D 6 comments


Jalan bertangguh untuk buat perkara2 wajib yang disuruh agama. Contoh paling mudah; solat. Sesetengah orang menafsir agama ikut pandai dia yang tak berapa pandai, sambil mengutarakan alasan2 seperti “belum sampai seru lagi. Daripada aku buat tak ikhlas, baik tak payah buat. Aku tak solat pun tapi hati aku baik, tak kacau orang”

Again, that’s totally beside the point. Arahan Allah itu WAJIB dilaksanakan samada ‘ikhlas’ itu hadir ataupun tidak. Sebab kalau TAK buat, dah tentu2 hukumnya jatuh berdosa. Tapi kalau buat, walaupun tak ikhlas, maka hukum wajib itu telahpun terlaksana. Hukum ikhlas atau tidak itu biarlah Allah yang menilainya. Jadi sementelahan memang wajib kena solat tu, ikhlas2kan lah diri.

Contoh kita suruh anak2 buat kerja rumah, ataupun boss suruh kita buat kerja kita. Boleh ke nak bagi alasan ‘tak sampai seru lagik, tak ikhlas hati nak buat’? boleh ke gitu? It’s the same analogy. Kalau anak2 tau takut dengan kita, dan kalau kita tau takut dengan boss, kenapa kita tak ada hati nak takut dengan Allah?

Hukum solat telahpun turun sejak 1400 tahun yang lalu. How could we defy something so ancient and huge dengan perkara2 picisan yang berlaku dalam hidup seharian kita? Bagaimana sanggup kita mengenepikan solat?

Jawapannya mudah aje. Sebab walaupun kita kata kita percaya rukun islam dan rukun iman, tapi sebenarnya kita bukan percaya sangat pun. Kita kata kita percaya kiamat dan kebangkitan semula, tapi kita still tak bersedia untuk ke sana. Still buat banyak benda2 lagho, bersembang hal2 lagho, tak terasa nak mengupgrade ilmu dan amal, tak terasa nak buat pahala banyak2. Tak suka nak bersedekah. Rimas tengok orang buat baik.

Can you imagine, persiapan untuk orang nak pergi menunaikan haji yang 40 hari tu, bagaimana sibuk dengan kursus berbulan2 lamanya, sibuk dengan persiapan beli baju dan kelengkapan nak buat haji. Confirmed sibuk setahun sebelum the actual haji tu. Tapi persiapan kita nak ke akhirat pulak macamana? Akhirat yang kita akan hidup selamanya2, bukan nak duduk untuk 40 hari, 400 hari maupun 4000 hari? Yang disana hanya ada dua pilihan iaitu syurga dan neraka. Bagaimanakah sepatutnya persiapan kita untuk ke negeri akhirat yang kekal itu? Tapi kita relax aje sekarang sebab walaupun kita kata kita percaya hari akhirat, tapi kita bukan percaya sangat pun sebenarnya.

Sekian. Salam hari jumaat. :D

تَكَادُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ يَتَفَطَّرۡنَ مِن فَوۡقِهِنَّ‌ۚ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّہِمۡ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥)

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar) dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ash-Shura ayat 5)


Tuesday, February 15, 2011

i love you mommy 14 comments


dapat dari email. lepas baca ni, pergi cium dan peluk mak kuat2. minta ampun minta maaf. selagi emak masih hidup.

*******************

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....

Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.

Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.

Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.

Thursday, February 10, 2011

losing 12 comments


My father is not well. Both his kidneys failed. He was on dialysis since 3 years ago. And about recently he seemed not well after each session.

Dan aku sedih. Truthfully said, walaupun hidup dan mati itu antara perkara2 yang tidak boleh dipertikaikan lagi, aku rasa tak mungkin ada orang dalam dunia ni yang bersedia kehilangan orang tersayang.

But I guess for each living day, the time is nearer. Untuk kita menghadapi saat2 kematian. Oh. I can’t begin to imagine the sadness of losing mak dan ayah. Mynie, I am thinking of you while writing this. How did you cope back then? Sure enough, time heal all wound. But to go through that period must be hell.

Sebab aku sayang mak ngan ayah. Pasal aku rasa aku masih banyak dosa dengan mereka. Masih belum terbalas budi mereka. Masih belum itu dan ini. At time like this, aku syukur sangat2 sebab mak dan ayah duduk dengan aku. Sekurang2nya aku masih dapat tengok muka mereka tiap2 hari. Aku masih dapat cium pipi mereka sebelum aku pergi kerja. Masih boleh berbual2 dengan mereka. Tau sakit pening mereka. Syukur yang tak terbendung.

Semoga allah rahmati mereka sampai kiamat. Semoga diterima segala amalan mereka. Semoga dijauhi dari siksa kubur dan api neraka. Semoga mendapat kurnia syurga dengan rahmat Allah.

Dan sekarang, takde yang lebih penting untuk aku selain berusaha membahagiakan emak dan ayah. Semoga mereka redha dapat anak macam aku. Semoga mereka ampunkan dosa2 aku selama ini. Semoga aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sehingga nafas aku terhenti dibumi ini.

Oh.

I’m going to stop now. The sadness is killing me.

Friday, January 28, 2011

YOU ARE SO FULL OF SHIT 4 comments


"what's so great about knowing Muslim's values?"
~ Chua Soi Lek, veteren porn star

patut pun ngko jadik porn star.

berita lanjut, klik sini.

Wednesday, January 5, 2011

sempena naik lagi.. 8 comments


hahahaha... i wrote below entry back in june 2008. so sempena petrol naik lagi malam tadi, aku nak paste ajelah balik entry aku ni. masihkah relevant? you be the judge! :D

***************

Aku sedih sangat petrol naik.

Sedih untuk aku. Dan lagi sedih untuk orang2 yang lagi susah dari aku.

Disaat2 aku tak larat nak buat kerja susah2 ni lah, datangnya satu berita yang memaksa aku terus menerus buat kerja susah demi kestabilan ekonomi keluarga aku yang tercinta.

Petrol naik satu hal, yang lagi penting ialah domino effect yang bakal melanda.

Kalau MYDIN, giant, tesco dan segala hypermarket pun dah mahal, apa kes?

Boleh tak bayangkan yang dok kampung?. Lagi mahal weh! Ikan kembung dah rm8 sekilo. Hari tu aku beli ayam kat pasar sek 16 (konon murah la) pun rm34 dua ekor! Apa kes??

Dan aku nak seru, pak2 menteri bangak yang tak habis2 suruh umat Malaysia ubah cara hidup, pleaselah toksah dok cakap apa2 lagi! Hang tu tau ke apa erti berjimat cermat? Hang tu pandai ke isi minyak kat petrol pump? Pernah ke usung anak ramai2 naik turun bas? Pernah ke makan maggie mee sebab kena ikat perut nak bagi anak2 makan? Pernah ke takde duit nak bagi anak2 pi sekolah? Pernah ke?

Nescaya jawapan untuk soalan2 diatas ni ialah TAK PERNAH kan?

Jadi tolonglah weh. Sebelum semua orang dok menyumpah hang tak pasai2 dan hang mati dalam kehinaan, pleaselah toksah lagi bagi nasihat2 yang hang sendiri tak tau intipatinya. Selagi hang masih pakai kereta2 mewah, masih menghabis duit dok bercuti sekeluarga ke oversea, masih buat rumah macam istana, masih berpesta sana sini, tolonglah jgn bagi nasihat suruh orang ‘berjimat cermat dan tukar cara hidup’. (err.. antaranya sekarang ni bila makan ikan, jgn buang tulang ikan tu. Tapi makan sekali. Kalau buang tulang tu kira membazir. Tulang ayam pun sama. Pulun sampat tercekik ok?)

Dan toksah dok ulang2 cakap yang ‘harga minyak dimalaysia masih murah jika nak dibandingkan dengan harga minyak di luar negara seperti UK, US, Europe, etc.’ Ish orang bodoh pun tau la. Hang bayar gaji pekerja dengan US dollar ka? Dengan british pound ka? Dengan euro ka?

Pak menteri. Jangan ingat orang bodoh macam hangpa.

Anyway, to accept this positively, meh la sama2 kita cari lagi banyak lubang2 duit. Untuk orang2 desperate, semoga anda masih punya iman untuk tidak terjebak dalam kegiatan-kegiatan maksiat dan haram. Takpe, walaupun akhirnya anda dan anak2 akan mati kebuluran, nanti bila kena soal dengan Allah, anda cakap aje pemerintah anda yang jadi penyebabnya, ok?

Lepas tu kita sama2 tepuk tangan bila pemimpin2 ni dihumban masuk dalam nereka. Boleh gitu?

(err.. duit yang aku bayar tax tu, sekiranya diselewengkan walau seposen, aku akan dakwa manusia2 tu diakhirat nanti. Serius aku tak halal weh!)

Sekian.

Salam sadis dari aku.

Thursday, December 30, 2010

ai budak baik.. 12 comments


aku dah kurang masa nak berinternet nih.

Semua kira salah aku la kan. Orang suh datang opis buat kerja. Ko pulak datang opis cuba2 makan gaji buto. Astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmm.

Semalam financial controller aku datang singgah bilik sat. dia kata “oi kak non! Udah2 la tu ko dok main internet 24jam. Ko ingat kompeni ni bapak ko yang punya?” apa lagi menitik2 lah air mata aku jatuh ke meja satu persatu. Miahahahahhahahah! :P kesimpulannya memang keji la depa ni.

Aku ni memang pekerja yang baik. Tiada yang tidak baik melainkan yang baik2 sahaja. Hari tu bos aku ada cakap; “kak non, ko kerja elok2 tau. Jual tong sampah banyak2. Nanti kompeni nak beli keta baru bagi ko pakai.” Kata boss ku sampai mengunyah kerepek pisang sambil mata terkebil-kebil. Dan dengan penuh syahdu dan khusyuk dan tawaduk dan air muka suci murni aku menjawab, “boss, saya bekerja bukan sebab nak kereta kompeni boss. Saya buat kerja semata-mata lillahita’ala boss. Tapi boss takkan paham sebab boss bukan percaya tuhan pun. Boss takkan paham sebab selama ni boss2 banyak main duit kopi. Boss takkan paham sebab semua benda yang boss buat berkiblatkan duit. Sebab tu saya suka main internet boss. Sebab hanya dengan main fesbuk saya boleh release stress saya. Saya stress sebab kena jual tong sampah harga juta2. Kalau saya tak jual boss jugak yang akan hambat saya sampai naik ke syiling.” Sekali lagi boss terkebil2 melihat aku. Gamaknya tercekik kerepek pisang.

Aku memang baik. Disaat menejer2 lain diberi altis dan camry, aku menerima dengan terbuka waja semput yang ko bagi tu. Ada aku kisah? Iye aku sikitpun tak kisah boss. After all bukan keta bapak aku pun ye tak? Aku masih disini, years after years sebab akulah antara2 pekerja pekerja ko yang so easy to work with. Aku tak reti nak demand itu ini. Dari aku injinier naik menejer ni aku tak pernah kata tidak kat ko boss. Semua benda pun aku buat. Masuk hutan keluar hutan. Masuk loji air keluar loji air. Masuk loji taik keluar loji taik. Masuk longkang keluar longkang. Panjat bukit panjang gunung bawak perut (masa pregnant la!) ke hulu ke hilir. Did you ever hear me complain? Not.even.once!

Sebab aku tak reti nak jadi orang yang bukan aku. Dan aku rasa ko pun tau itu boss. Kerana terbukti khidmat aku masih diperlukan even setelah aku resign dan pi bercuti di birm selama setahun. Yep, I’ve got something that you don’t have. Something that you need and only ME can provide. Muahahhahahahhahahah! Eh tetiba aku terasa riak lak hahahahha!

Kesimpulannya boss, memandangkan aku ni pekerja yang cemerlang gemilang terbilang, apa kata ko tutup mata aje lah bila aku dok main internet 24 jam. Itu aje cara aku nak release stress boss. Kita kan kawannnnnn. :P

Monday, November 1, 2010

cerpen: purse yang koyak 21 comments


purse aku dah lama koyak. kadang kadang sedih pulak bila aku terperasan akan kekoyakan yang agak teruk la jugak. malu pulak bila kena keluarkan purse masa nak buat bayaran. cikai sesangat nampaknya. macam tak sesuai dengan standard seorang tokey tong sampah. :P

anyway, aku dah lama dok berkira-kira nak tukar purse baru. aku kesian kat diri aku kerana macam tak mampu jer nak ber-purse cantik kebabom. apa kelas pakai purse koyak kaknon?

dan aku ke ATM tadi untuk keluarkan duit. untuk kesekian kalinya aku terpaksa jugak keluarkan purse koyak aku untuk masukkan cash tu. bila tengok koyak tu terus terfikir lagi, bilalah nak tukau baru ni kaknon. tak larat dah aku tengok purse ko nih! keji tau.

dan bila dok asyik kelebek purse tu aku tak perasan ada budak lelaki seusia akmal dok kat tepi atm machine tu.

budak: kak, ada duit tak?
aku: .........
budak: .......
aku: tak sekolah ke?
budak: tak.
aku: apsal tak sekolah?
budak: .......
aku: rumah kat mana? mak ada rumah?
budak: ......

apa yang berlaku seterusnya biarlah aku simpan dalam hati yang paling dalam. apa2pun, aku yakin sebagai ibu korang akan rasa apa yang aku rasa. i can't help but comparing him with my kids. i sighed a lot. my heart broken. i didn't even get his name.

dan dengan tidak semena-mena, aku tak malu lagi punya purse koyak. it doesn't matter anymore.

:(
 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger