Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, February 17, 2012

inevitable 5 comments


kak su passed away yesterday, leaving behind 8 kids. the youngest being around 2-3yo. adorable cheeky little girl. when i heard the news from mom yesterday, my heart turned cold, and heavy like lead.

arwah adalah jiran aku di seksyen 7 dulu. kami tetiba agak rapat sebab mereka pun pernah tinggal di birmingham sebelum kami dulu. sama2 pulak di Selly Oak. anak2 dia pun ada yang satu sekolah dengan anak2 aku di shah alam. petang2 main badminton, main basikal sama-sama.

god! aku masih terbayang2 anak2 dia dok berlari2 dengan anak2 aku kat depan rumah. dua tiga hari sebelum pindah rumah sek7 tu, sempat pergi makan kenduri anak dia. that was the last time we talked to each other.

bila dengar berita kematian dia semalam, aku tergamam. the kids cried. akmal keep saying,

"Yusof dah takde emak. Yusof anak yatim!"

and aisyah cried some more before bed. the fact that their friends no longer has a mother was really really disturbing. subhanallah.

untuk kak su, aku doakan semoga arwah dicucuri rahmat Allah. aku amat sedih untuk anak2nya yang masih kecil itu. kalau ada depan aku harus aku peluk2 bebudak tu. losing a mother at that age? how devastating! i wonder how the little girl is surviving now. ya Allah, kau berilah kekuatan kepada keluarga Kak Su. please ease their pain and sorrow. innalillahiwainnailaihirojiun. kepada Mu kami kembali ya Allah.

Friday, December 2, 2011

untuk kawan yang penat 4 comments


Wahai kawan,

Aku tau kau sudah penat. Letih. Lesu. Malas. Tak Kuasa.

Tapi hidup ini, beginilah. Kita hanya akan berhenti bila roh sudah dikerongkong. Menanti dicabut oleh izrael. Dengan amal dan taqwa, kita akan berehat dikubur. Mari kita sediakan kubur kita menjadi salah satu dari taman syurga. Di hujung jalan, semua manusia akan ke sana jua. Hanya pengakhiran itu yang bermakna. Bukan harta benda. Bukan anak-anak. Bukan suami. Bukan isteri. Bukan dunia.

Manakan sama kubur orang yang solat dengan yang tidak.
Manakan sama kubur orang yang patuh dengan yang ingkar.
Manakan sama kubur orang yang letih berusaha dengan yang malas.
Manakan sama kubur orang yang sabar dengan yang tidak.
Manakan sama kubur orang yang taat dan takut dengan yang lalai.
Manakan sama kubur orang yang baik dengan orang yang jahat.

Bukankah Allah itu Maha Adil?

Maka bangkitlah untuk hidup. Banyak perkara yang harus kita selesaikan dimuka bumi ini. Selagi masih ada nafas, selagi masih ada kudrat, masih banyak perkara yang perlu kita selesaian. Percayalah, di padang mahsyar nanti, segala sesuatu akan ditanya oleh Allah. apa yang kamu lakukan dengan umurmu, dengan hartamu, dengan anak2mu, dengan masa lapangmu. Dan bukan mulut yang akan menjawabnya. Tapi amalan. ketaqwaan. Keimanan.

Teruskan usahamu didunia ini tanpa jemu. Berpaksikan dengan iman. Bahawa pertemuan dengan Allah itu benar. Hari kebangkitan itu benar. Padang mahsyar itu benar. Dan diakhir segala-galanya hanyalah syurga dan neraka.

Semat dalam hati, yang kepenatan ini hanya sementara. Dugaan akan sentiasa datang dan pergi. Sabar dan solat. Sabar dan solat. Sabar dan solat. Itulah kuncinya. Ayuh, kita teruskan perjalanan ini. Sesungguhnya kita sedang membina satu taman indah dikubur. One step at a time. Semoga dihujung nyawa, akan terlerai segala kekusutan, kelelahan, kepenatan dan kelesuan.

Demi Allah, aku sayang kamu!

Saturday, October 1, 2011

fantastico!!!! 10 comments


awesome!
impressionnant!
ontzagwekkend!
terrível!
ehrfürchtige!
minunat!
.


.


.


.


.


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.









thanks so much MIO for picking me as the lucky one! akak doakan agar kamu dilimpahi rahmat, kasih sayang serta pengampunan Allah sentiasa. insyaAllah tidak sia2 quran digital ini. tried and tested yesterday. the whole family is excited about it! my father was saying how he has been wanting to buy this all this while. dan kebetulan it was my father's birthday wednesday the 28th Sept. so it was the PERFECT gift for my father!

loved the sleekness! i'm thinking of buying another one for the kids jugak. senang sungguh nak check bacaan tajwid semua. and the translation!!!! love it to the max!!! i tell you this is one gadjet worth buying! syukur kita hidup dalam zaman teknologi canggih macam ni. memang tiada alasan lagi untuk tidak menuntut ilmu. tiada alasan lagi untuk kata, 'saya tak tahu'. SubhanAllah, Walhamdulillah, Laailahaillallah, Allahukabar!

thanks again MIO. you are the best!

:D

Sunday, September 18, 2011

Saya patut menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana..... 1 comments


(saya refer tentang MIO ini)

...kerana inilah peluang MIO untuk dapat saham akhirat berganda-ganda sampai ke padang mahsyar nanti. :D

Gini. Anak2 saya ramai. Keluarga saya keluarga extended. Setiap hari tidak kurang ada 9 orang dirumah kecil kami. Hari2 tertentu pulak, mungkin boleh jadi lebih dari 10 orang dalam satu satu masa.

Dengan adanya Quran digital ini, maka ramailah manusia dirumah saya yang akan dapat manfaat daripadanya. Emak saya sudah tentu excited dengan kehadiran quran ini. Sementelahan lagi dia memang seorang pelajar kelas al-quran dimana saya akan menghantarnya ke kelas tersebut setiap pagi sabtu. Maka dengan adanya quran digital ini, sudah tentulah lebih mudah untuk emak saya menyemak bacaan2nya diwaktu senggang dirumah. Dan dah tentu2 mak saya bakal jadi pelajar terbaik dihujung pengajian beliau. :D

Dan juga; saya, suami dan anak2 masih bertadarus walaupun bulan ramadhan dah habis (pasal orang lain tadarus satu juzuk satu hari tapi kami pula satu muka surat satu hari. wahhhh gitu sungguh hebat! :P). Jadi dengan adanya quran digital ini maka kami tak akan ragu2 lagi untuk membetulkan bacaan masing2 nak2 part yang penuh hukum tajwid seperti idgham, ihfaq, iqlab dan sebagainya itu. hidup sudah tentu jadi lebih indah dan meriah dan makin bersemangat untuk katam tadarus kira2 di penghujung tahun 2012 nanti. :D

Dan jangan lupa, anak2 saya yang ramai itu, sudah tentulah akan berkembang biak dengan zuriat keturunan masing. Dan dengan izin Allah juga quran digital itu akan diturunkan dari satu generasi ke generasi (sehinggalah datang pula quran digital lagi canggih kebabom yang boleh di-imprint terus dikepala, berkat perkembangan teknologi :P). Bukankah ini bagus dan kebaikan yang tidak putus-putus?

Dan ke manakah semua pahala2 generasi2 ini akan mengalir pergi? Tidak lain tidak bukan, haruslah kepada kakak MIO yang cantik rupawan dan baik budiman. :D

Jadi MIO, jadilah tamak dengan saham akhirat dan wakafkan sahaja quran digital itu kepada kaknon sekeluarga. Kompem tak sia-sia!

Sekian wabillahitaufikwalhidayahwarahmatullahiwabarokatuhh!

WOHA! :P

(Total patah perkataan: 307)

Wednesday, August 10, 2011

airmata dan pengharapan di bulan ramadhan 7 comments


syukur suami salwa sudahpun kembali kepada keluarganya.

salwa juga telah menulis mengenai ini dalam blog barunya.

sila klik untuk baca kisah sebak ini untuk renungan bersama.

sesungguhnya, Allah akan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. mari sama2 meraih kasih sayang Allah dibulan yang mulia ini.

http://cintahati.com/ramadhan-dan-ujian-buat-kami/

Tuesday, January 25, 2011

l.i.f.e. i.s. s.i.m.p.l.e 18 comments


i'm writing this for a friend. :)

i'm going to be 35 years old this year. pejam celik pejam celik, dah 40 nanti.pejam celik pejam celik, dah 50 pun. pejam celik pejam celik, sudah bercucu-cucu. pejam. celik. pejam. dan pejam. pejam selama lamanya. wow. sungguh singkat hidup ini rupanya. semakin hari semakin dekat aku dengan dunia yang kekal itu.

10 years ago, money seemed to be the centre of my world. dalam tempoh itu, i think it's not an overstatement kalau aku cakap yang aku cari duit macam tak cukup kaki tangan. tak cukup 24 jam sehari. tak cukup 7 hari seminggu. dalam bekerja 9 to 5, malamnya aku buat part time pulak. sabtu ahad pun tak lekat kat rumah. lagi aku kerja macam nak mati, lagi banyak duit masuk, lagi banyak aku kerja. vicious cycle. apa aje yang aku tak buat masa tu? i was totally addicted to the flow of cash from all kind of directions. and honestly, to me it was somewhat natural, as if i was born to do those. i wasn't thinking the reason why. sehinggalah pada satu malam yang bening, aku balik rumah around 11 at night. my husband and the kids were already fast asleep. I was downstairs, when mom happened to ask softly,

"Nak cari duit sampai macam mana lagi ni?"

The words were soft and unassuming. But it pierced through my heart like thousands of sharp needles. Honestly at that point of time, my world froze.

And I learn to take it easy thence on. And I started to question the real motive of life. Why I do what I did, where am I going, what's the best path to go, and so forth.

At one point, aku bercita-cita untuk jadi jutawan. Punya rumah banglo 6 bilik lengkap dengan swimming pool di section 7 shah alam. punya toyata harrier untuk dibawa ulang alik ke pasar. punya yayasan kebajikan aku sendiri. punya financial freedom where money is not an issue anymore so i can live my life according to my heart's will. if only i can put my heart and my soul into it, i know everything is achievable.

but things happened in between. i lived life. and my heart and soul seemed to detached themselves from the goals so familiar. and suddenly i see money as just money. just a thing that i use to fulfill life's requirement, but not 'the' thing that defines me, like before. suddenly i am no longer excited with the thought of being financially free. and i know now that i'm never gonna be a hartawan, let alone a jutawan. i'm just contented living life as i want it. raising my kids the way i want them to be raised. contributing a little bit here and there to the ummah. taking care of my parents while i still able to. being a good mom, wife and daughter.

and at 35 years old, i'm at peace with myself, at peace with my choice. i honestly think that human per se, can choose to be whatever we want to be. because allah grant us the most precious gift off all. our head, and our heart. putting these 2 together, we can actually conquer the world. well, at least OUR world. truthfully, it is not the question of 'can i do it?'. but more the question of 'will i do it?'.

as we grow older, our big questions tend to change. WHY are we here? WHERE are we going? WHAT are the things that we are willing to sacrifice? HOW to know what's best? WHEN? and i guess i have most of my answers now. and i sincerely hope you do, too. it's better to be happy and grateful in life's imperfection rather than looking forward to be happy only when your life is perfect. because sadly, our lives are never going to be perfect. don't let life sucks you into unhappiness and the never ending anticipation of what might come. because the very thing that you anticipate, might not come after all.

allah bagi setiap manusia ujian dan kekuatan masing-masing. focus on your strength to overcome your challenges. we can't win them all, so you need to know the things to carry with you, and the things that you have to let go. life is about choices. choose, and be happy. and as muslims, we have our faith, always, to keep us going on and on and on. in the midst of chaos, with iman, Allah will guide us all the way.

mari kita sama2 bersiap2 untuk ke dunia yang kekal itu. jambatan kita ke sana, adalah hidup didunia yang singkat ini. jangan perjudikan hidup yang singkat ini dengan perkara2 yang tidak boleh membantu kita disana. if you ask me, i'd say that it's simply not worth it. may the force be with you, dearest friend.

Tuesday, August 10, 2010

selamat 10 comments


menyambut ramadhan.

ni pesanan untuk aku.

i will be nanny-less sepanjang ramadhan ini sampai raya. bibik hanya masuk kerja oktober nanti.

jadi aku dapat agak dah betapa penat dan tensennya nak menguruskan rumah dan anak2 dibulan puasa dan hari raya tanpa penolong nak buat kerja2 remeh temeh kat msia nanti.

jadi knv,
sabarlah banyak-banyak. banyak-banyak-banyak. ni bulan puasa. bulan memperbaiki hubungan ko dengan Allah. ambil peluang ini untuk kaut pahala jihad banyak2. kurangkan merungut. ikhlaskan hati. banyakkan ibadat. kurangkan apa yang tidak perlu. stick to your priority dibulan ramadhan. banyakkan berzikir. semoga Allah membantumu.

untuk sahabat2,
minta maaf atas segala salah silap terkasar bahasa yang tidak disengajakan. semoga makmur ramadhan kita tahun ini.

salam ukwah,
knv

Tuesday, August 3, 2010

CCUK : di taman nirwana 8 comments


love this pic! cam ala2 princhess gitu hahahahha! :P

dok sibuk telek map sebelum masuk Welsh Life Museum St Pagan kat Cardiff. Besau gilerr! Tak habis tengok pun dah semput semua orang! :D
http://www.museumwales.ac.uk/en/stfagans/


Posted by Picasa
bahasa welsh yang lansung aku takleh nak catch up. Tak paham sepatah haram apa depa cakap. Baca tulisan pun tak reti nak sebut. Ropenya lain lansung orang2 Wales dengan orang2 England, walaupun dalam satu negara UK. kaget aku dibuatnya. nampak sgt jakun hahahhah! :P

ni bersama host kami yang baik hati di Cardiff. :D


cantik kan taman ni? konon depan rumah orang kaya dalam museum tu.

Posted by Picasa
aisyah :D

ni nak masuk kawasan orang2 miskin rakyat jelata orang welsh zaman dolu2. dapat la tengok babi bersenda gurau kahkahkahkah! :P

rombongan2 pelawat. memang busy gilos hari tu.

Posted by Picasa
last2 main kat playground aje bebudak.

iye.. kepada sesapa yang tertanya-tanya.. cewahhhhhh... cam glamer bebenorrr :P... aku pergi bercuti2 UK selama lebih kurang seminggu. first destination actually london. dari london ke wales (cardiff), pastu naik new castle melawat2 beach mat salleh. alhamdulillah dah selamat sampai rumah pun tadi. ni nak tempek foto2 sikit.

selamat jamu mato! :D



Wednesday, July 21, 2010

hidup blogging! 10 comments


confirmed! blogging ni memang berfaedah! :D

aku suka.. aku sukaa.. :D

minda dan hati yang lemah, layu, longlai, tidak bersemangat, sentiasa di dalam kotak, boleh dipulihkan dengan blogging. boleh dianjakkan dengan blogging.

bagi aku, blogging ini menepati ciri-ciri ajaran islam in away, berkehendakkan kita sentiasa sensitif dengan keperluan manusia lain, bertolak ansur, melapangkan minda untuk menerima teguran dan nasihat dari orang yang kita langsung tidak kenal.

most of the time, kita akan rasa kita betul. kerana judgement kita adalah berdasarkan perkara2 disekeliling kita sahaja, perkara2 yang terjadi kepada kita secara langsung. dan dengan blogging, barulah kita tahu betapa luasnya dunia ini. betapa tingginya langit. betapa banyaknya yang kita tidak terfikir untuk memikirkannya. betapa itu. betapa ini.

maka,

terima kasih kawan2 blogger semua. persahabatan ini, tak mungkin aku lepaskan. apa sahaja yang orang komen diblog aku ini, sesungguhnya aku ambil untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam. terima kasih kerana mengajar aku yang aku tidak selalunya betul. terima kasih kerana menerima dan memberi teguran. terima kasih kerana buatkan hidup aku ceria. terima kasih kerana membuatkan aku sentiasa bersemangat. terima kasih kerana buatkan aku selalu berfikir.

thanks for reading. and for sharing the pieces of your minds. sesungguhnya, koranglah yang voks!

:D

Sunday, July 18, 2010

credit to Cik Puan Jua voks! :D 14 comments

Amacam?

Cantik tak rumah baru kaknonvoks?

Haa? Tak cantik? Biasa2 aje? Penampor, nak? :P


Puji ajelah.. penat2 aku bagi arahan kat Jua tau! Anyway, memang talented ini budak. Aku dah sudah. Korang bila lagik?

Credit to:

JUA VOKS

Sila mampirrrrrr! :D

p/s: Jua, nanti hantar invoice dengan kadar segera! :P


Friday, June 18, 2010

kawan lama 23 comments

aku ada seorang kawan, yang aku anggap seperti sudah berada di on top of the world, career wise. selama ni aku agak segan dengan dia. dengan keadaan aku yang dok bercuti tanpa gaji ini, terasa sungguh tak punya apa berbanding dengan dia suami isteri yang seolah2 punya segalanya.

sebelum ini, sudah banyak kali dia mendesak nak jumpa aku. to catch up for old time sake. aku dengan dia dari sekolah menengah yang sama. kemudian ke australia sama-sama buat degree. aku budak mara. dia budak ausmat. lepas australia, aku memang lost contact langsung dengan dia. adalah jumpa sekali kat Subang Parade masa aku pregnantkan aimie dan aisyah.

entah macamana, aku terjumpa dia semula sebaik sebelum terbang ke Birm. itu pun sebab terjumpa di rumah member yang kebetulan buat jamuan makan. aku dapat tau dia sudah 8 tahun bekerja di london, dengan satu multinational company. suami pun sama jugak. memang agak hot dan sensasi cerita dia ni. itu la pasal aku jadi segan tak bertempat. self-concious gitu.

anyway, bila dah sampai sini, banyak kali dia contact aku ajak jumpa. nasib baik rumah dia kat london, so jauh la jugak dari Birm. jadi valid la alasan aku tak boleh nak pergi jumpa dia cepat-cepat. sampailah bila dia dok invite lagi dan lagi dan lagi. aku cakap kat laki aku, rasa sombong pulak kalau tak pergi orang dah ajak datang rumah banyak kali. yang sebetulnya aku risau dan segan, sebab tak taulah whether aku boleh ngam ke tidak dengan dia lagi setelah sekian lama dipisahkan dengan masa dan keadaan.

so off we went to london. yang entry aku visit london tu, itu menumpang rumah dialah tu. oh oh oh oh.. sebaik langkah masuk rumah dia dan peluk salam dia, hilang segala kerisauan aku. sebetulnya, dia langsung tidak berubah dari zaman sekolah hinggalah sekarang. we clicked instantly. apatah lagi, anak2 dia pun empat orang. baya2 anak2 aku jugak. apa lagi seronok betul la budak2 tu dapat jumpa member melayu yang sama2 sembang omputeh. hahahha.. anak2 dia semuanya lahir sini except yang sulung. memang tak reti sangat bahasa melayu. so bila ada member sekampung reti cakap omputeh, maka memang sembang tak habis la hahahha. aku pulak yang nganga dengar budak2 ni berabuk cakap omputeh.

so it was really an eye opening experience for me. as long as i've known her, she is still one of the most unpretentious human being alive. sungguh down to earth. sungguh sempoi. the fact that we have quite the same way of thinking truly surprised me. menyesal aku tak catch up dengan dia awal-awal. menyesal aku overnight rumah dia satu malam aje. me and my husband were worried for nothing. it was truly a great experience. we are visiting again, soon. sebelum balik malaysia for good.

we talked about so many things in such a short time. dia bercakap tentang masa depannya di london. tentang rindunya dengan malaysia. tentang harapan ingin kembali ke malaysia. tentang kerisauan untuk membesarkan anak2 tanpa ustaz dan ustazah untuk mengajar mengaji di london. tentang overloaded dengan barang2 berjenama. tentang masa untuk mengumpul harta. tentang kawan-kawan yang punya seribu satu macam perangai. tentang semuanya yang boleh dimuatkan in such a short span. but it was worth it.

dan semestinya banyak jugak aku belajar dari dia. sesungguhnya, jadi orang kaya london dan bekerja di office beralamatkan trafalgar square tidak menjadikan dia orang lain. dia tetap dia yang aku kenal. dan juga membuka mata aku bahawa status dan duit, when we have more than enough of both, we will tend to revert to something else that is surprisingly simple, but more meaningful.

terima kasih kawan. :)


Thursday, June 17, 2010

sneak peak hadiah kuiz :D 7 comments








yaa... aku gateiii nak buat kuiz. soklan kena kaw-kaw punya. sapa memang dapat hadiah2 comel di atas (ataupun yang sewaktu dengannya). suka-suka ajeeee.... :D

stay tuned! :D

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru! 7 comments




Wahai Cikgu Intan Payung,

Selamat Hari Guru khas untukmu. Semoga sentiasa ikhlas hati mendidik anak-anak bangsa. :D

Dan juga untuk semua pendidik-pendidik di Malaysia.
T.E.R.I.M.A. K.A.S.I.H.




scrapsgallery.com graphic comments

scrapsgallery.com|Click here to send this to your friend



Thursday, May 13, 2010

blog yang berat 21 comments

literally speaking! :D

aku perasan ada sesetengah blog yang beraaattttt sangat nak loading. antaranya blog2 para pembaca aku yang tak kira lah lama atau baru. aku kengkadang tu memang teringin nak tinggal komen barang sepatah dua, tapinya bila nak loading main page pun agak seksa nak tunggu. so most of the time aku akan tinggalkan aje gitu tanpa dapat browse dengan selesa. kengkadang tu baca post pun tak abis.

so korang perasan tak kalau blog korang berat? apa yang menyebabkan ada blog2 yang berat macam tu? memang potoi lah. aku kengkadang semangat gile nak blog hop tapi bila sampai ke page yang berat2 ni memang harus tak sabar. kengkadang rugi pasal entry2 menarik dan worth untuk dibaca.

jadi kalau blog anda berat, silalah ringankan balik. hihihihi.. aku ni buta IT, so tak tau jargon yang sesuai. yang berat2 tu pasal banyak iklan2 kot? ke camana? kepada yang pakar sila explain ek? blog aku berat tak? harus jugak berat pasai banyak gambar kan? senang tak korang nak load page blog aku nih?

ok, sekadar terfikir2 je. pasal ni ada blog yang aku suka terjah tapi lambat NM nak load page. hanginnn aku! :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger