Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Friday, December 2, 2011

untuk kawan yang penat 4 comments


Wahai kawan,

Aku tau kau sudah penat. Letih. Lesu. Malas. Tak Kuasa.

Tapi hidup ini, beginilah. Kita hanya akan berhenti bila roh sudah dikerongkong. Menanti dicabut oleh izrael. Dengan amal dan taqwa, kita akan berehat dikubur. Mari kita sediakan kubur kita menjadi salah satu dari taman syurga. Di hujung jalan, semua manusia akan ke sana jua. Hanya pengakhiran itu yang bermakna. Bukan harta benda. Bukan anak-anak. Bukan suami. Bukan isteri. Bukan dunia.

Manakan sama kubur orang yang solat dengan yang tidak.
Manakan sama kubur orang yang patuh dengan yang ingkar.
Manakan sama kubur orang yang letih berusaha dengan yang malas.
Manakan sama kubur orang yang sabar dengan yang tidak.
Manakan sama kubur orang yang taat dan takut dengan yang lalai.
Manakan sama kubur orang yang baik dengan orang yang jahat.

Bukankah Allah itu Maha Adil?

Maka bangkitlah untuk hidup. Banyak perkara yang harus kita selesaikan dimuka bumi ini. Selagi masih ada nafas, selagi masih ada kudrat, masih banyak perkara yang perlu kita selesaian. Percayalah, di padang mahsyar nanti, segala sesuatu akan ditanya oleh Allah. apa yang kamu lakukan dengan umurmu, dengan hartamu, dengan anak2mu, dengan masa lapangmu. Dan bukan mulut yang akan menjawabnya. Tapi amalan. ketaqwaan. Keimanan.

Teruskan usahamu didunia ini tanpa jemu. Berpaksikan dengan iman. Bahawa pertemuan dengan Allah itu benar. Hari kebangkitan itu benar. Padang mahsyar itu benar. Dan diakhir segala-galanya hanyalah syurga dan neraka.

Semat dalam hati, yang kepenatan ini hanya sementara. Dugaan akan sentiasa datang dan pergi. Sabar dan solat. Sabar dan solat. Sabar dan solat. Itulah kuncinya. Ayuh, kita teruskan perjalanan ini. Sesungguhnya kita sedang membina satu taman indah dikubur. One step at a time. Semoga dihujung nyawa, akan terlerai segala kekusutan, kelelahan, kepenatan dan kelesuan.

Demi Allah, aku sayang kamu!

Thursday, November 3, 2011

feel the power 9 comments




to those yang sedang berjinak-jinak mahupun hanya berniat untuk mengamalkan solat malam, i highly recommend this book.

it will give you an immediate boost and a sense of refreshment. with a deeper understanding on why we need to emphasis on solat malam.

give it a try. may it gives you strength to wake up in the wee hours untuk berbisik bisik dengan Allah yang Maha Agung. untuk bersama2 para malaikat yang sentiasa berzikir kepada Allah.

it can be the one AND only answer you've been looking for all your life.


Tuesday, October 11, 2011

impian duniawi :D 18 comments


dulu aku tak reti nak appreciated chesterfield ni. kenal dengan brand ni hanya masa duduk di uk. ramai gak orang msia yang beli bawak balik ke msia. kata depa kat uk lagi murah (yang seconds la kot). and the beauty about chesterfield ialah the more seasoned it is, the more elegant it's gonna look.

bila balik msia, ternampak jugak di kedai2 perabot terpilih. and suddenly, aku rasa amat tertarik hati dengan mereke dan keluarge mereka.

and tetiba aku terasa tua sebab sebab jatuh hati dengan chesterfield. dah sah sah aku dah tuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :P

so enjoy the pics. antara nikmat dunia yang tidak boleh ku dustai hahhahahhaha! i simply love chesterfield. no doubt about it!












Friday, June 17, 2011

wishlist 9 comments


cewahhhhh kebabom sungguh bunyiknya hahhahha!

ok, sukacita dimaklumkan, aku sengaja nak tulis impian aku kat sini sebab bak kat m-i-o, dia perasan yang apa yang aku tulis sini, bound to happen in the future. hehehehehehe!

ada jugak la a few things yang come true, but rest assured, many other things did not even come near! :P

ok. bismillah..

impian terdekat aku ialah, mau pergi buat umrah satu family. congak2 untuk 6 orang, kami perlukan sekurang kurangnya 30k to achieve that.

jadi berkat hari Jumaat penghulu segala hari, aku SERU semua hamba allah dimuka bumi ini; angin, tanah, air, api, tumbuhan, haiwan, manusia, jin, malaikat, besi, plastic, tong sampah dan yang seumpama dengannya, agar bersatu hati, usaha dan tenaga membantu aku mencapai impian aku ini dalam masa terdekat.

sekian. terima kasih.


:D :D :D

Wednesday, April 20, 2011

what's your mojo? 11 comments


Ada perkara2 dalam hidup kita ni yang boleh buatkan kita sentiasa bersemangat. Yang boleh buatkan kita tak tidur malam kerana excited. Yang buatkan kita tak sabar2 untuk bangun tidur the next day. Yang boleh buatkan kita kenyang walaupun tak makan. Yang buatkan kita asyik nak tersengih sepanjang waktu macam orang tiga suku. Yang buatkan tiada istilah penat bila mengerjakannya. something we really really really passionate about.

Ish ish ish bestnyerrrrrrrrrrrrrrr! Hanya tuhan yang tahu! :D

Our mojo jojo!

Tapi harus diingat, perkara2 ini tidak semestinya bersifat kebendaan yang besar-besar sahaja. It can be anything at all to your heart’s desire. Tanya diri anda apakah yang boleh buatkan anda teruja sokmo? Deep inside you would know the answer.

And these things, no matter how big or small, can help you to stop being mundane and monotonous. Hidup ni … macam hiduplah. Full of routine that can choke you to death. Bangun pagi pegi kerja balik kerja tido. Bangun pagi pegi kerja balik kerja tido. Bangun pagi pegi kerja balik kerja tido. So we need to identify our mojos. Selitkan mojo2 ini diantara rutin2 hidup yang mundane itu. Semoga kita sentiasa bersemangat untuk esok hari. Dan kalau ada masalah mendatang pun, mojo2 ini sentiasa ada untuk kita keep going on and on and on.

So, indentify your mojo, and do more of it. It will keep you sane and inspired.

GO GO MOJO!!! :D



 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger